Katak Bawah Tempurung v Katak Bawah Gelas

Sebaik saja tersiarnya tulisan aku di bawah yang mengandungi nota kaki "bagi yang 'blur' dan katak bawah tempurung", ada laa pulak kawan-kawan yang terasa kononnya dan ada pulak laa yang menjawab dengan sedih di dalam belognya "ye lah, aku memang katak bawah tempurung". Dan, aku yang evil ni telah jawab balik dalam belog dorang "memang pun". Hahaha

Tapi itu bukan intipati tulisan kali ni. Kali ni aku nak buat perbandingan di antara katak bawah tempurung dengan katak bawah gelas.

Pada aku, katak bawah gelas adalah lebih berbahaya daripada katak bawah tempurung. Kenapa?

Katak bawah tempurung memang tak tahu apa-apa (ye lah tempurung tu kan gelap) sebab dorang tak baca suratkhabar, baik suratkhabar perdana atau alternatif. Mereka juga tak melayari berita-berita alam maya ni sebab caridotcom dan guadotcom lebih best. Jadi kadang-kadang ko nak berdebat atau marah mereka ni pon ko kena fikir 2-3 puluh kali, sebab mereka ni memang tak tahu apa-apa jadi buang masa je ko nak ambil hati.

Katak bawah gelas pulak ialah jenis katak yang bukannya tak tahu apa-apa (sebab gelas tu cerah jadi boleh nampak luar), tapi lepas tahu pon mereka buat deekkk je. Ni ialah jenis orang yang suka marah2 kau sebab kau tak buat kerja/parti ko ada masalah/organisasi ko penuh dengan orang ntah apa-apa dan lepas tu pandai-pandai bagi nasihat suruh buat itu ini dan lepas tu bila kau minta mereka tolong kau, mereka akan bagi seribu macam alasan.

Beb, zaman orang takut dengan pemerintah dah berlalu lah. Boleh tak kau tolong bangun dari kerusi empuk tu dan sama-sama berjuang. Sebab kalau tak ada perubahan, lama-lama kerusi yang empuk tu akan mendap dan menipis juga.

5 komen:

rawkstar berkata...

berani kerana benar. takut kerana polis garang.

katakgerilya berkata...

saya katak gerilya, akan meletupi apa-apa penjara, tak kisahpun ia gelas atau tempurung.

dakwat-merah berkata...

salam...saya ader buat komik indie 3m/s pasal gejala sosial klau nak bc g kat blog saya
cheritapenglipurlara.blogspot.com
saya nak kongsi benda ni....
n nak publish untuk org ramai..

Marina Monroe berkata...

Salam, Ader lagi ker katak2 macam nih!! rasa nya dah di telan oleh Sang Ular

OrangGilak berkata...

rawk: ko mmg penakut. tido malam pon buka lampu :p
marina: ada kak, banyaaak