Bercanda di Penang

Cuti Krismas lepas, aku dan beberapa orang 'Legal Aiders' telah menjalankan operasi Jalan-jalan Cari Pasal kami di Penang. Siapa itu Legal Aiders? Legal Aiders ialah gelaran yang diberikan kepada peguam-peguam muda Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur yang korang sering nampak di depan balai polis, berdiri sambil bermuka garang setiap kali ada orang kena tangkap sebab berdemo (itu hanya sebahagian daripada tugas je... banyak lagi kes-kes lain yang Legal Aiders buat).

Antara Legal Aiders yang terlibat di dalam operasi ini ialah Fadiah, Farhana, Zabetha@Beta, Farida, Valen, Fazlina dan Murnie. Memula kami ingat nak pergi Miami, tapi bila kami tukar matawang ke dolar, jadi USD50 je, kami pun memutuskan untuk pergi ke Miami Bay, Batu Feringgi saja. Lagipun, Farida tak pernah ke Penang.

Kami berada di Penang selama 3 hari. Oleh sebab terlalu banyak benda yang berlaku dan terlalu banyak makanan yang kami santap, aku malas nak tulis panjang-panjang jadi apa kata korang tengok gambar je?

Kami bertolak pada hari Jumaat pukul 5 pagi, supaya bila tiba di Penang, kami boleh terus sarapan. Muahah.

Hari Pertama


Mula-mula, kena senaraikan dulu apa yang nak dimakan


Destinasi pertama- Pasar dan Balai Rakyat Gelugur- cadang nak makan sandwich ketam yang terkenal tu, tapi dah habis huwaaargh





Tak dapat sandwich ketam, tosai pon jadilah~


Bersarapan dengan gembira




Mengumpul tenaga di dalam bilik hotel sebelum keluar menyerang


Menyerang ayam tandoori dan roti nan Kapitan


Tepi pantai


Sambung tidur di Padang Kota


Lawak sadis dari Beta- seringgit je keee


Membuli Fadiah


Percubaan kedua


Fadiah buli Farhana pulak





Beta juling


Lepas tu nampak sorang budak main belon. Kami tak puas hati sebab budak tu nampak eksyen, jadi kami pun beli gak


Lepas main belon, kami beli pedang bercahaya pulak. Aku punya pedang ada gambar Hello Kitty, Farhana punya ada gambar Spiderman. Cuba teka siapa menang


Di hadapan Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang


Waktu malam, kami ke rumah ibubapa Mr Rajen dan Ms Stephanie sempena Hari Krismas. Mr Rajen ialah CEO Majlis Peguam manakala Ms Stephanie ialah Penyelaras Pusat Bantuan Guaman KL. Mereka ialah suami isteri.


Makan dengan gembira. Oops Ms Steph tak suka ambil gambar!




Sebelum balik, kami dapat hadiah Krismas setiap seorang yang berupa sehelai t-shirt bermesej. Terima kasih Mr Rajen & Ms Steph!

Hari Kedua


Hari dimulakan dengan bersarapan roti canai kari kambing yang sedap di Restoran Hameed


Konon-konon~


Pondok telefon yang semakin pupus di KL


Tokong bersejarah




Makan tengahari nasi briyani dan nasi kandar, ditemani rakan kami di Penang, Kris Kaira dan juga Mr Rajen, Ms Steph serta Ravin (Ravin pengerusi Pusat Bantuan Guaman KL yang cemburu dengan percutian kami, maka dia pon naik bas ke Penang tapi lepas makan tengahari, dia tumpang Mr Rajen balik KL semula. Hek eleh~)


Pasar Chow Rasta


Kalau dah singgah Chow Rasta, mesti pegi beli buku terpakai di tingkat atas :)


Lepas, minum kopi di SitiGun


Minum kopi sambil main UNO. Muka Fadiah cam kerang busuk lepas kena tegur dengan pekedai sebab jerit-jerit menang main UNO


Batu Feringgi


Kami singgah rumah makcik Farhana yang baru pulang dari Mekah. Farhana tak ada, dia pergi reunion sekolah dia. Kami pergi dengan mak Farhana yang tinggal berdekatan. Di atas ialah ole-ole yang Farhana dapat- baju gym Mekah. Wakakak


Kemudian, adik Farhana, Fazlina dan ibunya membawa kami makan Char Kue Tiau yang sangat sedap berhampiran dengan USM


Char Kue Tiau yang sangat sedap


Sebelum tidur, kami pergi mencari sup kambing Hameed yang sedap


Murnie terkejut dengan kelahapan Fadiah yang tidak cukup dengan semangkuk sup, beliau telah membedal sup Beta juga

Hari Ketiga


Percubaan kali kedua untuk mendapatkan sandwich ketam, tetapi gagal sebab bangun lambat. Sob


Makan kue tiau sup yang tidak kurang hebatnya


Murnie bengang sebab 'terpilih' untuk memandu pulang ke KL


Contoh co-pilot yang berjaya

Sekian.

(Gambar2 dari kamera Valen dan aku)

Mari mari



Aku nak pergi. Jum-lah :)

Tak sakit pun kena bantai...

Petang Khamis lepas, aku telah dihubungi oleh kartunis Zunar. Zunar maklumkan pada aku bahawa artikel aku yang disiarkan di Merdeka Review berkenaan Chin Peng, telah dibalas oleh saudara Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim di dalam belognya. Tidak lama selepas itu, ia juga telah disiarkan di Malaysian Insider.

Sebelum ini aku tak punya masa untuk membaca secara keseluruhan atau untuk membalas artikel saudara Zul tersebut kerana aku lebih berminat untuk menghabis cuti 3 hari dengan gembira di Pulau Pinang bersama-sama beberapa orang rakan peguam pusat bantuan guaman. We deserve the break. Sepanjang percutian, ramai rakan-rakan, sifu-sifu serta bos-bos aku menghantar mesej meminta aku menulis artikel susulan sebagai menjawab pernyataan saudara Zul. Aku kata, selepas cuti-lah.

Tapi, selepas membaca keseluruhan artikel tersebut, sekarang aku berpendapat bahawa tidak perlu sebuah artikel susulan untuk ini. Kenapa?

Kerana saudara Zul hanya menjadi dirinya sendiri. Kandungan artikelnya memang sudah dijangka. Saudara Zul mendakwa bahawa beliau menyaksikan sendiri beberapa kematian, dan walaupun beliau mungkin tidak mengetahui apakah punca sebenar yang membawa kepada peristiwa kematian tersebut, beliau meletakkan segala tanggungjawab ke atas askar komunis. Pendek kata, beliau ialah generasi lama. Enough said.

Aku lebih berminat untuk mengetahui pandangan anak muda berkenaan isu kepulangan Chin Peng. Anak muda generasi baru yang mahukan pembaharuan, yang mana seperti aku, hanya sempat menonton sejarah melalui kaca tv, suratkhabar, rencana, buku-buku dan sumber-sumber sekunder yang lain sehingga kita membuat penilaian dan kesimpulan sendiri mengenai sejarah itu.

Masa depan ialah milik orang muda. Suatu hari nanti, semua orang yang pernah melalui zaman sebelum merdeka dan zaman darurat, akan tidak ada lagi di dunia ini. Adakah kita akan hidup dan memerintah negara ini dengan menggunakan semua legasi yang ditinggalkan oleh mereka, termasuk perasaan benci dan dendam?

Aku mahu pendapat dari anak muda yang tidak bersetuju dengan kepulangan Chin Peng, dan aku mahu tahu kenapa.

Any taker?

Ikon kebencian yang direka

Ini pandangan aku yang pernah disiarkan di belog ini, tapi disuruh tulis dalam versi yang lebih serius pula. Mari baca:-

"Semasa kecil, saya diajar oleh media arus perdana bahawa komunis dan Chin Peng adalah orang jahat dan pengganas. Tetapi, apabila semakin mendewasa, perasaan itu makin lama makin hilang, dan diganti dengan perasaan ingin tahu dan keliru dengan penentangan komunis di negara kita. Mengapa?

Kerana sikap "double-standard" kerajaan.."

Nak baca lagi, sila klik di bawah:-

MerdekaReview - Chin Peng: Icon kebencian yang direka

Krisis Perak yang di'S-Ploited'

'Dark clouds always have a silver lining'. 'Silver lining' di sini bermaksud sesuatu yang baik akan dapat dilihat disebalik suatu kejadian yang buruk. Akan tetapi, 2 orang peguam muda, Seira dan Sherrie yang lebih dikenali sebagai The S-Ploited berpendapat sebaliknya. "There is no silver lining in Perak crisis".

Rasanya tak perlulah dihuraikan apa yang dimaksudkan dengan krisis Perak. Semua orang dah tahu. Kisah 3 orang 'katak' (ya, orang, bukan ekor) yang meninggalkan parti politik masing-masing untuk menjadi wakil bebas dan bersahabat dengan BN, menyebabkan MB Nizar kehilangan majoriti kerusi, dan BN mengambil kesempatan dengan berkudeta dan mengaku diri mereka sebagai pemerintah sah Perak.

The S-Ploited, melalui filem dokumentari mereka yang bertajuk "No Silver Lining: The Perak Crisis" (NSL) cuba untuk mengungkap krisis ini dari sudut undang-undang dan pendapat orang ramai. Filem pendek yang berdurasi 20 minit ini menampilkan Presiden Majlis Peguam yang kacak Ragunath Kesavan, MB Perak YB Nizar dan subjek penting dalam krisis ini iaitu tak lain dan tak bukan, rakyat Perak sendiri.


Seira dan kepala kataknya

Filem dimulakan dengan 'pertarungan' beberapa ekor katak dalam satu pertandingan sukan. Katak-katak sepatutnya melompat merentasi petak masing-masing di atas gelanggang putih. Tapi beberapa ekor katak telah berpaling tadah dan melompat ke petak lawan selepas disondol oleh segulung wang kertas.

Metafora 'katak lompat' yang ditonjolkan itu adalah satu mitos yang dikatakan adalah kejadian sebenar berlaku terhadap 3 'orang' katak dalam krisis Perak. Akan tetapi apabila ia ditonjol sebegitu rupa sebagai mukadimah sebuah filem dokumentari, tanpa menghabiskan tontonan, aku sudah berasakan bahawa keseluruhan filem ini adalah berat sebelah kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

Tambahan, orang-orang yang ditemuramah memberikan pandangan yang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Justeru aku berasakan bahawa tiada apa yang baru untuk aku tahu atau tonton di dalam filem itu. Sebagai penonton, aku juga sebenarnya mahu tahu apakah pandangan pihak yang lagi satu berkaitan dengan segala kejadian di Perak; bermula dari insiden lompat, pertukaran kerajaan, persidangan demokrasi bawah pokok, sembah derhaka YB Nizar di istana, tunjuk perasaan mohon DUN Perak dibubar dan sebagainya. Walaupun kita sebenarnya dah boleh agak apa yang akan dihujahkan oleh pihak satu lagi, tapi bagi sebuah filem dokumentari, informasi itu adalah agak penting.

Dalam keadaan ini, NSL telah diselamatkan oleh temuramah-temuramah dengan beberapa orang peguam yang bercerita tentang undang-undang yang digunapakai oleh BN dan PR bagi menyokong tindakan merampas dan memberontak masing-masing. Ini memberikan peluang kepada penonton untuk membuat penilaian sendiri tentang krisis di Perak dan apakah tindakan yang wajar diambil bagi memulihkan krisis. Di samping itu, YB NIzar juga diberi peluang untuk memberikan justifikasi berkenaan dengan 'sembah derhaka' beliau.

Secara keseluruhan, aku agak berpuas hati dan terhibur dengan filem dokumentari ini. Pengeditannya agak pantas dan kemas dan musik latar yang dipilih juga bersesuaian dengan jalan cerita. Tingkah Seira yang muncul sebagai penemuramah berkepala katak juga adalah sesuatu yang unik. Walaupun durasinya adalah terlalu singkat, tapi ia juga agak padat dengan informasi, dan barangkali itu ialah tujuan dan gaya S-Ploited untuk memperkenalkan sospol dan undang-undang kepada penonton yang belum begitu terdedah, terutamanya golongan muda. Kalau lama-lama sangat, nanti bosan.


Diapit Seira dan Sherrie (S-Ploited)

Tahniah S-Ploited kerana menjadi salah satu daripada tiga penerima FFF2009 Justin Louis Award.

Bagi mendapatkan DVD NSL, sila klik sini.

Hehe Part 2

Selepas pengharaman Gedung Kartun, kartunis Zunar meneruskan perjalanannya dengan langkah yang lebih berani iaitu dengan menerbitkan buku kartun secara bulanan, kali ini dengan nama Perak Darul Kartun (PDK) pula.



Pagi tadi ialah sidang media dan PDK akan dilancarkan pada secara rasmi pada hujung minggu ini. Selain daripada kartunis-kartunis PDK, antara penyumbang karya yang lain ialah saudara Pyanhabib, Pak Samad Said, Isham Rais, Farish Noor, Rahmat Haron, dan ehem... aku (ruangan Dari Meja Loyar) :p

Terima kasih kartunis Oly kerana mengkiutkan diriku... hahahh! Sila lihat di bawah :)



PDK akan dijual di kebanyakan bandar-bandar besar seluruh Malaysia. Boleh juga dibeli secara online di www.cartoonkafe.com atau hubungi 03 22744931

Dapatkannya sekarang (sebelum KDN buat hal lagi) dengan harga RM10 sahaja! Tak rugi!


Lawak yang Tak Lawak

Semalam, aku teman Fahmi Fadzil pergi ke Unit Operasi rahsia PDRM di Pusat Bandar Damansara. Fahmi telah dipanggil oleh seorang pegawai khas untuk membantu siasatan selepas dia membuat laporan tatatertib di Bukit Aman pada minggu lepas berkenaan dengan seorang polis trafik yang cuba meminta wang daripadanya.

Pegawai yang menemubual Fahmi telah meminta Fahmi menaip sendiri cerita aduannya. Selepas itu, pegawai tersebut memeriksa taipan Fahmi dan membuat beberapa penambahan soalan. Sambil menunggu pegawai tersebut yang sedang asyik dengan komputernya, aku membelek-belek suratkhabar Utusan Malaysia yang berada di atas meja. Dah lama aku tak baca suratkhabar propaganda kerajaan persekutuan ni.

Di mukasurat hadapan Utusan Malaysia, ada satu ruangan kartun yang dinamakan Senyum Kambing. Selalunya, aku akan baca ruangan tu dengan muka ketat, sebab lawaknya takde lah kelakar mana pun. Tapi kartun semalam memang buat aku tersenyum kambing. Aku tunjuk kat Fahmi, dia pun senyum kambing gak. Di bawah ialah lawak semalam yang aku cilok daripada laman web Utusan Malaysia:-



Sebab aku tersenyum kambing, bukanlah kerana hakikat bahawa pasukan bola kita telah mengalahkan pasukan Timor Leste 11-0. Tapi kerana respon yang diberikan oleh watak kartun berbaju kuning tu.

"Itu bukan lawan sebenar"

Habis, siapa lawan sebenar kita? Manchester United?

Aku kesian betul dengan pemain-pemain bola sepak kita. Bila kalah kena kutuk, dah menang diperlekehkan pula.

Apalah salahnya kita ucapkan tahniah kepada mereka. Sekurang-kurangnya, ia boleh jadi pemberi semangat.

Dan jangan sangka, hanya sebab Timor Leste tu sebuah negara baru, tak cukup pembangunan, mereka akan selamanya terkebelakang di dalam bidang sukan. Negara-negara Afrika yang mundur pun, dah banyak kali kalahkan kita dalam bidang sukan.

Kalau nak beri peringatan kepada pemain-pemain kita supaya jangan cepat berpuas hati dengan kemenangan besar itupun, itu bukan caranya.

Bukan dengan lawak dua ayat.

Maka tersenyumlah aku dengan secara kambing dengan ke'tidak-sensitif'an suratkhabar utama nasional ni.

Eh, itu bukan dah lama ke?



Hadapi saja

Hari ini, 1 haribulan Disember 2009. Tahun depan umurku 19 tahun (ini bukan 'typo error'). Selalunya, bila nak dekat hujung tahun, orang akan mula buat azam tahun baru. Nak buat itulah, inilah. Tapi bukan aku. Sekurang-kurangnya, bukan tahun depan.

Kalau aku buat juga, nescaya kerja-kerja tertunggak aku akan muncul dalam mimpi dan melenting "habis kami ni macamana?" atau lebih kejam lagi, akan bertindak membunuh azam aku sebelum ia dilahirkan. Jadi, lebih baik aku tak buat.

Apapun, tahun 2008 ni memang tahun yang memenatkan. Sangat-sangat memenatkan. Tapi, kepenatan yang menghiburkan (ok, ada juga bahagian yang tak berapa menghiburkan tapi wadehel aku dah tolak ia ketepi). Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang memahami. Aku dah cuba luang masa untuk korang, walaupun aku ni sekejap ada sekejap tak ada. Contohnya, bila kita pergi main tuju selipar kat Dataran dua hari lepas (kan aku dah kata, umur aku baru nak masuk 19 tahun). Main punya main, bila tiba giliran aku untuk baling selipar, aku dah takde. Kena balik awal untul program seterusnya. Nasib baik grup aku menang. Khabarnya 2-1. Tahniah dan yey untuk semua. Dan padan muka kepada grup Ayam.

Pagi tadi, bos aku bagi 'organizer' baru, untuk 2010. Aku dah siap isi. Aku tandakan dengan 3 warna pen. Merah untuk tindakan segera/jadual kes, Hitam untuk peringatan/mesyuarat, Biru untuk lain-lain acara. Habis isi, aku tutup 'organizer'. Lepas tu, aku tenung lama-lama. Lepas tu, aku senyum sorang-sorang. Gila skema aku ni rupanya. wtf.

Nak tak nak, umur semakin meningkat. Nak tak nak, tanggungjawab pun bertambah. Nak tak nak, sel-sel otak dah banyak yang hangus. Tapi terima kasih Tuhan, aku masih mampu tersenyum.

Bak kata seorang kawan, hadapi saja.


Gambar 'of the year', gambar dari dalam trak polis :p