Perkara Yang Bagus Harus Dikongsi




TyIcKooUnS.

Begitulah tajuk teater terbaru yang sedang dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka. Lama jugalah aku berfikir macamana sebenarnya nak sebut tajuk tu? Rupa-rupanya, ia adalah gabungan dua perkataan:

Tycoon + TIKUS.

Kenapa Tycoon? Sebab ia merujuk kepada orang yang paling berkuasa kat sebuah pekan bernama Pekan Siem Pang. Kaya dan berkuasa. Dan orang begitu, mesti ada orang-orang bawahan. 80% daripada ceritanya berkisar tentang orang-orang bawahan Tycoon dan juga orang-orang yang cuba merampas kuasa daripada Tycoon. 80% inilah TIKUS.

Isi cerita TyIcKooUnS agak serius sebenarnya. Pasal kuasa, keadilan, kesetiaan dan pengkhianatan (rasa akulah, tapi kalau Wan the script writer tak setuju dengan aku, peduli apa aku ahahahah). Tapi, ia juga agak menghiburkan pada waktu yang sama. Siap ada live band lagi.

Aku taknak cerita banyak-banyak. Lagipun, aku bukannya pengkritik teater. Hanya pandai tengok saja. Aku cuma nak beritahu kamu semua yang TyIcKooUnS sangat berbaloi untuk ditonton. Tak rugi duit. Sila percayakan aku yang kedekut ni.

Aku menonton TyIcKooUnS dengan keluarga kartunis Ronasina, beberapa orang aktivis hak asasi, kawan-kawan loyar dan encik ehem. Semua yang pergi kata cerita ni best.

TyIcKooUnS akan dipentaskan sehingga 29hb Mei, maknanya tinggal 2 hari saja. Pukul 8.30 malam. Harga tiket RM30, pelajar RM15. Lain-lain info sila klik sini.

Sila pergi sebelum terlambat.



Tentang TyIcKooUnS:-

Penerbit : Khairol Azhar bin Abd Jalil
Pengarah : Khairunazwan Rodzy

Dibintangi Oleh :

...Namron
Amerul Affendi
Mardiana Alwi
Zahiril Adzim

Dibantu Oleh :
Ammar Armada
Wanji Aswandi
Khairil Ridzuan
Hasbullah Abdullah
Mohd Aiman Syazwan
Wan Farah Aina

Pemuzik - White Percussion Unit



Kami bergambar dengan pelakon2 selepas teater. Masing-masing konon nak buat muka gangster Pekan Siem Pang tapi tak menjadi.