Iklan lagi?




Yang di atas ialah karya terbaru Ronasina. Setiap watak-watak dalam kartun tu adalah penyumbang kartun dan artikel untuk majalah terbaru keluaran Zunar dan konco-konco (sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas). Bakal di pasaran tak lama lagi.

Sila cari aku dalam gambar :D.

Cik Puan Peguam

Pagi tadi, aku terima satu panggilan daripada seseorang yang nak minta bantuan guaman. Dari awal perbualan, beliau merujuk kepada aku sebagai "Cik Puan Peguam". "Nama saya Puspa," kata aku dengan sopan. "Oh maaf Cik Puan Peguam Puspa". "Er panggil saya Puspa je" kataku lagi. Lepas tu terus makcik tu mengelabah dan asyik tersasul memanggil aku sekejap "Cik Puan Puspa", sekejap "Cik Puspa Peguam", sekejap "Puan Peguam Puspa".

Apakah?

Bercakap dengan Fahmi



Beberapa hari lepas aku dijemput oleh Fahmi Fadzil untuk muncul dalam rancangan Fairly Current Show di Popteevee. Asalnya, dia minta aku untuk bercakap pasal kes Aminul, tapi aku kata tak boleh la sebab kes masih sedang berjalan. Jadi, dia minta aku bercakap pasal kes-kes lain dan pendapat aku mengenai beberapa situasi yang melibatkan polis. Aku pun setuju.

Katanya lagi rancangan itu berkonsepkan santai dan fokus pada anak muda. Jadi haruslah aku tidak serius sangat.

Tapi apa feedback yang aku dapat? Puspa tak serius dalam isu Aminul lah, Puspa taktau apa-apa dalam kes Aminul sebab aku peguam mudalah dan aku adalah bodoh sebab kata adik Aminul tak bersalah dan bukan penjenayah hanya kerana dia memandu tanpa lesen.



Yang salah tetap salah, benar tetap benar, dan pembunuh tetap pembunuh.

Tak sabarnya nak bawa kes ini ke muka pengadilan.

Nak tengok, sila klik sini.

Tak Bertajuk


Arwah adik Aminul dengan kawan baiknya beberapa hari sebelum kejadian pembunuhan oleh polis

Haruskah aku berkata apa-apa lagi?

Kehkeh



Kartunis Ronasina kata dia nak nangis tengok papan tanda ni di dalam FBnya, aku pula rasa nak gelak guling-guling dari tempat kerja di Phileo Damansara sampai ke rumah di Bangsar, naik katil, tidur dan terus lupakan lawak yang 'baik hati' ni.