MerdekaReview - Jom labur di MerdekaReview untuk melakar masa depan!

MerdekaReview - Jom labur di MerdekaReview untuk melakar masa depan!

Gezutan Gaban

Baru-baru ini, kita dikhabarkan berita gembira tentang kartunis Zunar yang akan menerima anugerah antarabangsa 'Courage in Editorial Cartooning' oleh Cartoonists Rights Network International. Beliau akan diraikan di Amerika Syarikat pada bulan Julai 2011 depan.

Tapi, sebelum beliau diraikan di sana, biarlah kawan-kawan meraikan beliau dulu. Maka satu majlis tergezut (surprise party) pun dirancang oleh kartunis Jonos dan kartunis Ronasina. Untuk latarbelakang dan cerita persiapan, sila baca sini.

Mastermind telah menghantar emel rahsia yang mengandungi pelan-pelan konspirasi kepada konco-konco Gedung Kartun, termasuk Orang Gilak yang sempat menyumbang beberapa artikel, beberapa minggu sebelum majlis. Perancangan diadakan dengan rapi dan tidak diketahui oleh empunya badan sehinggalah pada malam itu. Isteri Zunar iaitu Kak Alin telah memperdayakan Zunar dengan mengajak beliau makan nasi Arab, tapi kena pakai elok-elok. Para jemputan telah diberitahu supaya datang setengah jam lebih awal.


Zunar akan masuk melalui pintu ni. Semua orang tunggu dengan berdebar-debar


Surpriseeee


"Apa korang semua buat kat sini?"


"Eh kau pun ada!"


Operasi menterkejutkan Zunar telah berjaya

Selepas Zunar diterkejutkan, operasi makan-makan pun bermula. Nasi arab/mandy kat situ memang sedap laa peerghhh (Iklan: Nama restoran ialah Restoran Al-Amin, di Taman Greenwood belakang stesen minyak Shell ada kawasan perumahan, cari Jalan 6 ada rumah kedai).


Abang Pyan makan tak tengok kira kanan dah

Selepas acara makan-makan, acara cakap-cakap pun bermula. Beberapa orang rakan Zunar dijemput berucap mewakili rakan-rakan yang lain mengucapkan tahniah kepada Zunar.


Jonos sedang bercerita


Abang Pyan punya turn


Ronasina the MC tengah posing sorang-sorang perasan Johnny Depp


Akhir sekali Zunar

Majlis diserikan dengan persembahan Nik yang menyanyikan lagu-lagu kegemaran Zunar antaranya lagu Iwan Fals. Mana tahu lepas tu Zunar join sekaki. Menurut Kak Alin, ini ialah pertama kali Zunar karok depan orang. Terlalu gembira barangkali :)


Feeling sampai pejam mata


Semua orang termasuk Orang Gilak menandatangan banner yang dibuat khas untuk majlis tersebut untuk dibawa pulang oleh Zunar


Gambar kenang-kenangan Orang Gilak dengan Zunar


Gambar ramai-ramai sebelum majlis tamat

Tahniah saudara Zunar!