Malang


Kota Malang, Jawa Timur.
 
7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab dekat dengan gunung berapi. Tapi tempatnya cantik dan tenang. Yang tak faham tu kenapa keretapi malamnya offer makanan tadi takde tray. Kena letak atas riba. Bila dah sampai, pun tak faham. Sebab ada lagu Celine Dion berkumandang.


Pemandangan dari dalam keretapi kira-kira setengah jam sebelum tiba di Malang

Di Malang saya tidur di sebuah hotel yang menyediakan penginapan ala hostel di atas bumbung untuk backpackers. Tak sempat ambil gambar sebab setiap kali nampak tilam, terus tidur. Tapi boleh cekedot kat sini

Oleh sebab saya tiba awal pagi (naik keretapi malam dari Yogyakarta) maka lepas baring dan sarapan saya jalan-jalan di sekitar Kota Malang. Ada pasar burung dan pasar bunga.


Bila dah petang, nampak pula kompleks membeli belah. Niat asal untuk masuk ialah nak buang air je, tapi lepas tu nampak pula poster cerita yang ditayang jadi apa lagi...

Adaptasi dari novel Hamka jadi memang rugi tak tengok bila dah ada di depan mata
Malamnya saya bersiar-siar di kota dengan angkot... sama saja sistemnya dengan kota-kota lain di Jawa. Cuma, di sini agak ketara ke-hipster-an anak-anak mudanya. Kafe hipster pun banyak. Tapi tak boleh layan sangat mereka sebab kena pulang awal. Tengah malam nanti nak naik gunung. Ekceli naik awal pagi. Tapi masa perjalanan (dengan jip 4WD) kira-kira 3 jam kot.

Gambar menahan sejuk di atas gunung sambil tunggu matahari terbit
Dah siang baru nak amik gambar
Selfie gaya tak puas hati sebab ramai sangat orang
Paksa driver 4WD amik gambar ni. Sekitar Pasir Berbisik
Lepas tu kena paksa dengan driver posing atas jip. Waktu ni muka dah gelap sebab asyik jalan tengah panas 


Hidup perlu ditutup supaya tidak terbau tahi kuda dan termasuk habuk pasir. Kalau nak selamatkan rambut dan mata juga elok pakai seperti di atas.




Bila dah sampai puncak Bromo, akan nampak ni. Lepas tu selfie sedas-dua dan turun semula
Akan lalu ni bila nak balik ke Kota
Kami rehat kejap di sini




Kemudian turun naik beberapa bukit lagi untuk cari air terjun.. di sini juga banyak pokok epal. Tapi tak ambil gambar sebab dah habis bateri. ;)

Sayang sekali persinggahan saya di Kota Malang hanya 2 hari. Dah beli tiket keretapi ke Surabaya (untuk ke Semarang) Kalau ada peluang, saya akan ke sini lagi :)

Planet Puspa - Jawa (1)

Semusim dikala suara itu
Menjamu merayu bisu
Menghampar merindu... mu

Tiada gusar menghantui biru
Terambah menawar pilu
Terkapar mencumbu... mu



Lagu Bogor Biru di atas telah membawa saya ke kota Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Pada mulanya apabila saya dan Nik memutuskan untuk ber-backpacking ke Kepulauan Jawa hujung tahun lepas, Bogor tidak terlintas dalam fikiran. Kemudian apabila saya meneliti laluan bas dan keretapi di atas peta Kepulauan Jawa, saya ternampak Bogor yang jaraknya kira-kira 2 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. 'Bogor Biru' memang lagu kesukaan saya. Seseorang juga pernah memberitahu saya bahawa Bogor juga dikenali sebagai Kota Hujan kerana kota itu hujan setiap hari sepanjang tahun. Bogor juga terkenal dengan Kebun Raya iaitu taman botanikal yang luasnya 87 hektar. Saya memikirkan adalah lebih baik kota Bogor dijadikan destinasi pertama, kerana sehingga sehari sebelum bercuti, jadual saya padat dengan perbicaraan dan pendengaran. Saya mahu duduk diam di dalam kota beberapa hari, berjalan di tengah hujan dan minum kopi. Nik pun baru habis peperiksaan sarjananya.

Maka kami pun melakukannya.










Tidak susah untuk mencari kota Bogor. Dari lapangan terbang, kami menuju ke perhentian bas di luar dan menunggu bas yang tertulis 'Bogor'. Ada juga pilihan lain iaitu teksi, yang dikira murah jika anda mengembara lebih dari seorang. Kalau naik bas seorang Rp45,000 dan kalau teksi kira-kira Rp100,000 tanpa mengira bilangan penumpang. Dari stesen bas di Bogor pula, ada banyak Angkutan Kota (bas mini/van penumpang murah) yang lebih dikenali sebagai 'angkot' atau kalau tidak biasa, naiklah teksi, tapi pastikan teksi itu menggunakan meter.

Kota Bogor walaupun sesak di siang hari, tapi masih dikira tenteram berbanding Jakarta. Selain dari Kebun Raya, ada juga tempat berekriasi yang lain. Rumah tumpangan yang didiami terletak hampir dengan Taman Topi, pasar dan stesen kereta api. Waktu petang kami berjalan-jalan di sekitar situ mencari 'gorengan' dan melihat gelagat orang tempatan. Kalau mahu bergerak lebih jauh, naik angkot yang sangat murah iaitu kira-kira Rp3000. RM1=Rp3400. 

Kawasan kami juga dekat dengan sebuah sekolah agama (Islam). Bila subuh menjelang, saya dengar azan lebih dari satu suara. 3 atau 4, kot? Tertanya-tanya juga saya ada berapa buah masjid di sini? Ada juga beberapa gereja Kristian. Walaupun mendapat jolokan Kota Hujan, saya nampak juga papan tanda 'Bogor Kota Beriman' di sini.



Seperti yang dijangka, Kota Hujan memang hujan setiap hari. Selang sejam dua, sebenarnya. Tapi hujannya tidak lebat, cukup dengan memakai baju berhud atau payung kecil sahaja. Waktu malam baru saya dengar bunyi hujan yang lebat. Bilik yang kami diami bilik murah dan hanya ada keperluan asas. Mungkin kerana sentiasa hujan, airnya sejuk macam air kat rumah nenek di Pilah :p 

Akhirnya, Bogor kami tinggalkan untuk ke Bandung.