Kesilapan vs Kebodohan

Pagi tadi aku terima sms daripada Sasha. Dia minta aku baca belog seorang kenalan di uni dulu, dan minta aku berikan komen.

Kenalan ni, bukanlah kawan aku di uni pon. Hanya kenal susuk dan nama. Lepas tamat belajar, dia sertai sistem kehakiman. Mula2 jadi Penolong Kanan Pendaftar, lepas tu jadi Majistret, lepas tu dengar2 dia sudah ke Mahkamah Persekutuan. Tak tahulah apa jawatannya di sana. Tahniahlah.

Tapi bukan itu yang aku pedulikan.

Aku tak peduli kau siapa, kerja dengan siapa, anak siapa, pointer kau di uni berapa, kau kahwin dengan siapa, betapa susah kerja kau, kau kenal siapa... semua tu tak penting.

Tapi JANGAN kutuk profesyen guaman tanpa usul periksa. JANGAN panggil rakan-rakan peguam bodoh tanpa tahu cerita sebenar. JANGAN tuduh peguam makan duit klien atas kebodohan.

Antara isi-isi kandungan belognya begini:-

"Kalau dah salah tulis nama, macam mana judge tu nak approve lu punya order kan? Please do not expect the staff to correct your drafts as it is not their duty to do so. The current instruction is to return any flawed draft orders. Why burden the staff to do what the lawyers are supposed to do for their clients (and collecting fees for such work)? Not fair isn’t it?
And don’t come back to tell the Court that nobody is perfect. We don’t care whether you are perfect or not. But your draft order must be perfect before we process it.."

Tuan yang bijaksana, memang kesilapan kecil kadang-kadang adalah merimaskan. Tapi deraf dipanggil deraf adalah bersebab. Tujuan deraf adalah untuk mengelakkan terdapatnya kesilapan di salinan yang bersih. Kalau deraf tu dah sempurna dan difailkan, kita panggil ia 'salinan bersih yang telah dimeterai". Tak ada peraturan hatta di dalam Kaedah-kaedah Mahkamah sekalipun yang mewajibkan deraf pertama yang diserahkan kepada Mahkamah supaya sempurna 100%. Kami tak pernah berniat nak menyusahkan staf Mahkamah. Tapi bukankah ia sebahagian daripada bidang kerja mereka?

"Another thing is this. How many of the private sector lawyers know the differences between a Senior Assistant Registrar, Deputy Registrar, Senior Registrar of the Session / Magistrate Courts, Magistrate, Chief Clerk and Pembantu Tadbir Undang-undang?
I must admit that when I started service, I didn’t much about these designations. But as soon as I started working, I realized how important it is to know the hierarchy of these designations and the jurisdiction that comes with it. So I learned the duties of each designation. I doubt if you can get it in any books but asking around sure helps.."

Tuan yang bijaksana, saya tak tahu apa yang mereka ajar di sistem kehakiman, tapi para peguam dah belajar semua ni masa jadi pelatih dalam kamar. Ooops pensyarah -pensyarah Civil Procedure dan Professional Practice saya pun pernah sebut perkara ni. Tuan tidoq dalam kelas kaa?

"If you are told by a clerk that your file is missing, how many of you would just go back to your office and tell your client that your case was postponed because the file is missing and how many would go and ask either the SAR / DR regarding the accurate status of the file?
Most of the complaints of missing files that reaches the Palace Of Justice were not even missing. Upon investigation, it shows that the lawyer did not check with any officer and just took the word of the interpreter or clerk that the “file takda!”. They don’t even know that they should go to the Registrar / SAR / DR when there is any problem relating to the administration of their files / cases. They don’t even know what in the world is Registrar / SAR / DR what more who these individuals are! And then they have the cheek to inform their client that the court misplaced the file and it is now missing!
Sedih… tapi benar…."

Tuan, sememangnya ia akan menjadi lawak minggu ini sekiranya saya pergi berjumpa dengan Penolong Kanan Pendaftar atau Timbalan Pendaftar untuk mengadu kepada mereka bahawa fail saya hilang. Ini adalah kerana di dalam bangunan Mahkamah yang tersergam indah itu, terdapat sebuah bilik kecil yang dinamakan Bilik Fail. Apa yang saya cuma perlu lakukan apabila jurubahasa beritahu saya bahawa fail saya tidak ada ialah pergi ke kaunter pendaftaran atau Bilik Fail, berjumpa dengan pegawai yang bertugas, beri nombor fail dan butiran fail dan pegawai yang bertugas akan periksa buku log dimanakah fail tersebut berada. Sekiranya sempat, fail dapat diperoleh hari itu juga dan kes akan berjalan seperti biasa. Jika tidak, memang wajarlah tarikh baru diberikan walaupun hati ada rasa sedikit bengang. Adakalanya, fail memang tidak dapat dijumpai atas sebab-sebab berikut:-

i. Mahkamah berpindah bilik/bangunan
ii. Kes sudah ditutup
iii. terdapat beberapa pendengaran interlokutori- kadang2 fail ada dengan PKP, kadang2 dengan Hakim.

Tuan, hal2 sebegini tidak ada kena-mengena dengan sistem hierarki Mahkamah. Para peguam sudah cukup independen untuk mencari semula fail mereka yang hilang selagi terdaya. Saya berani potong jari bahawa sekiranya saya pergi perjumpa dengan PKP atau TP untuk mengadu tentang fail saya yang hilang, mereka akan bertanya semula kepada saya "DAH BUAT FILE SEARCH?"

"So my suggestion is this.
Go and learn the roles and responsibilities of Judicial Officers. You must know the right person to refer if you are in trouble. It is extremely important that you know this piece of knowledge if you want to be able to fulfill your duties to your client. If I had a lawyer, and my lawyer kept telling me that my file in court is missing, I’d be damned pissed. I’d be even more pissed if I knew that my lawyer didn’t do anything to check with the appropriate officer the actual status of my file.."

Tuan yang bijaksana, sekiranya saya bertemu dengan klien yang sebegini, saya akan membawa beliau menziarah Mahkamah yang Mulia dan dia boleh teman saya buat "file search' kalau dia nak.

Nampaknya bukan sahaja peguam 'tidak sempurna', tapi Tuan juga sudah terkhilaf dari segi fakta, pengalaman dan sikap suka menuduh tanpa usul periksa akhirnya akan memakan diri kita sendiri.


Bermesra dengan Peguam?

Herm. Tajuk yang agak pelik. Selama ni peguam dianggap tak mesra rakyat kan. Pakai sut hitam putih pastu jalan menonong je sorong beg kaunsel pegi Mahkamah. Tapi tak semua peguam macam tu- tak caya tanya aku.

Kali ni acara Minggu Kesedaran Undang-undang diadakan lagi. Pemuisi terkenal Cecil Rajendra akan buat persembahan istimewa. Begitu juga dengan Isham Rais @ Tukar Tiub yang akan buat stand-up comedy. Dan ada persembahan istimewa daripada para peguam (bukan aku) serta satu sudut akan disediakan di mana nasihat guaman percuma akan diberikan on the spot (mungkin aku).

Datang lah, tak perlu bayar :)

Tarikh:
31hb Oktober 2009
Masa:
7.30 ptg - 9.30 ptg
Lokasi:
Pentas Utama, Pasar Seni (tempat letak kereta)
Program: 1) Bacaan Puisi oleh Cecil Rajendra
2) Stand-up comedy oleh Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub
3)Persembahan Drama oleh peguam-peguam
sukarela Pusat Bantuan Guaman
4)Dikir Barat
5)Klinik Guaman Percuma

...dan, lagu tema Bantuan Guaman akan dinyanyikan (jangan harap oleh aku) dan diperkenalkan buat pertama kali. Ia tulis secara bersama oleh Meor dan kawan-kawan peguam :)

Mari mari :)

Pusat Bantuan Guaman-Sambungan

Oleh kerana ramainya orang yang memohon untuk bantuan guaman dan kekurangan peguam, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam terpaksa menetapkan satu ujian kemampuan untuk menentusahkan mereka yang memang daripada golongan berpendapatan rendah sebelum kes mereka diterima supaya bilangan kes yang didaftarkan tidak melebihi keupayaan pusat bantuan guaman untuk memperuntukkan peguam kepada anakguam. Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam sering mengalami kesukaran dalam mendapatkan peguam sukarelawan untuk mengendalikan kes-kes yang didaftarkan. Hal ini kerana peguam-peguam sukarelawan yang mengendalikan kes-kes daripada Pusat Bantuan Guaman tidak dibayar sebarang yuran dan ada kalanya terpaksa membelanjakan wang dari saku dirinya untuk menampung kos pengangkutan.


Sekiranya diberikan peruntukan kewangan yang lebih banyak, sememangnya Majlis Peguam amat berharap dapat membantu lebih ramai orang yang tidak berupaya untuk mendapatkan representasi guaman. Akan tetapi, usaha-usaha Majlis Peguam untuk mendapatkan tajaan kewangan daripada pihak kerajaan dan usaha-usaha lain seperti yuran pemfailan bagi kes-kes Pusat Bantuan Guaman dikecualikan masih belum mendapat apa-apa respon positif daripada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Ramai yang sering tertanya-tanya adakah bantuan guaman itu hanya satu isu amal/ kebajikan semata-mata atau ia adalah hak asasi manusia. Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang itu untuk diberikan represenatasi guaman atas pilihan dirinya. Oleh itu, bantuan guaman kepada mereka yang tidak berupaya untuk melantik peguam sendiri adalah satu hak asasi manusia yang seharusnya menjadi tanggungjawab bersama pihak kerajaan dan bukan tanggungjawab Majlis Peguam semata-mata.

Apabila Majlis Peguam kekurangan peruntukan kewangan dan peguam sukarelawan, maka ia tidak dapat menampung bilangan kes-kes yang semakin meningkat kian hari dan terpaksa menolak permohonan mereka yang datang untuk mendapatkan bantuan ataupun gagal memperuntukkan peguam baginya meskipun kesnya telah lama didaftarkan. Seterusnya ahli masyarakat terutamanya mereka yang kurang berupaya dan/ atau mereka yang berpendapatan rendah masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses kepada keadilan meskipun terdapatnya Perkhidmatan Bantuan Guaman. Keadaan sebegini menjadikan bantuan guaman itu seolah-olah sekadar satu peragaan kosmetik yang tidak memanfaatkan golongan masyarakat yang kurang berupaya.

Apakah erti bantuan guaman dan di manakah bantuan guaman sekiranya badan yang memperuntukkan khidmat tersebut dengan sendirinya tidak mampu mengendalikan permintaan yang kian meningkat? Apakah ini semata-mata tanggungjawab sosial dan/ atau statutori Majlis Peguam sebagai satu badan statutori yang ditubuhkan di bawah Legal Profession Act? Sudah semestinya ia bukan hanya merupakan tanggungjawab Majlis Peguam semata-mata. Bantuan Guaman itu merupakan satu hak asasi manusia. Oleh itu, kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memelihara hak asasi manusia terhadap representasi guaman yang dijamin oleh peruntukan Perlembagaan Persekutuan melalui penajaan kewangan untuk menyokong usaha Majlis Peguam dalam memastikan setiap orang diberi akses kepada keadilan terutamanya apabila Biro Bantuan Guaman yang dikendalikan oleh pihak kerajaan tidak memberikan bantuan guaman kepada mereka yang terlibat dalam kes jenayah. Kita harus sentiasa mengingati prinsip perundangan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikannya bersalah. Oleh itu, representasi guaman harus dijamin supaya tertuduh didakwa dalam satu prosiding yang adil dan sekiranya dia tidak mampu untuk melantik peguam, maka bantuan guaman mesti diberikan kepadanya supaya akses kepada keadilan terjamin.

Atas matlamat untuk memastikan setiap insan di Negara ini diberi akses kepada keadilan, maka Majlis Peguam menganjurkan Minggu Kesedaran Undang-Undang Kebangsaan ini yang diadakan secara serentak di setiap negeri di Semenanjung Malaysia bermula daripada 23hb Oktober 2009 sehingga 31hb Oktober 2009. Pelbagai aktiviti-aktiviti diadakan oleh Pusat-pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam di negeri-negeri yang berlainan. Tujuan penganjuran Minggu Kesedaran ini adalah untuk membawa kesedaran kepada semua rakyat Malaysia akan erti, matlamat dan tujuan bantuan guaman. Majlis Peguam turut berharap bahawa dengan anjuran Minggu Kesedaran ini, ia dapat menghantar satu mesej kepada pihak kerajaan bahawa betapa pentingnya sokongan dan bantuan mereka dalam menyokong usaha Majlis Peguam memperlihara hak asasi manusia terhadap representasi guaman. Ia merupakan satu usaha yang masih berterusan sehingga hari ini supaya tajaan atau bantuan kewangan daripada pihak kerajaan dapat diperolehi supaya sistem bantuan guaman di Negara kita ini dapat diperbaiki. Semoga suara kita ini didengari oleh pihak-pihak yang berkenaan dan dibalas dengan rangkap yang menyenangkan.

Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) akan melancarkan penggunaan premis Pusat yang baru di Tingkat 9 Wisma Kraftangan pada 27hb Oktober 2009, yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Arif Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya. Diharap kesudian Yang Amat Arif untuk menghadiri upacara ini merupakan satu tanda baik dan titik permulaan kerjasama di antara badan kehakiman dan Majlis Peguam dalam memperuntukkan satu sistem bantuan guaman yang lebih baik kepada ahli masyarakat di Negara ini. Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) akan mengadakan satu fiesta kesedaran undang-undang di Pasar Budaya pada 31hb Oktober 2009 sebagai acara penutup tirai Minggu Kesedaran Undang-Undang Kebangsaan sambutan peringkat Wilayah Persekutuan. Warga-warga Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk mengikuti dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijadualkan pada hari tersebut dan bagi mereka yang mempunyai pertanyaan isu perundangan, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) turut menyediakan satu kaunter khidmat nasihat di fiesta tersebut.

Datanglah beramai-ramai bersama warga-warga Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) untuk menjayakan fiesta ini dengan harapan satu mesej dapat dibawa kepada perhatian pihak kerajaan bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan menitikberatkan isu akses kepada keadilan dan peruntukan bantuan guaman. Bilangan membuktikan kekuatan. Bersama-sama kita berusaha untuk memelihara hak asasi manusia.

Oleh: Valen Khor Xiou Shan

Pusat Bantuan Guaman-Pengenalan

Oleh: Valen Khor Xiou Shan (disiarkan dengan kebenaran)


Majlis Peguam Malaysia merupakan satu-satunya badan bukan kerajaan di dunia yang memberikan khidmat guaman percuma kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan tanpa mendapat sebarang tajaan atau sokongan kewangan daripada pihak kerajaan. Setiap peguamcara dan peguambela berdaftar dimestikan mencarum sejumlah wang sebanyak RM100 untuk Tabung Bantuan Guaman setiap tahun bagi membolehkan mereka memperbaharui Sijil Amal Tahunan.


Minggu Kesedaran Undang-Undang Kebangsaan merupakan salah satu aktiviti kepentingan awam Majlis Peguam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Bantuan Guaman Majlis Peguam Malaysia. Pelancaran Minggu Kesedaran Undang-Undang Kebangsaan tahun ini akan dilancarkan di Sungai Petani, Kedah.


Pada peringkat negeri pula, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) yang beroperasi di Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur merupakan salah satu Pusat Bantuan Guaman yang paling sibuk dengan pelbagai jenis perkhidmatan dan aktiviti kesedaran. Perkhidmatan guaman pada asalnya hanya tertumpu dalam memberikan nasihat guaman dan representasi guaman kepada mereka yang tidak berupaya untuk melantik peguam. Walau bagaimanapun, bidang khidmat Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam telah diperluaskan kepada kes-kes kepentingan awam seperti isu-isu peneroka dan representasi guaman dalam tangkapan beramai-ramai.


Walaupun terdapatnya perkhidmatan guaman disediakan oleh Majlis Peguam kepada mereka yang memerlukan, akan tetapi kebanyakan ahli masyarakat tidak menyedari akan kewujudannya. Meskipun ada golongan yang mempunyai pengetahuan bahawa terdapatnya perkhidmatan tersebut, ada di antara mereka tidak mengetahui tempat dan cara untuk mendapatkan bantuan tersebut.


Jawatankuasa Kebangsaan Bantuan Guaman Majlis Peguam menyedari akan hakikat ini, akan tetapi publisiti yang melebih-lebih tidak semestinya memanfaatkan semua ahli masyarakat yang memerlukan bantuan guaman tersebut. Ini adalah kerana setiap Pusat Bantuan Guaman di negeri-negeri yang berlainan berfungsi dengan bergantung kepada caruman RM100 daripada ahli-ahli Majlis Peguam. Dengan peruntukan kewangan yang terhad, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam tidak berupaya untuk mengendalikan bilangan kes yang terlampau banyak. Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam tidak ingin memberikan harapan kosong kepada mereka yang datang ke pusat-pusat bantuan guaman mendaftarkan kes mereka tetapi tidak diperuntukkan peguam untuk mengendalikan kesnya.


Keadaan ini menjadi semakin serius apabila badan kehakiman Malaysia memperkenalkan sistem ‘fast track’ dan mengeluarkan pekeliling supaya penangguhan kes tidak akan diizinkan kecuali dalam keadaan terdesak dan/ atau berkecuali. Pegawai-pegawai kehakiman kini tidak membenarkan penangguhan kes meskipun dalam keadaan di mana tertuduh tidak diwakili oleh peguam dan seterusnya memberi arahan supaya tertuduh membela diri tanpa representasi sekiranya dia masih gagal mendapatkan perkhidmatan guaman di tarikh sebutan akan datang. Dalam keadaan sebegini, sekiranya Pusat Bantuan Guaman mendaftarkan kesemua kes tetapi gagal mendapatkan peguam untuk mewakili anakguam-anakguam tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh mahkamah, maka mereka terpaksa mengendalikan kes itu atas usaha dirinya tanpa representasi guaman. Sekiranya hal sedemikian berlaku, ia bagaikan satu janji kosong yang diberi oleh Pusat Bantuan Guaman dan seterusnya memudaratkan kepentingan anakguam tersebut kerana hak asasinya untuk mendapatkan representasi guaman telah dinafikan.


Bersambung esok...

"No one is above the law" konon...

15 tahun dulu, setiap kali aku nampak segerombolan polis berjalan-jalan dengan baju uniform mereka, aku akan kata "uuuu smartnya" dan "uuuu kilatnya kasut" dan "heheheh selamat sikit jalan kat sini, polis ramai" dan lepas tu aku akan lemparkan senyuman ke arah mereka.

Kini, kalau aku nampak segerombolan polis, aku akan rasa "hek eleh" dan "tu nak pegi mana la tu" atau lebih teruk lagi kalau nampak kereta yang ditahan polis aku akan rasa "ha tu nak minta duit kopi la tu".

Di manakah silapnya?

Soalan tu sekarang dah menjadi retorik kan.

Masalah, masalah, masalah. Jadi sebab tu aku hubungi Hong Siang dan beritahu dia yang aku nak tukar isi artikel, dari permasalahan FELDA ke permasalahan peribadi aku dengan polis. Walaupun kedua-dua sama penting, tapi yang lagi satu tu lebih 'urgent''. Artikel FELDA akan menyusul nanti. Sabar ye...

Kalau nak baca artikel tu, pegi sini.

Katak Bawah Tempurung v Katak Bawah Gelas

Sebaik saja tersiarnya tulisan aku di bawah yang mengandungi nota kaki "bagi yang 'blur' dan katak bawah tempurung", ada laa pulak kawan-kawan yang terasa kononnya dan ada pulak laa yang menjawab dengan sedih di dalam belognya "ye lah, aku memang katak bawah tempurung". Dan, aku yang evil ni telah jawab balik dalam belog dorang "memang pun". Hahaha

Tapi itu bukan intipati tulisan kali ni. Kali ni aku nak buat perbandingan di antara katak bawah tempurung dengan katak bawah gelas.

Pada aku, katak bawah gelas adalah lebih berbahaya daripada katak bawah tempurung. Kenapa?

Katak bawah tempurung memang tak tahu apa-apa (ye lah tempurung tu kan gelap) sebab dorang tak baca suratkhabar, baik suratkhabar perdana atau alternatif. Mereka juga tak melayari berita-berita alam maya ni sebab caridotcom dan guadotcom lebih best. Jadi kadang-kadang ko nak berdebat atau marah mereka ni pon ko kena fikir 2-3 puluh kali, sebab mereka ni memang tak tahu apa-apa jadi buang masa je ko nak ambil hati.

Katak bawah gelas pulak ialah jenis katak yang bukannya tak tahu apa-apa (sebab gelas tu cerah jadi boleh nampak luar), tapi lepas tahu pon mereka buat deekkk je. Ni ialah jenis orang yang suka marah2 kau sebab kau tak buat kerja/parti ko ada masalah/organisasi ko penuh dengan orang ntah apa-apa dan lepas tu pandai-pandai bagi nasihat suruh buat itu ini dan lepas tu bila kau minta mereka tolong kau, mereka akan bagi seribu macam alasan.

Beb, zaman orang takut dengan pemerintah dah berlalu lah. Boleh tak kau tolong bangun dari kerusi empuk tu dan sama-sama berjuang. Sebab kalau tak ada perubahan, lama-lama kerusi yang empuk tu akan mendap dan menipis juga.

Bebas yang Tidak Bebas

Malam tadi aku ke majlis pelancaran album Meor, Dari Rakyat Untuk Rakyat di Keramat. Akibat kesejukan di dalam dewan, aku ke luar sebentar berbual-bual dengan kartunis Zunar. Tiba-tiba, aku ternampak Kak Laila yang juga keluar dewan. Kami saling berpelukan dan aku sempat mengucapkan tahniah kepadanya.

Dah lama aku tak berjumpa dengan Kak Laila, iaitu sejak suaminya, saudara Mat Sah dibebaskan daripada Kem Kamunting kira-kira 2 bulan yang lalu. Mat Sah telah ditahan selama lebih 7 tahun di bawah ISA.

Rupa Kak Laila sangat berseri-seri. Aku teringat dulu-dulu, setiap kali ada berita pembebasan tahanan ISA yang bukan suami beliau, aku takut gila nak berdepan dengan Kak Laila sebab tak tahu nak beri reaksi yang macam mana.

Tapi Kak Laila kuat. Beliau terus berjuang. Aku juga kagum dengan saudara Mat Sah yang tidak pernah menegah Kak Laila daripada aktif bersama GMI walaupun beliau masih di dalam tahanan. Mereka tidak akan berkompromi dengan prinsip.

Kak Laila beritahu aku bahawa beliau perlu pulang awal kerana Mat Sah diberi perintah berkurung di dalam rumah selepas pukul 9 malam setiap hari. Hmm... Beliau juga beritahu aku bahawa saudara Mat Sah kini rajin mengumpul gambar-gambar gerakan, dan salah satu daripadanya terselit gambar aku yang ditangkap ketika perhimpunan 1hb Ogos yang lalu.

Aku beritahu Kak Laila, aku nak berjumpa dengan saudara Mat Sah, nak tanya khabar kerana aku belum berkesempatan bertemu dengan beliau sejak beliau dibebaskan. Kak Laila bawa aku ke pintu pagar, kerana suaminya sedang menunggunya di sana. Aku juga bawa sekali Murnie dan Syuhaini, 2 orang peguam muda yang juga ada kesedaran anti-tahan tanpa bicara.

Daripada cerita-cerita Kak Laila, aku dapat tahu bahawa Mat Sah dan ahli keluarga kini sedang cuba menyesuaikan diri masing-masing, kerana 7 tahun bukannya tempoh yang sekejap. Saudara Mat Sah juga sudah punya belog. Aku harap mereka hidup gembira dan aman sehingga ke akhir hayat.

MANSUHKAN ISA!
BEBASKAN SEMUA TAHANAN!


Sempat bergambar bersama Kak Laila dan saudara Mat Sah

Satu Ribu Ringgit Malaysia

Atas permintaan ramai, tarikh tutup dilanjutkan ke 31hb Oktober 2009. Sila layari suaram.net untuk keterangan lanjut.

Antara Pilihan Hidup, Politik Luar Bandar dan Filem Karaoke



Dalam hidup, kita akan diberi banyak pilihan. Tapi yang menarik, pilihan tu kadang-kadang bukannya pilihan sendiri. Cuba baca betul-betul. Kita DIBERI banyak pilihan. Maknanya, pilihan yang kita ada, bukannya datang dari kehendak kita. Kita telah dipaksa untuk memilih daripada beberapa jenis pilihan yang orang lain dah pilih siap-siap untuk kita. Itulah kekuatan makroekonomi. Komersil. Kapitalisme.

Selalunya, orang-orang yang memilih untuk menjadikan perkara-perkara di atas sebagai cara hidup dan ideologi, dikatakan sebagai orang yang maju. Maju, atas niat hendak membangun diri, bangsa dan negara. Konon. Belajar kena tinggi-tinggi. Lepas tamat sekolah menengah mesti masuk universiti. Lepas tu kena kerja kolar putih. Tinggal di tengah-tengah bandar atau sub-urban. Beli kereta dan rumah besar (batu). Letak pokok bunga banyak-banyak dalam rumah. Bunga plastik.

Kita sangat jarang dengar, orang yang lepas belajar tinggi-tinggi, nak balik kampung dan beranak pinak di sana. Lebih-lebih lagi kampung yang takde apa-apa sangat. Estet atau ladang kelapa sawit. Permainan yang ada cuma jentera dan mesin arwah bapa yang dah rosak. Awek dahi licin pon ada sorang dua je.

Tapi bukan Betik.

Betik ialah nama watak utama di dalam filem Karaoke arahan Chris Chong Chan Fui.

Pertama kali aku dengar tentang filem ini, ialah bila ia diterbangkan dan ditayangkan di Festival Filem Cannes beberapa bulan yang lepas. Waktu tu aku fikir bahawa ia hanyalah salah satu daripada filem-filem artistik lain yang aku tak akan faham bila menonton.

Sinopsis filem ini berbunyi lebih kurang begini:-

Betik, budak lelaki umur awal/pertengahan 20an baru pulang ke kampung halamannya di pedalaman ladang kelapa sawit dari Kuala Lumpur. Tapi tujuannya bukan untuk menziarah. Betik mahu menetap terus di kampung itu. Bapa Betik dah meninggal beberapa tahun sebelum kepulangannya. Tinggal ibunya seorang. Barangkali sebab dah biasa tinggal seorang, kepulangan Betik buat ibunya rasa kekok, sebab tiba-tiba ada lelaki dalam rumah. Ibu Betik menguruskan sebuah pusat karaoke peninggalan arwah suaminya. Pusat karaoke ni, tak payahlah kau bayangkan macam yang di KL. Satu-dua kotak tv, lagu-lagu karaoke, lampu liplap dan air oren, cukuplah tu. Yang datang bertandang pon penduduk2 berhampiran, iaitu pekerja-pekerja estet dan orang-orang kampung. Pak Su, adik arwah bapa Betik yang membantunya menguruskan pusat itu. Pak Su banyak buat kerja 'freelance'. Satu hari kenalannya beritahu ada syarikat penerbitan filem nak bikin klip video karaoke di kampungnya. Nak guna alam semulajadinya. Jadi dia memohon untuk jadi 'crew'. Pak Su tarik Betik sekali.


Pak Su (Mohd Hariry) dan Betik (Zahiril Adzim)

Maka bermulalah kehidupan Betik di kampung itu sebagai pembantu pengurus pusat karaoke pada sebelah malam, dan budak suruhan pembikin klip video pada waktu siang yang tiba-tiba diangkat menjadi pelakon utama video karaoke selepas model yang sepatutnya melakonkan watak tu, tak datang. Satu jadual yang agak sibuk untuk budak yang punggungnya belum panas lagi di kampung itu. Tapi dalam sibuk-sibuknya, Betik sempat mengayat seorang gadis bernama Anisah. Anisah ni selalu digunakan oleh abang Anisah sebagai alasan untuk keluar rumah dan berkaraoke. Jadi bila abangnya sibuk menyanyi, Anisah habiskan masa berborak dengan Betik. Mula-mula borak tentang latar belakang. Lepas tu keadaan semasa. Lepas tu masa depan.


Anisah (Nadiyatul Nisaa) dan abangnya (Amerul Affendi)

Bunyinya seolah-olah Betik punya kehidupan yang hampir sempurna. Kampung halaman, kerja, cinta. Dan sempat pula menyimpan cita-cita. Tapi, tak lama. Sebab selepas beberapa ketika, baru Betik perasan yang kampung halamannya tu dah tak sama macam dulu. Orang-orangnya pun dah tak sama macam dulu, dari segi batin. Betik tak faham. Tambah tak faham bila ibu Betik beritahunya yang dia nak jual pusat karaoke tu dan pindah ke tempat lain.

Dari 'presskit' yang aku terima, kelihatan seolah-olah pengarahnya mahu mengajak kita menyelami kerenggangan hubungan di antara setiap watak. Tentang kemusnahan alam semulajadi. Tentang ilusi dan realiti.


Tapi BUKAN itu yang aku nampak.


Watak ibu Betik... lakonan Mislina Mustaffa



Watak ibu Betik adalah seorang perempuan yang tegas dan berdikari. Dia tak bergantung pada orang lain untuk menguruskan pusat karaoke peninggalan arwah suaminya. Dan bila dia rasa dah tak larat, dia jual dan mulakan hidup baru. Habis cerita. Tapi konflik datang dalam bentuk lain. Betik cuba tegah dia jual pusat karaoke tu. Katanya, "Betik pun ada hak". (Heloo.. kau dah la tak balik masa bapak kau mati, jenazah harap Pak Su kau yang uruskan, sekarang ni nak bicara tentang hak?)

Bicara tentang hak.

Sebagai seorang peguam, sudah tentulah aku akan memilih tentang konsep penentuan hakmilik, yang mana samada seseorang itu mempunyai kuasa untuk memindahmilik harta yang dipertikai kepada pihak ketiga atau tidak. Dalam isu ini, memang Betik ada hak. Tapi, dari segi rasional dan keadilan, Betik tak patut bicara tentang hak dengan ibunya, kerana Betik tak pernah mengusahakan pusat dan tanah itu sepertimana ibunya mengerjakannya.

Babak yang aku rasa menarik yang melibatkan watak ibu dan anak ni ialah bila Betik selepas menukar baju tidurnya dan duduk di atas lantai menghadap ibunya. Ibu Betik terus ambil sehelai cadar dan gantung ke pintu tak berpenghadang tu, untuk memisahkan mereka berdua. Waktu tu aku tak pasti, samada ibu Betik mahu memisahkan Betik dari dirinya, atau ibu Betik mahu memisahkan dirinya dari Betik.

Watak Betik, buat aku lemas. Dia ialah lelaki kampung tipikal yang baru pulang dari bandar, dan rasa boleh buat semua. Nak majukan pusat karaoke. Nak buat itu ini. Tapi, kelihatan seolah-olah dia hilang punca di tengah-tengah percubaannya. Paling kesian bila tak seorang pun saudara terdekatnya, termasuk ibunya yang nak dengar rancangan hebatnya untuk pusat karaoke. Jadi dia terpaksa meluahkan perasaan pada Anisah yang baru dikenali. Malangnya, Anisah bukan jenis yang sabar. Lama-lama Anisah rasa Betik ni jenis cakap je pandai, tapi tak buat. Jadi Anisah mula jauhkan dirinya dari Betik.

Bagi sebuah filem yang berdurasi lebih kurang 75 minit, aku rasa filem Karaoke mengambil masa yang terlalu panjang untuk memperkenalkan penontonnya kepada alam sekitar, estet dan ladang kelapa sawit serta permasalahan2nya. Walaupun ia tidak dibincangkan secara langsung di dalam filem ini, kita boleh lihat kesan pembangunan tak terancang apabila terdapat pokok-pokok kelapa sawit yang telah tua dan mati, yang dibiarkan begitu sahaja tanpa ditanam pokok yang baru. Juga ada babak di mana seorang lelaki meminta jasabaik sekumpulan lelaki menangguhkan masa mereka bermain bola sepak di padang, bagi memberi ruang kepada lembu-lembunya untuk makan rumput di padang itu. Tempat lain, rumput dah tak ada.

Ini mengingatkan aku tentang kawasan-kawasan sistem pembangunan tanah.

Di kawasan-kawasan sistem pembangunan tanah seperti FELDA, RISDA, hatta tanah rezab sekalipun, memang banyak terdapat masalah-masalah sebegini. Tanah-tanah ni diberi oleh kerajaan, tapi kemudian mereka serahkan bulat-bulat pada penduduk bagaimana untuk mengerjakannya. Yang mereka tahu, hujung bulan pegi kutip sewa. Bukan sahaja sewa hasil pertanian, tapi rumah yang didirikan atas tanah tu pun kena dibayar sewanya. Sewa yang sepatutnya sewa beli, lama-lama jadi sewa hutang. Tanah dah lama berbayar, tapi bertahun-tahun masih tak dapat geran (sekadar menyuarakan perasaan beberapa orang penduduk yang merasa ditindas). Penduduk tak diajar pun cara-cara untuk mengawal pembangunan. Atau untuk mengekalkan kehijauan. Lantak kaulah nak buat apa pun di tanah yang kami bagi tu, asal sewa dibayar, kata mereka. Lebih teruk kalau ada penyelewengan. Tender pembangunan diagihkan kepada kroni-kroni. Penduduk cuma mampu gigit jari. Tak ada apa-apa lagi yang tinggal untuk generasi kedua (orang muda).

Dulu-dulu aku pernah terbaca tentang isu ketidakpuasan hati penduduk FELDA. Kerajaan telah memaksa mereka melibatkan diri dalam program tanam semula getah dan kelapa sawit, tapi ia mesti di bawah pengurusan FELDA dan tidak boleh dibuat secara persendirian. Jadi mereka terus berhutang dengan FELDA. Geran tak dapat-dapat. Jadi mungkin sebab itu dah ada yang jadi malas atau berputus asa, dibiarkan saja pokok-pokok yang tua, mati. Tak tanam yang baru pun tak apa. Tak ada bezanya.

Kembali pada filem Karaoke.

Melihat daripada cara orang-orang muda di kampung Betik menghabiskan masa lapang mereka, aku terasa sangat yang mereka ni memang terpisah dari dunia luar. Mereka tak duduk depan komputer untuk berinternet dan baca belog atau main Farmville di Facebook. Satu-satunya hiburan yang mereka ada ialah bersukan cara kampung atau berkaraoke. Sekali sekala orang luar datang buat bisnes, mereka boleh cari duit lebih.

Hal ini mengingatkan aku tentang beberapa siri mesyuarat yang aku hadiri sebelum aku menonton filem Karaoke. Ada seorang ahli mesyuarat yang mencadangkan supaya dibuat satu belog dan laman web untuk menyebarkan pengetahuan politik dan isu semasa khusus untuk generasi muda di luar bandar. Tiba-tiba, pakcik yang duduk di sebelah aku ketawa. Katanya, belog-belog tu semua permainan orang bandar. Orang-orang muda di kawasan pendalaman, lepas habis sekolah pegi cari kerja di kilang-kilang atau bandar, tak pun kahwin. Hanya yang bernasib baik akan sambung belajar di bandar. Mana ada masa nak berinternet. Kalau ada masa pon, mereka takkan nak baca belog-belog yang penuh propaganda. Baca pasal gossip artis lagi best.

Sekarang aku percaya cakap pakcik tu.

Salah satu masalah bila kita nak berkempen di kawasan luar bandar di pedalaman ialah, mereka sangat susah nak mengubah mentaliti dan benda-benda yang dah sedia ada. Sebab tu, kalau nak pastikan mereka mengundi calon yang kita nak mereka undi, kalau boleh bawa lambang parti tu sekali. Tunjuk pada mereka, terutamanya generasi pertama. Mereka biasanya akan pangkah lambang yang mereka dah selalu pangkah. Mereka tak kenal lambang lain. Mereka tak tahu apa-apa pasal kisah di sebalik lambang yang mereka biasa pangkah tu. Pada mereka, lambang itulah kerajaan. Kata seorang nenek, "kalau lambang tu kalah, nanti kita tak ada kerajaan" (tak, aku tak buat lawak).

Hal di atas buat aku mengeluh, betapa susahnya nak bawa perubahan pada sesetengah orang.

Sebab tu aku terkejut bila ibu Betik kata dia nak berhijrah.

Dari sudut lakonan, aku lihat semua pelakon agak kekok berinteraksi sesama sendiri. Tapi menurut mereka, hal itu memang disengajakan oleh pengarah yang tidak mahu mereka menjadi rapat walaupun di luar filem sepanjang pembikinan. Maka kau boleh rasa jurang di antara mereka. Dan itulah niatnya.

Betik yang selama ini berada di KL, balik ke kampung dan masih berasa yang dia ialah sebahagian daripada kampung itu. Tapi hakikatnya tidak. Kampung itu seolah-olah tak peduli tentang Betik dan 'move on' walaupun tanpa Betik. Betik yang telah ketinggalan berasa tersisih. Bila berjalan-jalan di kampung pun, dia rasa sudah banyak yang berubah.

Perubahan fizikal tanpa kebajikan sosial tu kan memang 'kepakaran' kita.

Tapi kadang-kadang, pemikiran 'tak kisah' atau 'peduli apa aku' itu ada baiknya. Pergi kerja, balik kerja, bila rasa nak berhibur pergi pusat karaoke. Ada satu babak di mana seorang gadis keturunan India memilih untuk menyanyikan lagu nasyid, dan pengunjung-pengunjung pusat karaoke tersebut menyanyi bersama gadis tersebut sambil kepala digoyang ke kiri dan kanan sebagai tanda solidariti. Tiada kata-kata sinis seperti "lu ni nak masuk Melayu ka" atau "berani kau menghina agama kami" dari sesiapa. Ringkas. Ini kerana mereka tahu, sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan dan mereka keluar dari pusat karaoke, mereka akan kembali ke alam realiti dan tidak ada apa-apa yang akan berubah.

Melihat pada jalan cerita, aku akur akan hakikat bahawa setiap kejadian itu memang ada ceritanya. Sama macam karaokelah. Di sebalik pembikinan klip-klip videonya, pasti ada cerita. Dan tak semua cerita itu indah dan sama. Bergantung pada interpretasi setiap oranglah.

Filem ini untuk genrenya adalah okay, cuma aku agak terkilan kerana aku hanya memahami keseluruhan isi kandungan selepas sesi sosal jawab dengan para pelakonnya, bukan sebaik sahaja cerita itu tamat.

Dan entah kenapa, selepas menonton, memikir dan merenung, aku rasa wajib pula aku letak puisi/balada saudara Fared Ayam anak peneroka FELDA sebagai penutup catatan aku kali ni

Balada Generasi Kedua

di sini
di tanah ini
yang kononnya dirancang
yang kononnya dibangunkan
atas nama ekonomi untuk bangsa
aku melihat anak anak muda
berkaraoke di tengahari di bulan puasa
aku melihat anak anak dara
beranak tiga di usia dua puluh dua
aku melihat adik adik remaja
melepak kosong di simpang tiga

di tanah bukit bukit lembah, jalan merah berbatuan kecil inilah
pokok pokok berakar tunjang kau tumbangkan
parit parit kau timbus, kau kering kontangkan
paya gersang berketak ketak hilang lembapan

di tanah gembur dan liat ini
yang dikatakan terhasilnya antara sumber utama ekonomi negara
aku melihat bayan dan punai
hilang tempat hinggapan
babi hutan hilang tempat berkubang
bujuk dan haruan hilang lubuk bersemayam
biawak mati bergelimpangan di tengah jalan

di sini
di lembaga kemajuan tanah persekutuan
kalau ini yang kau katakan ekonomi pembangunan
kalau ini yang kau katakan punca pendapatan
kalau ini yang kau katakan sebuah ' rancangan'
maka aku lebih rela jadi manusia gelandangan
yang tak pernah terancangkan

kembalikan kesemulajadian
atau akan aku mulakan hasutan!!


Filem Karaoke akan mula ditayangkan pada 26hb November 2009.



*Gambar-gambar oleh Danny Lim

Mari Melancong Part 6

Malam tadi, aku berbagan di Bagan Pinang lagi. Kali ni, pergi 5 orang. Kak Lat, Isham @ Tukar Tiub, Murnie, Fad dan aku. Naik kereta aku, tapi seperti biasa Kak Lat yang pandu, atas alasan yang biasa (aku memandu macam kura-kura. Ceh).

Dalam perjalanan, aku sms bos aku, tanya port ceramah yang best kat mana. Bos sms senarai penuh jadual DSAI. Selepas tengok jadual, kami semua memutuskan untuk pergi ke ceramah utama yang paling akhir untuk kempen pilihanraya kali ini, iaitu di tapak yang sama dengan hari pengumuman calon PAS hari itu.


Datang datang je... terus cari durian

Lepas makan durian, barulah kami pergi ke tapak ceramah. Kami letak kereta agak jauh... di kawasan-kawasan perumahan. Ramainya orang tak terkira.




Jangan tanya aku cemana penjual ubat ni boleh dapat port tengah2 tapak ceramah untuk menjual

Seperti biasa, DSAI akan berucap paling akhir. Sebelum itu, beliau ada ceramah2 di tempat lain juga. Kasihan, suara dah serak, sampai kami tak boleh cam kalau tak nampak.

Isi ceramah agak menarik. Undi tentera. KJ. Sokongan kaum India. Kugan. Teoh Beng Hock. Rasuah.

Selesai acara ceramah, penutupan telah dimeriahkan oleh seorang penyanyi nasyid penyokong PR.


Korang nampak apa yang aku nampak?

Takpe... di bawah ada gambar yang jelas sikit.


Kuang kuang kuang

Seperti biasa juga, selepas acara ceramah selesai, acara wajib seterusnya ialah makan. Namanya pun pelancong politik kan.


Ketua Penerangan dan Ketua Biro Politik bergurau senda


Gaya Isham dan aku selepas melantak 2 mangkuk mihun sup

Hampir 130 pagi, kami meneruskan perjalanan pulang ke KL. Jalan sesak gila, sampai nafas aku pun jadi sesak. Oleh kerana tak tahan, kami ambil keputusan untuk berhenti minum. Semasa mencari tempat minum, Kak Lat nampak kereta YB Siva. Kami pon 'join' beliau minum (dan makan nasi berlauk. Hohoh).


"Petai ni elok dengan sambal udang je... bukan sweet sour" kata Isham kepada YB Siva.

Orang-orang tua... kalau berborak memang lama. Jam dah pukul 3 pagi. Borak... borak.. borak... dan aku, telah bertukar menjadi ikan.


Kepenatan+Kebosanan=Muka ikan


Dah lebih dah ni


"Puspa... aku nak kench" "Sabar... sabar..."


Akhirnya, Murnie dan Fad memutuskan untuk menjadi 'cam whores'

Kami bergerak dari kedai makan tersebut dalam lebih kurang pukul 330 pagi. Walaupun dah lewat, jalan menuju ke KL masih sangat sesak dan tak bergerak. Akhirnya Isham mencadangkan kami ikut jalan lama. Katanya, dia tau.

Tau? Tauu?? Tauuuuuuuu????? Jalan lama yang gelap, takde lampu, sunyi, pastu sesat pulak! Sesat hampir satu jam. Takut gila. Dan Isham boleh buat lawak2 bodoh "eh korang nampak tak perempuan tepi jalan tu? Yang pegang bayi tu. Kahkahkah" Tak kelakar la!


Satu papan tanda yang dijumpai ketika sesat. Gambar Najib melawat Nik Aziz. So what? Isa tetap tak cool!

Pukul 5 pagi, akhirnya kami tiba juga di KL. Aku sangat pasti yang aku tidur berdengkur akibat kepenatan, sebab bila bangun, tekak aku sakit.

Selamat mengundi penduduk Bagan Pinang!

Dari Rakyat Untuk Rakyat



Meor muncul lagi, dengan album ketujuhnya berjudul Dari Rakyat untuk Rakyat.

Aku tolong promosi bukan sebab dia kawan aku, bukan sebab kami selalu lepak minum ramai-ramai waktu petang lepas kerja, bukan sebab dia selalu usik aku dengan lawak puisi putus cintanya atau apa-apa sajalah.

Tapi sebab albumnya kali ni, memang sedap. Ada 10 lagu. Kebanyakkan lirik-lirik lagu ni ditulis oleh kawan-kawan aktivis juga, jadi kita boleh agak keberkesanannya. Berikut ialah lagu-lagu pilihan aku:-

ISA (Ikut Suka Aku)

Lagu ni... liriknya ditulis oleh saudara Amer Hamzah Arshad, seorang peguam hak asasi manusia. Bunyi liriknya agak marah2. Meor pula pandai mengadun melodi yang sesuai dengan kemarahan itu. Aku faham. Selama beberapa tahun aku membontoti peguam2 senior seperti abang Amer... mereka bawa aku ke kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan di sana. Mereka bagi aku peluang bersama-sama mewakili tahanan2 ISA ketika pendengaran. Lepas tu kalah... marah. Memang waktu tu kau rasa tidak ada keadilan di negara ni. Semuanya ikut suka mereka. Siksaan mereka. Sehingga kini, abg Amer masih lagi seorang peguam hak asasi manusia dan mewakili beberapa orang tahanan ISA.

Bapaku Seorang YB

Ini puisi saudara Pyanhabib. Pertama kali aku dengar puisi ni ialah masa sekolah rendah... waktu tu aku duduk di Shah Alam dan sedang tengok tv, ada seorang lelaki berambut panjang, pakai serba putih, berdiri atas kerusi dan terpekik2 "bapaku seorang YB!" Tak sangka sekarang dah jadi kawan hahahah...

"Bapaku seorang YB di negara demokrasi,
aku anak bertuah tidak pernah mengundi,

diajarnya aku berotak pintar,

untuk hidup mesti terlebih ajar,

oh alangkah bertuah aku anak bapak,
bapaku YB, aku penyangak,
masing2 putar belit,
masing2 pintar teori
masing2
isi perut dan tembolok sendiri..."

Ketika acara Pekan Frinjan beberapa bulan lepas, abang Pyan deklamasi sekali lagi sajak ni. Katanya, walaupun dan lebih 20 tahun, tapi puisinya tetap relevan, kerana senario politik di negara kita tidak pernah berubah. Dalam album ini, Meor memilih untuk menyanyikan puisi ini secara santai.

Membenarkan Kebodohan

Lirik oleh Abdullah Jones. "Siapa agaknya yang meletakkan kebodohan di tempat yang amat tinggi? Tentu saja siapa itu adalah kami yang berjalan berkaki ayam kerana sepatu kami tertinggal di rumah bapak menteri..."

Hahaha. Meor, boleh jadi orang itu lari kerana ketakutan, bukan kekaguman. Dua-dua pon boleh jadi bodoh :p

Ke Jalan Lagi

Siapa lagi yang selalu menggalakkan orang turun ke demo? Tentulah penulis buku "Pilihanraya atau Pilihan Jalan Raya" iaitu Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub.

"Hoi hoi hoi hoi ke jalan-jalan,
hoi hoi hoi hoi tunjukkan marah
,
hoi hoi hoi hoi tunjukkan perasaan,
hoi hoi hoi hoi bangun melawan,
Marilah kawan, marilah sahabat,
marilah semua berbaris rapat
,
angkatlah tangan lebar berlipat,
laungkan suara kekuatan rakyat"

AAPI (Awas Api Perempuan Ini)

Lirik lagu ni asalnya ialah sajak penghormatan kepada arwah Shamsiah Fakeh karya Rahmat Haron yang pernah aku siarkan beberapa hari selepas kematian beliau Oktober lepas. Sila klik sini. Ia telah dipendekkan sedikit supaya senang dilagukan. Tapi, kali ni entah kenapa ia bukan dinyanyikan oleh Meor sendiri tapi Mei Chern. Sila tanya Meor sendiri sebabnya.

Syuhada Memali

Lagu ni tak payah cakaplah, memang "all time favourite" aku dan dah banyak kali aku promosikan, samada secara langsung atau tidak langsung". Dalam youtube pon ada. Lirik ditulis oleh Amin Iskandar aka Black, seorang lagi penyanyi lagu-lagu rakyat. Lagu ini juga menjadi sumber inspirasi Rahmat Haron untuk membikin filem dokumentari "Memali" yang telah menang salah satu hadiah utama Freedom Film Fest baru-baru ini.

Sesiapa yang berminat untuk memiliki album ini, korang boleh hubungi sendiri penyanyinya, Meor. Korang juga boleh dapatkannya dari aku. Harga ialah RM20 sekeping.



28 atau 8?

Nini co ko lat celup. Celup celup. Nini co ko lat celup. Celup celup. Ya, siapalah yang boleh lupa dengan lagu iklan yang sangat 'annoying' tu.

Tadi, aku makan malam dengan Nik di Bangsar Village. Sambil makan, kami mengeluh tentang usia yang makin meningkat. Menjadi orang dewasa adalah tidak seseronok yang disangkakan semasa kecil. "Tapi, kita boleh buat benda yang kita tak boleh buat masa kecil2 dulu," kata Nik yang sedang memujuk hatinya sendiri.

Bercakap tentang perkara yang tak boleh dibuat masa kecil, banyak. Tapi... macamana pula dengan perkara yang tak boleh dibuat masa besar?

Selepas makan, aku temankan Nik ke 7-Eleven kerana dia nak beli makanan untuk kucing2nya. Aku merayau-rayau ke bahagian makanan ringan @ jajan.

"Mana pergi semua jajan yang kita makan masa kecil?" "Ntah... dah tak jual lagi kot", kata Nik. "Mustahillah. Aku masih nampak iklan Nini cokolat celup celup celup tu di kaca tv," kataku.

Maka 2 orang loyar yang tak ada kerja lain nak dibuat di malam Jumaat ni pun pergilah menjalankan operasi mencari jajan tahun 80an di jalan-jalan Telawi. Akhirnya, kami tiba di sebuah pasaraya.

Di tengah-tengah bahagian pasaraya tu, memang banyak terdapat jajan yang terkenal ketika era 80an dan awal 90an. Aku dan Nik membelek2 semua jajan dengan muka serius. Bukan apa, kami sebenarnya tak ingat sangat nama-nama jenama jajan yang memang betul2 wujud pada era kami. Takut tersalah beli yang klon pula. Aksi-aksi kami membelek jajan dengan muka serius telah menimbulkan kecurigaan pada penjaga kedai yang mengikut kami ke mana-mana. 2 orang perempuan berpakaian hitam putih dengan muka penat, dan salah seorangnya mempunyai parut yang masih merah di kaki akibat menggaru ketika bersarapan pagi tadi membelek-belek jajan dengan muka serius. Wadehel.

Tak kisahlah, asalkan aku telah berbelanja untuk jajan-jajan tersebut. Kami kemudian memutuskan untuk makan jajan-jajan tersebut serta merta, jadi kami pergi ke sebuah kedai kopi berhampiran.

Jajan 1: Jo Jo


Jo Jo ialah jajan kegemaran Nik. Entahlah, aku lebih suka Ding Dang. Dua-dua sama je, dalam kotak ada coklat bulat-bulat dan permainan plastik/getah. Dua-dua daripada syarikat yang sama. Tapi kotak Jo Jo lebih besar. Permainan yang kami dapat kali ni ialah sebuah kepala bergetah yang berlantun dan mengeluarkan cahaya bila ia bergerak dengan kadar kelajuan kereta sorong.


Takde cahaya


Ada cahaya

Jajan 2: Ding Dang



Adik kepada Jo Jo ni memang kegemaran aku masa sekolah rendah. Selang 2 minggu mesti pegi beli sebab akan dapat permainan baru. Lagipun iklannya di tv lebih elok sedikit daripada Jo Jo yang tak berapa 'catchy'.



Kali ni hadiahnya ada 2 set. Pembaris geometri dan satu permainan kertas yang aku kurang pasti.


Pembaris geometri bercorak


Permainan kertas bertali yang aku dan Nik tatau cemana nak pasang dan main. Mencabar sungguh kotak biru Rm1 ni!

Jajan 3: Nini



Nini co ko lat celup. Celup celup. Perisa yang Nik pilih ni aku tak pernah cuba, iaitu perisa kacang. Boleh tahan lah. Tapi rasanya lawak sikit bila kau makan berselang seli dengan air kopi Kemaman.



Jajan 4: Jeli Suki


Yang ini ialah makanan ringan yang hampir wajib ada dalam peti sejuk rumah aku, terutamanya yang warna merah. Kalau warna lain dah habis, takpe.

Lepas makan, plastik berbentuk separa oval yang membungkus jeli Suki tu mesti disimpan, walaupun takde gunanya. Sampai sekarang aku pon tak tau kenapa aku buat macam tu.


Dah tua bangka pun, kami masih kagum dengan jeli yang keluar lembut bila dipicit dari bawah.

Jajan 5: Tora



Tora datang lagiiiiiii dengan permainan baru! Heh. Ni iklan yang aku tak boleh 'miss' lah. Sebab nak tau minggu tu keluar permainan apa. Tsk. Tapi kali ni, permainan yang kami dapat ialah picagari plastik. Tah ape-ape ntah. Picagari tu bukan permainan laaa Encik Tora!


Nik memasang picagari dengan tekun


Picagari yang siap dipasang. Kalau diikutkan hati tadi, mau je kami sumbat air kopi dalam picagari tu hahahah

Jajan 6: Haw Kes



Menurut sumber-sumber yang dipercayai, ada sesetengah orang suka letak gula-gula ni dalam kek lapis sebab rasanya yang masam-masam.

Jajan 7: Sugus



Yang ni pon makanan ringan yang hampir wajib ada dalam peti sejuk.

Jajan 8: Apollo



Zaman 80an dulu, iklan Apollo di tv kira iklan makanan ringan tempatan paling terer lah, sebab budak-budak yang makan coklat Apollo ni semua pakai baju angkasawan dalam roket.

Jajan 9: Kiddies



Jajan 10: Choki Choki



Choki choki enak sekali. Choki choki adik gemari! (adik je ke? Ramai orang dewasa masih beli choki-choki sampai sekarang lah)


Layannn

Jajan 11: Push Pop



Dulu-dulu aku menyampah dengan gula-gula ni sebab orang selalu ejek aku yang nama dekat-dekat bunyi Push Pop gak. Tapi bila kawan2 tak nampak, aku beli gak.



Itu je lah jajan-jajan tempatan era 80an dan awal 90an yang kami dapat jumpa. Sambil borak-borak tadi, kami telah senaraikan beberapa jajan 80an lain yang kami rindu:-

-gula2 Rabbit yang plastiknya boleh dimakan
-lolipop yang dicicah dalam serbuk yang meletup dalam mulut
-gula2 yang diletak dalam tin bulat dan leper dan disalut dengan tepung manis
-gula2 ala Push Pop, tapi boleh ditiup macam wisel
-coklat berbentuk duit syiling
-gula2 getah warna hitam putih
-keropok perisa durian
-kek coklat Hiro

Mana perginya ya?


Hehe




Jangan lupa dapatkan Gedung Kartun di pasaran!

Cerita Pasca Sarapan

Hari ni aku bersarapan nasi lemak berlaukkan rendang daging dan telur goreng. Kak Siti, 'tea lady' bertauliah di firma aku buatkan air nescafe susu.

Sambil sarap, aku baca berita-berita online.

Berita-berita yang buat aku tergaru-garu kaki. UM nombor 180. 1Tosay. Rasul Melayu. JAG dan Akta Hasutan. Debat di Bagan Pinang. TI dan rasuah. Harga rokok naik.

Bila budak-budak bawah umur yang tiap2 malam jual pen tak berdakwat dan nenek tua yang jual kerepek sambil mengengsot di Jalan Telawi tu nak masuk berita?

Tiba-tiba aku rasa jari melekit. Laaah aku garu kaki sampai berdarah rupanya. Dah la aku pakai skirt pendek hari ni.

Dem.

Berdialog Dengan Kawan-kawan Bhgn 2

"Polis2 itu, tidak benarkan saya berjumpa anak guam dan beri amaran untuk tangkap saya sekiranya saya tidak beredar dari balai polis"

"Kenapa kamu tak lari?"

"Encik, encik sedang menghina profesyen saya"

*****

"Kenapa kau tak marah dia macam kau marah orang2 lain, sedangkan dia juga lakukan yang sama?"

"Kerana dia adalah dia. Dan itu sangat menakutkan"

"Menakutkan, kenapa?"

"Kerana aku dah belajar jadi bias sejak kenal dia"

*****

"Kau akan guna logik bila kau dah ada kepastian dan klarifikasi. Kalau tak ada dua-dua ni, sila guna gerak hati"


*****

"Apa maksud kau peguam DAN rakyat?"

"Kerana peguam bukan rakyat"

"Jadi kami ni apa?"

*****

"Dia ada di situ, tapi aku tak rasa yang dia ada di situ"

"Kenapa?"

"Kerana dia tak berkomunikasi dengan aku. Aku tak rasa kehadiran dia"

*****

"Dia marah"

"Mana kau tau?"

"Dia senyum"

"Senyum itu marah?"

"Aku yang ajar dia untuk senyum ketika marah"

"Tak cukup untuk buktikan dia sedang marah"

"Oh, beberapa saat sebelum itu, aku tendang kaki dia"

*****

Mari Melancong Part 5

Sabtu lepas, aku ke Bagan Pinang lagi. Hari penamaan calon.

Pilihanraya kecil ni agak berbeza bagi aku sebab ni kali pertama aku turun ke kempen di mana calonnya ialah calon PAS. (Erm sebelum tu YB Nizar punya aku turun gak tapi aku rasa situasinya agak berbezalah :)).

Kali ni Ketua Penera... tak dapat turun, jadi aku pergi berdua dengan Murnie. Murnie ialah junior aku dan ini ialah kempen pilihanrayanya yang pertama. Oleh sebab tu, dia punya keterujaan adalah 100% kali ganda lebih daripada aku.

Kami tiba dari KL ke Seremban agak awal, iaitu pukul 8 pagi. Sampai di pusat bandar, kami sesat dan tak tahu cemana nak pegi Telok Kemang. Tiba-tiba, kereta Pajero di hadapan kami keluarkan bendera PAS yang besar dan kami agak mereka pun menuju ke tempat yang sama, jadi kami pun ikut je cam 'stalker'. Hahaha.

Jalan raya makin sesak, jadi aku agak kami pun dah hampir tiba. Jadi aku hubungi Adib, rakan wartawan yang kemudian beri aku arah jalan untuk ke tempat penamaan calon di Majlis Perbandaran Port Dickson.

Aku letak kereta di hadapan sebuah masjid, dan kemudian berjalan kaki bersama Murnie menuju ke Majlis Perbandaran Port Dickson.


Muka-muka wajib pilihanraya

Lepas tu kami terserempak dengan Kak Nashita seorang aktivis GMI.


Murnie, Kak Nashita dan anak2nya

Aku lihat keliling, memang terasa solidariti Pakatan Rakyat :)




Pakcik hensem












Apelah pakcik PAPITA pop yeh yeh ni buat kat sini

Selepas puas menonton adegan sahut menyahut, kutuk mengutuk kedua-dua Parti (walaupun perlawanan 3 penjuru, tapi calon bebas tu tak kiralah, menyemak je :p), kami mengambil keputusan untuk naik bukit ke tempat pencalonan sebenar. Seperti biasa, di sepanjang perjalanan menuju ke tempat penamaan, akan terdapat gerai2 yang menjual cenderahati berunsur politikal :)



Seperti biasa, setiap kali melancong, mesti makan.


Best gila mihun sup ni. Pakcik ni tak lokek isi daging. sodaappp



Pakcik2 yang baik hati, kasi tumpang meja


Gerai yang menjual sup yang best gila

Dalam perjalanan turun bukit dan menuju ke kereta, kami melalui kawasan BN.




Merah sepatutnya adalah warna kegemaran aku :(

Sebelum bertolak ke KL, kami pergi mencari kopi.


Kopi Pak Lang

Menariknya, kedai kopi Pak Lang ni terletak di bawah bangunan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Aku harap, mereka akan bagi permit kat Pak Lang supaya beliau boleh buka kedai kopinya 24jam, supaya tak perlulah orang ramai yang disiasat tumpang berehat di pejabat SPRM sampai pukul 345 pagi sebelum pulang :p



Sesampainya di lebuh raya, aku terima sms daripada ahli majlis perbandaran kajang afendi @ kartunis Rona Sina @ blogger kulupsakah menjemput singgah minum petang di rumahnya di Kajang. Apa lagiiiii


Fendi yang berpossing maut. Nasib baik gambar kelam. Hahaha!

Perjalanan seterusnya- 10 Oktober 2009. Mungkin.