Iklan...




26 September 2008 (Jumaat)

Acara:
Tuntutan Raya Mansuhkan ISA

Penganjur:
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Mas
a : 12 tengahari

Tempat: Masjid Jamek, K.L (Berhampiran LRT Masjid Jamek)

Cara: Berpakaian merah dan hitam sebagai tanda sokongan kepada GMI


27 September 2008 (Sabtu)

Acara
: Berjalan beramai-ramai dgn tanglung "Nyalakan cahaya untukmu" Protes ISA

Penganjur: Gerakan Mansuhkan ISA, WAMI, Y4C, Youth-KLSCAH dan DEMA

Masa : 7 mlm - 10 mlm (Muslim boleh datang lambat atau datang terus ke Dataran Merdeka lepas Maghrib (khabarnya Hindraf pun akan berkumpul di Dataran Merdeka).

Tempat : Dari CM ke Dataran Merdeka

Cara :Berjalan beramai-ramai sambil membawa tanglung

Kau bila lagi?

Harini, RPK dihantar ke KEMTA (Kem Tahanan Kamunting) untuk 2 tahun. Dalam kejengkelan dan kemarahan, sempat lagi aku dan kawan2 buat lawak sesama sendiri dengan menanyakan "kau, bila lagi?"

Hakikatnya, KEMTA bukannya tempat yang best. Aku pernah ke sana sebanyak 4 kali (sebagai loyar). Aku lihat, tahanan2 di sana sangat gembira dapat bertemu para loyars walaupun kami saling tidak mengenali. Sebab, KEMTA adalah satu tempat yang kosong dan sunyi dan mereka tidak ada teman untuk berbual kecuali di kalangan mereka sendiri.

Sehingga sekarang, aku masih tak dapat tangkap apa motif sebenar (selain drpd kepentingan politik) ISA ini dikekalkan di Malaysia. Kalau kata org tu bercakap bohong, Akta Fitnah kan ada? Kalau org tu mengajak org lain membuat sesuatu yang tidak baik, Akta Hasutan kan ada? Kalau org tu melakukan jenayah, Kanun Keseksaan kan ada? Kalau org itu warga asing dan tidak mempunyai dokumen perjalanan, Akta Imigrasi kan ada? jadi, mengapa perlu ada ISA?

Adakah mereka takut kalau org itu dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan, Mahkamah akan mendapati bahawa mereka tidak bersalah sebenarnya dan dibebaskan? Lalu hilanglah sokongan, kerana pecahlah tembelang?

Atau, adakah pihak2 yang ditugaskan untuk mencari bukti kesalahan yang sepatutnya digunakan di Mahkamah malas nak buat kerja, lalu mencari jalan senang iaitu dengan menggunakan ISA kerana ISA tidak perlu bicara di Mahkamah dan kesalahan tidak perlu dibuktikan?

Ntahlah, pening kepala aku memikirkannya. Biar aku petik saja kata2 Lim Kit Siang kira2 4 tahun lalu, ketika beliau berdebat perdana dengan Nazri Aziz di Chinese Assembly Hall, KL. "ISA tu, maknanya Ikut Suka Aku!"


Protes Anti-ISA di hadapan KEMTA beberapa bulan yang lalu. Sebelah aku ialah Kak Lat. Gambar oleh Fadiah.


ISA, undang-undang yang poyo

Sabtu lepas, aku ke EGM Majlis Peguam. EGM ni adalah ekoran daripada penahanan mengejut 3 orang- Teresa Kok, Tan Hoon Cheng dan Raja Petra Kamaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih glemer dengan nama ISA. Sejak aku menjadi loyar, ini adalah kali kedua Majlis Peguam menggerakkan 'motion' untuk memansuhkan ISA di muka bumi Malaysia ni. Selain daripada itu, ia juga adalah bagi menyeru pembebasan kesemua tahanan-tahanan ISA yang lain (kira2 66 orang) termasuklah 4 orang peguam yang ditahan selepas perhimpunan HINDRAF tak lama dulu.

Melihat kehadiran para loyars yang agak ramai pada hari itu (kira2 700 orang, okaylah tu) aku gembira kerana mereka2 ini sanggup bangun awal di pagi Sabtu supaya EGM kali ni cukup korum dan satu resolusi dapat dicapai demi kesejahteraan manusia sejagat. cewah.

EGM dimulakan dengan ucapan 5 minit oleh pembesar2 suara (speakers, hahah!) jemputan iaitu Teresa Kok, Pushpa (isteri Manoharan a/l Malayalam) dan Kak Laila (isteri Mat Sah Satray) yang menceritakan tentang pengalaman sebagai tahanan dan isteri2 tahanan ISA. Secara peribadi, aku kagum habis dengan Kak Laila yang sangat cekal dan berani memperjuangkan nasib suaminya yang telah ditahan selama lebih dari 6 tahun.

Seperti biasa, bila ada mesyuarat loyars, ia akan menjadi panjang berjela kerana banyak sangat hujahan. Tapi, berbeza dengan mesyuarat yang lepas, kali ni tak ada hujahan ala Plaintif-Defendan, bantahan awal mahupun hujahan balas. Kali ini semua orang sebulat suara dalam hujahan masing2- semua tahanan ISA mesti dilepaskan, dan ISA mesti dimansuhkan.

Ah. Kalaulah EGM itu adalah persidangan Parlimen, kan best?


Loyars dan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA @ GMI (berdiri dari kiri usha, yanti, siti,kak nashita (terlindung), kak laila, kak lat, nalini, fad, tina, duduk dari kiri kak renuka, aku, abg amer)
-Gambar oleh Moh Kok Wai


Penat. Nak rehat...

Yang best didengar dan ditonton bila sedang berehat...

Lagu Piazza, New York Catcher oleh Belle and Sebastian. Video musik yang comel oleh bueller4prez :)

Jum 'swop', nak?

Masa aku sekolah rendah dulu, aku cuma dua beradik- abang dan aku. kadang2, ayah akan belikan kami hadiah lepas balik kerja. kadang2 buku, kadang2 tabung, kadang2 alat tulis. kalau barang2 tu dalam bentuk alat tulis atau tabung atau yang sealiran dengannya, ayah akan beli dua yang hampir serupa tapi tak sama warna. lepas tu dia akan letak atas meja dan suruh kami pilih. sebab, kalau dia bagi terus kat kami sorang satu, kadang2 aku atau abang aku tak berkenan dengan apa yang kami dapat dan akan men'sistembarter'kan barang tersebut sesama sendiri.

Masa zaman sekolah menengah pula, ada satu majalah hiburan yang ada ruangan yang dinamakan 'swop!' untuk para pembaca bertukar-tukar barang sesama mereka. Aku selalu guna khidmat tu untuk tukar poster2 artis barat dengan pembaca remaja yang lain. Poster2 tu aku dapat dari majalah2 yang aku beli secara terus dari luar negara dengan bantuan seorang kawan sekelas (waktu tu aku masih di zaman gelap, belum alami zaman pencerahan lagi). walaupun kedengarannya agak membuang masa dan takde faedah, tapi itu adalah salah satu cara untuk aku menambah kawan2 baru.

Bila aku dah mula tinggal secara bujang, perihal 'swop' ni datang lagi, tapi dalam keadaan separuh sedar. contoh: aku beli beras dan minyak, osmet lain boleh guna, tapi dorang pun mesti bagi aku guna cili2, bawang2, gula dan garam secukup rasa. begitulah adanya.

Dalam proses 'swop' atau sistem barter atau yang seangkatan dengannya ni, selalunya org akan bertukar-tukar sesuatu yang mempunyai nilai yang hampir serupa atau yang mempunyai kepentingan yang sama penting dengan barang yang hendak ditukar itu.

Hari ini, Pak Lak dan Pak Najib juga mengamalkan sistem barter, iaitu dengan menukarkan portfolio masing2 sebagai menteri kewangan dan menteri pertahanan. kedua-dua jawatan ini adalah sangat penting untuk kestabilan politik negara kita. tapi yang buat aku sedih, dorang buat pertukaran ni seolah-olah kedudukan dorang tu dihadiahkan oleh bapak dorang. bila rasa tak suka, boleh tukar-tukar. mungkin dorang rasa ada satu kepentingan untuk negara di situ, yang aku tak nampak. yang aku nampak sekarang, kedua2 mereka dah hilang arah dan sedang mencuba dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan buntut masing2.

Sekarang ni, Pak Lah merupakan Menteri Pertahanan (daruratkah?). Pak Najib pulak Menteri Kewangan (ya Tuhan... i'm speechless!).

Aku harap, Malaysia akan sempat berhari raya dengan kerajaan baru tahun ni.

16 September

Tahun ini, 1 Ramadhan jatuh pada 1 September. Selalunya seminggu dua nak dekat hari raya kita akan berdebar-debar. Tapi tahun ni, perasaan berdebar-debar hari raya itu dibayangi oleh hari 'pertukaran kerajaan' yang diwar-warkan akan berlaku pada 16 September ini.

Seorang kawan aku dari Sabah pernah beritahu aku, masa kecil2 dulu dia perasan yang setiap kali hari jadinya, seluruh Sabah akan bercuti. bapanya beritahu yang semua orang Sabah bercuti semata-mata untuk meraikan hari jadinya dan dia percaya bulat2. Sebenarnya, org2 Sabah tu bercuti untuk menyambut hari kemerdekaan Sabah (masuk Malaysia) yang jatuh pada 16 september, 1963.

Aku teringat tahun lepas, 2 org kawan aku ditangkap polis sebab main spray-spray di state PJ pada malam merdeka. kebiasaannya, kalau setakat kena tangkap sebab vandalisme ni akan dikenakan kompaun saja, adalah dalam RM30. tapi kali ni cerita lain plak. 2 org kawan aku ni dibawa ke balai polis sebab apa yg di'spray' tu dianggap politikal. mereka menyemburkan perkatan selamat menyambut hari kemerdekaan 50:44. 50 tu untuk semenanjung dan 44 untuk sabah dan sarawak. eh betullah tu kan. jadi, apa yang politikalnya? sengal betullah pakcik2 polis tersebut! Maka terpaksalah aku menjadi hero pada pukul 2 pagi hari tu untuk selamatkan mereka (seronok kan, ada kawan keje loyar ;p)

kali ni isu 16 september timbul lagi. DSAI kata, 16 september akan dijadikan cuti umum di 5 negeri PR kalau jadi peralihan kuasa. pada waktu yang hampir sama, pak lah kata (dalam perbentangan belanjawan 2009) nak beri tiket balik kampung percuma untuk org2 kerajaan dari Sabah dan Sarawak setiap 2 tahun. Hihihihh... beruntung betul jadi orang Sabah dan Sarawak skang ni!