EO6



PERHIMPUNAN AMAN MENUNTUT PEMBEBASAN EO6

Lokasi: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Masa: ‎22hb Julai 2011 3.00 ptg

Darurat yang Direka

Kebelakangan ini satu lagi akta zalim, iaitu Ordinan Darurat menjadi perhatian ramai. Ordinan Darurat, seperti juga ISA membenarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Pada 25 Jun lalu, 31 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah ditahan ketika sedang dalam perjalanan untuk menyertai program anjuran Bersih 2.0 di Pulau Pinang. Pada 2 Julai, kesemua mereka dibebaskan, tetapi 6 daripada mereka telah ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat. Alasan penahanan yang diberikan adalah samar-samar dan tidak memuaskan. Ramai pihak menuntut supaya mereka dibebaskan, atau sekurang-kurangnya diberikan peluang untuk membela diri. Namun, sehingga kini mereka masih ditahan tanpa dibawa ke muka pengadilan.

Bagi mengenali susuk-susuk yang ditahan, sila baca ini.

Esok malam, Majlis Peguam akan mengadakan sebuah forum terbuka untuk orang ramai bagi memahami isu penahanan tanpa bicara dan implimentasi undang-undang zalim bernama Ordinan Darurat ini. Butir-butir ialah seperti di bawah:-

Tarikh: 20 Julai 2011
Masa: 8:30 malam
Tempat: Auditorium Majlis Peguam, Tingkat 1, No. 15 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur.

Panel:
Christopher Leong, Naib Presiden, Malaysian Bar
S Arutchelvan, Setiausaha Agung, PSM
Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi, GMI (Gerakan Mansuhkan ISA)
Edmund Bon, ahli Malaysian Bar


(Sebelum forum bermula, semua dijemput untuk menyertai 'candlelight vigil' di antara 7:45mlm-8:30mlm di Dataran Merdeka untuk isu yang sama)

*sumber dari MalaysianBar.

Antara Kopi, Teh Botol dan Reza Salleh


Kulit album Reza Salleh

Pertama kali aku mendapat tahu mengenai Reza Salleh ini ialah melalui bekas rakan sekolah, Juana. Mengenali Juana, beliau mempunyai citarasa yang agak 'pelbagai' di dalam musik. Seingat aku, beliau pernah melobi kelas kami ketika tingkatan 4 supaya mempersembahkan lagu Greenday ketika minggu Bahasa Melayu. Juana juga merupakan 'kepala' yang beria-ia menyuruh kami mengundi supaya lagu 'I Shot the Sheriff' dimainkan di majlis alumni kami, iaitu pada 10 tahun akan datang. Kegemaran beliau kini ialah mendengar lagu rock kapak Melayu ketika malam menjelang.

Jadi, apabila Juana meminta aku mendengar album sulung Reza Salleh berjudul Realize, aku tidak tahu apakah yang perlu aku jangka. Tambahan pula, aku tidak pernah mendengar beliau sebelum ini. Walaupun sebenarnya, ada di antara lagu-lagu di dalam album Realize ini sudah pun berusia 10 tahun. Reza sudah punya peminat dan pengikut tersendiri, sedangkan aku ialah pendengar kali pertama.

Setelah mendengar keseluruhan album tersebut, maka beginilah pandangan daripada Orang Gilak:-

Lagu track pertama album ini berjudul Kasih. Lagu ini agak 'catchy', tetapi aku seperti sudah jangka lagu berentak demikian akan disenaraikan sebagai lagu pertama album seperti ini. Pada aku, suara yang bagus seperti ini tidak baik disia-siakan dengan musik yang ringkas dan lirik yang ringan seperti itu. Nasib baik aku tidak dihampakan oleh lagu kedua yang ternyata lebih baik, iaitu Stracciatella. Seterusnya, di sepanjang perjalanan album ini aku dibawa melalui pelbagai genre muzik- dari 'bosanova' ke 'funky rock' hinggalah ke 'solid rock'.

Antara lagu-lagu pilihan Orang Gilak di dalam album ini ialah Soultune, Angan-angan Permata dan Smoke City. Lagu-lagu ini tidak bosan didengar walaupun diulang-ulang. Malah, semalam Orang Gilak telah ter-menyanyi lagu Soultune di dalam kereta ketika sedang keluar dengan encik ehem. Hmm...

Suara Reza agak seksi dan dalam, lebih enak lagi kalau Reza menyanyikan lagu yang menekan jiwa dan musik yang 'complicated'. Lagu cinta tu tak usah cakaplah. Heish. Walaubagaimanapun, aku rasa jumlah 16 lagu di dalam sebuah album ialah agak banyak dan panjang. Mungkin Reza berniat untuk menjadikan album pertamanya ini sebuah album kompilasi lagu-lagu ciptaannya selama 10 tahun, sebelum beliau 'move on' dengan lagu-lagu baru di dalam album yang seterusnya.

Walaupun aku tidak begitu menggemari beberapa lagu yang agak santai dan ringkas di dalam album ini, aku dapati lagu-lagu tersebut agak sedap jika Reza mendendangkannya secara langsung. Aku berkesempatan melihat persembahan Reza pada acara 'Urbanscapes' Sabtu lalu, walaupun tampak bersahaja, tapi aku sukakannya. Ternyata Reza ialah seorang penghibur yang berpengalaman walaupun usianya yang masih 20-an.


Reza Salleh

Menurut Reza, album Realize ini didedikasikan kepada mereka yang cintakan muzik tetapi tidak mampu untuk melepaskan kerja tetap mereka untuk berkecimpung di dalam bidang muzik. Barangkali kerana ruang yang diberikan untuk pemuzik indipenden sepertinya tidak banyak dan mereka risau tidak dapat 'survive'. Reza sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan album ini. Para pemuzik yang membantu Reza di dalam album ini juga mencuri-curi masa di antara waktu kerja harian mereka demi merekodkan kesemua 16 lagu di dalam Realize.

Menerusi album ini dan lagu-lagunya, Reza bersikap jujur terhadap dirinya sendiri dan juga kepada peminat-peminatnya. Lagu-lagunya yang berunsurkan urban, dan sasaran audiens di sekitar Lembah Klang sebagai pendengar dan pembeli album majoriti adalah refleksi dirinya yang sebenar. Akan tetapi, pada pendapat aku Reza sebenarnya boleh keluar dari kelompok Lembah Klang jika beliau betul-betul mahukannya. Golongan muda terutamanya boleh dengan pantas mengekor alunan muzik yang dihasilkan Reza kerana seperti yang aku katakan tadi, ia agak 'catchy'. Bahasa Inggeris, pada aku bukanlah satu isu lagi. Musik itu universal, kan? Apapun, pujian dan tahniah harus diberikan kepada Reza kerana keseluruhan lagu-lagu di dalam album ini dicipta, disusun dan ditulis oleh beliau sendiri.

Reza mendakwa bahawa lagunya lebih enak jika dihidangkan dengan kopi. Tapi aku dengar sambil minum teh botol dan makan sate minang, okay je.

Pilihan Orang Gilak
Soultune
Sunsets With You

Angan-angan Permata

Ocean Spanning Sorrow
Smoke City
The Dotted Line

Lagu-lagu lain
Kasih
Stracciatella
What The Hell Just Happened I'm Not Really Sure
A Relic Is What I Live In
Rest & Relax
For Her
Need
50 Down The Way
Battery
For Her (Solo Acoustic)



Eh ada kerusi kosong. Boleh OrangGilak duduk situ?

Untuk mendapatkan album Reza Salleh, sila klik sini. Anda juga boleh mendengar lagunya dan info terbaru Reza di sini.

Bila Ia Datang Memanggil...

Bulan Julai ini ialah bulan yang menyesakkan. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam satu bulan. Perjuangan demokrasi, penahanan pejuang demokrasi...

...dan kematian susuk-susuk yang mengesankan.

Takziah aku ucapkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Raja Aziz Addruse (Raja Abdul Aziz bin Raja Addruse), bekas Presiden Majlis Peguam dan peguam yang sangat terkenal dan dihormati kerana etikanya, Avroco (Nasir), seorang penggiat seni tampak dan sahabat yang menyenangkan dan Yang Berhormat Dr Lo' Lo', ahli Parlimen dan Muslimat PAS yang dihormati serta disayangi rakyat jelata.

Ketiga-tiga mereka datang dari berlainan latar belakang, sumbangan mereka juga datang dari bentuk yang berlainan, tetapi pemergian ketiga-tiganya tetap memberikan kesan di dalam hati ramai orang.

Semoga jasa-jasa yang ditaburkan mereka menjadi ingatan dan teladan untuk generasi depan sehingga ke akhir zaman.

Al-Fatihah.

Sore Sepanjang Waktu

Perkara ini berlaku 2 hari sebelum Bersih 2.0. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan ketika bertemu dan merakamkan gambar kenang-kenangan dengan lelaki-lelaki budiman di bawah. Terketar-ketar. Hati bergetar. Speechless. Padahal mereka takde lah hensem sangat. Jadi aku kongsi bersama kamu semua gambar-gambar ini.












Ah, Ria Irawan pun ada

Sedikit pengenalan:-







Sore ialah sebuah band indie Indonesia. Rasanya ramai antara kamu yang tak mengenali mereka, kerana band ini bukan berarus perdana. Sore sendiri agak terkejut apabila mendapat tahu mereka ada pendengar di Malaysia, kerana album mereka tidak dijual di sini. Malah, album mereka dah tak dijual di Indonesia pun, sebab dah lama habis. Dan mereka tak kisah pun nak cetak semula sebab kalau dah habis, dah habis laa.

Majalah TIME Magazine Asia pernah menobatkan Sore sebagai 'Album Asia yang Paling Berbaloi Dibeli" pada tahun 2005. Setakat ini, mereka telah mengeluarkan 2 album penuh iaitu Centralismo dan Ports of Lima. Selebihnya, mereka banyak terlibat dalam mencipta dan mengeluarkan runut bunyi untuk filem-filem yang, aku sifatkan sekelas dengan mereka, seperti filem Janji Joni dan Berbagi Suami. Dan percayalah, selepas kamu mendengar album mereka, nothing else matters. Band lain semua ku dengar tak setanding. Bak kata seorang temanku, ini ialah antara band paling 'gila', dari susunan musiknya, liriknya dan sifatnya. Setiap ahli band ini boleh mencipta lagu dan menyanyi, jadi mereka tidak perlu vokalis utama. Memang variasi dan berwarna warni.

Dear Sore, tolonglah keluar album baru. Tolonglah.

Sebahagian Dari Sejarah

Aku bajet ramai pembaca belog ini (termasuk sb) yang turun KL pada 9 Julai lalu. Perhimpunan Bersih 2.0. Dan seperti biasa, mesti korang tanya semua orang yang korang jumpa "eh ko turun ke? ko turun ke?", kan?

Aku dengan dengki dan iri hatinya, nak menyatakan yang aku tak berapa turun. Maksud aku, aku tak pakai baju kuning, dan tak berjalan tak pergi stadium. Sebabnya?

Apa aku buat?

Sejak tengah malam hari Jumaat, kami beberapa orang loyar Pusat Bantuan Guaman dah berkampung di opis. Ini ialah kerana panggilan yang diterima berkenaan tangkapan tak putus-putus.

"Pagi pukul 8, semua dah kena ada di opis. Pakai hitam putih" kata Ravin tuan pengerusi.


Pemandangan dari opis, pukul 8 pagi Sabtu

Aku mencoba-coba jadi 'rebel' konon, dengan memakai seluar jeans. Sape nak pakai hitam putih hari Sabtu? Hari Bersih pula! Huwaaa... Walau apapun, tak sempat nak nangis sangat, sebab semua orang dah sibuk jawab panggilan orang ramai dan telefon balai polis untuk sahkan berita penangkapan para demonstran.







Kira-kira pukul 12 pagi, satu lagi mesyuarat tergempar dilakukan. Kali ini, beberapa kumpulan loyar akan dihantar berkampung di balai-balai untuk persediaan mengambil keterangan atau pendengaran reman. Aku tengok jam, ala ada lagi 2 jam baru demo mula. Takkan nak keluar sekarang? Aku pandang tempat lain, takut nama dipanggil. Tapi lepas tu...

"Puspa can u lead one team to PULAPOL?" Uhuk.. uhuk... "okay", jawabku lemah. Tapi, aku dengan dengkinya telah memilih beberapa orang kaki demo untuk bersama-sama aku supaya aku tak rasa jeles sangat. Dan mangsa-mangsaku ialah Farhana dan Sasha, manakala Radzlan dan Afiq pula telah menawarkan diri. Aku rasa pelik pula, bukankah Radzlan ialah seorang demonstran veteran? hmm....

Akhirnya, misteri penawaran diri Radzlan terungkap, apabila selepas mesyuarat, dia datang dan kata "eh Puspa, kereta ko jauh kan? kan? kena jalan sampai stadium, kan? kan?"

Dengan muka tegak (straight face), aku pun menjawab "yer, kereta aku jauh., tapi tak boleh ambil kerana jalan telah disekat. Walaubagaimanapun, kereta Farhana boleh diambil kerana tiada sekatan. Tapi... jauh sikit, kena jalan sampai ke Petaling Street menuju ke stadium. Dan oleh kerana jalan di bawah telah dikepung polis, kita terpaksa pusing sampai ke CM dahulu, lepas tu melalui jalan yang dipenuhi FRU untuk sampai ke Petaling Street."

Sasha, Farhana serta Radzlan yang mendengar penjelasan tersebut, dengan muka tegak bersetuju dengan penjelasan aku. Sambil mengeluh dan bermuka tegak, mereka pun berkata "nak buat macamana, marilah kita berjalan ke sana".

Maka dengan 'berat hati', kami pun mulalah berjalan.


Muka tegak Radzlan di Leboh Ampang membelakangi FRU


Abang-abang polis mencari orang untuk ditangkap di CM


Muka tegak Farhana di Pudu


Para demonstran di depan Kotaraya menuju Dataran Maybank


Rakyat telah menawan Dataran Maybank


Lari sekejap lepas disembur dan dilontar gas pemedih mata, tapi lepas tu mereka datang semula

Kami 'berjaya' mendapatkan kereta Farhana, selepas itu dengan bantuan beberapa abang FRU, kami berjaya keluar dari situ. :(


Para demonstran dari arah KL Sentral ke Stadium

Itu je pengalaman aku. Lepas tu, aku 'lepak' balai sampai tengah malam. Memula PULAPOL, lepas tu Maktab Polis Cheras (Kompleks FRU), lepas tu Balai Polis Jinjang.


Demonstran yang baru dibawa ke PULAPOL


Orang Gilak memberi penjelasan tentang situasi semasa kepada loyars yang baru tiba


Orang Gilak berlagak 'cool' dan menahan bengang selepas dilarang masuk berjumpa anakguam



Suasana di depan PULAPOL

Semuanya demi merayakan hak berhimpun. Hak asasi. Jadi, walaupun kami tak sampai stadium, boleh tak aku kata yang kami masih sebahagian dari sejarah 9 Julai 2011? Boleh kan?