Petua2 Kecantikan Ketika Berdemo

Kecantikan kulit/penampilan
1. Pakai 'sun block' atau topi besar
2. Jangan pakai 'make-up', nanti bila berpeluh muka jadi gatal2 dan/atau mencair. Kalau nak pakai juga, sila bawa 'oil blotter' sendiri. Unit Amal dan GMI tak sediakan 'oil blotter' dalam 'First Aid Kit'. Juana kata, yang penting jangan mengada-ngada pakai maskara sebab gerenti meleleh
3. Kalau boleh elakkan pakai kain pengikat kepala kat dahi, nanti muka jadi belang2 kalau cuaca panas
4. Ikat rambut. Lagi tips dari Juana->jangan ngada-ngada nak jadi stylo konon tapi peluh meleleh kat tengkuk. Lagipun kalau hujan, rambut yang di'blow' tak rosak dan kau tak akan nampak macam nenek kebayan
4. Pakai baju yang serap peluh dan sopan yang menutup apa-apa yang perlu. Kalau badan jadi belang2, jangan salahkan penganjur :p
5. Pakai kasut, kalau boleh kasut sukan atau kanvas supaya kulit kaki tak melecet sebab kena jalan jauh. Elakkan dari memakai selipar, lebih2 lagi kalo kuku tu dah penat 'pedicure' macam aku. Nanti patah, nangis :p
6. Bila dihambur cecair kimia, simbah kulit yang terkena cecair dengan air, tapi JANGAN LAP/SAPU dengan tangan, lebih2 lagi di bahagian muka. nanti melecet. simbah je 'splasssh' camtu dengan banyak pastu biarkan. kalau rasa pedih2, letak ubat gigi atas ia untuk kasi sejuk. Dan, kumam sedikit garam kerana anda akan merasa kehilangan tenaga bila terkena cecair kimia dan gas pemedih mata
7. Bila gas pemedih mata dilepaskan, guna tuala kecil yang basah untuk tekup muka terutama di bahagian mata. kalau mata rasa pedih, JANGAN GOSOK sebab nanti akan lebih merah.

Kecantikan perangai
1. Sila bawa beg plastik kecil untuk buang sampah. JANGAN kotorkan alam sekitar
2. Kalau boleh, jangan merokok ketika perhimpunan kerana akan mengganggu orang lain
3. Ikut arahan pemimpin perhimpunan
4. Jangan jadi 'agent provocateur' atau bila diprovokasi, diam dan biarkan je. Barulah nampak 'cool'
5. Jangan bawa barang2 berupa senjata walaupun ia adalah alat permainan (kerana ia boleh disalahanggap. Aku malas tul nak bela orang yang kesalahannya macam ni)
6. Berhimpun dengan berhemah. Jangan main tolak2
7. Bagi keutamaan pada kenderaan yang lalu lalang dan jangan melintas sesukahati. Jangan biarkan orang menyampah dengan anda dan tak suka bila anda lakukan perhimpunan di masa akan datang sebab menyakitkan hati
8. Jangan bersembang ketika pimpinan berucap. Tak sopan dan mengganggu orang lain
9. Pastikan tempat perhimpunan bersih ketika bersurai.

ISA-Sambungan



Kenapa ISA wajar dimansuhkan? ISA bercanggah dengan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tidak ada seorang pun boleh dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Tambahan, seseorang yang ditangkap, walaupun menurut undang2, dia MESTI dibawa ke hadapan Mahkamah dalam masa 24 jam. Dia juga MESTI dibenarkan berunding dan dibela oleh peguamnya serta merta. Hal-hal ini tidak berlaku apabila seseorang itu ditahan di bawah ISA. Maka, ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Di negara kita, undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Persekutuan. Jika terdapat mana-mana undang2 yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, ia adalah 'ultra vires' dan tak sepatutnya digunapakai.

Apakah debat atau penyangkalan yang selalu digunapakai oleh pihak2 pro-ISA bila ISA dikatakan tidak menurut Perlembagaan Persekutuan? pihak2 pro-ISA akan merujuk kepada artikel 149 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa artikel 5 tidak terpakai apabila terdapat situasi seperti berikut- terdapat kumpulan besar orang yang menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta atau menyebabkan orang ramai takut terhadap keganasan itu; membangkitkan perasaan tidak setia terhadap YDPA atau mana2 kerajaan di dalam persekutuan; menggalakkan perkauman; memudaratkan penyenggaraan atau perkhidmatan awam; dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.

Akan tetapi, aku kurang bersetuju dengan pemakaian artikel di atas jika tiada bukti kukuh yang boleh mensabitkan seseorang dengan keadaan yang didakwa. Maka, kita harus berbalik kepada isu membawa seseorang itu untuk dibicarakan dengan adil di Mahkamah dan bukan ditahan tanpa bicara selama bertahun2, kemudian dilepaskan begitu sahaja!

Kenapa ISA sering dikaitkan dengan pencabulan hak asasi manusia? Kerana Artikel 5-11 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia memperuntukkan bahawa seseorang itu tidak boleh diseksa, didera dan menerima layanan yang tidak berperikemanusiaan; semua orang adalah sama tanpa ada diskriminasi dari segi layanan undang-undang; tidak ada sesiapa pun yang boleh ditangkap, ditahan atau dibuang sewenang-wenangnya; sekiranya didakwa atas tuduhan jenayah, seseorang berhak dibicarakan di Mahkamah secara adil; dan seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah menurut undang-undang. Tapi biasalah, kat Malaysia ni, tangkap dan tahan dulu, baru siasat.

Adakah benar ISA atau undang2 seumpamanya digunakan untuk membendung keganasan dan komunis? Mungkin masa kita belum lahir lagi kot? Itupon belum tentu digunakan dengan sebaiknya... tak caya cuba tonton 10 Tahun Sebelum Merdeka. Pada masakini, ISA banyak digunakan untuk tujuan politik. Kebanyakan tahanan adalah aktivis politik. Ganas ke? Malah, ada juga penahanan yang tidak masuk akal kerana terdapat undang2 sediaada yang boleh digunakan seperti menahan orang yang tak punya kad pengenalan (Akta Pendaftaran Negara dan Akta Imigrasi kan ada???) atau kesalahan pemalsuan kad (Kanun Keseksaan untuk jenayah kan ada???) atau menyimpan senjata api (Akta Senjata Api dan Kanun Keseksaan kan ada??)

Apa yang boleh dilakukan supaya ISA dimansuhkan?
Korang boleh bantu memberi desakan kepada kerajaan persekutuan dan parlimen melalui kempen, forum, penulisan, terlibat dalam proses undang-undang (kalau anda loyar), demonstrasi (ehem), memberi kesedaran kepada kawan-kawan dan macam2 lagi. Susah-susah, korang jadi je sukarelawan GMI.

Apakah GMI?
GMI ialah singkatan bagi Gerakan Mansuhkan ISA. Ia terdiri daripada 83 buah organisasi badan-badan bukan kerajaan, badan-badan hak asasi manusia, parti-parti, kesatuan pekerja, pergerakan pelajar dan wanita.

Sejak bila GMI ditubuhkan dan untuk apa? GMI ditubuhkan pada 2001 dan objektifnya adalah untuk mendesak pemansuhan ISA dan pembebasan kesemua tahanan-tahanan ISA.

Adakah acara terdekat yang boleh disertai untuk membantu desakan memansuhkan ISA? Eheheheheheheheheh

ISA-Pengenalan



Apa makna ISA? Internal Security Act, atau dalam bahasa Malaysianya Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Apa ciri2 'istimewa' Akta ni berbanding undang2 lain di Malaysia? Ia membenarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara dengan izin Menteri Keselamatan Dalam Negeri @ Perdana Menteri.

Apa maksud tanpa bicara? Maknanya, seseorang tu tak perlu dibawa ke Mahkamah, tak perlu dibicarakan, diadili, atau dalam erti kata lain, mudahlah sikit kerja2 pakcik polis dan abang2 pendakwaraya sebab tak payah kumpul bukti untuk dakwa orang2 yang nak ditahan.

Sejak bila negara kita pakai undang2 rimba ni? Sejak 1hb Ogos 1960. Ia dilaksanakan 24 jam selepas Undang2 darurat 1948-1960 diisytiharkan tamat pada 30hb Julai 1960. Dulu ia diguna untuk menahan sesiapa sahaja yang anti-kerajaan dan yang disyaki komunis.

Kau pernah pergi ke kem tahanan ISA di Kamunting, Perak? Aku pernah. 3 kali. Melawat tahanan-tahanan. Aku rasa hiba tengok mereka. Betapa seronoknya mereka berjumpa dengan peguam, walaupun baru kenal. Sebab mereka terasing dari dunia luar dan rasa sunyi.

Sebelum dibawa ke Kamunting, ada proses lain tak? Ada. Kau akan disoalsiasat di satu tempat misteri, yang tidak diketahui lokasinya oleh SB (special branch) selama tak lebih dari 60 hari.

Berapa lama kena duduk dalam Kamunting kalau ditahan di bawah ISA? Maksima 2 tahun. Setiap 6 bulan, akan ada 'review' oleh satu lembaga penasihat yang terdiri daripada 3 panel (kakitangan kerajaan) untuk putuskan samada tempoh tahanan dilanjutkan atau tidak. Lembaga ini yang akan memberi usul kepada Menteri nanti. Aku pernah hadiri sekali pendengaran 'review' ni. Rupa2nya keputusan dibuat berdasarkan laporan daripada SB, samada tahanan sudah 'insaf' atau tidak. Sekiranya tahanan masih belum 'insaf' selepas 2 tahun, tempoh tahanan akan dilanjutkan.

Teruk ke seksaan ketika ditahan di dalam ISA? Kau pegilah tanya saudara Malek Hussin, seorang aktivis reformasi. 2 tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur suruh kerajaan 'hadiahkan' beliau RM2.5 juta selepas terdapat bukti bahawa beliau ditahan, disiksa, dipukul, dipaksa minum air kencing, dibogel dan disuruh berdiri di bawah alat penghawa dingin, dihina oleh SB2 selama ditahan bawah ISA.

Setakat ni, dah berapa ramai orang yang pernah ditahan di bawah ISA? kira2 10,700 orang.

Adakah kerajaan mengambil tanggungjawab membesarkan anak2 tahanan, memberi nafkah hidup keluarga tahanan, bagi bantuan pendidikan, jenguk2 rumah mereka ketika Hari Raya selepas merampas kebebasan ketua keluarga mereka dan kebahagian mereka? Kau rasa?

Berdialog dengan Kawan-kawan

Semalam aku ke Pekan Frinjan. Jumpa kawan-kawan, bertegur sapa dan bertanya khabar. Rata-rata khabar yang ditanyakan kepada aku ialah apakah hala tuju aku selepas ini, sebab ramai yang dah tahu yang aku dah hantar notis sebulan kepada bos. Aku hanya senyum.

Aku belikan buku "Catatan Seorang Demonstran' untuk Juana. Buku ni aku dah baca. 2 kali. Juana kata dia dah setahun cari buku tu tapi tak jumpa. Jadi aku tolong belikan terus dari pembekalnya. Katanya nak berdiskusi dengan aku bila dia dah habis baca. Ok.

Kemudian aku nampak Meor dan duduk berbual dengan dia. Meor ni boleh dikatakan aku jumpa dia hari-hari pada hari bekerja, sebab kami warga buruh Bangsar Utama ada 'port' sendiri lepas waktu bekerja. Tapi entah kenapa, semasa berbual dengan dia aku jadi marah-marah. Meor suruh aku tulis lirik untuk dilagukan. "Tapi bukan lagu perjuanganlah, lagu cinta," katanya selamba. "Apasal aku kena tulis lagi cinta pulak? Bukan kau lebih layak tulis ke? Kau kan dah kahwin?" Tempelak aku. "Ya, tapi kau ada sesuatu yang sangat berharga dan belum kau lepaskan lagi, lebih baik kau tangkap ia dan masukkan dalam lirik, lepas tu kau tulislah lagu perjuangan". "Apa maksud kau?" "Kesakitan putus cinta. Kau masih simpan, aku boleh nampak."

Aku teruskan meronda dan menonton persembahan pada malam tu dengan fikiran yang kosong. Aku kemudian berbual sekejap dengan Ayam. Ayam tanya betul ke berita yang didengarnya, bahawa aku nak ke Afganistan. Katanya dia dengar dari Bob. "Tak payahlah pergi, susah nanti kau nak menaturalisasikan diri semula". Haih macam pernah dengar je perkataan tu. Aku senyum lagi.

Malam tu bila aku pulang ke rumah, aku ber"Facebook" sebentar. Aku nampak Ayam pon 'online'. Aku terus hantar pesanan padanya. "Tak perlu pergi ke Afganistan untuk bincang soal naturalisasi. Aku memang dah tak neutral. Dah terlewat."

Kemudian aku berbual sebentar dengan Juana di Facebook. Tentang pemergian Yasmin Ahmad ke Rahmatullah. Tentang buku yang aku belikan untuknya. Tentang cinta, rokok dan kawan-kawan. Dan tentang perangai pelik aku. "Kau ni sebenarnya alien", kata Juana yang mempersoalkan hobi aku yang suka baca dan kumpul artikel pasal Perang Teluk sejak di darjah 3. "Itu bukan salah aku, tapi semua salah bahan2 bacaan yang aku dapat masa kecil," kataku mempertahankan diri. Aku juga beritahu Juana yang aku akan berjumpa dengan Mimot hari ini. "Kami nak luangkan masa bersama2 dan lupakan segala serabut di kepala". "Nak pergi mana?" "Nak kilatkan kuku. Agak middle class kan? Kadang2 aku menyampah dengan diri sendiri." "Memang," balas Juana yang bekerja di Malaysian for Peace. "Kadang2 aku rasa aku lebih working class dari kau". "Tak adil kalau kau nak hakimi aku hanya sebab isu kuku", kataku tak mahu mengalah. "Ada lagi, nanti bila kita jumpa di teater DBP, aku beritahu kau," kata Juana. Hmm

Hari ini, aku bersarapan dengan Mimot, sahabat baikku sejak sekolah rendah. Misi kami hari ini ialah mengilatkan kuku. Mimot ambil aku di rumah. Jadi aku bawa dia pergi ke kedai di mana aku selalu bersarapan seorang diri di pagi Ahad. Hobi bersarapan dan membaca seorang diri di pagi Ahad ni memang aku dah amalkan sejak di zaman uni lagi. Dulu2 takde kereta, aku naik 'feeder bus' LRT yang pertama masuk ke kampus iaitu pada pukul 650 pagi. Naik LRT sampai ke KL Sentral, berjalan kaki ke Brickfields, bersarapan dan baca suratkhabar di sana seorang diri. Bila aku pulang semula ke kampus pada lebih kurang pukul 11 pagi, selalunya rakan2 sebilikku masih belum bangun dari tidur.

"Kau ni macam orang berumur 43 yang terperangkap dalam badan seorang perempuan muda", kata Mimot. "Apasal pulak?" "Sebab hobi2 pelik kau. Bila kau nak kahwin ni?" "Bila kau nak carikan aku bf?", tanyaku semula. "Entah. aku mana ada ramai kawan lelaki. Aku rasa hidup aku tak complete lah, sebab baru 2 kali bercinta, terus kahwin." Aku tercengang sebentar dengan ayat penyata Mimot. Tak bagus ke macam tu?

Berdasarkan perbualan2 aku dengan kawan2 pada hujung minggu ni, aku boleh membuat beberapa kesimpulan:-

1. Meor ada 6th sense. Dia boleh 'nampak'
2. Juana sepatutnya bekerja dengan Agent Mulder
3. Ayam sedang ambil mood untuk Ogos ni
4. Mimot terlalu banyak menonton filem Hollywood. Ajak tengok filem bahasa lain, taknak. Tsk.

Bagus tak pendinding aku? :)


Selain daripada mengilat kuku, makan durian di tepi tasik juga adalah satu terapi

Kuliah Hari ini


Aku baru pulang dari sesi bertemu bakal2 peguam, yakni pelatih2 dalam kamar di Pusat Bantuan Guaman KL.

Seperti biasa, kami mengingatkan mereka (dan diri sendiri) apa yang perlu ada pada diri kalau nak jadi peguam sukarela iaitu:-

1. Tahu berunding dan memberi/menerima nasihat

2. Aktif dalam penyertaan

3. Berprinsip

4. Ikut proses dan prosedur

5. Hati yang baik.

Bantuan guaman ialah hak asasi manusia.

Bantuan guaman ialah sebahagian daripada pembinaan negara bangsa.

Mari Berfrinjan!



Pertama kali aku mendengar tentang Pekan Frinjan ni, aku terus tanya si penganjur, Zulhabri apokobondo eh tu jang? Jawabnya ialah Pekan Frinjan ni ialah pekan sehari yang penuh dengan program dan aktiviti ala seni-jalanan tapi masih ada nilai semi-komersil dan pop-nya, khusus untuk golongan muda (yang tak berapa muda tapi berjiwa muda pun ok).

Di pekan ini ada jualan tepi jalan buku2 sospol (sosiopolitik) dan pop dan apa2 sajalah yang diterbitkan oleh entiti indie, dan ada juga persembahan seni rakyat seperti pembacaan puisi dan lagu2 akustik serta karan dari anak2 muda yang berbakat dan kiut-miut.

Aku berkesempatan pergi ke pekan ini pada edisi pertamanya bulan Mac lalu, waktu tu baru sehari putus cinta dan kawan baik aku si Fahmi Reza bawa aku pegi jalan2 untuk menenangkan fikiran dan sememangnya meluangkan masa di pekan frinjan buat aku terhibur (hahaha promosi gila babi ni).

Mengikut kata Zulhabri, Pekan Frinjan ni dinamakan sedemikian rupa untuk memberi gambaran tentang ke'pop'an acara itu sendiri, lebih2 lagi frinjan itu sendiri adalah bahasa inggeris yang dimalaysiakan (bukan secara rasmi) yang diambil dari perkataan 'Fringe'. Jadi mengapakah frinjan itu dipekankan atau vice-versa? Yang itu, korang pegi tanya si Zul sendiri melalui belognya atau facebooknya atau datang sajalah ke pekan ini dan tanya sendiri pada beliau :p

Dalam sedar tak sedar, pekan ini sudah masuk edisinya yang keempat. Dan penyampai2 puisi dan lagu2 rakyat pun semakin ramai dan bagus2. Antara yang dijangka membuat persembahan pada Pekan Frinjan Edisi Ke-4 ini ialah:-

The Lovecraft
Aisyah Baharuddin
Selamat Pagi Gadis
Jimadie
Tilu
Hafiz hamzah
Farah Saad
Faisal Mustafa
Skyrovers
Hasmi Hashim
Mazir Sulaiman
Cici Suleiman
Dichimichi
Otam
Sosound
Maddthelin
Fared Ayam + Bob
Notis band
Pak Agi
Fazrah & Dewa’Sakti
Pyanhabib @ Osman Tikus (otai ni weihh)
Mohd Jayzuan
Beeha
Mistikus

Bila? Sabtu, 25hb Julai 2009
Di mana? Dataran Shah Alam (berhampiran Plaza Perangsang dan Alam Sentral)
Pukul berapa? 3ptg hingga 12 mlm
Kena bayar tak? Tak perlu... ini ialah acara terbuka.
Bagi sebab kenapa kena pergi? Sebab best, boleh lepak2 dengan kawan2, beli buku, baju, beg, cd2 dari artis2 indie, ambil gambar dengan artis2 indie, berdiskusi, buat kawan baru, tgk persembahan yang best secara percuma.
Kalau ada yang sesat nanti, cemana? Hubungi nombor2 ini-Zulhabri di 019-389 3804 atau Ruhayat di 017-223 0058 atau Alina 012-6828058

Aku pun akan pergi (pada sebelah malam mungkin). Jum!

"Saya Akan Jawab Di Mahkamah"


Petang tadi, aku ke pejabat SUHAKAM untuk memberikan kenyataan terhadap peristiwa penangkapan 5 orang peguam Pusat Bantuan Guaman KL pada 7 Mei yang lalu. Kenyataan aku telah diambil oleh salah seorang pegawai SUHAKAM sebagai persediaan untuk menghadapi penyiasatan penuh SUHAKAM pada 14-16 Ogos ini.

Sangka aku, proses memberi kenyataan tu tak sampai 30-40 minitlah, seperti yang biasa berlaku di balai polis. Tapi rupa-rupanya tidak. 3 jam. Pukul 10 malam baru habis. Tsk.

Ini membuatkan aku terfikir. Kenapa semasa aku ditangkap dulu, proses memberi keterangan tak sampai 30 minit eh? Walhal soalan2 semua lebih kurang sama je. Oh. Sebab... haritu aku jawab semua soalan dengan jawapan "saya akan jawab di Mahkamah". Hahaha!

Sekarang aku nak bercerita sikit tentang hak2 kita bila keterangan kita diambil oleh pegawai polis. Hak2 ni memang dah termaktub di dalam seksyen 112 Kanun Acara Jenayah ok, bukannya aku reka sendiri.

Secara ringkas, seksyen 112 tersebut memperuntukkan bahawa:-

1) Polis yang sedang menyiasat sesuatu kes berhak menyoal siasat sesiapa sahaja untuk membantu siasatan dan hasil siasatan itu MESTI dibuat dalam bentuk bertulis; dan

2) Orang yang disoal siasat itu MESTI menjawab soalan2 yang diberikan.

TETAPI

orang itu berhak untuk TIDAK MENJAWAB soalan tersebut, sekiranya soalan tersebut akan mengaitkan beliau dengan apa jua tuduhan jenayah atau penalti atau perlucuthakan (hak untuk tidak menjawab soalan ini sepatutnya dibacakan oleh polis sebelum proses soal siasat bermula).

Bagaimana kita nak gunakan hak di atas? Korang hanya perlu cakap "saya ingin menggunakan hak saya untuk tidak menjawab soalan ini" atau lebih senang "saya akan jawab di Mahkamah" setiap kali soalan sedemikian diajukan.

Lepas tu, bila semua kenyataan dah diambil, kita boleh membaca semula kenyataan yang disalin oleh polis tadi, membuat pindaan atau memadam apa2 yang patut sebelum menandatangan kenyataan tersebut.

Bunyi macam senang, kan? Tapi selalunya, polis tak faham atau buat2 tak faham dengan hak2 yang aku terangkan tadi. Contohnya bila aku bersama Radzlan menghadiri pendengaran reman salah seorang anak guam 2 hari yang lalu. Kenyataan budak tu dah diambil sehari sebelum tu. Tapi, polis masih lagi nak tahan dia dalam lokap atas alasan 'mahu mencari saspek2 lain' melalui budak tu. Soalannya sekarang, cemana lagi budak tu nak bantu siasatan sedangkan soal siasat dah dibuat? Nak guna kekerasan ke? Oh kata polis tersebut, "OKT tidak memberikan kerjasama semasa siasatan sebab bila ditanya, beliau hanya jawab 'saya akan jawab di Mahkamah'".

Nasib baiklah Majistret faham dan sedar akan hak2 OKT ni. Tambah lagi dengan bantahan yang dibangkitkan Razlan bahawasanya anak guam kami sudah pun memberikan kerjasama dengan membiarkan keterangannya diambil. Samada beliau menjawab soalan dengan penuh atau tidak menjawab soalan, itu belakang kiralah. Dan Radzlan dengan selamba menambah "saya memohon agar anak guam saya dibebaskan serta merta, dan bukannya pada pukul 3.45 pagi".

Kenapa dia cakap macam tu? Faham-faham sendirilah.

Kenyataan Media-Isu Zahid dan Israel

Parti Keadilan Rakyat
Kenyataan Media
18 Julai 2009

Pertemuan Zahid Dengan Rakan Sejawatnya dari Israel Menimbulkan Persoalan

Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan laporan bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas.

Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!

Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid. Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin.

Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini.

Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya? Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan. Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya.

Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan ‘memperjuangkan Islam” dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya ‘tidak menguji kemarahan orang Islam’, mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?


Dikeluarkan oleh,
Latheefa Koya
Ketua Penerangan,
Parti Keadilan Rakyat

Protes

Tuntutan keadilan untuk Teoh Beng Hock

Tarikh: 19.7.2009 (Ahad)
Waktu: 4.30ptg
Tempat: Stadium Kelana Jaya

Sila hadirkan diri beramai2 untuk beri tekanan kepada pihak berkuasa terutamanya SPRM untuk buat siasatan menyeluruh berkenaan kematian misteri Beng Hock.


Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Kematian yang Diratapi



Aku jarang bersedih dan menangis untuk kematian orang yang aku tak berapa rapat. Tapi hari ini, egoku terkalah juga.

Teoh Beng Hock, bekas wartawan dan setiausaha politik DAP, ditemui mati siang tadi dipercayai 'terjatuh' daripada tingkat 14 Plaza Massalam di mana terletaknya pusat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor. Umurnya baru 30 tahun.

Beng Hock adalah mangsa terbaru permainan politik kotor BN yang menggunakan SPRM untuk menyamakan ahli2 exco dan politik daripada parti2 politik pembangkang sepertinya, iaitu terlibat dengan isu rasuah.

2 hari lalu, SPRM telah menggeledah dan 'menyiasat' pejabat2 7 orang ahli exco dan politik Selangor yang kesemuanya daripada parti2 Pakatan Rakyat. Ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana mereka tidak pernah dikaitkan dengan isu rasuah sebelum ini. Tanda tanya juga menjadi semakin besar apabila Khir Toyo yang selalu ini dikaitkan dengan rasuah (isu Balkis, istana dll) tidak pun dipanggil untuk disiasat walaupun umum mengetahui kegiatan terkutuknya. Atau, adakah SPRM bersikap perkauman dan/atau sengaja menimbulkan isu perkauman kerana ketujuh-tujuh mereka berketurunan Cina?

SPRM bukan sahaja menyiasat pejabat dan ketujuh-tujuh susuk tersebut, tetapi juga pembantu2 politik mereka. Arwah Beng Hock adalah setiausaha politik kepada exco DAP Ean Yong Hian Wah.

Menurut wakil SPRM yang ditemuramah tadi, Beng Hock telah dilepaskan kira2 jam 3.45 pagi tadi. Akan tetapi, Beng Hock dikatakan enggan pulang dan mahu berehat di bangunan Plaza Massalam tersebut. Selepas itu, katanya mereka tidak menemui beliau lagi sehinggalah mayatnya dijumpai kira2 jam 1.30 ptg di atas bumbung sebuah bangunan rendah yang bersambungan dengan Plaza Massalam di mana pusat SPRM berada. Beliau dipercayai 'terjatuh' daripada tingkat 14 Plaza Massalam.

Ada beberapa sebab mengapa aku percaya bahawa ini bukan kes 'terjatuh' yang biasa.

Pertama, kereta Beng Hock ada di perkarangan bangunan tersebut. Jadi tidak ada sebab kenapa beliau memilih untuk 'berehat' di sana walaupun kononnya dilepaskan dari siasatan pagi2 buta. Lagipun, semua orang tahu betapa ngerinya proses penyiasatan di SPRM. Kata orang, kau akan disuruh berdiri, dipekik, diugut, dipukul, ditelanjang dan dipaksa mengaku kesalahan yang kau tak lakukan. Jadi haruslah Beng Hock lekas2 pulang selepas disiasat, kan?

Kedua, tidak ada sebab mengapa Beng Hock akan 'terjatuh' atau sengaja mahu jatuh dalam kes ini. Kenapa? Kerana, Beng Hock dijadualkan mendaftar perkahwinannya dengan kekasihnya esok. ESOK! Perlukah aku terangkan lagi?

Oh ya, dalam kes ini juga, para pembunuh itu tidak membenarkan peguam Beng Hock, Manoharan daripada menemui beliau untuk memberi nasihat perundang-undangan ketika proses siasatan.

Sebelum ini, yang kita selalu dengar hanyalah kes-kes kematian dalam tahanan polis. Orang yang ditangkap akan dibelasah, didera secara mental, dimalukan dan dipaksa mengaku kesalahan yang belum tentu mereka lakukan. Bila orang itu mati ketika dibelasah, orang-orang yang terlibat tidak ada cara lain selain daripada menghumban mayat tersebut ke mana-mana, seperti ke dalam sungai atau menghilangkannya, dan kemudian membuat cerita bahawa orang itu telah cuba lari dari tahanan kemudian lemas di sungai, cuba bunuh diri dan sebagainya. Tapi, bila autopsi dilakukan ke atas mayat, laporan akan menyatakan bahawa terdapat tanda pukulan, bekas2 luka dan lebam dan lebih tepat lagi, orang itu sudah mati sebelum berada di dalam sungai. Arwah2 Francis Udayapan, A. Kugan, Goh Yan Peaw dan Adi Anwar (yang sempat diselamatkan), sudah lupakah kamu semua?

Diam tak diam, sudah berpuluh-puluh kes seumpama ini dilaporkan di Malaysia.

Kini, bukan sahaja polis2 yang berani berlagak seperti tuhan, tapi penjawat2 badan kerajaan yang lain seperti SPRM juga sudah semakin mengganas nampaknya. 1 Malaysia, eh?

Memang, kalau keluar air mata darah sekalipun, Beng Hock tidak dapat diselamatkan lagi. Tapi, siapa di sini yang ada hati untuk keluarkan ayat itu dihadapan ibu Beng Hock yang meraung2 "pulangkan anak saya, pulangkan anak saya!" sebentar tadi?

Sebab itu, kita memang sangat2 memerlukan satu suruhanjaya bebas seperti IPCMC yang pernah dicadangkan untuk memantau salah laku polis2 di Malaysia. Kali ini, mungkin kita terpaksa menyeru untuk satu lagi suruhanjaya bebas untuk memantau penjawat2 awam yang lain seperti SPRM.

Tapi sementara itu, apa yang kita boleh lakukan? Merelakan saja apa yang berlaku? Tidak. Kita harus mendesak, mendesak dan mendesak SPRM memberitahu perkara sebenar apa yang berlaku terhadap Beng Hock dan seterusnya, serahkan pembunuh2 yang bertanggungjawab untuk dihadapkan ke muka pengadilan. (Eh Puspa, ini bukan Utophia lah, ini Malaysia! Kau ingat, SPRM akan takut dengan gesaan ke?)

Wahai orang2 yang berkenaan, kau boleh ambil jasad, tapi tidak semangat. Bunuhlah seberapa ramai pun. Kami akan lawan. Lawan tetap lawan.



*Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama2 pimpinan PAS dan DAP akan ke pejabat SPRM di Plaza Massalam, Shah Alam pada Jumaat, 17.7.2009 pukul 10 pagi untuk membantah apa yang berlaku pada Beng Hock hingga menyebabkan kematian. Sila hadir beramai2 sebagai tanda solidariti ke atas isu ini.

Tangkap Lagi, Lagi dan Lagi


Aku baru selesai membaca kenyataan media Ong Jing Cheng yang telah ditangkap baru-baru ini di kampus UM.

Katanya:-

"Setelah kami ditahan, kami diminta menandatangani satu dokumen tanpa penjelasan, tapi apabila saya baca, ini ialah dokumen yang menafikan hak-hak untuk mendapatkan bantuan peguam, dan nasib baik peguam telah sampai di balai polis dan menyuruh saya supaya tidak menandatanganinya."

Aku nak cerita sikit pasal dokumen yang hampas tu dan hak2 orang yang kena tangkap.

Sejak Kanun Acara Jenayah dipinda pada awal tahun ini, terdapat satu seksyen baru yang sangat penting iaitu seksyen 28A.

Secara ringkas, seksyen 28A ini berbunyi lebih kurang begini:-

1) Bila korang ditangkap polis, polis MESTI menerangkan sebab2 tangkapan kepada korang;

2) Sebelum memulakan soal siasat atau mengambil keterangan, polis MESTI memaklumkan kepada korang bahawa korang boleh berkomunikasi dengan ahli keluarga atau kawan tentang dimanakah korang berada DAN berkomunikasi dengan peguam yang dipilih sendiri oleh korang (kalau tak kenal mana2 peguam, minta ahli keluarga atau kawan carikan); dan

3)Bila keterangan korang hendak diambil polis, korang BOLEH minta untuk ditemani peguam untuk mendapatkan nasihat sebelum menjawab soalan.

4) Apabila korang meminta untuk mendapatkan nasihat, polis MESTI beri masa supaya peguam dapat hadir, dan membenarkan peguam memberi nasihat pada korang.

Sekarang, sila baca petikan pernyataan media Jing Cheng yang seterusnya:-

"Ketika pegawai inspektor (IO) suruh polis membawa kami ke lokap, kami meminta untuk membuat laporan polis, namun dia jawab kami boleh buat laporan polis pada pagi esok. Tetapi pada hari esok, iaitu 13 Julai, kami terus dibawa ke Majistret untuk dipanjangkan tempoh tahanan. Pihak polis meminta supaya tahanan disambung empat hari, atas nama tidak bekerjasama dengan polis. Adakah tidak menandatangani surat penafian hak-hak mendapat bantuan peguam dianggap sebagai tidak bekerjasama? Akhirnya kami dipanjangkan tempoh tahanan selama dua hari". (Ketika pendengaran reman mereka diwakili peguam sukarela Pusat Bantuan Guaman, Radzlan).

Ya. Aku nak ulang soalan Jing Cheng. Adakah tidak menandatangani surat penafian hak-hak mendapat bantuan peguam dianggap sebagai tidak bekerjasama? HAK-HAK TU MEMANG DAH ADA DALAM UNDANG-UNDANG LAH! YANG KAU NAK SURUH DIA NAFIKAN HAK DIA SENDIRI BUAT APA?

Sila baca lagi:-

"Saya meminta supaya ditemani peguam ketika mengambil keterangan, tetapi tidak dibenarkan atas sebab kami telah berjumpa dengan peguam pada malam 12 Julai". BERJUMPA PADA MALAM TANGKAPAN DENGAN BERJUMPA UNTUK MENDAPATKAN NASIHAT SEBELUM BERI KETERANGAN TAK SAMA LAH! KAN ADA PERKATAAN 'DAN' TU, BUKAN 'ATAU'!

Hah yang ni paling hampas:-

"Sebelum kami dibebas, polis meminta maaf dengan kami, dan memberitahu mereka bukan orang yang suka menangkap orang, saya rasa kemungkinan besar mereka juga mengikut arahan atas ". JING CHENG, JANGAN TERPENGARUH DENGAN AYAT TU, MEREKA MEMANG SUKA TANGKAP ORANG, PASTU BARU BUAT SIASATAN SEBAB CARA TU TAK PAYAH GUNA OTAK.

Hmmph. Geramnya!

Iklan Seni 2



Teater Kompilasi Volume II adalah kesinambungan daripada Teater Kompilasi Volume I yang pernah dipentaskan di Stor Teater DBP tahun lalu. Dalam acara ini, beberapa teater kontemporari pendek akan dipentas secara berturut-turut dalam satu malam.

Bagi sesiapa yang terlepas acara ini tahun lepas, di bawah adalah sedutannya:-




Nampak best, kan?

Untuk tahun ini, sebanyak 2 teater akan dipentaskan. Legasi dan Naturalisasi.

Sinopsis Legasi


Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.

Karya & arahan: MOIZZIS.RCHONG
Pelakon:
Dira Abu Zahar
Nur Ameera Ramli
Khairil Ridzuan
Indra Zaaba

Sinopsis Naturalisasi


Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.

Karya: NAM RON
Arahan & olahan: Fared Ayam
Pelakon:
Zahiril Adzim
Amerul Affendi
Noris Ali


Sebagai seorang peguam, haku hak hahu hapa hena hengena hrofession heguam hengan hisu homoseksual. Mungkin mereka nak tonjolkan yang takde manusia akan lari dari isu seksualiti ni, termasuklah peguam yang selalunya tahu membezakan hitam dan putih serta tidak ada yang kelabu?

Bila? 11hb-16hb Ogos 2009
Mana? Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka
Pukul berapa? 8.30 mlm
Kena bayar tak? Alaa.. RM20 je... usahlah kedekut sangat :p
Apasal aku beria2 suruh korang pegi? Sebab best laa
Kena buat tempahan ke? Kalau nak selamat dan takmo duduk di lantai, sila tipon/sms Faisal Mustaffa di 019-2232002

p/s: Faisal, bila aku kata tak usah guna watak ahli politik yang 'gay' sebab akan dibayangi isu politik semasa, tak semestinya ko kena tukar watak tu kepada seorang peguam! *piap*

Idea yang Tak Praktikal

Kalau kita boleh bercuti dari berfikir, aku akan jadi orang pertama yang isi borang permohonan.

Kalau kita boleh ponteng dari kehidupan, aku akan jadi orang pertama yang buat.

Kalau kita boleh buat keputusan tanpa fikir perasaan orang lain, akulah si setan itu.

Aku

mahu

masa

untuk

diri

sendiri.

Langkah pertama: Berhenti kerja.
Langkah kedua: Pergi jauh2.
Langkah ketiga: Jangan balik.

Tapi.

Kalau tak kerja, siapa nak bayar sewa rumah, kereta, PTPTN aku???

Ada sesiapa mahu jadi bapa gula saya? (Tolong. Jangan. Balas. Soalan. Ini.)

Is it a crime being an idealist?- Soe Hok Gie, dalam diarinya ''Catatan Seorang Demonstran".

Hari yang Masam


Hari ini merupakan hari yang masam. Semasam bagai nikah tak suka, bak kata orang tua bila aku kena menapak sejauh 1 kilometer ke Mahkamah Jalan Duta akibat jalan2 yang ditutup dan banyaknya kenderaan yang mencuri tempat parkir peguam demi menunjukkan sokongan pada Bapa Reformasi Malaysia (ada ke gelaran tu?). Oh ya... harap2 Tuan Haji Sulaiman cepat sembuh.

Juga semasam muka aku bila lepas berpeluh2 menapak, kena pula berdepan dengan peguamcara pihak lawan yang tak tahu membezakan Penghakiman Ingkar Kehadiran dan Penghakiman Ingkar Pembelaan sampai Pendaftar pun naik masam mukanya.

Mungkin juga semasam skirt aku (yang dinafikan sekeras2nya) yang belahtinggikatdepandankalautaksilangkakibolehnampaksepender telah dipakai selama 2 hari berturut2 atas alasan malas nak menggosok sehingga menimbulkan keraguan di hati Puan Afzan Harrison (walaubagaimanapun keraguan tersebut adalah isu yang patut dibicarakan memandangkan pada masa yang materia, Puan Afzan sedang mabuk coklat).

Tapi ada juga yang masam2 manis.

Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris atau PPSMI. Manis.

Tapi, hanya akan berkuatkuasa pada 2012. Masam.

Bak kata Puan Ainon yang memberi komen pada status Facebook aku, "
Semasa hendak melaksanakan PPSMI dulu, tak menyempat-nyempat, hendak memansuhkannya bukan main lama terpaksa menunggu...".

Bercerita sikit tentang bahasa.

Bahasa jiwa bangsa. Orang berbudi, kita berbahasa. Bahasa molek, orangnya cantik. Jadi kalau tak berbahasa Melayu, tak berjiwa Melayukah kamu? Kalau guna bahasa kasar, hodohkah kamu? Jawapan yang bersifat peribadi-Ya.

Soalan seterusnya-penting sangatkah jiwa Melayu? Jawapan yang bersifat peribadi- penting jugalah... kalau nak dilihat dari konteks ketamadunan seni dan budaya tempatan. Dari konteks pemikiran pula, macamana? Yang itu, korang pandai2lah jawab sendiri :p

Kemudian ada pula provisi di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa antara ciri2 Melayu ialah berbahasa Melayu dan beragama Islam. Maka berhujahlah seorang Professor itu suatu ketika dulu bahawa orang Melayu yang murtad, adalah bukan lagi Melayu.

Maka Tuan Professor, saya dengan rendah diri ingin bertanya, kalau ada kes di mana seorang Melayu itu tidak boleh berbahasa Melayu atau sengaja tidak berbahasa, maka bukan Melayukah dia?

Setahu aku, apabila terdapat kes2 buang bayi, etnik bayi itu masih dapat dikenalpasti melalui ujian2 di hospital, kan? Atau, nak paksa bayi tu bercakapkah?

Polemik penggunakan bahasa ibunda, bahasa bangsa atau apa2 sahajalah ini bukan hanya tercetus di kalangan orang2 beretnik Melayu, tetapi juga di kalangan etnik lain.

Bagi orang2 Cina, istilah 'banana' atau pisang selalu ditujukan kepada orang2 Cina yang tidak tahu berbahasa Cina tetapi hanya tahu berbahasa Inggeris atau bahasa Malaysia. Seorang rakan 'banana' aku pernah mengaku bahawa beliau hanya akan masuk restoran Cina yang menggaji pekerja Indonesia sebab senang nak 'order'. Hahaha.

Tapi, semua tu bukan isu sebenar bagi aku. Aku tak ada masa nak layan isu2 berkenaan puak, kaum, bangsa dan keturunan ni. Sikap perkauman adalah tidak 'cool'.

Sebenarnya, tidak ada salahnya belajar bahasa Inggeris. Apalagi dengan keadaan sekarang yang mana buku2 berbahasa Inggeris menguasai pasaran tempatan. Bukan sahaja buku pendidikan sains, malah buku2 agama pun lebih banyak yang dibahasaInggeriskan daripada yang diArabkan.

Akan tetapi, pada saat ini, perkara yang lebih menyinggung perasaan aku ialah apabila orang mengaitkan bahasa Inggeris itu dengan 'pandai', dan bahasa Melayu serta bahasa2 ibunda etnik2 lain dengan 'bodoh
'.

Kata saudara Apanama sedikit masa dulu, kalau PPSMI dimansuhkan, orang Melayu pada masa akan datang, akan jadi bodoh. Ye ke?

Mengikut pengalaman aku yang bersekolah di sekolah separuh swasta (konon2nya), budak2 Melayu yang 'speaking' bagai nak rak tu selalunya (bukan semua) ialah anak2 orang kaya yang duduk di kelas2 corot, dan kebanyakan (bukan semua) budak2 Melayu yang pandai2 datangnya dari program Yayasan Selangor atau Felda. Mereka ni berbahasa Melayu je aku tengok. 'Cool' je. Dan baik hati. Setakat nak bagi aku tiru jawapan 'Add Math' atau formula Kimia yang aku lupa nak hafal tu, bila2 masa je boleh. Ooops
.

Bahasa Inggeris adalah bahasa mantan penjajah atau lebih dikenali sebagai orang putih. Ia digunakan di tanahair kita sejak orang putih masuk ke sini berpuluh2 tahun dulu sehingga ia diakui sebagai bahasa rasmi kedua Malaysia. Manakala, bahasa ibunda ialah bahasa pertuturan pertama dan utama sejak lahir. Di negara kita, bahasa ibunda adalah bahasa etnik2 yang membina bangsa Malaysia. Salah satu bahasa ibunda utama iaitu bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara. Semua orang wajib tahu bahasa ini sebagai bahasa perantaraan di kalangan rakyat Malaysia.

Aku tak faham kenapa orang yang sama memperkenalkan 'dasar pandang ke timur', beria2 sangat nak mempertahankan bahasa Inggeris atas alasan supaya anak2 cucu kita jadi pandai. Padahal, penduduk dan org2 bijak pandai di negara2 timur yang maju seperti Jepun dan Korea dan bakal maju seperti China, tidaklah fasih berbahasa Inggeris pun.

Ini semua kerana globalisasi dan 'networking'lah.

Kata orang, kalau nak dapat kerja yang bagus di syarikat2 multinasional atau badan2 bertaraf antarabangsa, fasih dalam bahasa Inggeris menjadi kriteria yang utama. Ye lah, kalau ayam bercakap dengan itik, sampai bila pun kerja takkan selesai, betul tak?

Justeru, belajar bahasa Inggeris hingga fasih adalah sangat digalakkan bagi orang2 yang mahu pergi jauh dalam bidang masing2. Itu, aku tak nafikan.

Tapi.

Adakah wajar sains dan matematik di negara kita diajar dalam bahasa tersebut? Jawapan yang bersifat peribadi-Tidak. Ikut logiklah, kalau subjek bahasa Inggeris tu pon tak semua yang lulus, apatah lagi subjek2 lain yang diajar dalam bahasa tersebut
?

PPSMI bukan sahaja memberi kesan kepada adik2 dan anak2 kita, tapi juga kepada guru2 kita. Sepatutnya, kerajaan perlu berusaha menghasilkan guru2 yang lebih berkualiti, yang mampu mengajar subjek2 Sains dan Matematik dengan berkesan dalam apa jua bahasa sekalipun. Lepas tu, barulah implementasikannya terhadap anak2 murid. Ini tidak. Dibuatnya kedua2nya serentak. Bagai ketam yang mengajar anak2nya berjalan. Ditambah pula dengan wang2 rakyat yang diguna untuk menukar buku2 teks.
Rugi dan membazir.

Beberapa tahun dulu, aku tersenyum senget bila saudara Apanama kata yang semua orang kena fasih berbahasa Inggeris kerana semua buku2 ilmiah yang terkini di pasaran adalah di dalam bahasa itu. Kalau nak terjemahkan semua ke bahasa ibunda, tak sempat. Natijahnya nanti, kita hanya akan memperoleh ilmu2 yang ketinggalan beberapa tahun.

Pertama sekali, aku akui kebenaran fakta itu. Tapi permasalahan yang timbul itu, bukannya takde jalan penyelesaian. Gajilah penterjemah2. Banyakkanlah cendekiawan2 tempatan, bagilah dana supaya mereka boleh menulis dan menerbitkan buku dalam bahasa ibunda. Daripada membazir melabur dalam Perwaj... ooops.

Pada masa yang sama, perkasakanlah pembelajaran bahasa Inggeris di kalangan budak2 sekolah melalui kaedah pembelajaran yang lebih berkesan bagi subjek bahasa itu. Tak ada salahnya.

Keputusan pemansuhan sudah keluar. Tapi, aku masih sinikal. Isu PPSMI ini belum basi, kerana pemansuhan hanya akan dilaksanakan 3 tahun dari sekarang. Jadi setakat ni, ia hanya masam-masam.

Di portal2 berita maya, berduyun2 wartawan menemuramah saudara Apanama itu bagi mendapatkan reaksi balasnya terhadap keputusan kerajaan yang memansuhkan idea asalnya.

(Kenapa tak ada wartawan yang menemuramah saudara itu bagi isu kepulangan Chin Peng ya? Bukan dia ke yang tandatangan surat kebenaran tu?) Ooops.

Maafkan aku yang merapu. Aku juga sedang mabuk coklat.



Sila biasakan diri melihat aku berpakaian uniform lokap. Manalah tahu kaaaannn

Tulisan ini juga disiarkan di LoyarBurok.com

Melayu Cina dan Malaysia Indonesia

Oleh: Zulhabri Supian

Prejudis berlaku di mana-mana kerana penyakit ini menyerang tanpa mengira status, kelompok, kaum, bangsa, agama, dan Negara. Seperti wabak H1NI, penyakit jenis ini juga boleh dikawal dari merebak dan seterusnya merosakkan seluruh denyut nadi pemikiran dan otak.

Melalui pengalaman hidup sehingga saat ini, saya sudah melalui dua zaman di mana zaman awal adalah zaman benci membenci dan bersyak prasangka buruk dan sekarang sedang melaui zaman pertengahan di mana sifat keji yang didorong oleh prejudis itu perlahan-lahan hanyut sedikit demi sedikit.

Suatu proses dekonstruk yang mengambil masa, usaha berterusan dan kadang kala dipandang sinis rakan seprejudis.

Perkembangan mutakhir yang berlaku di dalam Negara dan di tetangga serumpun, Indonesia pasti menganggu jiwa insan yang ingin kedamaian. Hampir setiap hari isu hubungan kaum terutama di antara kaum Melayu dan Cina dan kadang kala dengan kaum India diperkatakan dan diulas banyak baik di media arus perdana dan media alternatif.

Malangnya di satu sisi wacananya sangat perkauman yang pro kepada satu kaum dan di sisi lain juga tidak banyak bezanya kerana dilihat seolah-olah anti kepada satu kaum, cuma ia kelihatan lebih baik sedikit dari sudut olahan kritikan.

Apa punca masalah?

Jikalau diselidik secara terperinci, kita terpaksa mengakui bahawa punca permasalahan semua ini harus diletakkan kepada bekas penjajah dan parti pemerintah yang telah menerajui Negara selama 52 tahun. Namun persoalannya adakah dengan menyalahkan kedua-duanya kita boleh terus melupakan sengketa dan prejudis yang tertanam sekian lama?

Untuk bacaan lanjut, klik sini. Artikel yang bagus, perlulah dikongsi, kan? :)

p/s: Takziah kepada Black@Amin Iskandar yang telah kehilangan Mak Longnya malam tadi. Al-Fatihah.

Ehem



Baiklah. Yang di atas bukan muka2 mangsa eksiden, mahupun 'most wanted'. Ini ialah muka depan majalah Off the Edge bulan ini.

Katanya~

"YES, NOLTALGIA ISN'T what it used to be. 'Frankly speaking, I see no hope for the older generation,' says lawyer Puspawati Rosman. 'We should start with educating the younger generation to raise their awareness of issues of justice and human rights.' Ouch".

Nak baca lagi? Belilah sendiri :D


Gambar muka dalam

p/s: untuk bacaan santai tentang etika hakim, silalah baca yang ni :)