Malaysia Tanahairku... Dan Tanahairnya


Pagi tadi, aku bersarapan sambil membaca beberapa suratkhabar tempatan. Isi-isi suratkhabar itu hampir membuatkan isi perutku terkeluar kembali. Bukan pasal JS. Bukan pasal Penanti. Bukan pasal Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Bukan pasal AhLong. Bukan pasal artis yang seksi. Bukan bukan bukan.

Pasal Chin Peng dan komunisme.

Nampaknya, ramai orang yang marah bila ada cadangan supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Maafkan aku, kerana aku tidak marah.

Sejak dari waktu aku sudah boleh berfikir dengan rasional, aku mula menolak segala bentuk pemikiran yang memisahkan selapisan rakyat dengan yang lain. Ini termasuklah pemikiran berbentuk perkauman dan ideologi ekstrem.

Pada aku, Chin Peng ialah seorang rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampungnya, jadi baliklah. Buat apa nak dihalang?

Sebab dia komunis?

Di negara kita, komunis di cop sebagai jahat dan kejam. Sebab komunis bunuh orang. Cederakan orang. Ramai yg mati dan ramai yang cacat kerana komunis (sekadar memetik kata2 orang2 arus perdana).

Maka aku ada soalan di sini. Masa zaman penjajahan Jepun dulu, tentera Jepun juga bunuh orang kan? Kenapa sekarang kita boleh terima dan memaafkan kerajaan Jepun? Komunisme adalah ideologi yang tidak sihat? Jadi apa kejadahnya perjanjian persefahaman dengan negara China? Selagi boleh kaut untung, semuanya ok?

Aku keliru. Eh silap. Aku pernah keliru. Sekarang, yang tinggal hanya rasa menyampah dan meluat. Menyampah dengan cakap2 berbau perkauman. Meluat dengan sentimen2 'kenegaraan' yang dibuat buat.

Korang pernah cuba lihat Tugu Negara kita betul2? Tugu Negara yang dibina sebagai kejayaan 'orang kita' dalam mengharungi zaman darurat 1948-1960. Perhatikan wajah patung2  yang berdiri itu, dan perhatikan wajah 'pengganas' atau 'orang jahat' yang berjaya dibunuh dan dipijak itu.

Satu-satunya kesombongan yang ada dalam diri aku yang membuatkan tidak mampu untuk berasa bangga setiap kali aku lihat Tugu Negara ialah fakta bahawa kita sebenarnya meraikan kejatuhan sekelompok rakyat Malaysia yang dipijak oleh sekelompok rakyat Malaysia yang lain dan/atau bangsa asing. Sila tolak ke tepi segala ideologi politik korang bila baca blog aku. Sila fokus pada isu bangsa Malaysia.

Setiap kali isu Chin Peng dibangkitkan, suratkhabar2 Melayu terutamanya akan berkejar mencari bekas2 perajurit tanahair yang cacat akibat berperang dengan komunis untuk ditemuramah. Mereka marah dan sedih dengan Chin Peng apabila merenung kejadian yang menimpa diri sendiri. Bahagian yang itu, aku faham dan boleh terima.

Tapi, pernahkah kita cuba untuk faham perjuangan bekas2 komunis Tanah Melayu? Kenapa mereka bertindak berperang di dalam hutan? Berperang dengan Jepun dan British iaitu Penjajah? Dan mereka juga gugur ke bumi, bukan? Dan, kenapa hanya fokus pada Chin Peng? Bagaimana dengan orang-orang lain yang pernah menjadi komunis?

Kenapa sejarah kita boleh menerima hakikat bahawa komunis sebenarnya pernah membantu tanahair dalam memerangi Jepun, tapi bila komunis memerangi British, terus mereka di cop pengganas? Bukankah ini propaganda orang putih?

Kenapa sejak dahulu kala lagi... orang kita gemar bersekongkol dengan orang putih? Dan kalau ada yang bersekongkol dengan lawan orang putih, mereka secara automatik menjadi antagonis di dalam cerita?

Bagi aku, Chin Peng hanya satu simbol kebencian yang direka oleh orang2 tertentu. Kalau benar komunisme dan perang darurat adalah pokok pangkalnya, maka kenapa ada pejuang2 komunis yang seangkatan dengannya dibenarkan pulang dan menghembuskan nafas terakhir mereka di sini?

Maafkan aku kalau ada yang marah. Kalau korang nak cop aku sebagai buta sejarah dan Melayu tak sedar diri, silakan.

Daripada layan cerita2 suratkhabar yang menyakitkan hati dan memeningkan kepala, lebih baik aku layan lagu Tragedi Memali - (yang hampir takde kena mengena dengan komunisme, tapi ada kena mengena dengan perihal sejarah yang dibutakan oleh kerajaan demi kepentingan pihak2 tertentu).

Di manakah keadilan untuk para Syuhada ini?
Di manakah pembelaan untuk mereka..? -Tragedi Memali

Malang Tak Berbau

Semalam, ketika sedang bermesyuarat di Pusat Bantuan Guaman, Kak Renuka telah terima sms memberi khabar buruk tentang Jaya Supermarket (JS) yang runtuh tiba2.

Setahu aku, JS dah lama kosong. Kami sangat terkejut dan sedih kerana adanya kematian di dalam insiden tersebut. Setakat ini, 3 kematian telah dilaporkan. Ketiga2 ialah pekerja warga Indonesia.

(Ini buat aku terfikir sejenak. Bagaimanakah reaksi ahli2 keluarga mereka nanti? Adakah masa depan anak2 mereka terjamin? Adakah mereka mempunyai insurans nyawa seperti rakyat Malaysia? Apakah reaksi kerajaan Indonesia berkenaan perkara ini?)

Kembali pada JS.

JS menyimpan banyak kenangan masa kecil aku. Dulu, arwah atuk tiri aku tinggal di S14. Kami jalan kaki je pegi JS. Beli barang sehari2 di JS. Makan makanan segera di JS. Main lego di JS.

Bila masuk sekolah menengah, melepak pon di JS. Dating juga di JS. Hanya bila tingkatan 5, Amcorp Mall telah siap dibina dan tempat perlepakkan beralih ke situ. Hmm...

Beberapa tahun lalu, JayaOne telah siap dibina menggantikan JS. Tapi JS yang kosong tetap di situ, khabarnya sedang direnovasi. Aku kira, ia bukanlah renovasi yang baik dan perancangan juga tidak dibuat dengan betul. Sebab tu, runtuh.

Aku berani bertaruh bahawa akan ada orang mempolitikkan perkara ini. Tuding menuding akan berlaku. Isu siapa luluskan projek mana. Tapi, selalunya orang akan lupa dengan isu sebenar.

Isu keselamatan dan perlindungan pekerja.


Mari Melancong Part 3

Hari Rabu lepas, aku dan Afzan telah mengambil keputusan drastik iaitu kami mahu ke Pulau Pinang. Sebenarnya, aku saja2 je nak ambil peluang berjalan2 keluar dari KL selepas beberapa insiden yang memeningkan, memenyampahkan dan memenatkan yang telah dan sedang berlaku.

Kami bertolak dari KL pada pukul 3 pagi. Sengaja dipilih waktu ini supaya tak payah susah2 fikir nak tido mana nanti. Kami kena balik ke KL pada malam Sabtu sebab Puan Afzan Harisson kita sekarang ialah 'hot stuff' untuk pergerakan2 wanita yang menggunakan khidmat beliau untuk memberi ceramah tentang keganasan rumahtangga hampir setiap minggu, termasuklah Ahad minggu ni.

Kami tiba di Penanti hampir 8 pagi. Jalan agak lengang, tak sesibuk masa pilihanraya Permatang Pauh dulu. Mungkin sebab BN tak bertanding, maka jalan2 pun nampak sangat 'bersih'. Akan tetapi kami kena menapak agak jauh sebab walaupun takde orang, jalan masih banyak ditutup.



Mari menapak-Pandai Afzan ambil gambar

Walaupun tanpa kehadiran BN, para penyokong calon2 lain masih lagi ligat dengan aksi dan gaya masing2. Tapi yang aku paling suka, yang ini :-


Kreatifnya...- Afzan memang pandai ambil gambar


Mamat calon 'payung' ni aku dah penat gelakkan masa Mari Melancong Part 2. Ada lagi rupanya- Tatau lah kenapa Afzan ambil gambar dia ni

Lepas tu, aku nampak plak budak2 1BlackMalaysia. Aku hanya mampu berdoa di dalam hati supaya mereka ni tak kena apa2 pada hari itu...


Budak2 1BlackMalaysia dengan gimik simbolik-mengangkat kerusi hitam yang tertulis perkataan 'speaker'- Afzan yang ambil gak

Bagi hari penamaan calon kali ini, aku perasan yang prosesnya agak lewat. Biasanya paling lama pun sampai pukul 10pg... tapi kali ni sampai pukul 1130pg! Oh rupa2nya, ada seorang calon bebas yang telah ditolak borangnya. Sian...

Lepas habis je proses penamaan calon, kami pon meneruskan dengan agenda sebenar ke Pulau Pinang-makannnn!!!



Destinasi pertama ialah nasi kandar 'lineclear'- Afzan


Eric nampak sangat gembira sebab dalam beberapa saat je lagi, beliau akan melantak nasi kandar-Afzan

Lepas makan nasi kandar, kami berjalan2 mencari kedai kopi pula. Kedai kopi ini adalah sangat unik sebab ia ada banyak basikal di dalamnya. Lepas tu kami hubungi Kris untuk join kami sebab dia orang Penang, keje kat Penang, tinggal di Penang dan berada di Penang.

Aksi tak senonohku yang cuba naik basikal di dalam kedai kopi. Nasib baik pekedai tak nampak :p


Afzan yang mabuk kopi

Selepas itu, kami pergi bersiar2 di waktu petang di Taman Botani Pulau Pinang di atas cadangan Kris. Di sana kami bertemu dengan beberapa orang gilak yang lain, yang juga rombongan pelancong dari KL. Kami makan jeruk beramai-ramai.



Selepas berehat di taman, perut kami pon mula lapar kembali. Maka kami pon pegi ke satu lagi destinasi makan di Pulau Pinang dan makan laksa, char kue tiau dan passembor.


Laksaku


Passembor yang dibelanja Farhana

Hari dah hampir malam. Walaupun perut dah kenyang, tapi nafsu makan sangatlah bergelojak sebab ini adalah Pulau Pinang. Pulau Pinang ialah makan!

Sekali lagi, Kris menjadi pemandu pelancong dengan membawa kami makan makanan laut di Northem City. Sementara menunggu Kris dan rombongan orang gilak yang lain datang, Afzan, aku dan Kak Lat bermain dengan bayang2 sendiri.


Aksi Charlie's Angels


Aksi terencat

Sebaik sahaja Kris sampai, kami yang gelojoh ini cepat2 suruh dia pergi order makanan kami tanpa segan. Maka hasilnya ialah:-


Tiram, ikan pari, sotong, lala


Lauk masa pusingan kedua


Gelas air buah yang lebih besar daripada kepala Fadiah

Selepas kenyang memakan nasi kandar, jeruk, laksa, passembor, charkuetiau, ikan, lala, sotong, tiram dalam masa 9 jam, maka barulah kami rasa puas hati dan bertolak pulang ke KL.

Kami tiba di KL pada pukul 2 pagi. Bila aku bangun tidur pada keesokkan harinya, kepala aku adalah sangat ringan. Yey.

Sekian.

Yey

Hari ini, sepatutnya aku pergi lapor diri di Balai Polis Brickfields. Tapi kebetulan, jadual kes firma akan aku agak ketat. Kena pegi Mahkamah Shah Alam dulu. Mr Onn dan Mr Chuah ada bicara dan pendengaran di Mahkamah KL, takkan aku nak minta mereka buat kes aku di Shah Alam pula. Jadi, aku pergi.

Aku merancang2 untuk meminta jasa baik jurubahasa Mahkamah supaya panggilkan kes aku cepat2, tapi nampaknya angin beliau kurang baik pada hari ini.

Kira2 pukul 1015 pagi, aku telah dimaklumkan oleh Kak Lat bahawa kelima2 kami bersama2 dengan anak2 guam telah dibebaskan tanpa syarat. Yey!



Gambar dari Malaysiakini. Boring kan possing dorang (ayat dengki)

Kalau aku ada, gambar mesti jadi macam ni:-



Gambar oleh Afzan, selepas EGM Majlis Peguam (15.5.2009)

Hampir tengahari, aku call Kak Lat tanya dorang kat mana. Mereka sedang makan di Naga's. Bila aku sampai, Kak Lat pon menceritakan drama2 yang berlaku, siap dengan gaya2 sekali! (Biasalah, kan Ketua Pene... ooops).

Kalau korang nak tau drama2 yang telah berlaku, sila layan video dari Chee Kong ni:-




Begitulah ceritanya...













Tapi bukan penghujungnya. Saman tetap saman!

Tsk.

KENYATAAN AKHBAR

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Majlis Peguam untuk didaftarkan sebagai pertubuhan politik.

Majlis Peguam Malaysia adalah sebuah badan professional yang tidak cenderung pada mana-mana parti politik. Ia tidak pernah dan tidak akan terpengaruh dengan aliran politik mana-mana parti politik dan hanya berhasrat untuk menegakkan keadilan melalui keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Berkenaan dengan insiden penangkapan lima (5) orang peguam daripada Pusat Bantuan Guaman tersebut, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur ingin menegaskan bahawa ia adalah satu kewajipan peguam untuk memberi nasihat kepada anak guam sekiranya anak guam memohon untuk perkhidmatan peguam di mana hak-hak untuk berjumpa dengan peguam juga adalah dinyatakan jelas di Kod Prosidur Jenayah

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur mengecam penahanan tersebut dan melihatnya sebagai intimidasi dari pihak polis untuk menghalang lima orang tersebut dari menjalankan tanggungjawab mereka.

Atas dasar itu, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur memberi sokongan penuh kepada resolusi-resolusi yang diputuskan pada Mesyuarat Luar Biasa Majlis Peguam pada 15 Mei 2009, yang antara lain mendesak supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan mereka di atas apa yang berlaku.

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur juga mengecam kenyataan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa Majlis Peguam adalah sebuah badan anti kerajaan dan bersifat perkauman berdasarkan komposisi etniknya. Majlis Peguam adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama di mana komposisinya adalah seperti berikut:

Kaum Melayu : 39%
Kaum Cina : 37%
Kaum India : 23%
Lain-lain : 1%

Oleh itu, kenyataan tersebut adalah tidak tepat, dan berbaur perkauman.

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur juga menegaskan bahawa keluhuran dan kedaulatan undang-undang negara ini mestilah dihormati oleh semua pihak dan mengingatkan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang kebal dari tindakan undang-undang termasuk pihak Polis sekiranya melampaui batasan undang-undang.

Oleh itu, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur mendesak supaya Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menarik balik kenyataannya serta merta.

Bertarikh 20hb Mei 2009

Anand Ponnudurai
Pengerusi
Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur



-Diambil daripada Laman Web Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur-


Filem Hitam

3 hari lepas, aku telah menulis tentang Drama Hitam. Kali ni, aku akan menulis tentang Filem Hitam pulak. Kenapa dah naik taraf?

Sebab... kali ini, aku pula yang ditangkap.

Cerita Luar Balai

Kisah bermula apabila kawan aku Hong Siang menelefon aku pada 7hb Mei kira2 pukul 9 mlm memaklumkan bahawa 12 orang telah ditangkap kerana menyalakan lilin di hadapan Balai Polis Brickfields. Pada masa yang sama, aku telah dihubungi sendiri oleh orang2 yang kena tangkap (OKT). Barangkali, mereka memperoleh nombor telefon aku selepas kejadian sehari sebelum itu. Seperti biasa, aku meminta mereka mengumpul nama2 OKT dan meng'sms'nya pada aku.

Pada waktu itu, aku masih di Bangsar bersama Kak Lat. Aku telah memaksa beliau ikut serta tapi katanya beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada aku dan loyar2 muda yang lain berdasarkan kepada prestasi pada malam sebelumnya (sila rujuk Drama Hitam). Maka aku telah menghantar sms segera kepada loyar-loyar Pusat Bantuan Guaman KL yang masih di KL (sebab ramai yang naik ke Ipoh membantu dalam "urgent arrest" di sana) dan beberapa org telah mengesahkan kedatangan mereka.

Aku tiba di balai polis tersebut lebih awal dari yang lain. Pada waktu itu, perkarangan balai polis agak lengang kerana pemprotes2 telah bersurai dan berdiri jauh dari balai. Aku terus ke pintu masuk balai dan memberi salam. Aku memperkenalkan diriku sebagai loyar OKT. Aku minta supaya aku dibenarkan masuk. Tapi, kata mereka polis yang 'in charge' tengah bermesyuarat dan minta aku tunggu.

Beberapa minit selepas itu, Fadiah tiba diikuti dengan Murnie dan Syuhaini. Fadiah baru pulang daripada gym dan dia sempat mandi sebelum datang ke balai. Oleh sebab itu beliau nampak sangat bersemangat dan bertenaga sekali (err mengikut rekod sebelum ini, beliau memang hyper 24 jam). Kemudian, ketua kami iaitu Ravin (Pengerusi Pusat Bantuan Guaman KL) juga tiba. Beliau tampak segak dengan sut serba hitamnya (nota: Kemeja hitam yang dipakainya baru dibeli di Sogo pada waktu tengahari. Resit belum buang. Kurang pasti jenama apa).

Hampir 2 jam menunggu, kami masih tidak dibenarkan masuk. Sementara itu, aku dihubungi oleh Ginnie, salah seorang OKT yang memberitahu aku bahawa beliau dipisahkan daripada OKT lain sebab beliau dianggap agresif. Aku juga dihubungi oleh JingCheng dan Yiling yang juga berada di dalam. Mereka memaklumkan kepada aku bahawa polis enggan membenarkan mereka berjumpa loyar. Aku menasihatkan mereka supaya tidak menandatangan apa-apa borang yang nampak meragukan. Pendek kata, aku menasihatkan mereka supaya tidak membuat apa-apa tanpa kehadiran loyar. Aku juga meminta mereka berbuat sesuatu yang boleh mendesak polis dan kami di luar juga akan cuba berbuat sesuatu.

Beberapa minit selepas itu, DSP Jude keluar untuk berjumpa dengan kami. Beliau memberitahu kami bahawa anak-anak guam kami tidak mahukan loyar. Aku kata undang-undang apa yang ko pakai ni, suka2 hati je kata macamtu tanpa bukti. DSP yang kurang ajar itu suruh kami pegi baca undang-undang!

Beberapa saat selepas itu, kami mendengar sorakan daripada dalam. Anak2 guam kami yang berani telah bersatu padu melaungkan "We want lawyers! we want lawyers!" Laungan mereka disahut oleh rakan2 pemprotes di luar pagar balai yang terus berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku (babak yang ini aku tak faham sangat, tapi tak apalah).

Keadaan yang berlaku telah menyebabkan kami para loyars mejadi lebih bersemangat. Kami mendesak polis membenarkan kami masuk secara bertalu2.

Beberapa minit selepas itu, seorang lagi polis yang kurang ajar, dikenali sebagai Wan Bahari aka Head Hunter (sebab t-shirt dia tulis macam tu) datang ke arah kami dengan pembesar suara. Dia suruh semua orang bersurai dalam masa 3 minit atau tangkapan akan dibuat. Sekali lagi, perkarangan balai polis menjadi lengang, yang tinggal hanya loyar, polis dan beberapa orang wartawan yang enggan berganjak. Kami mula membuat panggilan telefon kepada beberapa orang loyar lain untuk membantu kami.

Suasana pada ketika itu sunyi sejenak. Ravin mengambil peluang meminta kebenaran sekali lagi untuk masuk. Aku pula mendesak si Head Hunter tersebut menunjukkan kami borang menurut s28A yang didakwa telah ditandatangani oleh para OKT. Murni menyokong. Dan Fadiah yang sempat berlari mengambil CPCnya dengan bersemangat telah membaca dengan kuat S28A tersebut bagi menyokong desakan kami. Kesimpulannya... where is the freakin' signed borang??

Polis2 yang tadinya nampak eksyen telah terperangkap dengan kebodohan mereka sendiri. Eh eh dah suruh kami baca undang2, kami pun baca laa! Head Hunter yang tak mahu mengaku kalah telah mengugut sekali lagi dengan pembesar suaranya supaya 'orang2' bersurai. Masalahnya, pada waktu itu adalah tidak jelas siapakah org2 yang disuruh bersurai tersebut, kerana pak lawak tersebut tidak memandang ke arah kami. Jadi kami pun terus berdiri di situ. mendesak untuk berjumpa dengan anak2 guam kami.

Tiba2, pintu pagar dibuka. Seorang polis wanita berpakaian biasa meluru keluar daripada pintu pagar tersebut dan terus menggenggam lengan aku dan menarik aku masuk ke kawasan balai. Aku tergamam. Sejurus selepas itu, loyar2 lain pula ditangkap.

Cerita Dalam Perkarangan Balai

Kami dibawa ke sebuah bengkel kosong di luar bangunan balai. Apabila aku lihat sekeliling, selain daripada kami 5 loyars, seorang lelaki yang aku kenali turut berada di kalangan kami, iaitu Teck Hao. Teck Hao ialah penulis Suara Keadilan dan baru je jadi anak guam aku sehari sebelum itu.

Aku: Eh Teck Hao, bukan ko kena tangkap semalam ke? Kan dah keluar?
Teck Hao: Ye la, tapi tadi aku kena tangkap lagi sebab berdiri dekat korang. Hahaha.
Aku: Hahaha.

Pada ketika itu, tiada apa lagi yang kami boleh lakukan kecuali ketawa sesama sendiri. Kami para loyars sangat geli hati dengan kejadian dan kebodohan polis2 di Malaysia. Mana ada dalam sejarah, loyar ditangkap ketika sedang menjalankan tangungjawab terhadap anak guam? Dah la sah2 tak ikut undang2, bila dah kalah dengan 'argument', terus main tangkap2!

Beberapa minit selepas itu, aku telah dihubungi oleh beberapa orang loyar yg mendapat tahu tentang penangkapan kami. Mereka kedengaran sangat terkejut dan sangat marah dengan polis2 tersebut.

Pada waktu itu, aku takut nak beritahu bapak. Bukan apa, nanti dia risau terlebih. Jadi aku pun menghubungi abang aku dan meminta beliau supaya jangan beritahu bapak sampai segalanya selesai. Selepas itu, aku telefon bos aku, Mr Chuah. Mr Chuah sangat terkejut dan beberapa minit selepas itu, beliau tiba di balai untuk bersama2 dengan loyar2 lain di luar sana memarahi polis2 yang menangkap kami.

Di dalam bengkel itu, kami para loyars yang ditahan mula berbincang tentang tindakan susulan dan apa yang dilakukan. Ravin telah diamanahkan untuk menggunakan kesegakkan beliau pada malam itu meminta supaya polis yang "in charge", iaitu DSP Pereira dan OCPD Wan Bahari supaya berjumpa dengan kami. Walaubagaimanapun, permintaan kami tidak dilayan. Setengah jam selepas itu, beberapa orang polis datang menghampiri kami.

Polis2 tersebut menghulurkan beberapa borang kepada kami, setiap seorang dapat sekeping borang. Aku diperkenalkan kepada polis wanita yang menangkap aku tadi, iaitu Inspektor Azlina binti Norzali (No/Pkt: I/18288). Di dalam borang itu, tertulis bahawa sebab tangkapan ke atas aku ialah kerana aku enggan bersurai dalam perhimpunan haram pada 11.45mlm dan alasan ditangkap telah diberikan setelah ditangkap. Aku enggan menandatangani borang tersebut, lebih2 lagi kerana dia letak kat situ umur aku 30tahun! (2009 tolak 1981 sama dengan 28 tahun lah... ngok!!!) Keempat2 orang loyar yg lain juga enggan berbuat yang sama, begitu juga dengan Teck Hoa.

Selepas itu, kami ditinggalkan semula sendirian. Pada waktu ini, kami mula dihujani dengan panggilan2 telefon daripada ahli keluarga dan kawan2. Selain daripada itu, OKT juga mula menghubungi kami. Mereka turut risau kerana kini peguam mereka pula yang ditangkap. Aku dan para loyar lain meminta mereka supaya jangan risau dan kami akan terus memberi mereka nasihat guaman walaupun kami juga berada di dalam situasi yang sama.

Ketika duduk, aku memandang ke arah rakan2 loyar di situ. Ravin nampak tenang, tapi aku tau dia sedang berfikir mencari jalan keluar. Fadiah, macam biasa nampak excited. Murnie dan Shuhaini, walaupun mereka tersenyum, tapi aku tahu mereka sangat risau. Murni dan Syu baru beberapa bulan beramal sebagai peguam. Aku rasa sangat bersalah kerana melibatkan mereka dalam perkara ini. Akan tetapi, jawapan balas mereka sangat melegakan aku; "eh tak lah kak, lepas ni kami akan lebih bersemangat untuk jadi loyar! dah tak ada jalan lain, kita mesti lawan orang2 ni!" *phew*

Cerita Di dalam Bangunan Balai

Setengah jam selepas itu, kami berenam dibawa ke dalam bangunan balai. Kami sempat melambai ala2 celebriti ke arah orang ramai yang sedang menunggu di luar. Sangka kami, kenyataan kami akan diambil. Rupa2nya tidak.

Di antara beberapa orang polis yang mengiringi kami, aku lihat seorang sb yang wajahnya seperti aku pernah jumpa. Kemudian brader tersebut menegur aku. Ohh.. rupa2nya dia ni pernah aku jumpa dulu! Cisss... menyamar sebagai penduduk tempatan Pantai Dalam, sb rupanya! Aku memanggil Fadiah dan beritahu dia. Fadiah juga cam brader tersebut. Aku lihat, brader tersebut nampak agak kurang selesa. Kami mengambil kesempatan tersebut dengan menyindir2 beliau sepanjang waktu dia mengiringi kami. Padan muka!

Selepas itu, kami dipanggil satu persatu ke sebuah bilik. Ketika giliran aku, aku lihat di dalam bilik itu ada DSP Jude Pereira, seorang polis wanita dan 2 orang polis lelaki yang duduk di belakang itu mencatatkan sesuatu. DSD Pereira sedang sibuk menulis sesutu di atas sekeping kertas. Kemudian, dia telah menghulurkan kertas tersebut kepada aku. Di bahagian atas kertas tersebut, tertulis perkataan S28A. Secara ringkas, borang tersebut adalah sebagai penyangkalan hak2 kami untuk mendapatkan akses kepada peguam kami. Dia menghulurkan sebuah CPC kepada aku. Aku cakap "I know the law". Dia tanya "would you like to acknowledge the form?" sambil menghulurkan sebatang pen kepada aku. Aku cakap, "No thanks" sebelum keluar daripada bilik tersebut dengan muka kerek.

Selepas habis giliran semua orang, kami telah dibawa ke sebuah bilik di tingkat bawah. Di dalam bilik itu terdapat seorang polis yang sedang menyusun kertas apa ntah. Waktu itu, aku kira sudah hampir pukul 3 pagi. Murnie mahu sembahyang Isya'. Kebetulan di situ ada sebuah musolla. Ketika beliau mahu pergi mengambil wudhu', pintu agak terbuka dan kami terdengar sorakan kawan2 dari luar. Maka kami semua telah meluru ke pintu tersebut dan melambai2 ke arah kawan2 sebelum polis menyedari gelagat kami dan terus menutup pintu tersebut.

Kira2 setengah jam selepas itu, kami telah dibawa turun untuk naik trak polis.bersama2 dengan OKT wanita yang lain. Kami diberitahu bahawa OKT wanita akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers. Aku meminta Fadiah memaklumkan perkara tersebut kepada Kak Lat sebelum barang2 kami disimpan oleh polis. Pada waktu itu, telefon aku telah kehabisan bateri.

Oleh kerana teruja menaiki trak polis buat pertama kali, kami para loyars pon mengambil keputusan untuk mengambil gambar. Akan tetapi, beberapa minit selepas itu seorang polis wanita yang nampak macam minah rempit (mengikut kata Ravin), telah masuk ke dalam trak dan memarahi kami sambil menjerit2. Sejurus selepas itu, si Head Hunter yang kurang ajar telah naik ke atas trak dan menjerit menyuruh polis wanita tersebut merampas kesemua telefon bimbit kami. Kami enggan berbuat demikian melainkan kami diberi sebuah borang 'serah barang'. Di dalam borang itu nanti, segala barang2 kami yang diambil oleh polis akan disenaraikan. Oleh kerana bengang, si Head Hunter itu terus menjerit2. Ginnie dengan berani suruh dia jangan menjerit. Si Head Hunter itu kata "saya bukan jerit kat you, saya jerit kat orang2 saya!" dan jawapan bodo dia dibalas oleh Ginnie "habis orang2 kau bukan manusia ke?".


Gambar aku dan Murnie dalam trak polis, diambil oleh Fadiah sebelum kami disuruh turun :p


Gambar Ginnie, Syu dan Fadiah yang excited

Disebabkan insiden tersebut, keempat2 kami loyars wanita disuruh turun daripada trak tersebut dan masuk semula ke balai. Di balai, kami diberikan borang 'serah barang' tersebut dan kami bergilir2 berjumpa polis wanita yang mencatatkan segala barang kami. Nama polis wanita yang bertugas itu ialah Inspektor Noryati binti Shawal (I 116811).




Borang2 serah barang aku

Selepas itu, kami telah dibawa ke Balai Polis Travers dengan menaiki 2 buah kereta polis. Kami berasa sangat kecewa kerana tak dapat merasa naik trak polis :(

Cerita bermalam/berpagi di Balai Polis Travers

Ketika tiba di balai polis Travers, jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 pagi. kami diberi sepasang baju berwarna pink dan seluar warna hitam. Fadiah, Murni dan Syu enggan memakai baju tersebut kerana ia berlengan pendek. Akhirnya polis wanita tersebut mengalah dan memberi mereka sepasang baju dan seluar berwarna oren terang. Baju tersebut berlengan panjang. Ketika Fadiah menyarungkan baju tersebut, kami kedua ketawa berdekah2 selama 10 minit. Ini kerana beliau nampak sangat lawak dan sangatlah hiphopper wannabe. Kami disuruh diam oleh polis. Kemudian, cermin mata dan sepit rambut kami diambil. Kami juga tidak dibenarkan memakai bra dan selipar juga kena ditanggalkan. Kami diberi seikat gelang getah yang selalu digunakan untuk bermain 'zero point' ketika kecik2 dahulu untuk mengikat rambut. Fadiah telah mengambil segenggam getah tersebut dan menyarungkan kesemuanya ke rambut. Kata beliau, lepas ni kita boleh main "zero point" dalam lokap.

Keempat2 kami ditempatkan di dalam lokap yang sama. Lokap yang paling hujung, bersebelahan dengan bilik air yang tak ada pintu. Bau jamban mula menusuk ke hidung. Sebelum tiba di tempat kami, aku dapati sebuah bilik lokap dihuni oleh anak2 guam kami dan mereka sedang tidur berbantalkan selimut. Manakala Ginnie ditempatkan di bilik yang berlainan. Aku saspek mesti sebab budak ni bising2 tadi. Beliau juga sedang tidur.

Keempat2 kami tidak diberikan selimut dan bantal. Kami baring berbantalkan lengan. Kami cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Maka kami hanya berbaring sahaja memandang ke siling. Kami berbaring sebaris. Dari kiri Murnie, Syu, aku dan Fadiah. Tiba2, Syu yang berada di sebelah kiri aku terus bangun membuat sit-up. Aku tanya ko apehal? Dia kata sebab dia pernah terbaca cerita tentang orang yang tinggal dalam lokap selama 20 tahun, buat sit-up hari2 pastu body jadi lawa. Pastu aku kata "kita akan keluar esoklah!" Dan ia disambut dengan gelak ketawa keempat2 kami selama 15 minit. Fadiah kata, "Fad rasa kita akan ketawa macam ni selama satu bulan". Dan aku sambung, "kena tambah sebulan lagi sebab baju kau kelakar" Maka kami pun sambung ketawa. Lepas tu, datang seorang polis wanita menyuruh kami diam dan kami pun ketawa sambil menutup mulut.

Kami sambung berbaring menunggu hari pagi. Aku lihat Syu masih cuba membuat sit-up. Murnie yang kebosanan mengikut jejak langkahnya. Murnie dan Syu turun naik secara bergilir2. Pastu aku kata "jum buat ombak" dan ajak Fadiah sekali. Maka kami berempat pun buat sit-up secara bergilir2 macam 'mexican wave' lepas tu ketawa berdekah2.

Ketika kami sudah hampir terlelap, kami dikejutkan oleh seorang polis wanita yang menyuruh kami berpindah ke lokap di hadapan kami. Lokap itu lebih kecil. Selepas itu, sejadah dan telekung diberikan untuk sembahyang subuh. Kami sudah terjaga dan tidak boleh tidur lagi. Maka, keempat2 kami pun duduk berbincang tentang kebarangkalian apakah yang akan berlaku kepada kami pada hari tersebut. Sekiranya pendengaran untuk jaminan polis diadakan di Mahkamah pada hari ini, kami berharap supaya Majistret bertugas akan bertanya kepada kami sekiranya kami ada apa2 nak cakap dan kami akan memberikan beberapa point kepada Majistret tersebut. Kami sangatlah bersemangat pada waktu itu.

Kemudian, kami masing2 telah diberi sebatang berus gigi, ubat gigi dan sebuku sabun kecil. Kami bergilir2 masuk ke dalam tandas yang takde pintu tu. Dalam lubang jamban, ada 2 ekor lipas yang sudah mati dan air jamban pulak bertakung. Eeeeiii

Kira2 pada pukul 9 pagi, sarapan kami pun tiba- 2 keping roti yang disapu marjerin dan sebungkus teh o tanpa straw. Kami makan sambil menyanyikan lagu "uuuh Gardenia.... enak dimakan begitu saja!"

Kira2 sejam selepas itu, Murnie dipanggil keluar oleh seorang polis wanita. Kami yang lain terpinga2. Bagi memujuk hati masing2, Fad dan Syu telah sambung nyanyi. Waktu ni aku dah mula rasa pening sebab suara mereka sangat teruk. Mereka sangat perasan dan mula menyanyikan lagu2 yang pernah berada di dalam carta Billboard Amerika Syarikat. Contohnya seperti lagu The Fugees dan Britney Spears. Aku yang kepeningan sebab tak tidur dan letih, cuba menjerit "tolongggg... asingkan saya dari merekaaa!!" Walaubagaimanapun, polis tidak memperdulikan aku. Mungkin mereka seronok melihat aku didera secara mental oleh rakan2 selokap aku sendiri.

Tiba2, kami mendengar suara lelaki. Fadiah dan Syu terus terdiam. Tiba2 seorang polis lelaki berada di depan bilik lokap kami. Fadiah terus bersembunyi di belakang aku kerana dia tidak bertudung ketika itu. Polis lelaki tersebut bertanya kepada kami tentang firma guaman manakah kami beramal, dan alamat firma. Selepas mengambil butir2 tersebut, polis tersebut mengarahkan kami dibawa ke ruang depan balai.

Apabila keluar dari pintu, aku nampak Kak Lat dan ibu Murnie. Seorang polis wanita menyarungkan gari kepada aku. Aku kata "tak perlulah, saya bukan penjenayah berat". Tapi akhirnya kami digari juga.

Kami telah dibawa ke bangunan sebelah. Di sana, cap jari dan gambar kami diambil. Ketika itu, datang seorang pegawai polis dan berkata "kamu ni peguam2 muda buat apa nak kecoh2. sebab kamu, Majlis Peguam buat press conference. Lepas ni kamu akan diblacklist dan akan susah nak kerja". Fadiah kata "eh lepas ni lagi senang kami nak buat kerja!" Aku hanya tersenyum. Selepas itu, seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Mohd Zaini mengambil kenyataan aku. Aku hanya jawab soalan berkenaan nama, alamat dan kerja. Lain2, aku kata "saya akan jawab di Mahkamah".

Selepas selesai proses tersebut, kami diiringi semula ke balai utama dan diberikan semula pakaian kami. (Nasib anak2 guam kami tidak sebaik kami. T-shirt mereka yg berwarna hitam tidak dipulangkan. Mereka disuruh menghubungi keluarga/rakan untuk membawa baju persalinan untuk mereka- Aku kira ada 'double standard' di sini. Ini kerana aku, Ravin dan Syu juga berpakaian serba hitam.). Akan tetapi, gari tetap dipakaikan kepada semua orang. Keempat2 kami bersama2 dengan kelima2 anak guam kami dibawa masuk ke dalam trak polis. Aku dan Fadiah berpandangan sesama sendiri dan kata "Yessss".

Trak tersebut dibawa dengan sangat laju. Aku cuba berpaut pada kerusi kayu yang aku duduki. Tak sampai beberapa minit, kami tiba di Balai Polis Brickfields.

Cerita di Balai Polis Brickfields (hari kedua)

Di depan pintu masuk balai, aku nampak beberapa wajah para loyars yang aku kenali. Aku rasa sangat terharu dengan sokongan mereka terhadap kami. Kami telah dibawa ke bangunan sebelah kanan, di mana kami dipanggil masuk satu persatu dan barang2 kami diberikan semula. Akan tetapi, sepit rambut aku tidak ada. Tsk. Selepas mendapat telefon masing2 cuba menghubungi ahli keluarga dan para loyars. Akan tetapi aku tidak boleh berbuat demikian sebab bateri sudah habis. Polis mengarahkan kami menghubungi penjamin2 kami. Fadiah menghubungi Kak Lat yang kemudiannya mengumpulkan beberapa orang penjamin dari kalangan loyars untuk kami dan anak2 guam kami. Beberapa minit kemudian, kami nampak 2 org senior loyar naik dan diikuti kawan2 loyar kami dari Pusat Bantuan Guaman KL iaitu Afzan, Farhana, Valen, Leena dan Sasha. Penjamin aku ialah Farhana.


Surat Jamin aku

Kami memutuskan untuk menunggu Ravin dan keluar bersama2. Ketika kami dilepaskan dan keluar, kami disambut oleh ahli keluarga dan rakan2 loyars. Aku nampak kelibat abang dan pakcik. Aku takut kena marah. Nasib baik, tak.

Sekian.

Drama Hitam


Dalam kamus, hitam selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang negatif. Hitam lawannya putih. Hitam adalah kiasan menunjukkan negara tidak selamat dsb. Dalam budaya pula, pakaian hitam selalunya dipakai apabila ada kematian.

Justeru, apabila ada seseorang yang menyarankan supaya Hari Hitam Semalaysia (1BlackMalaysia) diwujudkan, maka bertempiklah org2 di atas sana menyatakan bahawa mereka2 yang mencadangkan hitam sebagai warna kebangsaan sehari ini sebagai pengganas yang mahu menggugat keselamatan negara.

Pada aku, pakaian hitam tidak harus dipandang serong sebegitu rupa. Sama seperti orang2 yang mengutuk gaya tudung Siti Nurhaliza seperti Darth Vader- sukahati dia lah nak pakai apa, duit dia. Apasal takde orang tangkap Siti sedangkan Darth Vader kan jahat dan suka bunuh orang? Sebab, Siti takde kepentingan politik.

(Sebelum aku bertindak ganas/merepek dengan menular kepada gaya pakaian artis2 lain, mari kita berbicara semula pasal Drama Hitam).

Malam kelmarin, seorang aktivis Wong Chin Huat yang terlibat dalam persidangan media berkenaan 1BlackMalaysia telah ditahan di rumahnya. Polis turut merampas laptop dan thumbdrive2 beliau.

Pada tengahari semalam, ketika pendengaran reman, sdr Amer Hamzah iaitu kaunsel utama Chin Huat telah memberikan hujah2 bernas bahawa Chin Huat tidak seharusnya ditahan berhari2 bagi siasatan polis kerana pengambilan kenyataan polis boleh diselesaikan dalam beberapa jam sahaja. Selain daripada itu, pihak polis juga telah gagal mengemukakan kepada Mahkamah artikel yang dianggap 'menghasut' yang menyeru rakyat Malaysia supaya berpakain hitam pada 7hb Mei.

Maka Majistret Naziah telah memutuskan supaya segala siasatan dan kenyataan polis diselesaikan pada hari itu juga. Para loyars Chin Huat pun keluar dari pusat reman dengan gembira dan memberi kenyataan media.

Akan tetapi, beberapa jam selepas itu, Chin Huat ditangkap semula kerana polis mahu menyambung tempoh reman yang dikatakan tidak cukup. Untuk itu, polis telah berjaya mendapatkan lanjutan selama 2 hari untuk mereman Chin Huat. Tsk.

Pada masa yang sama, saudara Mat Sabu dari PAS, yang pernah bergambar dengan aku (ceh macam aku sorang je yang pernah bergambar dgn beliau, perasan!) juga ditahan di sekitar Kuala Lumpur kerana beliau dikatakan telah dijadualkan akan terlibat dalam perhimpunan 1BlackMalaysia hari ini di Ipoh.

Malam tadi, ketika sedang main game Zoo Tycoon 2 dan minum Milo sejuk, aku telah dihubungi oleh kawanku Hong Siang yang meminta bantuan guaman selepas 8 orang ditangkap di acara pasang lilin di hadapan Balai Polis Brickfields sebagai solidariti untuk Chin Huat.

Maka aku dan beberapa orang loyars muda lain pun pegilah ke sana. Secara jujur, sebelum ini, aku sentiasa diberi panduan dan tunjuk ajar oleh loyar2 senior jenayah yang lain yang selalu buat kes "urgent arrest" ni. Tapi malam tadi, mereka semua tidak berada di tempat kejadian kerana mereka berada di tempat lain, dan ada yang aku sengaja tak mahu ganggu kerana aku tahu meraka sudah penat berhempas pulas berhujah bagi kes YB Nizar, yang juga dijalankan pada hari semalam.

Jadi, malam tadi adalah pertama kali aku mengendalikan "urgent arrest" tanpa loyars yang biasanya mengendalikan kes2 sebegini. Nasib baik, walaupun mereka tidak berada di situ, mereka sedia membantu dengan beritahu aku apa nak buat melalui telefon (Trima kasih Abg Amer, Kak Lat, Mr Ravi & Suren!).

Tapi, disebalik kesibukkan aku dan loyar2 lain cuba untuk meyakinkan polis untuk membenarkan kami masuk ke dalam balai dan berjumpa dengan anak2 guam, ada pula insan2 yang masih berani nak pasang lilin depan pagar balai tu. Natijahnya, 8 orang lagi ditangkap selepas itu. Senarai penuh org2 yang ditangkap ialah:-Melissa Wong Yuet Fun; Lim Kar Mern; Masturah Kamaruddin; Teo Nie Ching; Hong Man Fatt; Chai Chee Fatt; Lim Hong Siang; Temme Lee; John Liu; Liau Kok Fah; Liew Thin Choi; Law Teck Hao; Chan Kim Ming; dan Lee King Thim.

Kemudian, polis2 mula menghalau org2 yang berkumpul di depan balai seperti anjing sambil menjerit "disperse! disperse!". Lepas tu, semua org pun bersurai (Tsk. Alahai~).

Beberapa minit selepas itu, keajaiban muncul dari langit. Polis benarkan loyars masuk! Yeaa... ooops. Belum lagi. Masuk dalam kawasan balai je. Tak boleh jumpa anak2 guam pon. Pffft! :p

Pada masa yang sama, aku sentiasa dihubungi oleh anak2 guam di dalam lokap yg bertanyakan tentang prosedur dan apa yang harus dan tidak harus dilakukan/dijawab di dalam lokap. Aku cuba membantu mereka seberapa yang boleh.

Pada pukul 11.10 malam tadi, kesemua 14 orang yang ditangkap dilepaskan satu persatu tanpa pengambilan kenyataan polis. Walaupun ada yang disuruh sain satu borang penyangkalan hak2 asasi, tapi aku minta mereka supaya jgn sain. Lepas tu, semua orang pulang dengan gembira. Aku yang kelaparan terus cari makanan di kedai makan yang berhampiran.

Hari ini, aku pakai Hitam. Ini kerana aku percaya bahawa: Malaysia ialah negara polis dan aku tak suka; polis Malaysia tak cukup professional; penganjur2 tunjuk perasaan perlu lebih 'organized" ; pilihanraya perlu diadakan semula terutama di negeri Perak; Najib tak best; dan YB Nizar lebih comel daripada Zambry.

Korang?



Hari Buruh 2009

Sejak beberapa tahun dulu, pada setiap Hari Buruh, JERIT/PSM akan buat program perarakan Hari Buruh, dan setakat tahun lepas, aku belom pernah ketinggalan lagi. Tapi... tahun ni...

Dialog pukul 10 mlm, 30hb April 2009

Fahmi
: Woi. Esok gi Seremban tak?
Aku: Pegi la. syafiq nak ikot rasanya. Ko nak gi skali tak?
Fahmi: Kalo ko pegi, aku pegi la. Jum.
Aku: Okay kul 8 esok confirm balik.
Fahmi: Benda tu mula pukul brapa?
Aku: 10 pg. sempat laa.. Seremban je.

Pukul 730pg 1hb Mei 2009

Aku: Zzzzzz...
SMS dari Syafiq: Puspa aku tak jadi ikotlah. kena balik kg.
Aku: Mmmm... Zzzzzz

Pukul 9 pg

Aku: Fahmi!!! Jum ah gi Serembaaaannnn
Fahmi: Iskh dah lambat ni nak gi ke?
Aku: Nak laaaaaa!!!
Fahmi: Iskh.. Ko amik aku lah. Ko dah siap mandi nanti call aku haa.. Nanti aku bangun.

Maka aku pon mandi. Kul 920 terhegeh2 keluar rumah. Pastu gi amik Fahmi. Pastu highway jaammmm aarrghhhh! Kami cuba call ramai orang, pastu telah diberitahu melalui Kris pada pukul 11 pagi bahawa acara di Seremban dah habis. Huwaargghh!!

Tapi, oleh kerana kami dah hampir dgn Seremban, perjalanan pun diteruskan. Sampai sana, kami call Kris dan makan sekali. Oleh kerana kami telah ketinggalan acara Hari Buruh, maka kami pun pegi beli basikal.

Tak, aku tak buat lawak.


Masa tengah pusing2 di bandar Seremban, Fahmi tiba2 ternampak sebuah kedai basikal dan minta aku hentikan kereta.



Lepas tu, Fahmi dan Kris pon mula membelek2



Fahmi dah 'aim' sebuah


Lepas tu, Fahmi suruh Kris jadi model dan duduk atas basikal untuk pastikan samada dia akan nampak bodo atau tidak bila tunggang basikal tu. Kris melaksanakan tanggungjawab yg diberi dengan bersungguh2


Basikal yang telah dibeli oleh Fahmi telah diletakkan di dalam MyVi ku yang terchenta. Dan aku tak faham kenapa Kris nampak gembira duduk di sebelah sebuah basikal

Oleh kerana kami bertiga tak biasa jalan2 di Seremban dan hanya berpandukan papan tanda je, maka kami pon pusing2...sampailah Kris ternampak satu papan tanda yang best. Papan tanda tu tulis perkataan 'cendol'



Cendol pulut dan cendol jagung

Lepas makan cendol, kami pon bertolak ke KL. Kami ikut laluan ke Kajang. Lepas tu, aku plak ternampak satu kedai yang best, iaitu kedai Satay Haji Samuri :D


Slurrpp


Fahmi memberi kami syarahan tentang bagaimana hendak memakan satay dengan betul :p


Kris memakan satay dengan gembira

Selepas gembira membeli basikal, makan cendol dan satay, aku pon menghantar Fahmi dan Kris ke rumah masing2. Sebelum itu aku telah dihubungi oleh Ketua Penera.. oops Kak Lat yang memaklumkan dan mengajak aku bersama2nya ke sebuah acara kutipan dana untuk pembedahan buah pinggang saudara Jayathas pada sebelah malam.


Siapakah saudara Jayathas ni? Beliau ialah seorang reformis/pejuang hak asasi manusia/ahli PKR/orang kuat Makkal Sakhti yang pernah ditangkap dan dipenjara sebanyak 5 kali pada 2002, 2003, 2007, 2008 dan baru2 ini kerana kelantangan dan keberaniannya menentang penindas2 hak asasi di negara kita (siapa penindas tu ek? :p)


Berdiri sambil bertepuk tangan menyanyikan lagu perjuangan


Kak Lat dan Surein yang 'Shakespeare freak'. Surein ialah seorang loyar hak asasi manusia yang baik hati, balik rumah sebelum pukul 9 malam setiap hari, memandu sebuah kereta Jaguar dan masih solo.

Selamat Hari Buruh semua!