Hari Tanpa Belanja

Hari Tanpa Belanja, atau nama omputehnya Buy Nothing Day disambut setiap tahun di peringkat antarabangsa untuk menyatakan penentangan terhadap konsumerisme dan perbelanjaan yang berlebihan.

Ia dicetuskan buat pertama kali di Kanada pada tahun 1992 dan telah merebak di lebih daripada 65 buah negara.

Asas perayaan hari ini ialah dengan cuba tidak berbelanja sedikit pun selama 24 jam. Hatta makanan sekalipun, ia boleh didapati secara percuma/ditukar/disedekah. Ia boleh buat kita berfikir tentang barang-barang yang selalu kita beli tanpa berfikir tentang keperluan sebenar.

Tahun ini, ia akan disambut secara kecil-kecilan tetapi meriah di MAP KL, Solaris Dutamas pada 27 November (esok).

Ada banyak acara (percuma) pada hari itu. Antaranya:-

Di Kotak Putih:
'Swap Shop' (guna sistem Barter) untuk bertukar-tukar:
• Buku, CDs, alat tulis
• pakaian, aksesori
• Idea, aktivism, dsb

Bengkel Percuma:
• Nasihat Guaman - Pusat Bantuan Guaman KL dan Loyar Burok (3-9ptg)
• Nasihat Hartanah–oleh Henry Butcher (3-7pm)
• Search Engine Optimisation – oleh Alex Lam (3-7pm)
• King of Cuban Salsa dance workshop - oleh Lingerto Santa Rosa (4-5pm)
• Nasihat dan Bantuan Berfesyen – oleh Adam Liew (3-7pm)
• Design Aid – oleh ZDL (3-7pm)
• Bengkel Seni – oleh Ismail Baba (3pm-7pm)
• Shoe painting – oleh Viktor Zeidler Lim (4-5pm)
• T-shirt printing – (3-7pm)

Pentas Terbuka:
• Talk by Bijou Bazaar – “Urban Bazaar” (3-4pm)
• Talk by Norida Ahmad – “IT & Entrepreneurship” (5-6pm)
• Talk by Hishamuddin Rais – “How to Tukar Tiub” (6-7pm)
• Performance Art - Intan Rafiza, Aishah
• Installation - Jolene Ong and friends
• Open Disco Floor (7-9pm)

Free Market:
• SAS Save a Stray – adopt puppies and kittens
• BLUE - community art project
• Donation Corner
• Take Away Corner
• Minuman disediakan MAP
• Makanan - bawa sikit, kongsi atau tukar!

Kotak Hitam:
• 3 - 4pm “Performance Art as a way of Thinking” by Ray Langenbach
• 4 - 7pm Film screening, poetry readings and gigs by Frinjan
• 7 - 9pm “Confession Cabaret” by Poetry Cafe

BLANK BOX:
Blank Box gives back to society in conjunction with 'Buy Nothing Day' and its inaugural open studio day.

Dan banyak lagi!

Untuk tahu lebih lanjut sila klik sini dan sini dan sini

Jumpa di sana! (Aku jaga kaunter Pusat Bantuan Guaman KL)


Bantuan Guaman Ialah Hak Asasi

Ketika ada loyar-loyar yang sedang bertegang lidah sesama sendiri tentang siapakah yang lebih “human rights” daripada yang lain, Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur yang bertempat di Wisma Kraftangan (sebelah Masjid Jamek) dalam diam-diam dan dengan selambanya telah membuka satu lagi cawangan di Brickfields pada 23 Oktober 2010 melalui satu lagi projek gempak yang dinamakan “Project Outreach”.

Project Outreach dimulakan oleh dua orang pelatih dalam kamar, Kenneth Seet dan Ahmad Shahrizal yang pada ketika itu sedang menjalankan latihan wajib di Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur. Walaupun setahu saya, Pusat Bantuan Guaman itu memang sibuk hari-hari dan orang yang datang memang tidak putus-putus, tapi si Kenneth dan Shah berasa itu tidak cukup sebab kalau boleh, mereka nak seluruh warga Kuala Lumpur mempunyai akses kepada keadilan, iaitu melalui undang-undang.

Maka mereka telah membuat usul supaya Pusat Bantuan Guaman membuka cawangan baru di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun mereka telah tamat latihan dalam kamar dan kini mereka telah menjadi loyar, mereka masih membuat usul tersebut dan menyalurkannya kepada ramai pihak, kot-kot ada yang nak beri bantuan kewangan. Rintihan mereka telah didengar oleh Pengarah Urusan Brickfields Asia College, Encik Rajasingam, yang bukan memberi bantuan kewangan, tetapi lebih baik daripada itu, iaitu pusat untuk mereka beroperasi!

Rajasingam telah membenarkan sukarelawan Project Outreach untuk menggunakan salah satu bilik kelas kolej tersebut di Wisma Koponas pada setiap hari Ahad, pukul 10 pagi hingga 3 petang secara percuma.

Inilah bilik kelas yang akan digunakan

Inilah bilik kelas yang akan digunakan


Sehingga kini, Project Outreach mempunyai hampir 40 sukarelawan peguam dan pelatih dalam kamar yang telah diberikan latihan untuk memberi khidmat nasihat guaman kepada orang ramai dalam bidang undang-undang keluarga, keganasan rumahtangga, jenayah, imigrasi dan lain-lain. Khidmat akan diberikan dalam beberapa bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, beberapa dialek Cina dan Tamil.

Pada 23 Oktober 2010, satu upacara penuh syahdu telah dijalankan di Brickfields Asia College untuk pembukaan cawangan baru ini. Ia telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Encik Ragunath Kesavan yang kacak, dan dimeriahkan dengan kehadiran beberapa loyar senior seperti Tuan Haji Sulaiman Abdullah yang datang memberikan sokongan.

Bagi yang hendak mengetahui dengan lebih lanjut tentang Project Outreach, sila cari mereka di laman Facebook. Hanya taip “Project Outreach” dan anda akan jumpa :)

Majulah Pusat Bantuan Guaman untuk semua!

Antara sukarelawan PO


(Artikel ini pertama kali disiarkan di Loyarburok.com)