Petang tadi, aku ke pejabat SUHAKAM untuk memberikan kenyataan terhadap peristiwa penangkapan 5 orang peguam Pusat Bantuan Guaman KL pada 7 Mei yang lalu. Kenyataan aku telah diambil oleh salah seorang pegawai SUHAKAM sebagai persediaan untuk menghadapi penyiasatan penuh SUHAKAM pada 14-16 Ogos ini.
Sangka aku, proses memberi kenyataan tu tak sampai 30-40 minitlah, seperti yang biasa berlaku di balai polis. Tapi rupa-rupanya tidak. 3 jam. Pukul 10 malam baru habis. Tsk.
Ini membuatkan aku terfikir. Kenapa semasa aku ditangkap dulu, proses memberi keterangan tak sampai 30 minit eh? Walhal soalan2 semua lebih kurang sama je. Oh. Sebab... haritu aku jawab semua soalan dengan jawapan "saya akan jawab di Mahkamah". Hahaha!
Sekarang aku nak bercerita sikit tentang hak2 kita bila keterangan kita diambil oleh pegawai polis. Hak2 ni memang dah termaktub di dalam seksyen 112 Kanun Acara Jenayah ok, bukannya aku reka sendiri.
Secara ringkas, seksyen 112 tersebut memperuntukkan bahawa:-
1) Polis yang sedang menyiasat sesuatu kes berhak menyoal siasat sesiapa sahaja untuk membantu siasatan dan hasil siasatan itu MESTI dibuat dalam bentuk bertulis; dan
2) Orang yang disoal siasat itu MESTI menjawab soalan2 yang diberikan.
TETAPI
orang itu berhak untuk TIDAK MENJAWAB soalan tersebut, sekiranya soalan tersebut akan mengaitkan beliau dengan apa jua tuduhan jenayah atau penalti atau perlucuthakan (hak untuk tidak menjawab soalan ini sepatutnya dibacakan oleh polis sebelum proses soal siasat bermula).
Bagaimana kita nak gunakan hak di atas? Korang hanya perlu cakap "saya ingin menggunakan hak saya untuk tidak menjawab soalan ini" atau lebih senang "saya akan jawab di Mahkamah" setiap kali soalan sedemikian diajukan.
Lepas tu, bila semua kenyataan dah diambil, kita boleh membaca semula kenyataan yang disalin oleh polis tadi, membuat pindaan atau memadam apa2 yang patut sebelum menandatangan kenyataan tersebut.
Bunyi macam senang, kan? Tapi selalunya, polis tak faham atau buat2 tak faham dengan hak2 yang aku terangkan tadi. Contohnya bila aku bersama Radzlan menghadiri pendengaran reman salah seorang anak guam 2 hari yang lalu. Kenyataan budak tu dah diambil sehari sebelum tu. Tapi, polis masih lagi nak tahan dia dalam lokap atas alasan 'mahu mencari saspek2 lain' melalui budak tu. Soalannya sekarang, cemana lagi budak tu nak bantu siasatan sedangkan soal siasat dah dibuat? Nak guna kekerasan ke? Oh kata polis tersebut, "OKT tidak memberikan kerjasama semasa siasatan sebab bila ditanya, beliau hanya jawab 'saya akan jawab di Mahkamah'".
Nasib baiklah Majistret faham dan sedar akan hak2 OKT ni. Tambah lagi dengan bantahan yang dibangkitkan Razlan bahawasanya anak guam kami sudah pun memberikan kerjasama dengan membiarkan keterangannya diambil. Samada beliau menjawab soalan dengan penuh atau tidak menjawab soalan, itu belakang kiralah. Dan Radzlan dengan selamba menambah "saya memohon agar anak guam saya dibebaskan serta merta, dan bukannya pada pukul 3.45 pagi".
Kenapa dia cakap macam tu? Faham-faham sendirilah.
3 komen:
sangat sematlah layout baru anda.saya suka!
saya suka jawapan anda yang tegas,dan jawapan Lan yang sinikal tapi penuh makna.
cun beb layout baru nih. terutama tang mat skodeng kat top menu tuh.
ttg post yang nih, seperti biasa, menarik.aku jarang baca blog kalo tak menarik perhatian pelancong nih.
k keep up the good work.
mas
baguih2...teruskan artikel2 yg tambah pengetahuan hak asasi nih...pertolongan ko yg sgt membantu!
Catat Ulasan