Kematian yang Diratapi



Aku jarang bersedih dan menangis untuk kematian orang yang aku tak berapa rapat. Tapi hari ini, egoku terkalah juga.

Teoh Beng Hock, bekas wartawan dan setiausaha politik DAP, ditemui mati siang tadi dipercayai 'terjatuh' daripada tingkat 14 Plaza Massalam di mana terletaknya pusat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor. Umurnya baru 30 tahun.

Beng Hock adalah mangsa terbaru permainan politik kotor BN yang menggunakan SPRM untuk menyamakan ahli2 exco dan politik daripada parti2 politik pembangkang sepertinya, iaitu terlibat dengan isu rasuah.

2 hari lalu, SPRM telah menggeledah dan 'menyiasat' pejabat2 7 orang ahli exco dan politik Selangor yang kesemuanya daripada parti2 Pakatan Rakyat. Ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana mereka tidak pernah dikaitkan dengan isu rasuah sebelum ini. Tanda tanya juga menjadi semakin besar apabila Khir Toyo yang selalu ini dikaitkan dengan rasuah (isu Balkis, istana dll) tidak pun dipanggil untuk disiasat walaupun umum mengetahui kegiatan terkutuknya. Atau, adakah SPRM bersikap perkauman dan/atau sengaja menimbulkan isu perkauman kerana ketujuh-tujuh mereka berketurunan Cina?

SPRM bukan sahaja menyiasat pejabat dan ketujuh-tujuh susuk tersebut, tetapi juga pembantu2 politik mereka. Arwah Beng Hock adalah setiausaha politik kepada exco DAP Ean Yong Hian Wah.

Menurut wakil SPRM yang ditemuramah tadi, Beng Hock telah dilepaskan kira2 jam 3.45 pagi tadi. Akan tetapi, Beng Hock dikatakan enggan pulang dan mahu berehat di bangunan Plaza Massalam tersebut. Selepas itu, katanya mereka tidak menemui beliau lagi sehinggalah mayatnya dijumpai kira2 jam 1.30 ptg di atas bumbung sebuah bangunan rendah yang bersambungan dengan Plaza Massalam di mana pusat SPRM berada. Beliau dipercayai 'terjatuh' daripada tingkat 14 Plaza Massalam.

Ada beberapa sebab mengapa aku percaya bahawa ini bukan kes 'terjatuh' yang biasa.

Pertama, kereta Beng Hock ada di perkarangan bangunan tersebut. Jadi tidak ada sebab kenapa beliau memilih untuk 'berehat' di sana walaupun kononnya dilepaskan dari siasatan pagi2 buta. Lagipun, semua orang tahu betapa ngerinya proses penyiasatan di SPRM. Kata orang, kau akan disuruh berdiri, dipekik, diugut, dipukul, ditelanjang dan dipaksa mengaku kesalahan yang kau tak lakukan. Jadi haruslah Beng Hock lekas2 pulang selepas disiasat, kan?

Kedua, tidak ada sebab mengapa Beng Hock akan 'terjatuh' atau sengaja mahu jatuh dalam kes ini. Kenapa? Kerana, Beng Hock dijadualkan mendaftar perkahwinannya dengan kekasihnya esok. ESOK! Perlukah aku terangkan lagi?

Oh ya, dalam kes ini juga, para pembunuh itu tidak membenarkan peguam Beng Hock, Manoharan daripada menemui beliau untuk memberi nasihat perundang-undangan ketika proses siasatan.

Sebelum ini, yang kita selalu dengar hanyalah kes-kes kematian dalam tahanan polis. Orang yang ditangkap akan dibelasah, didera secara mental, dimalukan dan dipaksa mengaku kesalahan yang belum tentu mereka lakukan. Bila orang itu mati ketika dibelasah, orang-orang yang terlibat tidak ada cara lain selain daripada menghumban mayat tersebut ke mana-mana, seperti ke dalam sungai atau menghilangkannya, dan kemudian membuat cerita bahawa orang itu telah cuba lari dari tahanan kemudian lemas di sungai, cuba bunuh diri dan sebagainya. Tapi, bila autopsi dilakukan ke atas mayat, laporan akan menyatakan bahawa terdapat tanda pukulan, bekas2 luka dan lebam dan lebih tepat lagi, orang itu sudah mati sebelum berada di dalam sungai. Arwah2 Francis Udayapan, A. Kugan, Goh Yan Peaw dan Adi Anwar (yang sempat diselamatkan), sudah lupakah kamu semua?

Diam tak diam, sudah berpuluh-puluh kes seumpama ini dilaporkan di Malaysia.

Kini, bukan sahaja polis2 yang berani berlagak seperti tuhan, tapi penjawat2 badan kerajaan yang lain seperti SPRM juga sudah semakin mengganas nampaknya. 1 Malaysia, eh?

Memang, kalau keluar air mata darah sekalipun, Beng Hock tidak dapat diselamatkan lagi. Tapi, siapa di sini yang ada hati untuk keluarkan ayat itu dihadapan ibu Beng Hock yang meraung2 "pulangkan anak saya, pulangkan anak saya!" sebentar tadi?

Sebab itu, kita memang sangat2 memerlukan satu suruhanjaya bebas seperti IPCMC yang pernah dicadangkan untuk memantau salah laku polis2 di Malaysia. Kali ini, mungkin kita terpaksa menyeru untuk satu lagi suruhanjaya bebas untuk memantau penjawat2 awam yang lain seperti SPRM.

Tapi sementara itu, apa yang kita boleh lakukan? Merelakan saja apa yang berlaku? Tidak. Kita harus mendesak, mendesak dan mendesak SPRM memberitahu perkara sebenar apa yang berlaku terhadap Beng Hock dan seterusnya, serahkan pembunuh2 yang bertanggungjawab untuk dihadapkan ke muka pengadilan. (Eh Puspa, ini bukan Utophia lah, ini Malaysia! Kau ingat, SPRM akan takut dengan gesaan ke?)

Wahai orang2 yang berkenaan, kau boleh ambil jasad, tapi tidak semangat. Bunuhlah seberapa ramai pun. Kami akan lawan. Lawan tetap lawan.



*Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama2 pimpinan PAS dan DAP akan ke pejabat SPRM di Plaza Massalam, Shah Alam pada Jumaat, 17.7.2009 pukul 10 pagi untuk membantah apa yang berlaku pada Beng Hock hingga menyebabkan kematian. Sila hadir beramai2 sebagai tanda solidariti ke atas isu ini.

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

RIP TBH!

Satu gugur, 100 muncul!

lawan tetap lawan
:(
fiq

sherrierd berkata...

released at 3.45am and found dead at 1.30pm...the time gap is too huge. they have to answer that

amicus curiae berkata...

it does not look right.sigh.

takziah buat keluarga mendiang.

~salwaredzuan~ berkata...

negara pasir berdegung mcm suvarna bumi ni kan, segala gesaan, kecaman, protest, diskusi dan segala cara diplomasi mmg TAK AKAN BERKESAN..

aku cadangkan COUP DE TAT sahaja ... lepas new got take over, kita kasi panggang semua para pembunuh and beruk2 itu... eh..ini dh ala2 genocide jer nih.. lawan cara baik tak jalan, kena gunakan kekejaman kah?

*rase2 nye ade tak polis nk tangkap aku sbb statement berani mati kat atas?"

aku berkata...

takziah..

fadiahnadwafikri berkata...

fad to emon : wah...statement seorang penjuang kemerdekaan nih!!!pejuang sejatii!!vica la revolucion!!