Aku baru selesai membaca kenyataan media Ong Jing Cheng yang telah ditangkap baru-baru ini di kampus UM.
Katanya:-
"Setelah kami ditahan, kami diminta menandatangani satu dokumen tanpa penjelasan, tapi apabila saya baca, ini ialah dokumen yang menafikan hak-hak untuk mendapatkan bantuan peguam, dan nasib baik peguam telah sampai di balai polis dan menyuruh saya supaya tidak menandatanganinya."
Aku nak cerita sikit pasal dokumen yang hampas tu dan hak2 orang yang kena tangkap.
Sejak Kanun Acara Jenayah dipinda pada awal tahun ini, terdapat satu seksyen baru yang sangat penting iaitu seksyen 28A.
Secara ringkas, seksyen 28A ini berbunyi lebih kurang begini:-
1) Bila korang ditangkap polis, polis MESTI menerangkan sebab2 tangkapan kepada korang;
2) Sebelum memulakan soal siasat atau mengambil keterangan, polis MESTI memaklumkan kepada korang bahawa korang boleh berkomunikasi dengan ahli keluarga atau kawan tentang dimanakah korang berada DAN berkomunikasi dengan peguam yang dipilih sendiri oleh korang (kalau tak kenal mana2 peguam, minta ahli keluarga atau kawan carikan); dan
3)Bila keterangan korang hendak diambil polis, korang BOLEH minta untuk ditemani peguam untuk mendapatkan nasihat sebelum menjawab soalan.
4) Apabila korang meminta untuk mendapatkan nasihat, polis MESTI beri masa supaya peguam dapat hadir, dan membenarkan peguam memberi nasihat pada korang.
Sekarang, sila baca petikan pernyataan media Jing Cheng yang seterusnya:-
"Ketika pegawai inspektor (IO) suruh polis membawa kami ke lokap, kami meminta untuk membuat laporan polis, namun dia jawab kami boleh buat laporan polis pada pagi esok. Tetapi pada hari esok, iaitu 13 Julai, kami terus dibawa ke Majistret untuk dipanjangkan tempoh tahanan. Pihak polis meminta supaya tahanan disambung empat hari, atas nama tidak bekerjasama dengan polis. Adakah tidak menandatangani surat penafian hak-hak mendapat bantuan peguam dianggap sebagai tidak bekerjasama? Akhirnya kami dipanjangkan tempoh tahanan selama dua hari". (Ketika pendengaran reman mereka diwakili peguam sukarela Pusat Bantuan Guaman, Radzlan).
Ya. Aku nak ulang soalan Jing Cheng. Adakah tidak menandatangani surat penafian hak-hak mendapat bantuan peguam dianggap sebagai tidak bekerjasama? HAK-HAK TU MEMANG DAH ADA DALAM UNDANG-UNDANG LAH! YANG KAU NAK SURUH DIA NAFIKAN HAK DIA SENDIRI BUAT APA?
Sila baca lagi:-
"Saya meminta supaya ditemani peguam ketika mengambil keterangan, tetapi tidak dibenarkan atas sebab kami telah berjumpa dengan peguam pada malam 12 Julai". BERJUMPA PADA MALAM TANGKAPAN DENGAN BERJUMPA UNTUK MENDAPATKAN NASIHAT SEBELUM BERI KETERANGAN TAK SAMA LAH! KAN ADA PERKATAAN 'DAN' TU, BUKAN 'ATAU'!
Hah yang ni paling hampas:-
"Sebelum kami dibebas, polis meminta maaf dengan kami, dan memberitahu mereka bukan orang yang suka menangkap orang, saya rasa kemungkinan besar mereka juga mengikut arahan atas ". JING CHENG, JANGAN TERPENGARUH DENGAN AYAT TU, MEREKA MEMANG SUKA TANGKAP ORANG, PASTU BARU BUAT SIASATAN SEBAB CARA TU TAK PAYAH GUNA OTAK.
Hmmph. Geramnya!

5 komen:
Baru nak rasa geram ke?
Polis punya desperado, sampai kertas kesat minyak motor pun kena rampas (menurut Jin Cheng)
s28A tu buat susah je amend sbb polis mmg buta huruf!!! kadang2 polis boleh membaca tapi buta hati pula... dan kadang2 polis mmg bodoh sbb ikut arahan tapi membelakangkan undang2... aku mmg suka cakap polis bodoh... sapa mau tangkap aku? ade aku kesah?
"when i am king, you will the first against the wall..."
teringat lagu radiohead.geram.
sukati je, kata penguatkuasa undang2,jadi kena la betul2 ikut.ni ikut arahan "orang atas" tu, ikut undang2 ke ikut slip gaji?
Letak link download buku merah 2 kat sini beb.bodo punye polis yg bodo
Mas
Mas: http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=2005&Itemid=332
Catat Ulasan