Filem Hitam

3 hari lepas, aku telah menulis tentang Drama Hitam. Kali ni, aku akan menulis tentang Filem Hitam pulak. Kenapa dah naik taraf?

Sebab... kali ini, aku pula yang ditangkap.

Cerita Luar Balai

Kisah bermula apabila kawan aku Hong Siang menelefon aku pada 7hb Mei kira2 pukul 9 mlm memaklumkan bahawa 12 orang telah ditangkap kerana menyalakan lilin di hadapan Balai Polis Brickfields. Pada masa yang sama, aku telah dihubungi sendiri oleh orang2 yang kena tangkap (OKT). Barangkali, mereka memperoleh nombor telefon aku selepas kejadian sehari sebelum itu. Seperti biasa, aku meminta mereka mengumpul nama2 OKT dan meng'sms'nya pada aku.

Pada waktu itu, aku masih di Bangsar bersama Kak Lat. Aku telah memaksa beliau ikut serta tapi katanya beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada aku dan loyar2 muda yang lain berdasarkan kepada prestasi pada malam sebelumnya (sila rujuk Drama Hitam). Maka aku telah menghantar sms segera kepada loyar-loyar Pusat Bantuan Guaman KL yang masih di KL (sebab ramai yang naik ke Ipoh membantu dalam "urgent arrest" di sana) dan beberapa org telah mengesahkan kedatangan mereka.

Aku tiba di balai polis tersebut lebih awal dari yang lain. Pada waktu itu, perkarangan balai polis agak lengang kerana pemprotes2 telah bersurai dan berdiri jauh dari balai. Aku terus ke pintu masuk balai dan memberi salam. Aku memperkenalkan diriku sebagai loyar OKT. Aku minta supaya aku dibenarkan masuk. Tapi, kata mereka polis yang 'in charge' tengah bermesyuarat dan minta aku tunggu.

Beberapa minit selepas itu, Fadiah tiba diikuti dengan Murnie dan Syuhaini. Fadiah baru pulang daripada gym dan dia sempat mandi sebelum datang ke balai. Oleh sebab itu beliau nampak sangat bersemangat dan bertenaga sekali (err mengikut rekod sebelum ini, beliau memang hyper 24 jam). Kemudian, ketua kami iaitu Ravin (Pengerusi Pusat Bantuan Guaman KL) juga tiba. Beliau tampak segak dengan sut serba hitamnya (nota: Kemeja hitam yang dipakainya baru dibeli di Sogo pada waktu tengahari. Resit belum buang. Kurang pasti jenama apa).

Hampir 2 jam menunggu, kami masih tidak dibenarkan masuk. Sementara itu, aku dihubungi oleh Ginnie, salah seorang OKT yang memberitahu aku bahawa beliau dipisahkan daripada OKT lain sebab beliau dianggap agresif. Aku juga dihubungi oleh JingCheng dan Yiling yang juga berada di dalam. Mereka memaklumkan kepada aku bahawa polis enggan membenarkan mereka berjumpa loyar. Aku menasihatkan mereka supaya tidak menandatangan apa-apa borang yang nampak meragukan. Pendek kata, aku menasihatkan mereka supaya tidak membuat apa-apa tanpa kehadiran loyar. Aku juga meminta mereka berbuat sesuatu yang boleh mendesak polis dan kami di luar juga akan cuba berbuat sesuatu.

Beberapa minit selepas itu, DSP Jude keluar untuk berjumpa dengan kami. Beliau memberitahu kami bahawa anak-anak guam kami tidak mahukan loyar. Aku kata undang-undang apa yang ko pakai ni, suka2 hati je kata macamtu tanpa bukti. DSP yang kurang ajar itu suruh kami pegi baca undang-undang!

Beberapa saat selepas itu, kami mendengar sorakan daripada dalam. Anak2 guam kami yang berani telah bersatu padu melaungkan "We want lawyers! we want lawyers!" Laungan mereka disahut oleh rakan2 pemprotes di luar pagar balai yang terus berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku (babak yang ini aku tak faham sangat, tapi tak apalah).

Keadaan yang berlaku telah menyebabkan kami para loyars mejadi lebih bersemangat. Kami mendesak polis membenarkan kami masuk secara bertalu2.

Beberapa minit selepas itu, seorang lagi polis yang kurang ajar, dikenali sebagai Wan Bahari aka Head Hunter (sebab t-shirt dia tulis macam tu) datang ke arah kami dengan pembesar suara. Dia suruh semua orang bersurai dalam masa 3 minit atau tangkapan akan dibuat. Sekali lagi, perkarangan balai polis menjadi lengang, yang tinggal hanya loyar, polis dan beberapa orang wartawan yang enggan berganjak. Kami mula membuat panggilan telefon kepada beberapa orang loyar lain untuk membantu kami.

Suasana pada ketika itu sunyi sejenak. Ravin mengambil peluang meminta kebenaran sekali lagi untuk masuk. Aku pula mendesak si Head Hunter tersebut menunjukkan kami borang menurut s28A yang didakwa telah ditandatangani oleh para OKT. Murni menyokong. Dan Fadiah yang sempat berlari mengambil CPCnya dengan bersemangat telah membaca dengan kuat S28A tersebut bagi menyokong desakan kami. Kesimpulannya... where is the freakin' signed borang??

Polis2 yang tadinya nampak eksyen telah terperangkap dengan kebodohan mereka sendiri. Eh eh dah suruh kami baca undang2, kami pun baca laa! Head Hunter yang tak mahu mengaku kalah telah mengugut sekali lagi dengan pembesar suaranya supaya 'orang2' bersurai. Masalahnya, pada waktu itu adalah tidak jelas siapakah org2 yang disuruh bersurai tersebut, kerana pak lawak tersebut tidak memandang ke arah kami. Jadi kami pun terus berdiri di situ. mendesak untuk berjumpa dengan anak2 guam kami.

Tiba2, pintu pagar dibuka. Seorang polis wanita berpakaian biasa meluru keluar daripada pintu pagar tersebut dan terus menggenggam lengan aku dan menarik aku masuk ke kawasan balai. Aku tergamam. Sejurus selepas itu, loyar2 lain pula ditangkap.

Cerita Dalam Perkarangan Balai

Kami dibawa ke sebuah bengkel kosong di luar bangunan balai. Apabila aku lihat sekeliling, selain daripada kami 5 loyars, seorang lelaki yang aku kenali turut berada di kalangan kami, iaitu Teck Hao. Teck Hao ialah penulis Suara Keadilan dan baru je jadi anak guam aku sehari sebelum itu.

Aku: Eh Teck Hao, bukan ko kena tangkap semalam ke? Kan dah keluar?
Teck Hao: Ye la, tapi tadi aku kena tangkap lagi sebab berdiri dekat korang. Hahaha.
Aku: Hahaha.

Pada ketika itu, tiada apa lagi yang kami boleh lakukan kecuali ketawa sesama sendiri. Kami para loyars sangat geli hati dengan kejadian dan kebodohan polis2 di Malaysia. Mana ada dalam sejarah, loyar ditangkap ketika sedang menjalankan tangungjawab terhadap anak guam? Dah la sah2 tak ikut undang2, bila dah kalah dengan 'argument', terus main tangkap2!

Beberapa minit selepas itu, aku telah dihubungi oleh beberapa orang loyar yg mendapat tahu tentang penangkapan kami. Mereka kedengaran sangat terkejut dan sangat marah dengan polis2 tersebut.

Pada waktu itu, aku takut nak beritahu bapak. Bukan apa, nanti dia risau terlebih. Jadi aku pun menghubungi abang aku dan meminta beliau supaya jangan beritahu bapak sampai segalanya selesai. Selepas itu, aku telefon bos aku, Mr Chuah. Mr Chuah sangat terkejut dan beberapa minit selepas itu, beliau tiba di balai untuk bersama2 dengan loyar2 lain di luar sana memarahi polis2 yang menangkap kami.

Di dalam bengkel itu, kami para loyars yang ditahan mula berbincang tentang tindakan susulan dan apa yang dilakukan. Ravin telah diamanahkan untuk menggunakan kesegakkan beliau pada malam itu meminta supaya polis yang "in charge", iaitu DSP Pereira dan OCPD Wan Bahari supaya berjumpa dengan kami. Walaubagaimanapun, permintaan kami tidak dilayan. Setengah jam selepas itu, beberapa orang polis datang menghampiri kami.

Polis2 tersebut menghulurkan beberapa borang kepada kami, setiap seorang dapat sekeping borang. Aku diperkenalkan kepada polis wanita yang menangkap aku tadi, iaitu Inspektor Azlina binti Norzali (No/Pkt: I/18288). Di dalam borang itu, tertulis bahawa sebab tangkapan ke atas aku ialah kerana aku enggan bersurai dalam perhimpunan haram pada 11.45mlm dan alasan ditangkap telah diberikan setelah ditangkap. Aku enggan menandatangani borang tersebut, lebih2 lagi kerana dia letak kat situ umur aku 30tahun! (2009 tolak 1981 sama dengan 28 tahun lah... ngok!!!) Keempat2 orang loyar yg lain juga enggan berbuat yang sama, begitu juga dengan Teck Hoa.

Selepas itu, kami ditinggalkan semula sendirian. Pada waktu ini, kami mula dihujani dengan panggilan2 telefon daripada ahli keluarga dan kawan2. Selain daripada itu, OKT juga mula menghubungi kami. Mereka turut risau kerana kini peguam mereka pula yang ditangkap. Aku dan para loyar lain meminta mereka supaya jangan risau dan kami akan terus memberi mereka nasihat guaman walaupun kami juga berada di dalam situasi yang sama.

Ketika duduk, aku memandang ke arah rakan2 loyar di situ. Ravin nampak tenang, tapi aku tau dia sedang berfikir mencari jalan keluar. Fadiah, macam biasa nampak excited. Murnie dan Shuhaini, walaupun mereka tersenyum, tapi aku tahu mereka sangat risau. Murni dan Syu baru beberapa bulan beramal sebagai peguam. Aku rasa sangat bersalah kerana melibatkan mereka dalam perkara ini. Akan tetapi, jawapan balas mereka sangat melegakan aku; "eh tak lah kak, lepas ni kami akan lebih bersemangat untuk jadi loyar! dah tak ada jalan lain, kita mesti lawan orang2 ni!" *phew*

Cerita Di dalam Bangunan Balai

Setengah jam selepas itu, kami berenam dibawa ke dalam bangunan balai. Kami sempat melambai ala2 celebriti ke arah orang ramai yang sedang menunggu di luar. Sangka kami, kenyataan kami akan diambil. Rupa2nya tidak.

Di antara beberapa orang polis yang mengiringi kami, aku lihat seorang sb yang wajahnya seperti aku pernah jumpa. Kemudian brader tersebut menegur aku. Ohh.. rupa2nya dia ni pernah aku jumpa dulu! Cisss... menyamar sebagai penduduk tempatan Pantai Dalam, sb rupanya! Aku memanggil Fadiah dan beritahu dia. Fadiah juga cam brader tersebut. Aku lihat, brader tersebut nampak agak kurang selesa. Kami mengambil kesempatan tersebut dengan menyindir2 beliau sepanjang waktu dia mengiringi kami. Padan muka!

Selepas itu, kami dipanggil satu persatu ke sebuah bilik. Ketika giliran aku, aku lihat di dalam bilik itu ada DSP Jude Pereira, seorang polis wanita dan 2 orang polis lelaki yang duduk di belakang itu mencatatkan sesuatu. DSD Pereira sedang sibuk menulis sesutu di atas sekeping kertas. Kemudian, dia telah menghulurkan kertas tersebut kepada aku. Di bahagian atas kertas tersebut, tertulis perkataan S28A. Secara ringkas, borang tersebut adalah sebagai penyangkalan hak2 kami untuk mendapatkan akses kepada peguam kami. Dia menghulurkan sebuah CPC kepada aku. Aku cakap "I know the law". Dia tanya "would you like to acknowledge the form?" sambil menghulurkan sebatang pen kepada aku. Aku cakap, "No thanks" sebelum keluar daripada bilik tersebut dengan muka kerek.

Selepas habis giliran semua orang, kami telah dibawa ke sebuah bilik di tingkat bawah. Di dalam bilik itu terdapat seorang polis yang sedang menyusun kertas apa ntah. Waktu itu, aku kira sudah hampir pukul 3 pagi. Murnie mahu sembahyang Isya'. Kebetulan di situ ada sebuah musolla. Ketika beliau mahu pergi mengambil wudhu', pintu agak terbuka dan kami terdengar sorakan kawan2 dari luar. Maka kami semua telah meluru ke pintu tersebut dan melambai2 ke arah kawan2 sebelum polis menyedari gelagat kami dan terus menutup pintu tersebut.

Kira2 setengah jam selepas itu, kami telah dibawa turun untuk naik trak polis.bersama2 dengan OKT wanita yang lain. Kami diberitahu bahawa OKT wanita akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers. Aku meminta Fadiah memaklumkan perkara tersebut kepada Kak Lat sebelum barang2 kami disimpan oleh polis. Pada waktu itu, telefon aku telah kehabisan bateri.

Oleh kerana teruja menaiki trak polis buat pertama kali, kami para loyars pon mengambil keputusan untuk mengambil gambar. Akan tetapi, beberapa minit selepas itu seorang polis wanita yang nampak macam minah rempit (mengikut kata Ravin), telah masuk ke dalam trak dan memarahi kami sambil menjerit2. Sejurus selepas itu, si Head Hunter yang kurang ajar telah naik ke atas trak dan menjerit menyuruh polis wanita tersebut merampas kesemua telefon bimbit kami. Kami enggan berbuat demikian melainkan kami diberi sebuah borang 'serah barang'. Di dalam borang itu nanti, segala barang2 kami yang diambil oleh polis akan disenaraikan. Oleh kerana bengang, si Head Hunter itu terus menjerit2. Ginnie dengan berani suruh dia jangan menjerit. Si Head Hunter itu kata "saya bukan jerit kat you, saya jerit kat orang2 saya!" dan jawapan bodo dia dibalas oleh Ginnie "habis orang2 kau bukan manusia ke?".


Gambar aku dan Murnie dalam trak polis, diambil oleh Fadiah sebelum kami disuruh turun :p


Gambar Ginnie, Syu dan Fadiah yang excited

Disebabkan insiden tersebut, keempat2 kami loyars wanita disuruh turun daripada trak tersebut dan masuk semula ke balai. Di balai, kami diberikan borang 'serah barang' tersebut dan kami bergilir2 berjumpa polis wanita yang mencatatkan segala barang kami. Nama polis wanita yang bertugas itu ialah Inspektor Noryati binti Shawal (I 116811).




Borang2 serah barang aku

Selepas itu, kami telah dibawa ke Balai Polis Travers dengan menaiki 2 buah kereta polis. Kami berasa sangat kecewa kerana tak dapat merasa naik trak polis :(

Cerita bermalam/berpagi di Balai Polis Travers

Ketika tiba di balai polis Travers, jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 pagi. kami diberi sepasang baju berwarna pink dan seluar warna hitam. Fadiah, Murni dan Syu enggan memakai baju tersebut kerana ia berlengan pendek. Akhirnya polis wanita tersebut mengalah dan memberi mereka sepasang baju dan seluar berwarna oren terang. Baju tersebut berlengan panjang. Ketika Fadiah menyarungkan baju tersebut, kami kedua ketawa berdekah2 selama 10 minit. Ini kerana beliau nampak sangat lawak dan sangatlah hiphopper wannabe. Kami disuruh diam oleh polis. Kemudian, cermin mata dan sepit rambut kami diambil. Kami juga tidak dibenarkan memakai bra dan selipar juga kena ditanggalkan. Kami diberi seikat gelang getah yang selalu digunakan untuk bermain 'zero point' ketika kecik2 dahulu untuk mengikat rambut. Fadiah telah mengambil segenggam getah tersebut dan menyarungkan kesemuanya ke rambut. Kata beliau, lepas ni kita boleh main "zero point" dalam lokap.

Keempat2 kami ditempatkan di dalam lokap yang sama. Lokap yang paling hujung, bersebelahan dengan bilik air yang tak ada pintu. Bau jamban mula menusuk ke hidung. Sebelum tiba di tempat kami, aku dapati sebuah bilik lokap dihuni oleh anak2 guam kami dan mereka sedang tidur berbantalkan selimut. Manakala Ginnie ditempatkan di bilik yang berlainan. Aku saspek mesti sebab budak ni bising2 tadi. Beliau juga sedang tidur.

Keempat2 kami tidak diberikan selimut dan bantal. Kami baring berbantalkan lengan. Kami cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Maka kami hanya berbaring sahaja memandang ke siling. Kami berbaring sebaris. Dari kiri Murnie, Syu, aku dan Fadiah. Tiba2, Syu yang berada di sebelah kiri aku terus bangun membuat sit-up. Aku tanya ko apehal? Dia kata sebab dia pernah terbaca cerita tentang orang yang tinggal dalam lokap selama 20 tahun, buat sit-up hari2 pastu body jadi lawa. Pastu aku kata "kita akan keluar esoklah!" Dan ia disambut dengan gelak ketawa keempat2 kami selama 15 minit. Fadiah kata, "Fad rasa kita akan ketawa macam ni selama satu bulan". Dan aku sambung, "kena tambah sebulan lagi sebab baju kau kelakar" Maka kami pun sambung ketawa. Lepas tu, datang seorang polis wanita menyuruh kami diam dan kami pun ketawa sambil menutup mulut.

Kami sambung berbaring menunggu hari pagi. Aku lihat Syu masih cuba membuat sit-up. Murnie yang kebosanan mengikut jejak langkahnya. Murnie dan Syu turun naik secara bergilir2. Pastu aku kata "jum buat ombak" dan ajak Fadiah sekali. Maka kami berempat pun buat sit-up secara bergilir2 macam 'mexican wave' lepas tu ketawa berdekah2.

Ketika kami sudah hampir terlelap, kami dikejutkan oleh seorang polis wanita yang menyuruh kami berpindah ke lokap di hadapan kami. Lokap itu lebih kecil. Selepas itu, sejadah dan telekung diberikan untuk sembahyang subuh. Kami sudah terjaga dan tidak boleh tidur lagi. Maka, keempat2 kami pun duduk berbincang tentang kebarangkalian apakah yang akan berlaku kepada kami pada hari tersebut. Sekiranya pendengaran untuk jaminan polis diadakan di Mahkamah pada hari ini, kami berharap supaya Majistret bertugas akan bertanya kepada kami sekiranya kami ada apa2 nak cakap dan kami akan memberikan beberapa point kepada Majistret tersebut. Kami sangatlah bersemangat pada waktu itu.

Kemudian, kami masing2 telah diberi sebatang berus gigi, ubat gigi dan sebuku sabun kecil. Kami bergilir2 masuk ke dalam tandas yang takde pintu tu. Dalam lubang jamban, ada 2 ekor lipas yang sudah mati dan air jamban pulak bertakung. Eeeeiii

Kira2 pada pukul 9 pagi, sarapan kami pun tiba- 2 keping roti yang disapu marjerin dan sebungkus teh o tanpa straw. Kami makan sambil menyanyikan lagu "uuuh Gardenia.... enak dimakan begitu saja!"

Kira2 sejam selepas itu, Murnie dipanggil keluar oleh seorang polis wanita. Kami yang lain terpinga2. Bagi memujuk hati masing2, Fad dan Syu telah sambung nyanyi. Waktu ni aku dah mula rasa pening sebab suara mereka sangat teruk. Mereka sangat perasan dan mula menyanyikan lagu2 yang pernah berada di dalam carta Billboard Amerika Syarikat. Contohnya seperti lagu The Fugees dan Britney Spears. Aku yang kepeningan sebab tak tidur dan letih, cuba menjerit "tolongggg... asingkan saya dari merekaaa!!" Walaubagaimanapun, polis tidak memperdulikan aku. Mungkin mereka seronok melihat aku didera secara mental oleh rakan2 selokap aku sendiri.

Tiba2, kami mendengar suara lelaki. Fadiah dan Syu terus terdiam. Tiba2 seorang polis lelaki berada di depan bilik lokap kami. Fadiah terus bersembunyi di belakang aku kerana dia tidak bertudung ketika itu. Polis lelaki tersebut bertanya kepada kami tentang firma guaman manakah kami beramal, dan alamat firma. Selepas mengambil butir2 tersebut, polis tersebut mengarahkan kami dibawa ke ruang depan balai.

Apabila keluar dari pintu, aku nampak Kak Lat dan ibu Murnie. Seorang polis wanita menyarungkan gari kepada aku. Aku kata "tak perlulah, saya bukan penjenayah berat". Tapi akhirnya kami digari juga.

Kami telah dibawa ke bangunan sebelah. Di sana, cap jari dan gambar kami diambil. Ketika itu, datang seorang pegawai polis dan berkata "kamu ni peguam2 muda buat apa nak kecoh2. sebab kamu, Majlis Peguam buat press conference. Lepas ni kamu akan diblacklist dan akan susah nak kerja". Fadiah kata "eh lepas ni lagi senang kami nak buat kerja!" Aku hanya tersenyum. Selepas itu, seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Mohd Zaini mengambil kenyataan aku. Aku hanya jawab soalan berkenaan nama, alamat dan kerja. Lain2, aku kata "saya akan jawab di Mahkamah".

Selepas selesai proses tersebut, kami diiringi semula ke balai utama dan diberikan semula pakaian kami. (Nasib anak2 guam kami tidak sebaik kami. T-shirt mereka yg berwarna hitam tidak dipulangkan. Mereka disuruh menghubungi keluarga/rakan untuk membawa baju persalinan untuk mereka- Aku kira ada 'double standard' di sini. Ini kerana aku, Ravin dan Syu juga berpakaian serba hitam.). Akan tetapi, gari tetap dipakaikan kepada semua orang. Keempat2 kami bersama2 dengan kelima2 anak guam kami dibawa masuk ke dalam trak polis. Aku dan Fadiah berpandangan sesama sendiri dan kata "Yessss".

Trak tersebut dibawa dengan sangat laju. Aku cuba berpaut pada kerusi kayu yang aku duduki. Tak sampai beberapa minit, kami tiba di Balai Polis Brickfields.

Cerita di Balai Polis Brickfields (hari kedua)

Di depan pintu masuk balai, aku nampak beberapa wajah para loyars yang aku kenali. Aku rasa sangat terharu dengan sokongan mereka terhadap kami. Kami telah dibawa ke bangunan sebelah kanan, di mana kami dipanggil masuk satu persatu dan barang2 kami diberikan semula. Akan tetapi, sepit rambut aku tidak ada. Tsk. Selepas mendapat telefon masing2 cuba menghubungi ahli keluarga dan para loyars. Akan tetapi aku tidak boleh berbuat demikian sebab bateri sudah habis. Polis mengarahkan kami menghubungi penjamin2 kami. Fadiah menghubungi Kak Lat yang kemudiannya mengumpulkan beberapa orang penjamin dari kalangan loyars untuk kami dan anak2 guam kami. Beberapa minit kemudian, kami nampak 2 org senior loyar naik dan diikuti kawan2 loyar kami dari Pusat Bantuan Guaman KL iaitu Afzan, Farhana, Valen, Leena dan Sasha. Penjamin aku ialah Farhana.


Surat Jamin aku

Kami memutuskan untuk menunggu Ravin dan keluar bersama2. Ketika kami dilepaskan dan keluar, kami disambut oleh ahli keluarga dan rakan2 loyars. Aku nampak kelibat abang dan pakcik. Aku takut kena marah. Nasib baik, tak.

Sekian.

33 komen:

sharkpitt berkata...

huyoo....kagum kagum.engko rupenya golongan loyar yg ditahan itu

Tanpa Nama berkata...

sangat kelakar cerita..kalaulah si polis ngok semua tu boleh baca dan paham!!

rahmat haron berkata...

"Aku tiba di balai polis tersebut lebih awal dari yang lain. Pada waktu itu, perkarangan balai polis agak lengang kerana pemprotes2 telah bersurai dan berdiri jauh dari balai."

waktu ketibaan kau di balai. tak sempat nak bertegur. aku dari jauh memerhati kehadiran peguam muda yg cukup bersemangat. dan telah terbuktinya semangat juang mereka para loyar muda-syabas!

Tanpa Nama berkata...

tak sangka kau tidur dalam lokap. Jaat betuul mereka ini.

kalau aku tau lebih awal, aku akan tiba di kl lagi awal.

-fiq

Tanpa Nama berkata...

polis mmg bangang lagi bodoh

GreenApple berkata...

sronok lak baca citer ko puspa... polis2 tue mmg tak tau/bodoh undang2..

anyway sgt kagum dgn kamu sume.. thumbs up..!

Tanpa Nama berkata...

ya,syabas para loyar..yang berpegang pada kebenaran..

lainieyeoh berkata...

not that i'm saying it's great a bunch of y'all got arrested, but glad you had company for that night anyway

amicus curiae berkata...

dah mandi cukup2?

Malik Imtiaz Sarwar berkata...

You did yourselves and the Malaysian Bar proud, you showed great courage and clarity under tremendous pressure.

Malik Imtiaz Sarwar

Tanpa Nama berkata...

Justice Abdul Aziz Abd Rahim then proclaimed Mohammad Nizar Jamaluddin as the rightful Perak menteri besar----berbaloi la juga pengorbanan loyar2 muda ini, Tahniah dik.

Nafastari berkata...

puspa, aku kagum sangat dengan ko! hahaaa.. keep up the good work.

-jay-

Amin Iskandar berkata...

Dengan ini terciptalah slogan baru,

"majulah Lawyer untuk negara".

Ree berkata...

Respect!!

Proud to know that there are people like you serving the profession.

ayoi berkata...

Respect. Hopefully when my daughters grow up, they will have the determination and courage like you and your colleague has shown.

Shahrul Azmi berkata...

Kudos! kakak Loyar... Aku ada anak pompuan 5 tahun........ bangga nya aku kalau anak aku jadi cam korang

edwin berkata...

ini bukan sekadar cerita, ini lebih daripada itu. anda telah terangkan dengan jelas hak dan peranan yang perlu dimainkan oleh seseorang individu apabila ditahan oleh mat-mat polis ini. thankz alot dear.

pandaktukan berkata...

You are feisty courageous young lawyer with a deadpan sense of humour. I enjoyed reading your account of what and how things happened. I have also read your colleague Fadiah's account. You have both done the Malaysian Bar proud. Same goes to your three other colleagues too. Don't lose your sense of idealism. We need young folks such as you if this country were to change for the better. Salam.

OrangGilak berkata...

terima kasih atas sokongan anda semua. lepas ni, saya akan lebih bersemangat!

Amir Hamzah berkata...

Hanya si bodoh shj berasa diri mereka hebat dan tiada tandingan.

sharkpitt berkata...

bapak aku pon terkojut aku ckp ko masuk lokap.aku bertambah terkojut sebab rupenya dia kenal ko!

Izraa berkata...

raspek girl!

fadhliz berkata...

cayalah puspa...afundi puspa..uishh
serius mmg tabik la dkat ko...kalau aku kene tangkap confirm puspa la lawyer ku

Tanpa Nama berkata...

Sahabat,

saya berasa bangga melihat --- a young Malaysian woman; seorang sahabat lama dari alam persekolahan, berani dalam memenuhi matlamat hidup.

tidak kiralah kalau perjuangan kita sama atau tidak, yang penting adalah golongan muda ada semangat dan berakhlak.

u-en berkata...

"Aku kata undang-undang apa yang ko pakai ni, suka2 hati je kata macamtu tanpa bukti."

aku gelak sampai hampir nangis. well done, and well written. best thing i have read in a long time.

My_Dark Passenger berkata...

bukan semua polis bodoh... bukan semua loyar bagus...

Penanggah berkata...

fuhhh caya laa.. merasa gak masuk lokap.. bukan senang nak musuk lokap ni.. skali2 apo salahnyer loyar plak kedalam.. polis pun hampeh gak..

hanipamaidin berkata...

Kamu semua amat membanggakan - srikandi yang wajar dicontohi melawan kezaliman. Ingatlah ini mungkin baru permulaan.

Membaca cerita kamu teringat saya kepada yang berlaku kepada saya pada tahun 1997 apabila saya cuba berunding dengan pihak polis yang cuba menahan mereka yang berdemonstrasi menentang kehadiran pasukan kriket Israel. Malangnya saya yang kena cekup dulu oleh pihak polis dan tidur lock up seperti kamu semua.

Polis Malaysia tidak pernah berubah. Untuk polis Malaysia kita wajar guna presumption of ignorance. They are presumed stupid until proven otherwise.

Mohamed Hanipa Maidin
Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS.

w.a.w.a berkata...

gilo la lu

Unknown berkata...

Saw your name in the list released by Bar Council.So glad that you are okay and were courageous in the face of idiocy.You go, girl!

Lee berkata...

why don't you ask Malaysian Bar to form their own political party?

admin berkata...

teruskan perjuangan mu beb! peace no war~

Hang-Jebat berkata...

belum terlambat hamba mengucapkan tahniah dan syabas atas perjuangan tuan hamba dan teman sekalian. Sememangnya pemerintah cukup gusar dengan begitu ramai anak muda yang telah terbuka mindanya untuk menuntut keadilan yang nyata. Teruskan usaha memartabatkan keadilan dan menjahanamkan kezaliman.