Berdialog dengan Kawan-kawan

Semalam aku ke Pekan Frinjan. Jumpa kawan-kawan, bertegur sapa dan bertanya khabar. Rata-rata khabar yang ditanyakan kepada aku ialah apakah hala tuju aku selepas ini, sebab ramai yang dah tahu yang aku dah hantar notis sebulan kepada bos. Aku hanya senyum.

Aku belikan buku "Catatan Seorang Demonstran' untuk Juana. Buku ni aku dah baca. 2 kali. Juana kata dia dah setahun cari buku tu tapi tak jumpa. Jadi aku tolong belikan terus dari pembekalnya. Katanya nak berdiskusi dengan aku bila dia dah habis baca. Ok.

Kemudian aku nampak Meor dan duduk berbual dengan dia. Meor ni boleh dikatakan aku jumpa dia hari-hari pada hari bekerja, sebab kami warga buruh Bangsar Utama ada 'port' sendiri lepas waktu bekerja. Tapi entah kenapa, semasa berbual dengan dia aku jadi marah-marah. Meor suruh aku tulis lirik untuk dilagukan. "Tapi bukan lagu perjuanganlah, lagu cinta," katanya selamba. "Apasal aku kena tulis lagi cinta pulak? Bukan kau lebih layak tulis ke? Kau kan dah kahwin?" Tempelak aku. "Ya, tapi kau ada sesuatu yang sangat berharga dan belum kau lepaskan lagi, lebih baik kau tangkap ia dan masukkan dalam lirik, lepas tu kau tulislah lagu perjuangan". "Apa maksud kau?" "Kesakitan putus cinta. Kau masih simpan, aku boleh nampak."

Aku teruskan meronda dan menonton persembahan pada malam tu dengan fikiran yang kosong. Aku kemudian berbual sekejap dengan Ayam. Ayam tanya betul ke berita yang didengarnya, bahawa aku nak ke Afganistan. Katanya dia dengar dari Bob. "Tak payahlah pergi, susah nanti kau nak menaturalisasikan diri semula". Haih macam pernah dengar je perkataan tu. Aku senyum lagi.

Malam tu bila aku pulang ke rumah, aku ber"Facebook" sebentar. Aku nampak Ayam pon 'online'. Aku terus hantar pesanan padanya. "Tak perlu pergi ke Afganistan untuk bincang soal naturalisasi. Aku memang dah tak neutral. Dah terlewat."

Kemudian aku berbual sebentar dengan Juana di Facebook. Tentang pemergian Yasmin Ahmad ke Rahmatullah. Tentang buku yang aku belikan untuknya. Tentang cinta, rokok dan kawan-kawan. Dan tentang perangai pelik aku. "Kau ni sebenarnya alien", kata Juana yang mempersoalkan hobi aku yang suka baca dan kumpul artikel pasal Perang Teluk sejak di darjah 3. "Itu bukan salah aku, tapi semua salah bahan2 bacaan yang aku dapat masa kecil," kataku mempertahankan diri. Aku juga beritahu Juana yang aku akan berjumpa dengan Mimot hari ini. "Kami nak luangkan masa bersama2 dan lupakan segala serabut di kepala". "Nak pergi mana?" "Nak kilatkan kuku. Agak middle class kan? Kadang2 aku menyampah dengan diri sendiri." "Memang," balas Juana yang bekerja di Malaysian for Peace. "Kadang2 aku rasa aku lebih working class dari kau". "Tak adil kalau kau nak hakimi aku hanya sebab isu kuku", kataku tak mahu mengalah. "Ada lagi, nanti bila kita jumpa di teater DBP, aku beritahu kau," kata Juana. Hmm

Hari ini, aku bersarapan dengan Mimot, sahabat baikku sejak sekolah rendah. Misi kami hari ini ialah mengilatkan kuku. Mimot ambil aku di rumah. Jadi aku bawa dia pergi ke kedai di mana aku selalu bersarapan seorang diri di pagi Ahad. Hobi bersarapan dan membaca seorang diri di pagi Ahad ni memang aku dah amalkan sejak di zaman uni lagi. Dulu2 takde kereta, aku naik 'feeder bus' LRT yang pertama masuk ke kampus iaitu pada pukul 650 pagi. Naik LRT sampai ke KL Sentral, berjalan kaki ke Brickfields, bersarapan dan baca suratkhabar di sana seorang diri. Bila aku pulang semula ke kampus pada lebih kurang pukul 11 pagi, selalunya rakan2 sebilikku masih belum bangun dari tidur.

"Kau ni macam orang berumur 43 yang terperangkap dalam badan seorang perempuan muda", kata Mimot. "Apasal pulak?" "Sebab hobi2 pelik kau. Bila kau nak kahwin ni?" "Bila kau nak carikan aku bf?", tanyaku semula. "Entah. aku mana ada ramai kawan lelaki. Aku rasa hidup aku tak complete lah, sebab baru 2 kali bercinta, terus kahwin." Aku tercengang sebentar dengan ayat penyata Mimot. Tak bagus ke macam tu?

Berdasarkan perbualan2 aku dengan kawan2 pada hujung minggu ni, aku boleh membuat beberapa kesimpulan:-

1. Meor ada 6th sense. Dia boleh 'nampak'
2. Juana sepatutnya bekerja dengan Agent Mulder
3. Ayam sedang ambil mood untuk Ogos ni
4. Mimot terlalu banyak menonton filem Hollywood. Ajak tengok filem bahasa lain, taknak. Tsk.

Bagus tak pendinding aku? :)


Selain daripada mengilat kuku, makan durian di tepi tasik juga adalah satu terapi

9 komen:

Tanpa Nama berkata...

Hmmm,kpada geng2 blum kawin,kita blh lepak bsama2 rakan2 seangkatan.

Ko pun suka sarap sorg2 smbil bc paper ek?samola kito.

juanajaafar berkata...

Sahabat, aku rasa Mot terlalu sopan untuk kata inner self kau 43 tahun. that kind of daft comment would probably come from me. unless Mimot has grown to be daft too. Jesus ...

dan apa keringat deoderant kau yang boleh kaitkan aku dengan X-Files?!

OrangGilak berkata...

juana: oh ya? walau apapun korang berdua tetap kata aku macam orang tua. pasal x-files tu... sebab kau syak aku alien.

mas berkata...

hmmm...elokla..orang tua berkawan dengan alien..ngeh ngeh

mas

aku berkata...

meor ada 6th sense..?
kena cari meor nih..

Kongkek N Go berkata...

jgn pernah cuba utk menjangka atau menduga aku..
kerana aku takkan terjangkakan..

p/s; justifikasi kau terlalu mudah.aku bukan budak sekolah.

OrangGilak berkata...

saudara K N Go: aku bukan menjustifikasi kau. segala kesimpulan yang aku buat tu sebenarnya adalah berbalik kepada diri aku sendiri. bila aku sebut pendinding, ia macam satu escapism tau. orang yang enggan nak terima kebenaran selalu ada masalah ni, macam aku.

Tanpa Nama berkata...

bila nak kasi lirik?:)

meor

OrangGilak berkata...

meor: tak kuasa aku.