Iklan Seni 2



Teater Kompilasi Volume II adalah kesinambungan daripada Teater Kompilasi Volume I yang pernah dipentaskan di Stor Teater DBP tahun lalu. Dalam acara ini, beberapa teater kontemporari pendek akan dipentas secara berturut-turut dalam satu malam.

Bagi sesiapa yang terlepas acara ini tahun lepas, di bawah adalah sedutannya:-




Nampak best, kan?

Untuk tahun ini, sebanyak 2 teater akan dipentaskan. Legasi dan Naturalisasi.

Sinopsis Legasi


Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.

Karya & arahan: MOIZZIS.RCHONG
Pelakon:
Dira Abu Zahar
Nur Ameera Ramli
Khairil Ridzuan
Indra Zaaba

Sinopsis Naturalisasi


Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.

Karya: NAM RON
Arahan & olahan: Fared Ayam
Pelakon:
Zahiril Adzim
Amerul Affendi
Noris Ali


Sebagai seorang peguam, haku hak hahu hapa hena hengena hrofession heguam hengan hisu homoseksual. Mungkin mereka nak tonjolkan yang takde manusia akan lari dari isu seksualiti ni, termasuklah peguam yang selalunya tahu membezakan hitam dan putih serta tidak ada yang kelabu?

Bila? 11hb-16hb Ogos 2009
Mana? Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka
Pukul berapa? 8.30 mlm
Kena bayar tak? Alaa.. RM20 je... usahlah kedekut sangat :p
Apasal aku beria2 suruh korang pegi? Sebab best laa
Kena buat tempahan ke? Kalau nak selamat dan takmo duduk di lantai, sila tipon/sms Faisal Mustaffa di 019-2232002

p/s: Faisal, bila aku kata tak usah guna watak ahli politik yang 'gay' sebab akan dibayangi isu politik semasa, tak semestinya ko kena tukar watak tu kepada seorang peguam! *piap*

5 komen:

Unknown berkata...

ampun aku Puspa

aku tak bersalah...

Kau salahkan penulis skrip dan pengarah teater.

OK apa peguam gay? Baru cool.

Kongkek and Go! berkata...

oi!
watak2 dan penyakit aids tu semua metafora je..
sinopsis itu takkan cukup utk menjelaskan segalanya atau memuaskan nafsu anda..
nak lebih faham atau puas datang la tengok the real play saudari..
pastu baru boleh judge..
amacam? ada brani? weepp!!

p/s: kompilasi vol 1 bulan februari lepas la.. bukan tahun lepas.. ceh *piap, piap* (2 kali tau)

OrangGilak berkata...

FM: no comment haha
...and Go!: oh ye ke feb lepas. nampak sgt haku dah tua sorry!

Zahiril Adzim berkata...

Akak, poster dah tukar baru.
Nama pelakon pun dah tukar.

:)

OrangGilak berkata...

bob: baeklah.