Tsk.

KENYATAAN AKHBAR

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Majlis Peguam untuk didaftarkan sebagai pertubuhan politik.

Majlis Peguam Malaysia adalah sebuah badan professional yang tidak cenderung pada mana-mana parti politik. Ia tidak pernah dan tidak akan terpengaruh dengan aliran politik mana-mana parti politik dan hanya berhasrat untuk menegakkan keadilan melalui keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Berkenaan dengan insiden penangkapan lima (5) orang peguam daripada Pusat Bantuan Guaman tersebut, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur ingin menegaskan bahawa ia adalah satu kewajipan peguam untuk memberi nasihat kepada anak guam sekiranya anak guam memohon untuk perkhidmatan peguam di mana hak-hak untuk berjumpa dengan peguam juga adalah dinyatakan jelas di Kod Prosidur Jenayah

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur mengecam penahanan tersebut dan melihatnya sebagai intimidasi dari pihak polis untuk menghalang lima orang tersebut dari menjalankan tanggungjawab mereka.

Atas dasar itu, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur memberi sokongan penuh kepada resolusi-resolusi yang diputuskan pada Mesyuarat Luar Biasa Majlis Peguam pada 15 Mei 2009, yang antara lain mendesak supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan mereka di atas apa yang berlaku.

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur juga mengecam kenyataan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa Majlis Peguam adalah sebuah badan anti kerajaan dan bersifat perkauman berdasarkan komposisi etniknya. Majlis Peguam adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama di mana komposisinya adalah seperti berikut:

Kaum Melayu : 39%
Kaum Cina : 37%
Kaum India : 23%
Lain-lain : 1%

Oleh itu, kenyataan tersebut adalah tidak tepat, dan berbaur perkauman.

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur juga menegaskan bahawa keluhuran dan kedaulatan undang-undang negara ini mestilah dihormati oleh semua pihak dan mengingatkan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang kebal dari tindakan undang-undang termasuk pihak Polis sekiranya melampaui batasan undang-undang.

Oleh itu, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur mendesak supaya Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menarik balik kenyataannya serta merta.

Bertarikh 20hb Mei 2009

Anand Ponnudurai
Pengerusi
Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur



-Diambil daripada Laman Web Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur-


3 komen:

amicus curiae berkata...

datuk wira lain kali kena baca betul2.

OrangGilak berkata...

ntaahhh dia tak perasan ke yang kami ni 4 orang Melayu dan seorang Punjabi dan anak2 guam kami Cina. Mana plak datang statement India ni??? Mentang2 bulan Mei... saja je nak selitkan unsur2 perkauman. I want bangsa Malaysia!

~salwaredzuan~ berkata...

okay laa..jd politik pon ok..pastu leh laa smua loyer2 topple gomen diorg tuh..buat statement mcm budak darjah dua..budak darjah dua punya statement pon lg okay kot