Semalam, ketika sedang bermesyuarat di Pusat Bantuan Guaman, Kak Renuka telah terima sms memberi khabar buruk tentang Jaya Supermarket (JS) yang runtuh tiba2.
Setahu aku, JS dah lama kosong. Kami sangat terkejut dan sedih kerana adanya kematian di dalam insiden tersebut. Setakat ini, 3 kematian telah dilaporkan. Ketiga2 ialah pekerja warga Indonesia.
(Ini buat aku terfikir sejenak. Bagaimanakah reaksi ahli2 keluarga mereka nanti? Adakah masa depan anak2 mereka terjamin? Adakah mereka mempunyai insurans nyawa seperti rakyat Malaysia? Apakah reaksi kerajaan Indonesia berkenaan perkara ini?)
Kembali pada JS.
JS menyimpan banyak kenangan masa kecil aku. Dulu, arwah atuk tiri aku tinggal di S14. Kami jalan kaki je pegi JS. Beli barang sehari2 di JS. Makan makanan segera di JS. Main lego di JS.
Bila masuk sekolah menengah, melepak pon di JS. Dating juga di JS. Hanya bila tingkatan 5, Amcorp Mall telah siap dibina dan tempat perlepakkan beralih ke situ. Hmm...
Beberapa tahun lalu, JayaOne telah siap dibina menggantikan JS. Tapi JS yang kosong tetap di situ, khabarnya sedang direnovasi. Aku kira, ia bukanlah renovasi yang baik dan perancangan juga tidak dibuat dengan betul. Sebab tu, runtuh.
Aku berani bertaruh bahawa akan ada orang mempolitikkan perkara ini. Tuding menuding akan berlaku. Isu siapa luluskan projek mana. Tapi, selalunya orang akan lupa dengan isu sebenar.
Isu keselamatan dan perlindungan pekerja.

3 komen:
Isu keselamatan pekerja sememangnya salah satu isu yang paling penting.
Tetapi isu yang lebih besar adalah perancangan, dan kawalan perancangan. Kawalan perancangan merangkumi kawalan pembangunan yang merangkumi keselamatan pekerja.
Bagi saya, tragedi ini menunjukkan betapa pentingnya anggota majlis bandaraya petaling jaya itu dipilih oleh rakyat sendiri - bukannya dilantik oleh Kerajaan Negeri.
Pilihanraya untuk pihak berkuasa tempatan (local authority elections) akan mengembalikan hak rakyat untuk memerintah diri mereka sendiri.
Jika rakyat sendiri bertanggungjawab untuk kawalan perancangan, pastinya pekerja (dan juga rumah-rumah dan perniagaan-perniagaan bersebelahan yang juga diancam) akan rasa lebih selamat.
Shanmuga K
Oh Kathy's toyland :(
sedey kan bila dia runtuh, walaupun memori aku dgn Jaya ni xlah spt ko yang membesar di PJ.
ni la tempat aku beli baju kat reject shop :(
owh cold storage juge :(
Catat Ulasan