Dalam kamus, hitam selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang negatif. Hitam lawannya putih. Hitam adalah kiasan menunjukkan negara tidak selamat dsb. Dalam budaya pula, pakaian hitam selalunya dipakai apabila ada kematian.
Justeru, apabila ada seseorang yang menyarankan supaya Hari Hitam Semalaysia (1BlackMalaysia) diwujudkan, maka bertempiklah org2 di atas sana menyatakan bahawa mereka2 yang mencadangkan hitam sebagai warna kebangsaan sehari ini sebagai pengganas yang mahu menggugat keselamatan negara.
Pada aku, pakaian hitam tidak harus dipandang serong sebegitu rupa. Sama seperti orang2 yang mengutuk gaya tudung Siti Nurhaliza seperti Darth Vader- sukahati dia lah nak pakai apa, duit dia. Apasal takde orang tangkap Siti sedangkan Darth Vader kan jahat dan suka bunuh orang? Sebab, Siti takde kepentingan politik.
(Sebelum aku bertindak ganas/merepek dengan menular kepada gaya pakaian artis2 lain, mari kita berbicara semula pasal Drama Hitam).
Malam kelmarin, seorang aktivis Wong Chin Huat yang terlibat dalam persidangan media berkenaan 1BlackMalaysia telah ditahan di rumahnya. Polis turut merampas laptop dan thumbdrive2 beliau.
Pada tengahari semalam, ketika pendengaran reman, sdr Amer Hamzah iaitu kaunsel utama Chin Huat telah memberikan hujah2 bernas bahawa Chin Huat tidak seharusnya ditahan berhari2 bagi siasatan polis kerana pengambilan kenyataan polis boleh diselesaikan dalam beberapa jam sahaja. Selain daripada itu, pihak polis juga telah gagal mengemukakan kepada Mahkamah artikel yang dianggap 'menghasut' yang menyeru rakyat Malaysia supaya berpakain hitam pada 7hb Mei.
Maka Majistret Naziah telah memutuskan supaya segala siasatan dan kenyataan polis diselesaikan pada hari itu juga. Para loyars Chin Huat pun keluar dari pusat reman dengan gembira dan memberi kenyataan media.
Akan tetapi, beberapa jam selepas itu, Chin Huat ditangkap semula kerana polis mahu menyambung tempoh reman yang dikatakan tidak cukup. Untuk itu, polis telah berjaya mendapatkan lanjutan selama 2 hari untuk mereman Chin Huat. Tsk.
Pada masa yang sama, saudara Mat Sabu dari PAS, yang pernah bergambar dengan aku (ceh macam aku sorang je yang pernah bergambar dgn beliau, perasan!) juga ditahan di sekitar Kuala Lumpur kerana beliau dikatakan telah dijadualkan akan terlibat dalam perhimpunan 1BlackMalaysia hari ini di Ipoh.
Malam tadi, ketika sedang main game Zoo Tycoon 2 dan minum Milo sejuk, aku telah dihubungi oleh kawanku Hong Siang yang meminta bantuan guaman selepas 8 orang ditangkap di acara pasang lilin di hadapan Balai Polis Brickfields sebagai solidariti untuk Chin Huat.
Maka aku dan beberapa orang loyars muda lain pun pegilah ke sana. Secara jujur, sebelum ini, aku sentiasa diberi panduan dan tunjuk ajar oleh loyar2 senior jenayah yang lain yang selalu buat kes "urgent arrest" ni. Tapi malam tadi, mereka semua tidak berada di tempat kejadian kerana mereka berada di tempat lain, dan ada yang aku sengaja tak mahu ganggu kerana aku tahu meraka sudah penat berhempas pulas berhujah bagi kes YB Nizar, yang juga dijalankan pada hari semalam.
Jadi, malam tadi adalah pertama kali aku mengendalikan "urgent arrest" tanpa loyars yang biasanya mengendalikan kes2 sebegini. Nasib baik, walaupun mereka tidak berada di situ, mereka sedia membantu dengan beritahu aku apa nak buat melalui telefon (Trima kasih Abg Amer, Kak Lat, Mr Ravi & Suren!).
Tapi, disebalik kesibukkan aku dan loyar2 lain cuba untuk meyakinkan polis untuk membenarkan kami masuk ke dalam balai dan berjumpa dengan anak2 guam, ada pula insan2 yang masih berani nak pasang lilin depan pagar balai tu. Natijahnya, 8 orang lagi ditangkap selepas itu. Senarai penuh org2 yang ditangkap ialah:-Melissa Wong Yuet Fun; Lim Kar Mern; Masturah Kamaruddin; Teo Nie Ching; Hong Man Fatt; Chai Chee Fatt; Lim Hong Siang; Temme Lee; John Liu; Liau Kok Fah; Liew Thin Choi; Law Teck Hao; Chan Kim Ming; dan Lee King Thim.
Kemudian, polis2 mula menghalau org2 yang berkumpul di depan balai seperti anjing sambil menjerit "disperse! disperse!". Lepas tu, semua org pun bersurai (Tsk. Alahai~).
Beberapa minit selepas itu, keajaiban muncul dari langit. Polis benarkan loyars masuk! Yeaa... ooops. Belum lagi. Masuk dalam kawasan balai je. Tak boleh jumpa anak2 guam pon. Pffft! :p
Pada masa yang sama, aku sentiasa dihubungi oleh anak2 guam di dalam lokap yg bertanyakan tentang prosedur dan apa yang harus dan tidak harus dilakukan/dijawab di dalam lokap. Aku cuba membantu mereka seberapa yang boleh.
Pada pukul 11.10 malam tadi, kesemua 14 orang yang ditangkap dilepaskan satu persatu tanpa pengambilan kenyataan polis. Walaupun ada yang disuruh sain satu borang penyangkalan hak2 asasi, tapi aku minta mereka supaya jgn sain. Lepas tu, semua orang pulang dengan gembira. Aku yang kelaparan terus cari makanan di kedai makan yang berhampiran.
Hari ini, aku pakai Hitam. Ini kerana aku percaya bahawa: Malaysia ialah negara polis dan aku tak suka; polis Malaysia tak cukup professional; penganjur2 tunjuk perasaan perlu lebih 'organized" ; pilihanraya perlu diadakan semula terutama di negeri Perak; Najib tak best; dan YB Nizar lebih comel daripada Zambry.
Korang?
7 komen:
aku pakai hitam.hari ni.
dan hari hari.
aku suka hitam
kahkahkah...lu mmg rock!
hitam bukan hak milik zambery saorang.
hitam hakmilik setiap insan...
kahkahkah!
(kalau tak paham, abaikan...)
*gelak lagi...kahkahkah!
yeah..nizar memang lebih hansem dari zambry?
best ke lokap? selamat kembali... ni memang layak aku belikan kek
aku pun pakai hitam sebab tak nak nampak gemuk
pakai itam sbb kalau sos tumpah kat baju org tak nmpk.tp nizar adalah mmg encem dr zambry!court kna amek judicial notice!
pemerintah sememangnya fobia dengan warna. dahulu mereka cukup gelisah apabila rakyat mula memakai baju Kuning. Kini warna hitam cukup menjelek mata mereka. Warna apa pula selepas ini? PINK? ORANGE? PURPLE? INDIGO?
Catat Ulasan