Malaysia Tanahairku... Dan Tanahairnya


Pagi tadi, aku bersarapan sambil membaca beberapa suratkhabar tempatan. Isi-isi suratkhabar itu hampir membuatkan isi perutku terkeluar kembali. Bukan pasal JS. Bukan pasal Penanti. Bukan pasal Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Bukan pasal AhLong. Bukan pasal artis yang seksi. Bukan bukan bukan.

Pasal Chin Peng dan komunisme.

Nampaknya, ramai orang yang marah bila ada cadangan supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Maafkan aku, kerana aku tidak marah.

Sejak dari waktu aku sudah boleh berfikir dengan rasional, aku mula menolak segala bentuk pemikiran yang memisahkan selapisan rakyat dengan yang lain. Ini termasuklah pemikiran berbentuk perkauman dan ideologi ekstrem.

Pada aku, Chin Peng ialah seorang rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampungnya, jadi baliklah. Buat apa nak dihalang?

Sebab dia komunis?

Di negara kita, komunis di cop sebagai jahat dan kejam. Sebab komunis bunuh orang. Cederakan orang. Ramai yg mati dan ramai yang cacat kerana komunis (sekadar memetik kata2 orang2 arus perdana).

Maka aku ada soalan di sini. Masa zaman penjajahan Jepun dulu, tentera Jepun juga bunuh orang kan? Kenapa sekarang kita boleh terima dan memaafkan kerajaan Jepun? Komunisme adalah ideologi yang tidak sihat? Jadi apa kejadahnya perjanjian persefahaman dengan negara China? Selagi boleh kaut untung, semuanya ok?

Aku keliru. Eh silap. Aku pernah keliru. Sekarang, yang tinggal hanya rasa menyampah dan meluat. Menyampah dengan cakap2 berbau perkauman. Meluat dengan sentimen2 'kenegaraan' yang dibuat buat.

Korang pernah cuba lihat Tugu Negara kita betul2? Tugu Negara yang dibina sebagai kejayaan 'orang kita' dalam mengharungi zaman darurat 1948-1960. Perhatikan wajah patung2  yang berdiri itu, dan perhatikan wajah 'pengganas' atau 'orang jahat' yang berjaya dibunuh dan dipijak itu.

Satu-satunya kesombongan yang ada dalam diri aku yang membuatkan tidak mampu untuk berasa bangga setiap kali aku lihat Tugu Negara ialah fakta bahawa kita sebenarnya meraikan kejatuhan sekelompok rakyat Malaysia yang dipijak oleh sekelompok rakyat Malaysia yang lain dan/atau bangsa asing. Sila tolak ke tepi segala ideologi politik korang bila baca blog aku. Sila fokus pada isu bangsa Malaysia.

Setiap kali isu Chin Peng dibangkitkan, suratkhabar2 Melayu terutamanya akan berkejar mencari bekas2 perajurit tanahair yang cacat akibat berperang dengan komunis untuk ditemuramah. Mereka marah dan sedih dengan Chin Peng apabila merenung kejadian yang menimpa diri sendiri. Bahagian yang itu, aku faham dan boleh terima.

Tapi, pernahkah kita cuba untuk faham perjuangan bekas2 komunis Tanah Melayu? Kenapa mereka bertindak berperang di dalam hutan? Berperang dengan Jepun dan British iaitu Penjajah? Dan mereka juga gugur ke bumi, bukan? Dan, kenapa hanya fokus pada Chin Peng? Bagaimana dengan orang-orang lain yang pernah menjadi komunis?

Kenapa sejarah kita boleh menerima hakikat bahawa komunis sebenarnya pernah membantu tanahair dalam memerangi Jepun, tapi bila komunis memerangi British, terus mereka di cop pengganas? Bukankah ini propaganda orang putih?

Kenapa sejak dahulu kala lagi... orang kita gemar bersekongkol dengan orang putih? Dan kalau ada yang bersekongkol dengan lawan orang putih, mereka secara automatik menjadi antagonis di dalam cerita?

Bagi aku, Chin Peng hanya satu simbol kebencian yang direka oleh orang2 tertentu. Kalau benar komunisme dan perang darurat adalah pokok pangkalnya, maka kenapa ada pejuang2 komunis yang seangkatan dengannya dibenarkan pulang dan menghembuskan nafas terakhir mereka di sini?

Maafkan aku kalau ada yang marah. Kalau korang nak cop aku sebagai buta sejarah dan Melayu tak sedar diri, silakan.

Daripada layan cerita2 suratkhabar yang menyakitkan hati dan memeningkan kepala, lebih baik aku layan lagu Tragedi Memali - (yang hampir takde kena mengena dengan komunisme, tapi ada kena mengena dengan perihal sejarah yang dibutakan oleh kerajaan demi kepentingan pihak2 tertentu).

Di manakah keadilan untuk para Syuhada ini?
Di manakah pembelaan untuk mereka..? -Tragedi Memali

28 komen:

~salwaredzuan~ berkata...

british dipandang tinggi sbb idong dia tinggi! tp aku tetap berbangga walau idongku pesek (idong jawa laa katakan)..anyway..sejak bila malaysia takde double standard? so itulah jawapan knapa chin peng tak boleh blk msia.sekian, terima kasih.

cuti skolah nk bwk anak sedare g tgk tugu negara.aku nk cek idong patung2 tu.atau mungkin bleh cek benda lian gak untuk memastikan race diorg.

amicus curiae berkata...

like all good critic, it all started with good things to say,in support

whatever chinpeng did (in the past) was bad, cruel (pls insert other expletives) and etc,the damage he caused (in the past) is irrepairable, people lost their lives and limbs and family members.

ok.fine,you and I accept that.

Its.In.The.Past.

If Malaysia appreciates history as it is, I'm sure we'll stand up better and higher somewhere.

Mandela was right.He got jailed because of his principles,but when he got out and in power,he did not return the favour.

History,is not something that is to be repeated.But here its totally different story.

Saya tidak katakan CHinpeng patut balik dan tidak patut balik,tapi its just an issue thats being emotionalised rather than rationalised,kemungkinan besar bak kata emon, double standard.

What If chinpeng itu melayu?

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

Commie-Panic!
Penilaian yang baik dalam isu ini..
Generasi ada hak untuk dijelaskan sejarah pada sudut yang berbeza.
Welcome to Revisionist Club!

Unknown berkata...

memang saya setuju..sampai sekarang pendidikan sejarah yang ada kat malaysia ni tidak telus..memang ada berat sebelah..bila mereka berjuang untuk kita bertepuk tangan tapi jika tidak diperlukan mereka diperkotak katikkan..

pendedahan apa itu komunis juga tidak pernah adil..bahkan di china..terdapat 2 cabang komunis semasa di bawah pemerintahan chairman mao!!

OrangGilak berkata...

salwa: ya... sila cek hidung tersebut kemudian kongsilah dengan kami apa pendapat anda.
amicus: ya. what if?
si pekik: rasanya banyak generasiku yang begini.
sherrie: mmg lumrah...sejarah adalah milik pemenang :/

Desmond Ho berkata...

To err is human, to forgive is divine.

I think and have been educated that unforgiveness is one sickness that quickens one's path to death.

Mohamad Farez Abdul Karim berkata...

salam,

dah singgah ni. Nanti taktau pulak.

:)

rawsktar berkata...

Penulisan kau sungguh mantap dalam mengulas isu ni. Tahniah.Tahniah!Ko masih sudi menjadi loyar aku?

OrangGilak berkata...

oh aku baru dapat tahu yang pada setiap patung yg berdiri itu, ada nama. ye ke? yang baring, ada tak?

OrangGilak berkata...

des: i agree with u
anak bumi: selamat datang :)
mel: sudi. sri paandi.

rahmat haron berkata...

bagaimana pula dgn Henry Gurney, yg diabadikan sebagai nama jalan2 di perak, n.semblian, malah pdg kota di tukar jadi Gurney Drive. sekolah pemulihan akhlak nama Gurney-patut ramai yg masuk sana tak pulih2 akhlaknya.

kata Ameno anti-Israel, pro-Palestin.

takkan tak tau Henry Gurney ni siapa??? bekas Setiausaha Negara Empayar British di Palestin(1946-1948). maka tertubuhlah negara Zionis Israel, hasil peranan Gurney.

tali kasut berkata...

dah lama x bukak blog ni, last time bukak, citer pasal drama hitam kot. pastu,buka2,xde update.
malam ni bukak, dah lain macam. sumer dah berubah.
cerita dah byk - membuktikan akak byk masa lapang. hehe
gamba dah byk - bg memeriahkan page
pendek kata byk dah berubah lah~
ada satu gamba tu,nmpk muka akak da makin berisi sekarang~ haha - ni misti kes kuat makan!
anyway, chin peng ke saper ke, wa talak amik port sgt~
legi besh layan nes'o'beng.
nes'o'beng satu!! kurang manis yer~

OrangGilak berkata...

rahmat: macam yg salwa kata la... double standard~
tali: manada lama tak apdet, sebelas hari je. woi woi berisi tu sensitif aaa! gambar semua lama kecuali gambar hitam putih tu, baru amik masa gi penang haritu. tsk.

Mohamad Farez Abdul Karim berkata...

sori, video tu hilang ke mana, tidak dapat dicari,

semalam terpaksa edit lain,

jadi tunggu malam ni inshaallah, akan diupload dalam editing yang terbaru.


sori. :)

Tanpa Nama berkata...

hoi!! bukan semua yang mancung tu ialah mat salleh tau..cis..anyway good piece!!

Tanpa Nama berkata...

tq 4 this article.

i needed to hear/read something like this piece.

4RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

OrangGilak.. ko orang banjar ke? saja tanya. Hujah2 ko memang bernas dan aku setuju dgn apa yg ditulis. Ko kena tulis mcm2 dan byk lagi isu utk pengetahuan umum.

OrangGilak berkata...

Anak Bumi: Takpe dah dapat. Trima kasih!
TanpaNama1: hehehe...
TanpaNama2: terima kasih juga kerana sudi membaca
TanpaNama3: Berketurunan Minang. Bangsa Malaysia.

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam saudari tuan rumah,

saya menghormati pandangan saudari tentang komunisme dan Chin Peng itu,

bagaimanapun, saya berpandangan tiada wajar Chin Peng diizinkan untuk "pulang" ke sini; ini akan "melukakan" hati ramai pejuang yang pernah hidup secara langsung antara 1948 - 1960.

Tanpa Nama berkata...

hi Puspa,

i see what you mean now when you said this might get you into trouble :]

this whole debate about Chin Peng's homecoming is pretty fucking annoying. i am so tired of Malaysians always debating about personalities. sure, often that one personality represents a bigger issue. but let's talk about the bigger issues then, like what you've attempted here.

arse Chin Peng's homecoming. let's talk about reconciliation --- of our history/histories.

zapa berkata...

Zapa is laughing

tali kasut berkata...

hahahah, posting yg mendapat respon seperti menjual goreng pisang panas~
goreng lagik..goreng lagik~
ngeheheh
tea 'o beng ser~

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

U found your niche baby!

Harap panjangkan komen-komen kerana isu ini terletak di tangan generasi untuk merungkainya.
Kita telah menjadi yahudi sekejap skarang kerana penafian Dr Burhanuddin, API, Insaf & pra-PKM dijulingkan dari buku teks - seolah-olah kita cuba menumpulkan hakikat bahawa Holocaust tidak pernah wujud.

OrangGilak berkata...

zulkifli: saudara,tidak dinafikan, sesiapa sahaja akan 'terluka' akibat perang. tetapi saya cuba berfikir 'beyond' keterlukaan itu. harap maklum.
juana: jum minum teh.
zapa: :)
tali: :p
si pekik: rasanya penggunaan 'yahudi' itu terlalu keras... tapi saya akui generasi muda lebih berpeluang berfikir secara rasional dalam melihat sejarah kerana kita tidak terlibat secara langsung dari segi emosi.

Basuh Baju berkata...

begitu jg kpd British: kenapa dilayan orng British dgn begitu baik sekali sedangkan mereka lah ibu segala penjajahan dan peperangan di negara kita.

Komunis menentang British. British gunakan melayu sebagai askar.

Bagi saya: sejarah perlu dibebaskan dari satu sudut. Biarkan sejarah dilihat dari pelbagai sudut. Barulah kita boleh menilai sendiri kebenarannya..

Kucing Parsi berkata...

rundingan baling 1955 memang tidak dapat ku lupakan, begitu umno telah melupakan... patutlah UMNo ni parti yang di haramkan. selepas president pertama nya keluar, bapa kemerdekaan malaysia sanggup bersekongkol dengan komunis untuk menghalau british, tapi sekarang dengan UMNO baru(baca=baghal) mereka cuba menafikan hak orang yang lahir di bumi bertuah...

apa2 pun tulisan saudari memang baik!

admin berkata...

syabbass bette~! teruskan berkarya secara kreatif utk membuka minda generasi muda..thumbs up!

Unknown berkata...

Setuju apa yang saudari tulis.
kalau lah kerana Chin Peng balik ke Negara akan membawa sesuatu yang tidak baik. Kenapa PM buat lawatan rasmi ke Negara China? Kan Negara China yang sokong Chin Peng dan merupakan negara komunis? Jawapanya ???