Mari Melancong

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk dan memenatkan untuk aku. Demam la pindah rumah la. Bila masuk hari khamis, dah pancit. Aku sangatlah memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan gateaway supaya hujung mingguku tak berakhir di atas katil je. Tetiba aku teringat kat pilihanraya2 kecil di Bkt Selambau, Bkt Gantang dan Batang Ai. Terus tipon Kak Lat. Dia kata, dia pon nak pegi. Aku pon offer kereta aku. Bila dia kata ok je, 5 minit lepas tu terus aku hantar kereta ke bengkel depan ofis untuk diservis. Semangat!

Kami bertolak pada malam jumaat lepas maghrib dan tiba di Bukit Selambau kira2 pukul 1 pagi. Di sana jumpa kawan2, mereka bagi tumpang tidur di rumah mereka di pekan Sg Petani. Nasib baik, sebab hotel dan motel semuanya dah penuh. Esoknya, aku pon menjalankan misi menjadi pelancong politik.


Kak Lat: Kalau nampak double chin aku, jaga kau!

Sesampainya di bilik gerakan PKR di Bukit Selambau, Khai Loon tanya kami, nak ikut calon pegi berkempen tak? Haritu calon dijadualkan ke estet2. Maka kami pon membontoti kereta calon ke kawasan yang dijadualkan.

Sebenarnya, itu kira pertama kali la aku ke kawasan estet getah. Dapat pula yang tak berapa tersusun...haishh hibanya tengok gaya kehidupan dorang. Ni Malaysia ke?? Takde bekalan air, takde bekalan eletrik yang terancang. Waktu tu mmg rasa nak baling kasut kat sapa2 yang berkenaan :(


Memerhatikan dari dekat cara berkempen stail PKR


Besen besar yang digunakan untuk menakung air oleh penduduk estet

Lepas mengekor calon, kami pon kembali ke bilik gerakan. Eh sebelom tu pegi menyantap nasi kandar di pekan Sg Petani. kemudian, kami pon tunggu malam hari untuk mendengar ceramah perdana di Bukit Selambau.

Ceramah tu ada AI, ada calon dan beberapa orang lagi. Ramai juga yang datang. Aku mendengar ceramah sambil makan kacang rebus. Satu bungkus, RM2.

Aku sedikit gusar dengan Bkt Selambau ni, sebab calon2nya terlalu ramai. Pecahan undi akan berlaku. Tapi, pada waktu yang sama, aku pon rasa kelakar sambil tergelak2 sebab oleh kerana terlalu ramai calon, calon2 bebas terpaksalah menggunakan logo yang disediakan. Kata Kak Lat, logo tu kira macam first come first serve lah, jadi siapa yg paling lewat mendaftar, akan dapat logo yang paling hampeh.

Undilah Buku. Hahahah. Kapal Terbang. hahakahakahk. Undilah calon Basikal. Muahahah. Pangkah Payung. hahahahah. Paling tak tahan- Bas. MUAahahaahHAhaahahah.

Penat betul aku malam tu. Penat berjalan, berdiri, dan ketawa. Sampai dorang kata, aku tidur sambil berdengkur (Cis.. kan dah kurang Rm1 ribu :p)

0 komen: