Berbudaya bersama Mahsuri


Jumaat lepas aku pergi menonton teater Mahsuri di Istana Budaya. Kali ni dapat tempat duduk di dewan utama :-) Herm bagi aku teater Mahsuri ni biasa ajerlah. Kisah seorang wanita yang sudah berkahwin yang dihukum mati selepas difitnah bermukah dengan seorang lelaki, lepas tu sebab marah, dia pun sumpah Langkawi jadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan (Kalau dia ni wanita moden, mesti dia akan saman orang yang fitnah dia sebanyak berjuta2 :p).

Lagenda Mahsuri ni sangatlah hebat dan sohor, sehinggakan pada sekitar tahun 2000, seorang budak perempuan yang didakwa orang sebagai keturunan Mahsuri yang kelapan, yang menandakan tamatnya sumpahan Mahsuri, ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan Malaysia sampai dapat tempat belajar di UIA walaupun hakikatnya budak ni takdelah pandai sangat :p

Aku mengharapkan teater Mahsuri ini digarap dengan baik memandangkan pengarahnya ialah seorang pelakon yang terer, iaitu sdr Fauziah Nawi. Tapi.... entahlah.

Babak Mahsuri nyanyi2 dengan orang kampung
-Adeihh sumbangsih gila suara Vanida nihh.. kenapa la dia terima tawaran teater musikal ni berlakon cam biasa je cukup lahh.

Babak Wan Yahya (Datuk Pekerma Jaya) meminang Mahsuri
"Wan Yahya: kami nak menjodohkan adik kami, Wan Darus dengan Mahsuri.
Pandak Maya: Alaa... kami kan bertuankan Datuk... elok kata Datuk, elok la bagi kami... heheheh"

-Ceyh mata duitan betul mak ayah si Mahsuri ni. Cuba tanya dulu Mahsuri ndak ke tidak kat Wan Darus? Cam takde pendirian je. Ko tak nampak ke bini si Datuk ni (Wan Mahura) nampak scary semacam? Ngerinya kalo dapat kakak ipar macam tu. Eeee

Babak malam pertama Mahsuri dan Wan Darus
-Macam tak perlu je babak ni :p

Babak Mahsuri difitnah dan dijatuhkan hukuman
-Mula2 tu nampak macam Datuk Pekerma tak nak menjatuhkan hukuman, lebih2 lagi org2 kampung pun tak mengizinkan. Tapi bininya Wan Mahura tu lebih2 plak dan si Datuk tu nampak macam takut bini. Walaupun semua orang kampung tahu yang si Wan Mahura ni lah yang telah memfitnah Mahsuri akibat cemburu, tapi dorang tak boleh nak buat apa2 sebab Wan Mahura ialah bini kepada pemerintah dan adalah wanita/orang paling berkuasa di kampung tersebut. Orang2 kampung takut kena letup oops kena hukum bunuh dengan C4 ooops keris yang akan dicucuk ke leher.

Babak Mahsuri dihukum bunuh
-Keris2 yang digunakan oleh sang algojo nampaknya tidak berjaya menembusi badan Mahsuri. Kiranya Mahsuri ni kebal lah. Tapi sebab tensi dan/atau bosan menunggu, Mahsuri dengan "bijak"nya telah memberitahu rahsia bahawa beliau hanya boleh dibunuh dengan keris pusaka keluarganya saja.
-Adeihh... kalau aku jadi Mahsuri, aku akan gelak kuat2 dan kata "akulah Mahsuri yang tak boleh matiii... Kalau korang tak lepaskan aku dalam masa 10 minit, korang plak akan mati hahahaha..." lepas tu, bila dorang dah lepaskan aku, aku akan lari dengan anak aku di mana2 lepas tu mulakan hidup yang baru. Itupun tak boleh fikir ka.. wahai Mahsuri yang cantik jelita?

Babak2 lain











-ZZzzzzZZzzzzzzzz...Krohhh krohhhhh zzzzzzzzz

Sekian.

9 komen:

xs2rockstar berkata...

ulasan yang bagus.

amicus curiae berkata...

aku rasa okey je.enjoy la jugak.dan adik aku ada jugak terbangun sekali sekala dari lena.

cuma aku tak paham manohara cakap apa.

OrangGilak berkata...

xs: mekasih
Amicus: adakah kerana dia guna suara dalaaammm (ajuk gaya mahura/manohara/mahameru apa2 jelah)

amicus curiae berkata...

weh weh manohara tu silap eh.itu manohara pinot.

wan manora la,badut!

OrangGilak berkata...

ko sure ke, cimpanzi? ada ke nama org kedah dulu2 manora advancenya

amicus curiae berkata...

perangai diva macam tu, mestilah disusuli dengan nama artis moden.

Tanpa Nama berkata...

menunjukkan melayu bangsa yang lemah hakikatnya... lebih suka tipu daya dari realiti... kata kata insan yang cetek pengatahuan seperti ku kot..... :p

binjidan berkata...

anggaplh mereka sudah berjaya menggunakan duit kerajaan dgn sebaik baiknya hahahaaaaaaaa sapa yg berani buat teatre 7 wali melayu plak hahahaaaaaaaaaaaa satu cabaran buat smua penggiat teatre..

Tanpa Nama berkata...

menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga... la la la la la.