Perubahan apa?

Beberapa ketika dulu aku pernah menulis tentang nasib pelarian yang tidak boleh pulang ke negara sendiri. Aku juga pernah menulis tentang kematian Shamsiah Fakeh.

Apa kaitannya?

Pada 8hb April yang lalu, seorang lagi pejuang kemerdekaan meninggal dunia. Seperti nenek Shamsiah Fakeh, beliau juga cintakan negara ini. Beliau juga menyertai PKM demi melawan penjajah. Tapi nasibnya tidak 'sebaik' nenek Shamsiah. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya bukan di tanah tumpah darahnya, tetapi di Thailand.

Namanya Pak Abu Samah @ Abu Samah bin Muhamad Kassim.

Siapakah beliau? Aku sendiri hanya mengenali beliau melalui pembacaan yang terlalu sedikit. Sistem pendidikan kita seolah2 hanya mahu anak2 dan adik2 kita mengenal pejuang Melayu yang berpartikan UMNO sahaja.

Nasib baik, beberapa tahun lalu aku terjumpa dan membaca sebuah buku berjudul "Islam Melayu Komunis (IMK) " yang mewawancara arwah Pak Samah.

Pak Samah adalah cicit kepada Datuk Bahaman. Pak Samah anak kelahiran Temerloh. Abang pertamanya, seorang pejuang anti-Jepun mati dibunuh. Seorang lagi abangnya, mati diracun bersama ibunya.

Bila sudah dewasa, Pak Samah menyertai PKMM dan seterusnya Pembela Tanahair di Semantan. Apa yang menarik, beliau juga menyertai UMNO!

Akan tetapi, dek kerana bosan dengan slogan "hidup Melayu" UMNO dan mahukan kemerdekaan, Pak Samah kemudiannya telah menyertai PKMM dan seterusnya PKM.

Ketika zaman kegemilangannya, British pernah menawarkan RM30k untuk mendapatkan beliau. Menurut beliau lagi, pada 1948, beliau masuk hutan meninggalkan isteri dan anak kecilnya. Kemudian isteri dan anak kecil itu dihalau oleh British dan dikurung di Balai Polis Lancang sehingga anak kecil itu meninggal dunia di situ. 10 tahun selepas itu, Pak Samah berkahwin dengan Ketua AWAS Pahang, Siti Norkiah.

Di dalam IMK, Pak Samah menegaskan bahawa musuhnya selepas merdeka pada ketika itu hanya British dan beliau mahu kemerdekaan yang total.

Orang begini sangat berpegang pada prinsip dan tahu apa yang dia mahukan. Tapi, isunya sekarang ialah nasib pejuang2 kemerdekaan kita yg dianggap kiri dan kononnya akan menggoncang kestabilan negara walaupun mereka sudah tua2 belaka yg kini menetap di negara orang.

Tidak adakah ucapan selamat pulang untuk mereka? Haishh.. kalau org yg didakwa sebagai pengganas bom pun boleh dilepaskan dari tahanan sempena "upacara pengampunan", takkan pejuang kemerdekaan takde can langsung?

Adakah nasib semua mereka akan seperti arwah Pak Samah? Mana perubahan ko?


0 komen: