Bumi oh Bumi


Esok, tanggal 22hb April ialah Hari Bumi. Apa itu Hari Bumi? Dalam sejarah, Hari Bumi ada 2, iaitu Hari Bumi yang telah diperkenalkan oleh seorang pecinta alam sekitar yang juga bekas senator di Amerika Syarikat, Gaylord Nelson dan Hari Bumi ekuinoks yang diperkenalkan oleh seorang aktivis alam sekitar John McConnell pada 1969 (alah sama jer, dua dua orang putih Amerika).

Hari Bumi yang diperkenalkan oleh Gaylord Nelson, seorang bekas senator Parti Demokrat berunsurkan politik. Secara ringkas, beliau telah mengambil kesempatan menggunakan isu alam sekitar sebagai agenda politik bagi mengalih pandangan rakyat terhadap gerakan anti-perang Vietnam dan anti-populasi yang sedang meningkat pada waktu itu. Nelson dibantu oleh kroni2nya seperti Gladwin Hill yang menulis secara panjang berjela di dalam New York Times bagi tujuan promosi 5 bulan sebelum Hari Bumi 1970. Di samping itu, gerakan Hari Bumi yang dilancarkan dari peringkat akar umbi telah berjaya menarik minat golongan rakyat, terutamanya golongan anak muda di kampus-kampus universiti di Amerika Syarikat kerana pilihan masa yang agak sesuai. Tarikh 22hb April sengaja dipilih sebab waktu tu terutamanya di Amerika Utara, cuaca tengah baik iaitu di tengah2 musim bunga dan peperiksaan kuliah pun selalunya dah habis. Bagi menjayakan kempen itu juga Nelson berganding bahu dengan seorang bekas pemimpin pelajar iaitu graduan Universiti Stanford, Denis Hayes . Pada waktu tu Denis sedang sambung belajar di Universiti Harvard. Tapi, oleh kerana terlebih excited selepas diajak oleh Nelson bagi menyertai beliau, beliau terus berhenti belajar (sila jangan tiru-tapi lepas kempen tu dia sambung belajar semula). Hasil dari kempen terancang, maka Hari Bumi pertama telah disambut oleh lebih 20 juta orang di Amerika Syarikat.

Hari Bumi ekuinoks pula diperkenalkan oleh John McConnell. Ekuinok atau 'equinox' dalam bahasa Inggeris adalah waktu bila matahari melintasi khatulistiwa, dan malam dan siang sama panjangnya di seluruh dunia. Ia berlaku pada 20/21 Mac dan 22/23 September setiap tahun. John ni pernah bekerja sebagai Naib Presiden di sebuah yayasan yang memberi sumbangan dalam pembuatan plastik. Dari situ baru dia sedar tentang kesan pembuatan plastik terhadap alam sekitar. Dari situ, John McConnell telah memulakan kerja-kerja kemanusiaannya yang lain seperti memberi makan kepada pelarian2 dari Hong Kong pada 1962, memperkenalkan "a Minute for Peace" selepas kematian Kennedy dan memperjuangkan hak kesamarataan dalam alam semulajadi dan masyarakat dalam kempen "Planetary Inheritance"nya.

Pada 1969, semasa konferens UNESCO di San Fransisco, beliau telah mencadangkan Hari Bumi disambut di seluruh dunia dan beliau bernasib baik kerana cadangannya mendapat sokongan hebat dari Setiausaha Agung PBB pada waktu itu. Oleh kerana terlalu bersemangat, sebaik sahaja pulang dari konferens tersebut, si John terus tulis Proklamasi Bumi yang dimulai dengan Bismillah eh bukan "By the people of Earth, for the people of Earth".

Apa yang kelakar tentang kedua-dua Hari Bumi ni ialah, kedua-dua pengasas iaitu Nelson dan McConnel saling menuduh antara satu sama lain tentang siapa tiru siapa. Ramai yang berpendapat bahawa Nelson yang tiru McConnell. Akan tetapi, ramai yang mengakui bahawa kempen Nelson lebih berjaya daripada kempen McConnell sebab beliau ialah ahli politik dan punya lebih banyak wang untuk mempromosikan Hari Bumi. Hasilnya, orang lebih ingat 22hb April sebagai Hari Bumi berbanding 20hb Mac.

Bagi orang tak kisah dan tak suka gaduh2 macam aku, aku akan keluarkan ayat poyo seperti "everyday is an Earth Day" dan menyambung kehidupan seperti biasa. Akan tetapi, seronok juga kalau kita ada satu hari yang istimewa bagi menjaga alam sekitar dan planet Bumi.

Oleh kerana 20hb Mac dah berlalu, maka apa kata kita meraikan Hari Bumi gaya Nelson, iaitu pada hari esok 22hb April. Tak payah bakar bunga api atau bagi duit raya, apa yang korang boleh buat ialah dengan mengitar semula sampah sarap yang boleh dikitar semula di sekeliling korang (cuba tengok bawah katil, mesti ada punya) Paling koman pun suratkhabar yang korang dan kawan2 baca harini- simpan je sampai esok pastu esok pegi la buangkannya ke dalam tong sampah kitar semula :p

Bagi para loyars (bukan loyar pon boleh) di sekitar Kuala Lumpur, esok Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kemanusiaan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur akan menjalankan kerja2 mengumpul barang2 kitar semula sempena menyambut Hari Bumi 2009. Maklumat terperinci sila klik di sini.

Selamat Hari Bumi semua!

1 komen:

Amicus Curiae berkata...

waah.kene datang ni.kalau tak,takkan la puspa yang workaholic ni sanggup tulis panjang2.