Planet Puspa- Vietnam 8

Hari ke-8 di Vietnam- kami tiba di Saigon (bandar Ho Chi Minh) pada kira-kira pukul 530 pagi. Stesen keretapi sudah mula sesak pada waktu itu. Seorang pemuda Vietnam yang baik hati membantu Nik dan aku mengangkat beg kami hingga ke luar koc.

Ketika berjalan keluar dari stesen, kami melihat-lihat gelagat orang-orang Vietnam yang juga turun ke destinasi yang sama dengan kami. Ada yang agak kurang sabar dan memilih untuk menyelinap di bawah keretapi dengan anak-anak untuk sampai ke seberang. Bahaya!

Seperti biasa, pemandu-pemandu teksi mengambil kesempatan untuk menipu kami dengan menawarkan harga tambang yang mahal. Nasib baik kami tanya dulu sebelum naik, ada yang sehingga mencecah VND120,000.00. Aku masuk semula ke kaunter pertanyaan, dan aku tanya kepada pegawai bertugas berapa Dong sebenarnya tambang teksi ke tempat yang kami ingin tuju. Katanya, lebih kurang VND40,000.00 je. Jadi aku keluar semula dan bertanya-tanya kepada semua pemandu siapa yang inginkan harga tersebut. Nasib baik ada seorang pemnadu yang mahu.

Kami minta diturunkan di Jalan Pham Ngu Lao. Ini ialah kawasan backpackers dan banyak hotel yang murah2.

Sebaik sahaja kami dapat bilik hotel, kami terus mandi dan rehatkan badan. Naik keretapi malam tadi adalah tidak best. Badan sakit2, lebih baik naik sleeping bus. Selepas penat kami hilang, kami berjalan2 di kawasan Pham Lu Ngao dan jalan2 berhampiran. Tujuan kami ialah untuk mencari agensi yang menyediakan bas dan bot untuk ke Mekong Delta dan Terowong Chu Ci. Itu adalah destinasi kami pada esok hari :)

Selepas menempah tiket bas dan bot, kami jalan-jalan di sekitar Saigon. Saigon adalah bandar terancang yang sibuk, lebih sibuk daripada ibu negara Hanoi, tapi lebih luas dan lebih bersih. Jalan-jalan di bandar ini lebih menarik, sebab kat tengah jalan pun ada laluan pejalan kaki yang ada informasi tentang bandar Saigon. Ketika makan brunch kami menetapkan bahawa hari ini ialah hari muzium dan galeri.


Laluan pejalan kaki yang berinformasi

Destinasi kami yang pertama ialah Muzium Bandar Ho Chi Minh. Di muzium ini ada banyak artifak-artifak sejarah perjuangan rakyat Vietnam. Dahulunya, muzium ni dikenali sebagai Muzium Revolusi. Bangunan muzium ni bangunan lama dan berbelit-belit, dan besar pula. Kalau terjumpa tangga, sila naik atau turun tangga tersebut walaupun ia terletak di ceruk dan anda ingat anda akan berjumpa bilik stor, tapi tidak. Anda akan jumpa bilik rahsia yang terdapat beberapa artifak juga yang dipamerkan. Cool gila.


Lagi gambar standard seorang pelancong di depan Muzium bandar Ho Chi Minh

Selepas itu, kami berjalan menuju ke Muzium Sejarah. Lebih kurang je macam muzium sejarah yang lain, tapi aku rasa Muzium bandar Ho Chi Minh lagi best. Di sebelah Muzium Sejarah ialah Muzium Tentera, lagi cerita pasal perang.

Ketika kami berjalan ke satu lagi muzium, kami lalu di hadapan People's Committee Building. Bangunan ni sebenarnya ialah tiru-tiruan daripada Paris City Hall di Paris. Mungkin semasa orang-orang Perancis menjajah Vietnam, mereka rasa rindu kot dengan negara mereka, jadi mereka pun buat la bangunan yang sama camtu. People's Committe Building ni bukan untuk pelancong. Jai, aku berdiri di luar bangunan dan Nik dah ready nak amik gambar. Tiba-tiba seorang polis tiup wisel ke arah kami. Rupa-rupanya takleh amik gambar :( Tapi... kami berjaya juga amik gambar yang berlatarkan bangunan tersebut bila kami amik gambar dengan Uncle Ho seperti di bawah :D



Di belakang ialah People's Committee Building

Sila banding dengan Paris City Hall di bawah:-



Destinasi seterusnya, ialah Muzium Ton Duc Thang. Ton Duc Thang ialah Presiden kedua Vietnam selepas Ho Chi Minh. Di Vietnam ni mereka lebih ingat dengan kedua-dua presiden ni berbanding presiden-presiden yang seterusnya, kerana mereka berdua memerintah Vietnam dalam jangkamasa yang agak lama. Selepas itu di bawah sistem baru, setiap presiden hanya memerintah satu penggal je (5 tahun), atau mungkin 2 penggal. Di muzium ni kami ditemani oleh seorang kanak-kanak perempuan. Dia ni adik kepada penjaga muzium ni sebenarnya, cuti sekolah takde apa nak buat dia datang sini. Umur dalam lebih kurang 8 tahun, budak ni yang bawa kami jalan2 di dalam dan jadi pemandu pelancong kami :)



Sebaik sahaja kami keluar dari muzium, hujan dah mula rintik-rintik. Kami cepatkan langkah untuk ke Galeri Seni Halus. Malangnya, ketka melalui sebuah lorong yang panjang, hujan sangat lebat dan kami terus masuk je ke bangunan di sebelah kami. Kami berdiri di tepi tangga, ada seorang pakcik nampak kami. Kami beri isyarat untuk minta berteduh. Pakcik tu senyu sambil mengangguk, dia tak boleh bahasa Inggeris tapi dia beri isyarat supaya kami duduk di kerusi panjang di balkoni. Pakcik tu pun duduk di kerusi satu lagi sambil menghisap rokok dan memandang hujan.

Kami duduk agak lama sebab hujan sangat lebat. Kalau pakai baju hujan pun mesti lencun. Aku cuba mengintai2 apa yang ada di dalam bangunan. Rupa-rupanya, bangunan itu ialah sebuah gereja lama. Kira-kira satu jam kemudian, datang seorang perempuan dengan motor. Basah lencun dia. Perempuan itu menegur kami dalam bahasa Inggeris. Kami minta izin untuk berteduh. Kami rasa beliau ialah rahib di sana. Kami berbual. Katanya, dia pun tak pernah jalan-jalan di Vietnam sejauh kami, hehe.

Bila hujan dah makin reda, kami pakai baju hujan dan ucap terima kasih kepada kedua-dua rahib dan penjaga gereja. Kami nak cepat sebab galeri tutup pukul 5. Waktu tu dah pukul 410 :(

Bila kami sampai di Galeri Seni Halus, penjaga kaunter beri kami masuk dengan percuma sebab waktu melawat pun dah nak habis. Kami kena jugak habiskan lawatan di situ hari itu juga, sebab hari lain tak sempat. Galeri ada 4 tingkat, setiap tingkat ada pameran yang pelbagai. Tapi kami cuma berkesempatan melawat karya-karya yang di lobi setiap tingkat sahaja, sebab bilik-bilik kecil pameran semua dah ditutup :(


Muka tak puas hati di depan galeri sebab sempat melawat sekejap je :(

Malam itu sebelum pulang ke bilik hotel, kami singgah makan di sebuah kedai mamak. Di Saigon ada beberapa kedai India Muslim yang halal kerana ada komuniti kecil India Muslim di sini, dan ada masjid juga.

Kami berehat dan tonton tv di bilik hotel dan tidur awal hari itu, kerana esoknya, kami akan naik bot sepanjang hari di Mekong :)

0 komen: