Planet Puspa-Vietnam 1

Bulan lepas, aku telah ber-backpacking ke Vietnam. Maka sudah tertunailah separuh daripada azamku tahun ini. Apa? Vietnam tu kat mana?



Nampak tak?

Sebelum aku berangkat ke Vietnam, aku telah diberi pelajaran 'mari berbackpacking secara bijak' oleh Encik Eric Paulsen di sekolah di restoran Devi's, Jalan Telawi. Buku teks yang digunakan di dalam kelas ialah buku Lonely Planet.

Dipendekkan cerita, cadangan asal ialah aku ber-backpacking secara solo selama 10 hari, dari utara (Hanoi) ke selatan (Saigon@Ho Chi Minh), tapi sebab Nik Waheeda nak ikot, maka kami pun pergi berdua. Kami naik kapalterbang, turun di ibunegara Vietnam, Hanoi.

Bulan Jun, Hanoi memang panas. Sekarang ni ialah musim panas tak hengat di Vietnam. Sampai cecah 40 darjah c. Padanlah cuti sekolahnya 3 bulan.

Ketika di KLIA, aku dah siap-siap tukar matawang RM ke USD. Di Vietnam, mereka samada menggunakan matawang mereka iaitu Dong, atau Dolar Amerika. Aku ingat nak tukar sikit-sikit dulu, takut apa-apa jadi (baca:hilang). Jadi aku dapatkan USD500 dahulu. USD1 bersamaan dengan RM3.3333333. Apabila aku tiba di lapangan terbang Hanoi kira-kira pukul 1.30 petang. aku tukar USD200 ke Dong. USD1 bersamaan dengan kira-kira VND18,800. Dalam erti kata lain, aku ialah seorang jutawan di Vietnam. Oh ya, sepanjang di Vietnam, aku malas gila nak tukar waktu jam ke waktu tempatan, jadi aku hanya berpandukan waktu Malaysia atau tengok jam Nik sahaja. Perbezaan waktu hanya satu jam, iaitu Vietnam lebih awal daripada Malaysia.

Selepas mengambil bagasi, Nik pergi ke kaunter di lapangan terbang untuk tanya harga tambang teksi ke French Old Quarter. Old Quarter terletak di tengah-tengah bandar Hanoi dan merupakan kawasan penginapan popular untuk backpackers kerana harganya yang murah. Menurut penjaga kaunter, tambangnya berharga USD20. Tapi kalau nak murah, akan ada shutter van dengan harga USD2 sahaja. Maka kami pun keluar mencari shutter van tersebut.


Gambar saja-saja dari dalam van

Perjalanan daripada lapangan kapalterbang ke Old Quarter mengambil masa kira-kira 45 minit. Pemandu menurunkan kami di tengah-tengah bandar, di hadapan pejabat Vietnam Airlines. Seperti yang kami jangka, sebaik sahaja kami turun daripada van tersebut, maka 'ulat-ulat' bandar pun mula mengiringi kami. "Where do you want to go? I can bring you" "Need a ride?" "Motorbike, motorbike!" "Taxi, madame?" "Do you have a place to stay? i can recommend u a good hotel". Ini semua ada ayat-ayat biasa, bukan sahaja pada hari itu, tetapi setiap hari dan setiap masa di setiap sudut bandar-bandar di Vietnam!

Tidak sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam di Vietnam. Ada motor sapu, teksi, beca, bas, dan anda juga boleh menyewa motor atau basikal dengan kadar USD1-2 sehari.

Akan tetapi, kami memilih untuk berjalan kaki. Kami berani untuk 'eksyen' kerana kami punya peta bandar Hanoi di tangan, heh heh. Sebenarnya perjalanan daripada tempat berhenti ke tempat yang kami ingin tuju tak jauh, hanya kira-kira 15 minit berjalan kaki.


Kalau korang boleh baca peta bandar Hanoi ni, lain kali korang boleh ikut aku pergi backpacking :)

Apabila kami tiba di Old Quarter, kami pun memulakan misi mencari tempat tidur. Kenapa tempat ini dipanggil French Old Quarter? Ini adalah kerana Vietnam Utara pernah dijajah oleh Perancis selama 100 tahun, jadi pengaruh-pengaruh Perancis boleh dilihat di merata-rata, daripada bentuk bangunan hinggalah ke nama-nama jalan. Kebanyakkan peniaga dan pekerja di sini boleh berbahasa Perancis, walaupun berbahasa pasar. Malah, maklumat-maklumat yang terdapat di dalam muzium-muzium di Hanoi juga adalah di dalam bahasa Perancis, bukan Inggeris.

Sebenarnya, sehari sebelum ke Vietnam, aku sudah 'skodeng' di internet beberapa hotel bajet yang murah di Old Quarter. Jadi apabila kami pergi meninjau-ninjau, adalah tidak susah untuk membuat pilihan. Kami menginap di Hotel Lucky dengan kadar USD16 semalam. Mula-mula atanyar USD20, tapi bila aku kata kami takde duit dan pura-pura angkat beg untuk pergi tempat lain, mereka bagi kami USD16. Ada 2 katil saiz 'Queen', penghawa dingin, tv, peti sejuk, mandian air panas, dan komputer berinternet di dalam bilik! Kami rasa itu sudah lebih dari mencukupi.

Di kawasan ini, ada beberapa hotel yang menggunakan nama hotel yang sudah 'established' dengan harapan supaya pelancong tersilap masuk dan menginap di hotel mereka. hotel-hotel ini digelar 'twin hotel'. oleh itu, sebelum anda mengambil keputusan untuk menginap, sila minta untuk melihat bilik dahulu. Sekiranya anda berpuas hati, barulah setuju. Dan, sila jangan biarkan pihak hotel menyimpan pasport anda. Desak mereka supaya mengambil butiran pasport yang diperlukan pada waktu itu juga, dan kemudian terus simpan pasport anda di tempat yang selamat.

Kira-kira pukul 250 petang (waktu Malaysia), kami mula berjalan-jalan di sekitar bandar Hanoi, berpandukan peta tempatan yang diberikan oleh pekerja hotel kepada kami. Jalan raya di Hanoi sangat menakutkan. Di mana-mana sahaja orang membunyikan hon. Selepas beberapa kali melintas jalan, Nik dan aku membuat kesimpulan bahawa lampu-lampu isyarat di bandar Hanoi tu semuanya untuk perhiasan je. Hijau ka merah ka, mereka main langgar je. Dan, isyarat untuk lintasan untuk pejalan kaki tu, sebenarnya bukan untuk isyarat pejalan kaki melintas, tapi untuk pemandu kenderaan 'jaga-jaga ada orang nak melintas, sila slow sikit'. Setiap kali nak melintas jalan kami akan baca 'bismillaaahiraahmaaanniraaahimmmmmm' dan lari dengan sekuat hati ke seberang jalan. Yang aku kagum, orang-orang kat sini selambee je meredah jalan raya yang sibuk tu, termasuk makcik-makcik tua. Aku syak, mereka ni mesti VietCong dulu.

Perhentian pertama kami ialah; Temple of Literature. Tempat ni sangat best. Tiket masuk ialah VND5000. Ini ialah universiti pertama di Vietnam, iaitu pada tahun 1070 oleh Maharaja Ly Thanh Tong.


Pemandangan dari dalam Temple of Literature

Apa menarik di dalam kuil ini ialah terdapat 82 stelae berbentuk penyu di dalamnya, dan di atas penyu-penyu tersebut ada coretan-coretan daripada sarjana-sarjana dahulukala. Lebih kurang batu bersurat la. Aku cuba untuk berbual-bual dengan penyu-penyu tersebut, tapi takde respon.




Takde respon. Eksyen.

Di dalam kuil ini juga terdapat satu tempat penyembahan untuk menghormati Confucius, yang dikelilingi oleh 4 lagi patung-patung pelajarnya.


Confucius


Layan blues di hadapan Well of Heavenly Clarity sebelum keluar dari situ

Selesai berjalan-jalan di dalam kuil, kami pun keluar dan merayau-rayau di sekitar bandar Hanoi. Waktu sudah hampir pukul 6 petang, jadi kami tidak sempat untuk ke mana-mana muzium kerana kebanyakkan muzium tutup pukul 5 atau 530 petang (waktu Vietnam). Kami menghabiskan masa melihat-lihat jalan supaya mudah untuk kami bergerak esok pagi. Di sini muzium buka pukul 730pagi. Tapi tak hairanlah kerana subuh pukul 400 pagi dan matahari terbit pukul 430 pagi. Pukul 530 petang, rasa macam dah hampir malam dan rasa macam kena balik ke hotel cepat-cepat sebab nanti bapak marah merayau-rayau pada waktu maghrib.


Bersiar-siar di tengah bandar


Pemandangan biasa di lorong-lorong kecil bandar Hanoi


Baru pukul 6 ptg

Oleh sebab ini ialah hari pertama dan rasa letih belum hilang, kami mengambil keputusan untuk makan malam di sebuah kafe berhampiran dengan hotel kami je. Mula-mula nak makan dekat warung tepi jalan, tapi kebanyakan warung adalah penuh sebab ramai orang mahu menonton siaran langsung World Cup. Di kebanyakan warung, walau sekecil manapun warungnya, mesti ada tv. Lepas tu pengusaha warung akan sediakan kerusi sahaja, sebab mereka tahu orang-orang yang tengok bola tu semuanya akan order air je, buang masa je letak meja pun. Kerusi-kerusi adalah comel sebab saiz adalah kecil, lebih kurang bangku yang aku guna untuk basuh kain di rumah je.Aku makan nasi goreng. Nasi gorengnya lebih kurang nasi goreng cina. Aku teringin nak minta cili potong, tapi takut dorang tak paham.



Selepas makan, kami bersiar-siar di sekitar Old Quarter sebelum balik ke bilik hotel. Sekembalinya di hotel, kami berbincang ke manakah kami mahu pergi pada keesokan hari. Kami juga meminta pihak hotel menguruskan pembelian tiket bas kami, kerana pada esok petang, kami mahu menuju ke bandar Hue. Perjalanan daripada bandar Hanoi ke bandar Hue akan mengambil masa selama 12 jam, jadi kami minta bas malam.

Sebelum tidur aku cuba tonton tv. Ada kartun Tom & Jerry, tapi bila keluar suara nenek (tuan rumah Jerry) tu, keluar suara jantan. Dah la suara jantan, cakap Vietnam pulak tu. Aku tukar ke rangkaian lain, ada cerita CSI. Pun dalam bahasa Vietnam juga. Yang paling best, suara semua sama je sebab mereka hanya menggunakan seorang pengalih bahasa. Dialah polis, dialah orang jahat, dialah budak kecik dan dialah mangsa sebelum mati.

Tiba-tiba Nik yang sedang membelek Lonely Planet menunjukkan sesuatu kepada aku... wah wah patutlah orang Hanoi selambeee jer lintas jalan tak tengok kiri kanan, rupa-rupanya gitulah cara sebenar untuk melintas jalan di Vietnam. Jalan slow-slow... supaya kenderaan-kenderaan dapat mengagak jarak sebenar anda daripada mereka dan mereka akan mengelak anda. Ini adalah kerana, kalau nak mengharapkan mereka berhenti dan beri laluan kepada anda, mungkin sampai mati pun tak akan dapat. Adus, macamana la kami boleh terlepas tips yang penting?

Aku tidur pukul 1230 waktu Vietnam dan kunci jam pukul 600 pagi. Esoknya nak pergi banyak tempat :)

*semua gambar oleh Nik


3 komen:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

cik akak puspa tak ajak gua pun

rawsktar berkata...

aku suka Vietnam. mana pengembaraaan di Ho Chi Minh?

OrangGilak berkata...

tunggulah nenek anis, ni baru hari pertama punya, saigon ialah bandar terakhir dalam pengembaraan :)