Planet Puspa- Vietnam 9

Hari ke-9 di Vietnam. Aku habiskan di sungai Mekong. Atau lebih tepat lagi, Mekong Delta. Perjalanan daripada bandar Saigon ke jeti yang akan membawa kami ke Mekong ialah selama 3 jam. Di dalam bas, macam-macam cerita yang kami dengar daripada pemandu pelancong kami. Bukan cerita biasa yang kita selalu dengar tentang kehebatan rakyat Vietnam menentang penjajah, tapi cerita tentang kepayahan hidup di sana.

Kata pemandu pelancong, di Saigon ada 11 juta orang penduduk, dan ada 7 juta buah motosikal. Motorsikal ialah pengangkutan yang paling murah selepas basikal. Oleh kerana gaya pemanduan rakyat di sana adalah macam *tut*, sebenarnya undang2 jalanraya di sana agak ketat. Sekali buat kesalahan, lesen anda akan dilubangkan(punch). Bila dah ada 3 lubang, anda dilarang memandu selama 1 tahun. Tapi, kata pemandu pelancong itu lagi, pihak penguasa mempunyai sistem mengesan kesalahan trafik dan pemeriksaan lesen yang lemah. Oleh itu, orang sepertinya selalunya akan mempunyai lebih dari satu lesen. Ini adalah sebagai persediaan kalau2 satu lesen ditarik, at least dia ada satu lesen lagi. Haha

Kata pemandu pelancong lagi, tanah di Vietnam adalah sangat mahal, begitu juga dengan rumah. Kalau nak beli rumah, kena simpan duit selama 3-4 generasi. Maknanya kalau kita simpan duit sekarang, sampai ke cucu nanti baru boleh beli sebuah rumah.

Apabila kami tiba di jeti, aku beli topi rotan yang biasa dipakai di Vietnam. Sebab cuaca panas sangat.


Berjalan menuju ke jeti

Bot yang kami naiki macam sampan, tapi ada kerusi. Ia lengkap dengan jaket keselamatan, fuh lega.


Nervous sebenarnya ni




Salah satu pasar terapung (floating market)


Agak2 kalau 'park' sampan kat tanda 'no parking' tu, kena saman tak?

Kami dibawa ke sebuah kampung di hulu Sungai Mekong. Kampung tu umpama kampung perindustrian, sebab di sini orang-orang kampung menyara diri dengan memproses makanan yang berasaskan beras, kelapa dan kacang. Kami dibawa ke beberapa rumah kampung yang dijadikan kilang. Kami lihat sendiri bagaimana beras, kelapa dan kacang diproses menjadi arak, biskut, lempeng, gula-gula dan sebagainya. Aku dan Nik tak minum arak yang dihulur, tapi dari riak muka pelancong2 lain yang minum, aku tau tak sedap :p Kata pemandu pelancong kami, kaum lelaki di Vietnam memang kuat minumdan itu adalah kebiasaan. Tapi, kalau perempuan pula yang minum, perempuan itu akan dianggap perempuan yang tidak baik. Gender bias!










Selepas minum teh dengan tuan rumah, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah rumah. Awal2 lagi aku dan Nik dah beritahu pemandu pelancong kami tak makan daging babi jadi kami berdua diberi hidangan vegetarian. Lepas nampak kami dapat hidangan vegetarian, beberapa orang pelancong dari Korea dan China juga minta yang sama (tu lah eksyen lagi, lain kali cakap je lah awal2 awak tu vegetarian tak payah malu2 :))




Bergambar selepas kenyang

Selepas kenyang, kami diberi masa untuk berjalan2 atau berehat2 di kampung dan rumah itu selama 2 jam. Aku dan Nik mengambil peluang ini untuk berjalan2 berdua-duaan.


Cantik gila kampung ni

Selepas beberapa ketika, kami pulang semula ke rumah tadi. Semua orang sedang berehat-rehat sambil mendengar 2 orang tempatan menyanyi. Aku ambil peluang ni untuk mengintai-intai kumpulan pelancong yang satu kumpulan dengan aku. Ada seorang mat saleh ni.. aku tahu pasangannya itu adalah escort je. Maksud aku, wanita Vietnam yang dibayar untuk menemani dia sepanjang tripnya di Mekong. Aku terdengar dia ajak wanita tu teman dia pegi Hanoi pulak. Dalam masa yang sama, dia sempat bercerita tentang isterinya di negaranya, sambil pegang tangan perempuan tu. Ceh.


2 orang tempatan menyanyi

Nak jadi cerita... tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Semua orang dah gelabah sebab kami kena balik semula ke Saigon. Aku dan beberapa orang lagi, dengan eksyennya mengeluarkan baju hujan daripada beg masing2. Orang2 lain melihat dengan cemburu, termasuk Nik sebab haritu dia tinggalkan baju hujannya di bilik hotel heheh. Pemandu pelancong yang baik hati telah pergi ke kedai runcit yang berhampiran dan beli baju hujan untuk semua orang. Selepas itu kami berjalan ke jeti, memakai baju hujan dan topi Vietnam. Gila cam dalam filem :D



Suka hati

Mungkin sebab masih mood Mekong, malam tu kami makan di restoran vegan. Aku order mi sup gaya Hue yang diletak udang yang dibuat dari sayur-sayuran.



Malam itu aku tak lena tidur. Aku teringat cerita-cerita pemandu pelancong tadi dan apa yang aku lihat sendiri sepanjang aku di Vietnam. Kesusahan hidup akan buat ramai orang jadi mata duitan. Aku tidur sambil bermimpikan terowong Cu Chi. Esok, aku akan ke situ.

1 komen:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
salam ramadan selamat berpuasa