Planet Puspa- Vietnam 3

Pukul 530 pagi, hari sudah mulai cerah di Vietnam. Aku terjaga dan tak boleh tidur lagi. Kami dijangkakan akan tiba di bandar Hue pada pukul 8 pagi.


Dah bangun. Nik pepagi buta dah jadi paparazzi

Kenapa kami memilih bandar Hue sebagai destinasi seterusnya? Sebaaaaaab... kat sini ada Kota Larangan! Yeaah Forbidden City tempat tinggal/lepak maharaja cam dalam cerita kungfu tu. Sehingga tahun 1945, ia adalah bandaraya diraja dan ibu negara Dinasti Nguyen, sebelum dibom oleh Amerika. Tapi kat sini, ia ialah Forbidden Purple City. Tatau kenapa.. mungkin dorang suka kaler ungu? Kota Larangan ni terletak di satu kawasan empat segi seluas 10km yang digelar Citadel (Kubu). Banyak bangunan-bangunan istana yang telah musnah akibat daripada perang dengan Amerika. Walaubagaimanapun, ada juga bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan yang dapat diselamatkan, dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai World Heritage Site. Tempat itulah yang kami nak pegi nanti :)


Peta Citadel

Setibanya di bandar Hue. Kami diturunkan berdekatan dengan jambatan yang melintasi Perfume River. Seperti biasa, 'ulat-ulat' pun mengiringi kami. Aku lihat seorang pakcik ni bersungguh-sungguh mengeluarkan sebuah buku catitan daripada poketnya, dan kemudiannya ditunjukkan kepada aku. Di dalamnya ada tulisan Cina. Cis... mesti dia ingat aku adalah pelancong dari China dan mesti tulisan tu nak tanya aku nak pegi mana? I can take you.

Aku menarik tangan Nik dan kami berjalan ke sebelah timur (sebelum turun bas, aku dah tanya siap-siap kat pemandu di manakah kami akan diturunkan dan dah check peta kat mana nak cari hotel bajet *eksyen*).

Kira-kira 10 minit, kami menemui hotel bajet yang dicari, iaitu Hotel Bin Minh Sunrise (1). Hotel ni direkomen oleh Lonely Planet sebagai sebuah hotel yang tak banyak songeh (sesetengah hotel sibuk nak jadi ajen pelancongan, dapat komisyen nanti). Harga sebuah bilik semalam ialah USD16. Oklah tu, bahagi dua orang. Kemudahan komputer berinternet percuma disediakan, tapi kat lobi.



Bilik kitorang


Makan brunch- mi yang digoreng rangup bila makan ada bunyi krupp krup


Adik-adik, di atas ialah peta bandar Hue. Nampak tak?Kalau tak nampak sila klik dua kali ke atas gambar. Sila amati peta itu, bandar Hue diterajui oleh Perfume River yang luas gila, dan kemudian ada cabang-cabang sungai di sekitar bandar. Pendek kata, kalau toleh memana, mesti ada sungai.


Selesai brunch, kami dengan tak sabar-sabar terus keluar mencari Kota Larangan. Untuk ke sana, kami perlu melalui sebuah jambatan yang menyambungkan Perfume River yang luas gila tu. Kami berjalan kaki, walaupun cuaca panas gilaaaaaa waktu tu. Konon cool.




Tapi, keeksyenan kami tidak berpanjangan. Kami akhirnya menahan 2 buah beca dan kami pun menuju ke Kota Larangan dengan beca.


Jalan raya di Hue lebih tenang berbanding Hanoi. Tak perlu lari-lari


Nik amik gambarku dari belakang. Dalam beca tu ialah aku...heh. Selepas jambatan ini ialah pintu gerbang ke Kota Larangan

Nak masuk Kota Larangan ni, aku rasa berdebar-debar pulak. Kota ni agak besar, kira-kira 10kilometer gak laa kalau berlari pusing keliling. Kami menghabiskan lebih 3 jam di dalam ini. Nak tau apa yang ada di dalam?


Meriam berlima ni adalah sebahagian daripada 9 Meriam Suci kota ini. Diletakkan di sebelah Quang Duc Gate, mereka mewakili 5 elemen iaitu besi, kayu, air, api dan tanah. 4 lagi meriam diletakkan di sebelah Ngan Gate mewakili 4 musim


Gambar standard seorang pelancong. Di Ngo Mon Square. Di belakang ialah Flag Tower yang dibina pada tahun 1809, tiang bendera tertinggi di Vietnam


Selepas melalui Ngo Mon Gate (belakang), akan lalu Trung Dao (Laluan Tengah) dan di kiri kanannya ialah Tasik Thai Dich


Jangan tanya daku kenapa naganya terbalik. Di belakang naga ialah Great Rites Court, iaitu balairaya tempat persidangan Mahajara dengan pembesar2


Pantang nampak air kelapa... dalam kota ada gerai air kelapa :)


Kota yang dulunya tersergam, kini tapaknya ditumbuhi lalang selepas banyak bangunan istana musnah dibom Amerika



Tak cool


Bunga-bunga cinta


Gambar standard seorang pelancong. Dalam ni ialah tempat mahajara mentelaah pelajaran. Aku pon boleh score straight A's kalau stadi tempat best dan sunyi macam ni (cewah)


Bersiar-siar macam maharaja dahulukala. Kadang-kadang maharaja jalan-jalan naik gajah kat sini





Di atas Ngo Mon Gate, dataran yang luas di belakang ialah Ngo Mon Square dan yang ada bendera tu ialah Flag Tower. Korang bayangkan maharaja duduk kat atas Ngo Mon Gate ni, sambil Ngo Mon Square penuh dengan hulubalang atau tentera atau mungkin juga orang tengah berlatih kungfu ramai2 macam dalam crita Jet Li tu. Kat sini juga tempat maharaja bagi hadiah kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan kerajaan. Korang bayangkan lah korang dapat 10A SPm pastu dapat hadiah camtu. Oh ya, dolu-dolu perempuan tak boleh jejak kaki atas ni. Gender bias.

Central Path dan Tasik Thai Dich dilihat daripada Ngo Mon Gate. Di depan sekali tu ialah Great Rites Court


Gendang dipukul untuk acara tertentu




Tengah cari port kat mana nak memanah musuh kalau diserang

Di dalam Kota Larangan ini juga ada beberapa bangunan yang dibina khas untuk orang-orang Perancis. Pada penghujung abad ke-19, Vietnam sudah jatuh ke tangan Perancis, tapi sistem beraja dikekalkan sebagai boneka ajer, sehinggalah hero Vietnam Ho Chi Minh (lebih dikenali sebagai Uncle Ho) menjadikan Vietnam sebagai sebuah negara Republik selepas perang.

Setelah puas berjalan-jalan di Kota Larangan, kami mahu pergi ke muzium-muzium pula. Tapi, waktu dah pukul 4 lebih dan muzium tutup pukul 5 atau 530. Jadi, kami menangguhkan aktiviti melawat muzium ke esok pula.

Kami pulang ke hotel dengan menaiki beca sekali lagi. Kali ni, kami kena tipu (sikit). Mula-mula suruh hentikan kami sebelum jambatan, tapi penarik beca naaaak jugak hantar kami ke hotel. Tak perlu bayar dan 'up to you' katanya. Bila dah tiba, dia mintak 2 kali ganda pula. Manyak cantik? Aku tinggikan suara kepadanya dan bagi dia ekstra VND10,000 sahaja (kira-kira RM2).


Melalui jambatan dengan beca penipu

Lepas berehat dan baring-baring selama sejam, kami keluar semula, kali ni ke pekan di sekitar hotel kami. Nik nak tengok sekolah awam Vietnam, katanya. Aku ikut je...




Di hadapan sekolah, ada satu taman rekreasi. Di situ juga ada Perfume River (belakang Nik)... panjang rupanya sungai ni

Korang perasan tak gambar Nik tu gelap? haaa... tu dah maghrib la tu (kul 6). Apalagi balik la hotel kan? Nanti bapak aku tau, dia tak suka. Dalam perjalanan ke hotel, kami membeli buah-buahan tempatan. Tak banyak beza pon dari Malaysia... kami beli buah longan dan nona.

Selepas mandi, kami keluar mencari makanan malam. Oleh sebab di luar gelap gila dan takde lampu jalan, kami memutuskan untuk makan di restoran sebelah aje, iaitu sebuah restoran India bernama Restoran Umar Khayyum. Lawak rasanya makan roti nan dan ayam tandoori di Vietnam. Tapi apo nak buek?


Seumur hidup aku, inilah roti nan dan ayam tandoori pertama yang aku bayar pakai kad kredit, sebab wang Dong dah habis. Sila ingat betul2 gambar ini

Lepas makan, kami pulang ke hotel. Nik sambung makan buah sambil tengok bola, dan aku tidur sambil berdengkur dengan hebatnya (aku rasa laaa... sebab tekak rasa sakit lepas bangun dari tidur). Tapi tak kisah laa... sebab hari ke-4 nanti, banyak lagi tempat best nak pegi :)

3 komen:

Nikeda berkata...

ahaha... terbagi plak gmbr aku... nasib baik gelap. neway, bukan longan la.. laici..

rawsktar berkata...

Gambar standard seorang pelancong. Dalam ni ialah tempat mahajara mentelaah pelajaran. Aku pon boleh score straight A's kalau stadi tempat best dan sunyi macam ni (cewah)

puspa buat statement tipu. dia stayback kt opis pun takut momok.

bestnya. gi hanimun sesuai?

OrangGilak berkata...

nik: tak kira la longan ke laici ke.. rasanya sama je :p
rawk:eyh momok tak pegi Kota Larangan la... dia takut gajah. hanimun? ok kot