The Puspa Dilemma

Aku ialah seorang Puspa. Ayat ni digunapakai oleh seorang rakan sembang, bila aku tanya dia kenapa dia nampak segan sangat bila bercakap dengan aku.

Peguam bukan rakyat. Ayat ni digunapakai oleh seorang rakan aktivis bila aku bangkitkan isu kenapa perlu ada sempadan dan persepsi berbeza terhadap perjuangan peguam dalam hak asasi dan perjuangan aktivis lain.

Kedua-dua ayat penyata tu, sudah cukup untuk buat aku bengang sampai tak tido malam. Kenapa? Sebab hampir setiap hari aku berjuang untuk hak kesamarataan manusia sejagat, tiba-tiba diri aku sendiri telah di'kelas'kan oleh orang lain.

Rabu depan pukul 1.20 petang, umurku akan genap 28 tahun. Aku budak Libra. Budak Libra ni, perangai dia agak tak menentu dan nampak sewel kadang2, tapi sangat tegas bila bercakap tentang prinsip (cewwah suka2 hati aku je nak tilik horoskop sendiri).

28 tahun...

Dah 11 tahun tinggalkan sekolah menengah.

Dah 9 tahun belajar erti hak asasi.

Dah 4 tahun jadi peguam.

Dah cukup umur dah anak Pak Rosman ni. Bila nak kawen? Jawapan standard: Bila ISA dimansuhkan.

Berikut ialah 'checklist' untuk belog tersayang sebelum umurku masuk 28:-

-Review album Meor- Dari Rakyat untuk Rakyat
-Review filem Karaoke
-Review skrip teater kawan
-Review filem dokumentari "Perak Crisis- No Silver Lining"

Bila masa pulak aku jadi 'entertainment blogger' ni? Ceh. Ni la natijahnya (natijah tu maknanya akibat yer saudari Juana Jaafar dan saudara Fahmi Reza, bukannya nama orang cth: Siti Natijah) bila kau banyak berjanji tapi takde masa nak tunaikan janji.

Aku juga ada 'checklist' lain, iaitu sebelum umurku masuk 28 tahun 1 bulan:-

-artikel FELDA (yer Hong Siang, hujung bulan ni aku siapkanlah!)
-nak amik lesen motor, pastu nak beli motor
-artikel SUHAKAM
-pegi lawat baby saudari Izzah sebelum beliau merajuk
-set meeting lembaga
-pergi Bagan Lalang (BUKAN Bagan Pinang) untuk main layang-layang
-buat keputusan- 'backpacking' secara solo ke Vietnam atau secara berkumpulan ke India?

Memang padanlah aku diPuspakan. Sigh~

10 komen:

juanajaafar berkata...

sampai hati kau ejek pemahaman "natijah" aku!

fird berkata...

tidak keterlaluan kalau aku katakan Puspa adalah Institusi! chewah..hehe

Nikeda berkata...

puspa,

1) jgn beli motor. bahaya! at least kalau keta, kene langgar dari belakang (mcm yg selalu terjadi pd kau) keta yg kemek..

2) ala... jom ah g india... tp klu ko na backpacking g vietnam.. na ikut leh? huhuhu

Nikeda berkata...

p/s: aku janji tak ajak amir klu ko bg aku ikut g vietnam... hehehe

amicus curiae berkata...

apa vietnam vietnam... :(

jelesssss

rawkstar berkata...

Putuskan Saja Pacarmu.

Libra memang sewel.

Indecisive and changeable
Gullible and easily infuenced
Flirtatious and self-indulgent

Librans too are among the most civilized of the twelve zodiacal characters and are often good looking. They have elegance, charm and good taste, are naturally kind, very gentle, and lovers of beauty, harmony (both in music and social living) and the pleasures that these bring.

They like the opposite sex to the extent of promiscuity sometimes, and may indulge in romanticism bordering on sentimentality.

Puspa.Puspa.

Tanpa Nama berkata...

Libra? sewel?

err..puspa, baik ko jgn amik lesen dan beli motor. takut mendatangkan mudarat nanti ....ekekek

dari gi negara orang...baik ko buat roadtrip kat mesia ni..sambil roadtrip, usha mana2 orang susah2 kat kawasan ko nak gi tu dan bagi sumbangan.(raise fund ar dulu)

Mas

el berkata...

err... putuskan saja pacar mu... st12 :P

OrangGilak berkata...

juana: bukan ejek.. usik2 sayang :)
nik & mas: mungkin aku tak jadi nak beli motor. tapi tak semstinya tunggang motor tu mendatangkan mudarat. tak adventurous langsung la korang ni.
fird: Pusat Serenti Rasah?
anis: jum minum sama. libran unite

Nikeda berkata...

nak adventurous, jalan kaki ah... hahaha