Planet Puspa- Vietnam 8

Hari ke-8 di Vietnam- kami tiba di Saigon (bandar Ho Chi Minh) pada kira-kira pukul 530 pagi. Stesen keretapi sudah mula sesak pada waktu itu. Seorang pemuda Vietnam yang baik hati membantu Nik dan aku mengangkat beg kami hingga ke luar koc.

Ketika berjalan keluar dari stesen, kami melihat-lihat gelagat orang-orang Vietnam yang juga turun ke destinasi yang sama dengan kami. Ada yang agak kurang sabar dan memilih untuk menyelinap di bawah keretapi dengan anak-anak untuk sampai ke seberang. Bahaya!

Seperti biasa, pemandu-pemandu teksi mengambil kesempatan untuk menipu kami dengan menawarkan harga tambang yang mahal. Nasib baik kami tanya dulu sebelum naik, ada yang sehingga mencecah VND120,000.00. Aku masuk semula ke kaunter pertanyaan, dan aku tanya kepada pegawai bertugas berapa Dong sebenarnya tambang teksi ke tempat yang kami ingin tuju. Katanya, lebih kurang VND40,000.00 je. Jadi aku keluar semula dan bertanya-tanya kepada semua pemandu siapa yang inginkan harga tersebut. Nasib baik ada seorang pemnadu yang mahu.

Kami minta diturunkan di Jalan Pham Ngu Lao. Ini ialah kawasan backpackers dan banyak hotel yang murah2.

Sebaik sahaja kami dapat bilik hotel, kami terus mandi dan rehatkan badan. Naik keretapi malam tadi adalah tidak best. Badan sakit2, lebih baik naik sleeping bus. Selepas penat kami hilang, kami berjalan2 di kawasan Pham Lu Ngao dan jalan2 berhampiran. Tujuan kami ialah untuk mencari agensi yang menyediakan bas dan bot untuk ke Mekong Delta dan Terowong Chu Ci. Itu adalah destinasi kami pada esok hari :)

Selepas menempah tiket bas dan bot, kami jalan-jalan di sekitar Saigon. Saigon adalah bandar terancang yang sibuk, lebih sibuk daripada ibu negara Hanoi, tapi lebih luas dan lebih bersih. Jalan-jalan di bandar ini lebih menarik, sebab kat tengah jalan pun ada laluan pejalan kaki yang ada informasi tentang bandar Saigon. Ketika makan brunch kami menetapkan bahawa hari ini ialah hari muzium dan galeri.


Laluan pejalan kaki yang berinformasi

Destinasi kami yang pertama ialah Muzium Bandar Ho Chi Minh. Di muzium ini ada banyak artifak-artifak sejarah perjuangan rakyat Vietnam. Dahulunya, muzium ni dikenali sebagai Muzium Revolusi. Bangunan muzium ni bangunan lama dan berbelit-belit, dan besar pula. Kalau terjumpa tangga, sila naik atau turun tangga tersebut walaupun ia terletak di ceruk dan anda ingat anda akan berjumpa bilik stor, tapi tidak. Anda akan jumpa bilik rahsia yang terdapat beberapa artifak juga yang dipamerkan. Cool gila.


Lagi gambar standard seorang pelancong di depan Muzium bandar Ho Chi Minh

Selepas itu, kami berjalan menuju ke Muzium Sejarah. Lebih kurang je macam muzium sejarah yang lain, tapi aku rasa Muzium bandar Ho Chi Minh lagi best. Di sebelah Muzium Sejarah ialah Muzium Tentera, lagi cerita pasal perang.

Ketika kami berjalan ke satu lagi muzium, kami lalu di hadapan People's Committee Building. Bangunan ni sebenarnya ialah tiru-tiruan daripada Paris City Hall di Paris. Mungkin semasa orang-orang Perancis menjajah Vietnam, mereka rasa rindu kot dengan negara mereka, jadi mereka pun buat la bangunan yang sama camtu. People's Committe Building ni bukan untuk pelancong. Jai, aku berdiri di luar bangunan dan Nik dah ready nak amik gambar. Tiba-tiba seorang polis tiup wisel ke arah kami. Rupa-rupanya takleh amik gambar :( Tapi... kami berjaya juga amik gambar yang berlatarkan bangunan tersebut bila kami amik gambar dengan Uncle Ho seperti di bawah :D



Di belakang ialah People's Committee Building

Sila banding dengan Paris City Hall di bawah:-



Destinasi seterusnya, ialah Muzium Ton Duc Thang. Ton Duc Thang ialah Presiden kedua Vietnam selepas Ho Chi Minh. Di Vietnam ni mereka lebih ingat dengan kedua-dua presiden ni berbanding presiden-presiden yang seterusnya, kerana mereka berdua memerintah Vietnam dalam jangkamasa yang agak lama. Selepas itu di bawah sistem baru, setiap presiden hanya memerintah satu penggal je (5 tahun), atau mungkin 2 penggal. Di muzium ni kami ditemani oleh seorang kanak-kanak perempuan. Dia ni adik kepada penjaga muzium ni sebenarnya, cuti sekolah takde apa nak buat dia datang sini. Umur dalam lebih kurang 8 tahun, budak ni yang bawa kami jalan2 di dalam dan jadi pemandu pelancong kami :)



Sebaik sahaja kami keluar dari muzium, hujan dah mula rintik-rintik. Kami cepatkan langkah untuk ke Galeri Seni Halus. Malangnya, ketka melalui sebuah lorong yang panjang, hujan sangat lebat dan kami terus masuk je ke bangunan di sebelah kami. Kami berdiri di tepi tangga, ada seorang pakcik nampak kami. Kami beri isyarat untuk minta berteduh. Pakcik tu senyu sambil mengangguk, dia tak boleh bahasa Inggeris tapi dia beri isyarat supaya kami duduk di kerusi panjang di balkoni. Pakcik tu pun duduk di kerusi satu lagi sambil menghisap rokok dan memandang hujan.

Kami duduk agak lama sebab hujan sangat lebat. Kalau pakai baju hujan pun mesti lencun. Aku cuba mengintai2 apa yang ada di dalam bangunan. Rupa-rupanya, bangunan itu ialah sebuah gereja lama. Kira-kira satu jam kemudian, datang seorang perempuan dengan motor. Basah lencun dia. Perempuan itu menegur kami dalam bahasa Inggeris. Kami minta izin untuk berteduh. Kami rasa beliau ialah rahib di sana. Kami berbual. Katanya, dia pun tak pernah jalan-jalan di Vietnam sejauh kami, hehe.

Bila hujan dah makin reda, kami pakai baju hujan dan ucap terima kasih kepada kedua-dua rahib dan penjaga gereja. Kami nak cepat sebab galeri tutup pukul 5. Waktu tu dah pukul 410 :(

Bila kami sampai di Galeri Seni Halus, penjaga kaunter beri kami masuk dengan percuma sebab waktu melawat pun dah nak habis. Kami kena jugak habiskan lawatan di situ hari itu juga, sebab hari lain tak sempat. Galeri ada 4 tingkat, setiap tingkat ada pameran yang pelbagai. Tapi kami cuma berkesempatan melawat karya-karya yang di lobi setiap tingkat sahaja, sebab bilik-bilik kecil pameran semua dah ditutup :(


Muka tak puas hati di depan galeri sebab sempat melawat sekejap je :(

Malam itu sebelum pulang ke bilik hotel, kami singgah makan di sebuah kedai mamak. Di Saigon ada beberapa kedai India Muslim yang halal kerana ada komuniti kecil India Muslim di sini, dan ada masjid juga.

Kami berehat dan tonton tv di bilik hotel dan tidur awal hari itu, kerana esoknya, kami akan naik bot sepanjang hari di Mekong :)

Kadang-kadang

OrangGilak ni.. kadang-kadang muda, kadang-kadang tua.

Sementara den tengah rajin ni, maka termuncullah artikel ni Selasa lepas:-

"...Bagi sesetengah orang, muda atau tua itu adalah perkara yang subjektif. Kalau umur tua tapi hati muda, maknanya kita masih muda. Banyak juga teknologi moden di zaman serba canggih ini yang boleh mengubah si tua menjadi si muda. Ada juga orang muda yang mahu cepat tua supaya pandangannya diambil serius. Tapi, bagaimana pula dari segi undang-undang?..."

Nak baca penuh, sila klik sini

*Bahagian-bahagian terakhir perjalanan ke Vietnam nanti dulu ek.. bila angin rajin den datang kembali*

Planet Puspa- Vietnam 6 & 7

Heh... kali ni aku gabungkan jer hari ke-6 dan ke-7. Sebab apa? Sebab tak banyak yang nak diceritakan pasal bandar Nha Trang ni.. kecuali pasal lautnya yang cantik tu saja.

Aku terjaga dari tidur dalam lebih kurang pukul 520 pagi. Waktu tu hari dah hampir cerah dah.


Dari dalam bas

Kami tiba di bandar Nha Trang pada kira-kira pukul 720 pagi. Turun saja daripada bas, ulat-ulat dah hurung. Kali berjalan agak jauh ke depan, tapi ada gak yang tak faham bahasa sambil ekori dengan motor. Kami buat dek ajer. Cadang kami nak menginap di satu hotel bajet yang femes ni.. tapi eksyennya Ya Allah? mementanglah dia femes kan.. bila kami kata nak menginap semalam je, terus kata tak boleh. Oh we don't accept one night stay only. Pala hotak dia. Lepas ni aku nak lobi Lonely Planet keluarkan dia dari dalam list! Jadi kami pun pergilah ke hotel bajet depan hotel kerek tu.. nama hotel ni Blue Star, juga tersenarai di dalam Lonely Planet- USD 16 semalam. Orait la tu, boeh nampak laut dari dalam bilik. Cuma, panas sikit. Kenapa panas? Sebab hari itu adalah giliran bandar Nha Trang mengalami catuan eletrik dan bekalan eletrik hanya akan kembali pulih pada pukul 9 malam. 9 malam! Nasib baik bilik dekat dengan pantai, jadi bila kami buka tingkap, angin pantai pun masuk ler. Best.



Selepas itu, aku tiba-tiba rasa nak sambung tidur. Entahlah mungkin takde mood atau sebab PMS. Nik tinggalkan aku sorang-sorang dan pergi mandi laut. Budak tu memang hantu air. Aku tidur sehingga tengahari, lepas tu keluar makan tengahari dengan Nik. Di sini, bila tengahari, panasnya semacam, sebab hampir sangat dengan pantai. Kami jalan-jalan beli buah dan balik semula ke hotel dan mengumpat.

Bila dah pukul 430 petang, hari dah mula redup, kami jalan-jalan di tepi pantai. Kami duduk atas pasir dan mula mengumpat sambil tengok orang lain mandi manda. Asalnya kami pun nak mandi sama, tapi segan la ramai sangat orang. Esoklah.




Sedang rancak kami berborak, tiba-tiba datang seorang mamat dari Hungary join kami dan ajak berborak sama. Katanya dia dah lama lepak tepi pantai tu, dan dari jauh dia dah tahu yang kami ni pun pelancong gak. Katanya dia dah hampir 3 bulan di Vietnam. Mamat ni tak kerja, dulu dia kerja kelasi lepas tu kerja kilang, lepas tu kena pecat. Becok gak mamat ni, salasilah keluarga dia sampai 3 keturunan aku tahu. Anyway sambil dia melancong tu, dia tolong la kedai2 makan berdekatan edar risalah, jadi dia dapat duit sikit untuk bayar bilik asrama yang dia tinggal. Kami borak sampai matahari terbenam.

Selepas itu, aku dan Nik pergi cari makanan malam. Di depan pantai ada restoran makanan laut.


Nasi lauk udang dan sayur

Selepas makan malam, aku dan Nik jalan-jalan beli ubi rebus dan jagung bakar. kami taknak balik hotel awal sangat, sebab api takde. Bila dah agak-agak pukul 9, baru kami balik. Kami tengok tiwi sebentar dan makan jajan sebelum tidur. Kali ni mesti tidur awal.. sebab kami kena bangun pukul 430 pagi. Kenapa awal sangat? Sebab kami nak tengok matahari terbit :)



Pukul 445pagi kami bergegas ke pantai. Mula-mula ni idea Nik, tapi aku yang excited terlebih sambil marah2 dia sebab lambat siap. Anyway, Nik berjaya mengambil beberapa gambar yang menarik. Ingatkan kami seorang je berada di situ, tapi ada gak beberapa orang tempatan yang dah mula mandi.


Gambar aku yang sedang menuju ke air pun diambilnya. Stalker


Dah masuk dalam air. Nasib baik kamera Nik kalis air

Selepas puas bermandi manda, kami balik ke hotel untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Kami makan di gerai depan hotel. Kakak kedai tu ingat kami orang tempatan dan tanya order dalam bahasa Vietnam.

Lepas makan, kami pergi mendekati seorang pakcik beca ni, dan minta dia bawa kami ke sebuah muzium. Nama muzium ni ialah Muzium Alexandre Yersin. Best kan... ada muzium pasal diri sendiri. Dr Alenxanre Yersin ni asalnya orang Perancis seorang ahli fizik yang membuat kajian dan menghabiskan hayatnya di Vietnam. Atas permintaannya beliau dikebumikan di Nha Trang, begitulah sayangnya dia dengan tempat ni. Di dalam muzium tu ada gambar-gambar beliau, peralatan kajian, buku-buku, nota-nota dan surat-surat yang ditulis oleh beliau, dan juga perabot-perabot daripada rumah lamanya. Beliau meninggal pada tahun 1943. Malangnya, kami tak boleh ambil gambar :/

Selepas itu, kami ke sebuah pusat kraftangan Vietnam. Nama pusat ni XQ. Mereka khusus dalam seni halus yang menggunakan benang sutera Vietnam. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal XQ, sila klik sini. Mesti korang kagum punyaaaa....Kalau nak datang tengok2 je boleh, nak beli pun boleh. Oleh sebab tak mampu, aku jalan-jalan je la.










Selesai jalan-jalan, kami pergi berurut. Berurut? Yess... best gila jangan jeles. Nik tak berurut tapi dia pi buat manicure. Tak kisahlah.. asalkan aku dapat diurut. Gila best sampai tertidur beta dibuatnya.

Petang, kami tak buat apa-apa lagi melainkan jalan-jalan di persisiran pantai sambil mengumpat adanya. Kami pi makan malam awal, sebab malam ni, kami akan bertolak ke Saigon atau nama barunya, Ho Chi Minh City (HCMC). Kali ni kami tak naik 'sleeping bus', kami naik keretapi. Yeaah!


Gambar terakhir di pantai Nha Trang sebelum berangkat ke stesen keretapi

Kami bertolak daripada hotel ke stesen keretapi pada pukul 730. Keretapi dijadualkan bertolak ke Saigon pada pukul 830 malam. Semasa mula-mula minta pekerja hotel belikan tiket untuk kami, mamat tu beria-ia suruh kami naik 'sleeping bus'. Much cheaper, katanya. tapi kami berkeras nak naik keretapi, sebab selama ni kami beum pernah naik keretapi lagi di Vietnam. Kata mamat tu, bas lagi best. Kami kata, belikan jer lerrrrr (lebih kurang camtulah. cuba translate ke bahasa Inggeris). Oleh kerana kami berdegil, mamat tu pun belikan kami tiket keretapi.


Stesen Keretapi Nha Trang

Bila sampai di stesen keretapi, kami dah panik. Sebab, semua papan tanda di dalam bahasa Vietnam. Kami cuba nak minta tolong di kaunter informasi, tapi makcik tu pon takleh berbahasa Inggeris. Akhirnya, seorang wanita muda yang menjual teh segera di dalam stesen keretapi tu membantu kami. Kami pilih tempat duduk yang betul2 bersebelahan dengan wanita tu jual teh. Setiap kali ada pengumuman, kami akan pandang dia, dia akan samada geleng-geleng atau angguk-angguk kepalanya untuk kami. Selepas itu, katanya keretapi kami ditunda perjalanan selama satu jam. 930 baru sampai. Kami mengeluh.


Sila cari saya


Bosan menunggu, ambil gambar

Stesen keretapi memang sesak. Keretapi menjadi pilihan penduduk Vietnam yang dah berkeluarga dan ada anak-anak kecil. Senang sikit nak angkut berbanding bas. Kira-kira pukul 920 mlm, ada pengumuman dibuat dan wanita penjual teh tadi mengangguk-anggukkan kepalanya kepada kami.

Bila kami masuk ke dalam keretapi tu, aku perasan ada bau kurang menyenangkan. Bau lama. Ye lah.. keretapi tu keretapi lama. Sinki pon dah berkarat. Aku tak sabar nak masuk ke koc kami. Tapiiiiii... lepas masuk, aku rasa gelabah. Rupa-rupanya, di dalam setiap koc ada 6 katil. 3 di kanan, 3 di kiri dan bertingkat-tingkat. Aku dan Nik dapat katil no 2, aku di kiri dan Nik di kanan. Masalahnyeeeeee... bila dah naik ke katil tu, nak duduk tegak pun tak boleh sebab rendah sangat. Bantal dan selimut disediakan, tapi aku kena alas bantal tu dengan kain batik aku. Dan, tilamnya sangat nipis tak serupa tilam :/ Pastu keretapi jalan gedek gedek gedek... rasa terumbang-ambing. Tak syok ah

Nik yang pendek pun takleh duduk tegak...


...Inikan pula aku

Aku cuba tidur, dan paksa diri untuk tidur. "Alah 11 jam je.." kataku menyedapkan hati. Sesekali aku terjaga sebab ada pegawai yang datang untuk periksa keadaan. Malam pukul 12 lebih (kalau tak silap), ada satu keluarga yang ditempatkan di koc kami, Mereka tidur ramai2 di katil bawah Nik. Pergh.. satu keluarga, satu katil. Aku cuba buat tak tahu dan sambung tidur.

Esok pagi, kami akan memulakan pengembaraan di bandar Saigon.

Orang Gilak yang Serious?

Artikel di bawah ialah hasil kajian aku beberapa tahun lepas mengenai AUKU, yang telah dikemaskini dan di touch up oleh Andrew Khoo (pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam) dan olahkannya menjadi artikel dan sebagai rujukan Majlis Peguam ketika menjawab isu AUKU satu masa dulu. Cuma sekarang baru ia disiarkan. Hasilnya adalah seperti di bawah:-

"...University students will now be allowed to participate in organisations, so long as they have not been outlawed by law (for example, Hindraf) or by the university itself. But political activity is still proscribed, whether within Malaysia or outside (see the story of the UKM 4). This however still does not disallow or otherwise make illegal the many UMNO clubs in British and American universities, whose representatives will be granted observer status at the next UMNO General Assembly, as they have been in times past.

This is because the Act does not cover Malaysians studying abroad. So the discrimination is clear. No political activity for university students in Malaysia but if you are in a university abroad, there is no such prohibition. In fact, the government positively encourages this, what with government Ministers meeting up with such UMNO club members during overseas visits. Why is there one special rule for student supporters of UMNO, and one different rule for those in our local universities?.."

Nak baca penuh, sila klik sini. Terima kasih saudara Andrew Khoo :)

Planet Puspa- Vietnam 5

Hari ke-5, kami bangun saaaaaaaaangat awal. Sebuah van mengambil kami dari hotel pada pukul 720 pagi. Kami bergerak ke My Son (sebutannya mison... bukan 'anak aku').


Menggedik di dalam van


Lalu sebuah sungai...

Kira-kira 90 minit selepas itu kami pun tiba di My Son. Apa yang menarik tentang My Son ni? Ini satu lagi tapak sejarah yang diiktiraf UNESCO. Dahulunya ia adalah pusat pendidikan dan keagamaan kerajaan Champa. Ia terbiar agak lama, sehingga orang-orang Perancis menjumpai semual tempat ini. Tapi lepas tu, datang pula bala dari US dan mengebom Vietnam. Tapak ini mengalami kesan teruk akibat pengeboman askar US... yang tinggal hanya sisa je :( Tapi ada juga kuil2 yang masih berdiri teguh walaupun tak sempurna. mungkin ada dinding tapi takde bumbung, ada bumbung takde dinding macam tu lah. Apa pun di bawah ada sedikit gambar2 untuk tatapan:-

















Kawasan My Son ni seluas kira-kira 200 meter persegi. Pemandu pelancong kami membiarkan kami berkeliaran sendiri kalau taknak ikut dia... asalkan kami jumpa dia semula di kawasan letak kereta tepat pukul 1130 pagi.


Jalan-jalan macam terer




Ada lagi di dalam hutan


Bergambar dengan patung tak berkepala

Kira-kira pukul 1140 pagi, kami pun bertolak semula ke bandar Hoi An...


Lalu semula sungai tadi

....dan makaaaaaaaaaannn


Nasi, udang dan cendawan


Nasi dan sayur-sayuran. Sebelah tu tofu goreng masam manis sama nenas

Lepas kenyang, kami baring sekejap di bilik dalam masa 30 minit. Kemudian, kami keluar semula untuk bersiar-siar melihat Hoi An yang sebenar :) Di sini ada pekan bersejarah. yang tertutup. Kalau nak masuk, kena bayar tiket.







Selain daripada muzium dan kuil, di dalam pekan ini juga ada rumah-rumah lama. Ahli-ahli keluarga rumah-rumah tersebut bersedia menyambut tetamu dan mereka akan bercerita tentang rumah mereka. Kami sempat menjengah 2 buah rumah.


Salah satu rumah lama. Kebanyakkan rumah di sini ada 2 tingkat. Kenapa, sebab bila musim hujan, kawasan ni selalu banjir. Jadi barang2 akan dipindahkan ke tingkat atas bila ia berlaku






Minum teh dengan anak tuan rumah




Dalam ni ada jambatan, dan juga tempat penyembahan


Singgah di rumah keluarga Duc An, bergambar dengan anak saudara tuanpunya rumah


Best gila kalau meja stadi macam ni



Kami singgah sebentar di tempat menjual cenderahati. Asalnya kami taknak beli apa-apa cenderahati pon, takde duit. Tapi papan tanda 'Propaganda Posters' sangat mencuit hatiku ini.... heheheheh

Kami bergegas pulang ke hotel pada kira-kira pukul 430 petang. Kena check out dan 'sleeping bus' akan datang mengambil kami untuk ke bandar seterusnya pada pukul 6 petang. Destinasi kami yang seterusnya ialah bandar yang 70% daripadanya ialah lautan :D

Hari ke-6: Bandar Nha Trang

Tungguuuuuuu

*gambar semua dari Nik