Lawak yang Tak Lawak

Semalam, aku teman Fahmi Fadzil pergi ke Unit Operasi rahsia PDRM di Pusat Bandar Damansara. Fahmi telah dipanggil oleh seorang pegawai khas untuk membantu siasatan selepas dia membuat laporan tatatertib di Bukit Aman pada minggu lepas berkenaan dengan seorang polis trafik yang cuba meminta wang daripadanya.

Pegawai yang menemubual Fahmi telah meminta Fahmi menaip sendiri cerita aduannya. Selepas itu, pegawai tersebut memeriksa taipan Fahmi dan membuat beberapa penambahan soalan. Sambil menunggu pegawai tersebut yang sedang asyik dengan komputernya, aku membelek-belek suratkhabar Utusan Malaysia yang berada di atas meja. Dah lama aku tak baca suratkhabar propaganda kerajaan persekutuan ni.

Di mukasurat hadapan Utusan Malaysia, ada satu ruangan kartun yang dinamakan Senyum Kambing. Selalunya, aku akan baca ruangan tu dengan muka ketat, sebab lawaknya takde lah kelakar mana pun. Tapi kartun semalam memang buat aku tersenyum kambing. Aku tunjuk kat Fahmi, dia pun senyum kambing gak. Di bawah ialah lawak semalam yang aku cilok daripada laman web Utusan Malaysia:-



Sebab aku tersenyum kambing, bukanlah kerana hakikat bahawa pasukan bola kita telah mengalahkan pasukan Timor Leste 11-0. Tapi kerana respon yang diberikan oleh watak kartun berbaju kuning tu.

"Itu bukan lawan sebenar"

Habis, siapa lawan sebenar kita? Manchester United?

Aku kesian betul dengan pemain-pemain bola sepak kita. Bila kalah kena kutuk, dah menang diperlekehkan pula.

Apalah salahnya kita ucapkan tahniah kepada mereka. Sekurang-kurangnya, ia boleh jadi pemberi semangat.

Dan jangan sangka, hanya sebab Timor Leste tu sebuah negara baru, tak cukup pembangunan, mereka akan selamanya terkebelakang di dalam bidang sukan. Negara-negara Afrika yang mundur pun, dah banyak kali kalahkan kita dalam bidang sukan.

Kalau nak beri peringatan kepada pemain-pemain kita supaya jangan cepat berpuas hati dengan kemenangan besar itupun, itu bukan caranya.

Bukan dengan lawak dua ayat.

Maka tersenyumlah aku dengan secara kambing dengan ke'tidak-sensitif'an suratkhabar utama nasional ni.

Eh, itu bukan dah lama ke?



4 komen:

Nikeda berkata...

hmm.. setuju. walaupun aku pun tak berapa minat ngn pasukan bola sepak malaysia, tp kemenangan diorang tu patut diberi ucapan tahniah. bukan diperlekehkan.. selalu sibuk suruh sokong, ni dah menang, ckp camtu plak...

kulupSakah berkata...

aku x minat bola malesia sebab presiden FAM aku x suke...

boleh aku fahamkan tajuk entry ni "Tak Lawak Yang Lawak"?

pprx berkata...

kambing..senyum kambing.. kambing gurun.. kambing tak mandi 3 tahun.. yang orang dok bela kambing tapi lepas buat seposen dan dengan selamba nya makan tanaman orang mcm pohon durian D24, anak pokok cengal dan jati,, apake HELL nya tuh??

Grizzly snowy panda bear berkata...

weh, malaysia menang la final..ko kena tukar tajuk tu..hehe