Hadapi saja

Hari ini, 1 haribulan Disember 2009. Tahun depan umurku 19 tahun (ini bukan 'typo error'). Selalunya, bila nak dekat hujung tahun, orang akan mula buat azam tahun baru. Nak buat itulah, inilah. Tapi bukan aku. Sekurang-kurangnya, bukan tahun depan.

Kalau aku buat juga, nescaya kerja-kerja tertunggak aku akan muncul dalam mimpi dan melenting "habis kami ni macamana?" atau lebih kejam lagi, akan bertindak membunuh azam aku sebelum ia dilahirkan. Jadi, lebih baik aku tak buat.

Apapun, tahun 2008 ni memang tahun yang memenatkan. Sangat-sangat memenatkan. Tapi, kepenatan yang menghiburkan (ok, ada juga bahagian yang tak berapa menghiburkan tapi wadehel aku dah tolak ia ketepi). Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang memahami. Aku dah cuba luang masa untuk korang, walaupun aku ni sekejap ada sekejap tak ada. Contohnya, bila kita pergi main tuju selipar kat Dataran dua hari lepas (kan aku dah kata, umur aku baru nak masuk 19 tahun). Main punya main, bila tiba giliran aku untuk baling selipar, aku dah takde. Kena balik awal untul program seterusnya. Nasib baik grup aku menang. Khabarnya 2-1. Tahniah dan yey untuk semua. Dan padan muka kepada grup Ayam.

Pagi tadi, bos aku bagi 'organizer' baru, untuk 2010. Aku dah siap isi. Aku tandakan dengan 3 warna pen. Merah untuk tindakan segera/jadual kes, Hitam untuk peringatan/mesyuarat, Biru untuk lain-lain acara. Habis isi, aku tutup 'organizer'. Lepas tu, aku tenung lama-lama. Lepas tu, aku senyum sorang-sorang. Gila skema aku ni rupanya. wtf.

Nak tak nak, umur semakin meningkat. Nak tak nak, tanggungjawab pun bertambah. Nak tak nak, sel-sel otak dah banyak yang hangus. Tapi terima kasih Tuhan, aku masih mampu tersenyum.

Bak kata seorang kawan, hadapi saja.


Gambar 'of the year', gambar dari dalam trak polis :p

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

lah kau masih guna organiser kertas ke? bila nak beli blackberry? hahahahahahahaaa

OrangGilak berkata...

tunggu ah lagi satu round tangkapan, pastu minta kat bapak hahahah

Kongkek N Go berkata...

eh, tak mungkin grup ayam kalah tuju selipar..muka dia pun macam selipar.. ni mesti ada konspirasi ni.. keh keh

aku rasa dia nak sedapkan hati kau je kot.. takut kau nangis bila dengar berita grup kau kalah.. maklumlah, kau kan baru 19 tahun.. keh keh..

p/s: itu la membe kau yg mak dia bangga2 kan tu kan? wahahahaha

Tanpa Nama berkata...

organizer? boring gel bunyi nya!! i dun need organizer, but i need a reminder instead! mana mau cari??! yang bley nyala lampu atau ada alarm alert ka..

heh di sana, rasanya di sana patut crop gmbar of THE year di sana tu biar tgal gmbar di sana ja..

p/s: siot ja kongkek N Go! ^_^