Tak sakit pun kena bantai...

Petang Khamis lepas, aku telah dihubungi oleh kartunis Zunar. Zunar maklumkan pada aku bahawa artikel aku yang disiarkan di Merdeka Review berkenaan Chin Peng, telah dibalas oleh saudara Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim di dalam belognya. Tidak lama selepas itu, ia juga telah disiarkan di Malaysian Insider.

Sebelum ini aku tak punya masa untuk membaca secara keseluruhan atau untuk membalas artikel saudara Zul tersebut kerana aku lebih berminat untuk menghabis cuti 3 hari dengan gembira di Pulau Pinang bersama-sama beberapa orang rakan peguam pusat bantuan guaman. We deserve the break. Sepanjang percutian, ramai rakan-rakan, sifu-sifu serta bos-bos aku menghantar mesej meminta aku menulis artikel susulan sebagai menjawab pernyataan saudara Zul. Aku kata, selepas cuti-lah.

Tapi, selepas membaca keseluruhan artikel tersebut, sekarang aku berpendapat bahawa tidak perlu sebuah artikel susulan untuk ini. Kenapa?

Kerana saudara Zul hanya menjadi dirinya sendiri. Kandungan artikelnya memang sudah dijangka. Saudara Zul mendakwa bahawa beliau menyaksikan sendiri beberapa kematian, dan walaupun beliau mungkin tidak mengetahui apakah punca sebenar yang membawa kepada peristiwa kematian tersebut, beliau meletakkan segala tanggungjawab ke atas askar komunis. Pendek kata, beliau ialah generasi lama. Enough said.

Aku lebih berminat untuk mengetahui pandangan anak muda berkenaan isu kepulangan Chin Peng. Anak muda generasi baru yang mahukan pembaharuan, yang mana seperti aku, hanya sempat menonton sejarah melalui kaca tv, suratkhabar, rencana, buku-buku dan sumber-sumber sekunder yang lain sehingga kita membuat penilaian dan kesimpulan sendiri mengenai sejarah itu.

Masa depan ialah milik orang muda. Suatu hari nanti, semua orang yang pernah melalui zaman sebelum merdeka dan zaman darurat, akan tidak ada lagi di dunia ini. Adakah kita akan hidup dan memerintah negara ini dengan menggunakan semua legasi yang ditinggalkan oleh mereka, termasuk perasaan benci dan dendam?

Aku mahu pendapat dari anak muda yang tidak bersetuju dengan kepulangan Chin Peng, dan aku mahu tahu kenapa.

Any taker?

12 komen:

Tanpa Nama berkata...

erk. ni bukan artikel susulan? muahahaha

- syafiq

lanterajiwa berkata...

ya... saye pun mahu org muda... =)

Johan 23.01.84 berkata...

hahaha sape lah nak peduli labon org mcm Zul Noordin..

Johan 23.01.84 berkata...

tahniah cik Puspa masuk snarai "berkemungkinan cool" Tukar Tiub..hehehe

OrangGilak berkata...

hehehe

Tanpa Nama berkata...

salam..
saya generasi baru..
lahir tahun 80'an..
alumni uia..
berasal dari baling...
saya tak setuju dengan pendapat anda dan lebih bersetuju dengan pendapat zul nordin...

kita boleh berbeza pendapat..


-amirul-

Kongkek N Go berkata...

wahahaahaha...

oi apa lagi? ada anak muda berbeza pendapat tu, cepatlah berdiskusi, berdebat dan bertukar pendapat. kalau tak macam mana nak jumpa titik temu.. keh keh

barulah proses mencapai demokrasi ye tak? aaaiiii!!!

OrangGilak berkata...

macamana nak debat kalau encik amirul tak sertakan sekali alasan kenapa beliau tak bersetuju.. hehehehe

Dengan Nama berkata...

Saya cuma nak tahu dengan lebih lanjut, kenapa anda mahukan CP pulang?

Zurien berkata...

i just posted a comment on your earlier post, before seeing this. so itu pendapat saya (before even reading Zul Noordin's reply, which I agree with more than with your article). and i would say, to simply dismiss him just because he belongs to the "Old" generation, is simply arrogance, denial and laziness on your part. dunia ini bukan hitam putih, byk Gray Areas in between. and in your pursuit of the truth, don't expect to be able to make up your mind in a short amount of time. i may know less than you, but i'm pretty sure banyaaaaaaaaaakkk lagi benda yg u tak tahu (sama mcm i). btw, i cuma tua dari you setahun saja tau ;)
btw, i tak rasa Zul nak bantai you, just replying to your points (unless mmg dia slalu carik gaduh dgn u la, which i obviously wouldn't know about hehehe).

OrangGilak berkata...

dengannama: salam... maaf lewat menjawab. agak sibuk. saya bukan mahu dia pulang. tapi kalau dia mahu pulang, biarkan. saya tidak membantah.

zurien: bila saya merujuk encik zul sebagai generasi lama, yang saya maksudkan ialah pemikirannya yang bias, emotional dan berat sebelah. bukan hanya sebab dia orang yang lebih tua dari kita. sebab itu penting untuk kita generasi baru mendapatkan fakta dan cerita daripada kedua-dua belah pihak, dan kalau boleh daripada pihak ketiga yang juga hidup pada zaman itu. reading zul's reply, he only relied on 1 sided sources- himself, most likely as a victim. didnt i mention in my article that i understand the victim's feelings? but now i'm talking about the new generation yang tak pernah alami semua itu....

A Love/Fate Affair berkata...

hmm.. ok ok... yeah, like I said, i tak tau pun dia ni sapa. mungkin you telah melonjakkan nama dia kpd org2 yg cetek pengetahuan politik mcm i ni! ;P
so, about Zul Noordin ni, i takleh byk komen la. but thanks for clarifying on ur other post tu. byk benda boleh di-clarify kan lagi kot, tapi mungkin panjang berjela tak tentu pasal je nnt. lagi2 org yg byk "details" and "side notes" mcm kita ni (I rasa la kita ni sama hahaha). OK, take care Puspa! try not to land urself in jail anymore! xx Zurien (sorry tgh edit my other blog so malas log out hehe)