Cuti Krismas lepas, aku dan beberapa orang 'Legal Aiders' telah menjalankan operasi Jalan-jalan Cari Pasal kami di Penang. Siapa itu Legal Aiders? Legal Aiders ialah gelaran yang diberikan kepada peguam-peguam muda Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur yang korang sering nampak di depan balai polis, berdiri sambil bermuka garang setiap kali ada orang kena tangkap sebab berdemo (itu hanya sebahagian daripada tugas je... banyak lagi kes-kes lain yang Legal Aiders buat).
Antara Legal Aiders yang terlibat di dalam operasi ini ialah Fadiah, Farhana, Zabetha@Beta, Farida, Valen, Fazlina dan Murnie. Memula kami ingat nak pergi Miami, tapi bila kami tukar matawang ke dolar, jadi USD50 je, kami pun memutuskan untuk pergi ke Miami Bay, Batu Feringgi saja. Lagipun, Farida tak pernah ke Penang.
Kami berada di Penang selama 3 hari. Oleh sebab terlalu banyak benda yang berlaku dan terlalu banyak makanan yang kami santap, aku malas nak tulis panjang-panjang jadi apa kata korang tengok gambar je?
Kami bertolak pada hari Jumaat pukul 5 pagi, supaya bila tiba di Penang, kami boleh terus sarapan. Muahah.
Hari Pertama
Mula-mula, kena senaraikan dulu apa yang nak dimakan
Destinasi pertama- Pasar dan Balai Rakyat Gelugur- cadang nak makan sandwich ketam yang terkenal tu, tapi dah habis huwaaargh
Tak dapat sandwich ketam, tosai pon jadilah~
Bersarapan dengan gembira
Mengumpul tenaga di dalam bilik hotel sebelum keluar menyerang
Menyerang ayam tandoori dan roti nan Kapitan
Tepi pantai
Sambung tidur di Padang Kota
Lawak sadis dari Beta- seringgit je keee
Membuli Fadiah
Percubaan kedua
Fadiah buli Farhana pulak
Beta juling
Lepas tu nampak sorang budak main belon. Kami tak puas hati sebab budak tu nampak eksyen, jadi kami pun beli gak
Lepas main belon, kami beli pedang bercahaya pulak. Aku punya pedang ada gambar Hello Kitty, Farhana punya ada gambar Spiderman. Cuba teka siapa menang
Di hadapan Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Waktu malam, kami ke rumah ibubapa Mr Rajen dan Ms Stephanie sempena Hari Krismas. Mr Rajen ialah CEO Majlis Peguam manakala Ms Stephanie ialah Penyelaras Pusat Bantuan Guaman KL. Mereka ialah suami isteri.
Makan dengan gembira. Oops Ms Steph tak suka ambil gambar!
Sebelum balik, kami dapat hadiah Krismas setiap seorang yang berupa sehelai t-shirt bermesej. Terima kasih Mr Rajen & Ms Steph!
Hari Kedua
Hari dimulakan dengan bersarapan roti canai kari kambing yang sedap di Restoran Hameed
Konon-konon~
Pondok telefon yang semakin pupus di KL
Tokong bersejarah
Makan tengahari nasi briyani dan nasi kandar, ditemani rakan kami di Penang, Kris Kaira dan juga Mr Rajen, Ms Steph serta Ravin (Ravin pengerusi Pusat Bantuan Guaman KL yang cemburu dengan percutian kami, maka dia pon naik bas ke Penang tapi lepas makan tengahari, dia tumpang Mr Rajen balik KL semula. Hek eleh~)
Pasar Chow Rasta
Kalau dah singgah Chow Rasta, mesti pegi beli buku terpakai di tingkat atas :)
Lepas, minum kopi di SitiGun
Minum kopi sambil main UNO. Muka Fadiah cam kerang busuk lepas kena tegur dengan pekedai sebab jerit-jerit menang main UNO
Batu Feringgi
Kami singgah rumah makcik Farhana yang baru pulang dari Mekah. Farhana tak ada, dia pergi reunion sekolah dia. Kami pergi dengan mak Farhana yang tinggal berdekatan. Di atas ialah ole-ole yang Farhana dapat- baju gym Mekah. Wakakak
Kemudian, adik Farhana, Fazlina dan ibunya membawa kami makan Char Kue Tiau yang sangat sedap berhampiran dengan USM
Char Kue Tiau yang sangat sedap
Sebelum tidur, kami pergi mencari sup kambing Hameed yang sedap
Murnie terkejut dengan kelahapan Fadiah yang tidak cukup dengan semangkuk sup, beliau telah membedal sup Beta juga
Hari Ketiga
Percubaan kali kedua untuk mendapatkan sandwich ketam, tetapi gagal sebab bangun lambat. Sob
Makan kue tiau sup yang tidak kurang hebatnya
Murnie bengang sebab 'terpilih' untuk memandu pulang ke KL
Contoh co-pilot yang berjaya
Sekian.
(Gambar2 dari kamera Valen dan aku)
9 komen:
hahahahhahahahahha!!jangan jeles!!pulau pinang menjadi saksi kemenanganku dalam permainan UNO!!!(dengan riak sekali!)
hahahahhahahahha,pulau pinang telah menjadi saksi kemenanganku dalam pertandingan UNO yang penug berprestige!
btw : mana cita ko ingat seekor lembu adalah anjing yg besar?:P
ooohhh.. valen..
keh keh
best kan berjalan? :)
aku tertarik dgn char kuay teow tersebut
oi puspa kenapa kau letak gambar baju tersebut!! saja nak sabataj aku! hahahaha
mana cita anjing besar kau??
farhana (bukan nama sebenar)
cerita anjing besar tidak akan disiarkan atas sebab-sebab keselamatanku. ahahah!
sepanjang kat penang semua benda aku makan - aku tak pergi nasi beratoq je.buat ape - baik makan nasi lauk biasa je.malas nak beratur.budaya automatism kah kah kah!
selamat berjalan-jalan.
mana boleh dapat t shirt penoreh getah tuh? kami ingin beli tanda sokong!
Catat Ulasan