Aku ingat, bila dah menganggur, aku akan ada masa untuk buat segala benda yang aku suka.
Merayap dari satu galeri seni ke galeri seni yang lain.
Membaca buku catatan harian orang-orang yang dah mati.
Melukis potret orang-orang yang aku menyampah dengan menggunakan warna pastel yang dah 2 tahun beli tapi masih tak habis, dan sengaja besarkan lubang hidung dan telinga mereka lepas tu ketawa sorang-sorang.
Merayau-rayau di kedai aksesori kereta di Subang Jaya sambil berangan nak 'modify' kereta, tapi akhirnya hanya akan beli pengelap cermin sebab yang lain-lain tak mampu.
Makan durian dan minum air kelapa sambil bercangkung dan borak-borak dengan penjual durian dan air kelapa dalam bahasa Minang di tepi jalan di Hulu Langat atau Kuala Pilah (ok sebab sekarang bulan puasa, mungkin hanya boleh buat lepas Ramadhan).
Baiki laptop yang dah rosak ' dvd player'nya.
Baiki tv yang dah tak boleh dipasang langsung.
Baiki hp yang dah malap skrinnya.
(Heish kenapalah semua benda nak rosak bila aku tak bergaji, dugaan Ramadhankah?)
Aku terlupa, bahawa selain dari kerja-kerja bergaji, aku juga ada komitmen lain.
Ulangtahun ke-20 SUARAM dah nak dekat. Promosi belum mula lagi.
Minit mesyuarat lembaga belum hantar lagi.
Dan dah 3 bulan aku tak panggil ahli-ahli jawatankuasa bantuan guaman untuk bermesyuarat.
Tsk... ok dah sms Sheena. Mesyuarat Rabu depan. Hantar agenda esok pagi.
Waaargh.

*****
Tadi aku berbuka puasa dengan seorang kawan lama. Dah hampir 8 tahun aku kenal dia. Katanya dia bakal diwawancara oleh sebuah rancangan terbitan kerajaan, pasal erti kemerdekaan. Dia tanya aku samada dia patut sentuh tentang sumbangan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. "Kenapa tidak?" "Ya lah, sebab sekarang ni kerajaan akan buat apa saja, dan cari apa saja peluang untuk kenakan orang dan sumbat dalam kem Kamunting". Ah, aku faham sentimen itu. Kebimbangan itu. Tapi mengenali dia, aku rasa dia bukannya nak tahu pendapat aku, cuma nak beritahu aku je. Dia bukan penakut, sebab tu aku kawan lama dengan dia. Haha.
Lepas pulang dari acara, aku rasa lega. Dah lama tak berbual kosong. Takde cerita politik. Takde cerita undang-undang. Takde gossip2 NGO. Hanya tentang perkembangan dia dan aku.
Kadang-kadang aku berharap yang aku adalah seorang bimbo yang hanya sibuk memikirkan baju apa nak dipakai untuk ke kerja esok. Sebab makin banyak yang aku tahu tentang negara ni dan politik dalam organisasi, makin sakit kepala aku. Makin kurang senyuman aku. Makin baran emosi aku. Makin kurang pahala puasa aku.
Selamat menjalankan ibadah puasa semua.

6 komen:
Ni aku nak ajak ko buat smthing yg baru...jom destress dgn swiming.xde cite2 NGO,undang2 apalagi politik.
Cuma kau,air n lubang idung je.mgkin dpt idea nk lukis potret org dlm air,hidung da tentu bsar skit,x perlu dperbesarkan.hehe.
Durian+air kelapa?menarik gak kmbinasi tu.
Mas
..bahagia! tu yg dicari..aku pun tinggal bnyk benda dan buat sesuatu yg membahagiakan..minum air kelapa sambil speaking minang amat membahagiakan!
dah cukup laa bimbo yg ado kat court tu..hahah..klu ko nak jd bimbo pon..mungkin ko bleh jadi bimbo yg bijak? (eh..kalau dh bimbo itu, bijakkah?)
Mas: errr... boleh dgn syarat kolam renang tu dalam maksimanya 5 kaki je, supaya aku boleh 'jalan' dalam air. muahah
kulup: botul!
salwa: kalo ah bimbo tu, bimbo laaa hahaha
salam tuan rumah,
kagum banget deh sama kamu!
sang kegelapan: salam kembali... toksah la duduk lama2 dlm gelap tu, ada antu
Catat Ulasan