Mengkritik dan Dikritik


Petang tadi, selepas kerja aku bergegas ke Bangsar Village. Di sana aku berjumpa dengan 4 orang peguam muda lain yang bersama2 aku semasa Filem Hitam. Kami ditemuramah selama lebih 2 jam oleh 3 orang wakil majalah Off the Edge, berbual2 tentang diri kami, peranan peguam terhadap masyarakat, pandangan kami tentang 'rule of law', sistem kehakiman, kepolisan, kerajaan, politik dan pandangan orang lain terhadap kerja2 yang kami lakukan.

Bercakap tentang pandangan orang lain.

Sejak dari kecil lagi aku sudah biasa disalahanggap. Mula2 disalahanggap sebagai budak bermasalah sebab terlibat dalam 'gang fight' masa darjah 6. Bukan salah aku, sapa suruh baling batu kat aku masa aku duduk diam2 kat tepi taman sekolah tu tengok ulat2 beluncas naik daun? tapi takpelah akhirnya dapat 'straight A' juga aku dalam UPSR.

Kemudian, disalahanggap sebagai budak sombong sebab tak balik kampung sendiri selama 2 tahun semasa di sekolah menengah, tapi mereka tak tahu yang aku kecil hati sebab mereka semua ni pandai2 nak 'take side' semasa keluargaku sedang berantakan.

Bila masuk U, aku disalahanggap pula sebagai sosialis dan pro-komunis hanya kerana aku lebih berminat dengan persatuan2 yang berjuang untuk hak golongan marhaen secara keseluruhan dan lebih percayakan hak kesamarataan daripada perjuangan yang hanya melindungi kumpulan2 tertentu.

Bila mula beramal sebagai peguam dan mula mengendalikan kes2 hak asasi, aku dikatakan pula sebagai orang muda yang hanya dijadikan 'alat' oleh parti2 pembangkang yang mempunyai agenda mereka sendiri (yang paling mengecewakan ialah bila 'pandangan' itu datang daripada bekas pensyarah aku sendiri yang mengutuk aku di dalam penulisannya- pandangan beliau itu seolah2 segala ajaran di universiti itu melahirkan graduan2 yang tidak tahu guna otak, dan hanya mengikut telunjuk orang lain).

Selain daripada itu, aku juga dah biasa disalahanggap sebagai Melayu liberal dan penyokong tegar Sisters in Islam hanya kerana aku ialah daripada golongan professional wanita Melayu yang tidak bertudung.

Oh ya, jangan lupa dengan sokongan aku terhadap kepulangan Chin Peng- seorang rakan seuniversiti aku secara terang2an mengutuk aku di dalam Facebook sebagai 'Melayu yang bukan Melayu'. Macamana tu?

Sebagai penentang kerajaan? Oh... itu dah biasa. Seorang rakan baik aku semasa di universiti yang kini bekerja sebagai pendakwaraya, pernah menyampaikan 'salam' kepada aku melalui seorang teman, ketika dia mengendalikan kes habeas corpus Uthayakumar dan menang pula. Katanya, tolong beritahu Puspa, tak payahlah susah2 nak ambil kes2 hak asasi ni, lebih2 lagi kes2 ISA sebab dia (aku) takkan menang punya.

Nasib baik aku ni jenis yang keras hati. Boleh buat muka lurus bila2 masa dan buat macam tak ada apa2 yang berlaku (itupun disalahanggap sebagai garang oleh sesetengah orang).

Sekarang, tiba masanya untuk aku pula beri pandangan terhadap orang lain.

Tapi, bukan di belog ini.

Tak main lah cakap2 belakang ni beb. Lebih baik aku hubungi orang2 tertentu tu, ajak keluar minum dan kemudian luahkan rasa tak puas hati depan2. Itu kan lebih baik. Penyampaian yang tepat, tak ada salah faham dan pertelingkahan pun boleh diselesaikan dengan cepat dan penuh hormat.

Lebih baik juga aku layan lagu Ayam Den Lapeh ni haa (saja je nak buat 'statement' yang aku ni berketurunan Minang dan berbangsa Malaysia). Ada sesiapa yang nak bertekak dengan aku pasal isu ni?




13 komen:

amin h berkata...

salam

anda lawyer?
hmmm.
dari kecik saya mahu jadi lawyer.
tapi cita2 x kesampaian.
sebab selalu terpaksa memenuhi tuntutan dan kemahuan org lain.huhu.

by the way...saya suka baca blog anda.byk lagi yang nak dibaca.after exam lah.hehehe!

Tanpa Nama berkata...

:)

aku, malaysian bukan melayu hek hek

Jangan lupa update anta memo ek.


-Fiq

OrangGilak berkata...

amin: terima kasih. sekarang, sila pergi baca buku. good luck!
fiq: nak kena apdet ke? letak gambar kat fb cukuplah~

amicus curiae berkata...

wahai with a friend like you i dont need enemy,

aku lebih suka berterus terang dgn ko, dan ko terima dgn sangat gentleman gitu.its a matter of choice,kepada apa yang ko percaya.

yg penting, we don't fall into the trap of pre-judgment, sebab rule of bias masih terpakai walaupun di luar mahkamah.

The Rough Diamond berkata...

I totally understand how you feel. I've been accused of the same things also by my close friends and even my mum. Sad kan, but you are not alone.

Unknown berkata...

tapi awak memang garang dan itu kenyataan! ;p

rahmat haron berkata...

apakah perkembangan penangkapan dan penahanan para pelarian Burma tempohari?
apakah mereka akan dihantar pulang ke tangan rejim junta dgn risiko kehilangan nywa???

OrangGilak berkata...

amicus: ya afzan. perintah dibenarkan seperti dipohon.
roughdiamond:thanks :)
rahmat: mereka dihantar ke imigrasi pada hari ahad. belum pasti samada akan didakwa.

admin berkata...

lorrr sejak bila ko pro SIS ni? aku tak tahu la pulok wakaka ;p

Nikeda berkata...

puspa? garang? takkkkk... hahaha

OrangGilak berkata...

Sherrie & Nik: ngaum ngaum

Tanpa Nama berkata...

kau ni macam orang jahat je. aku suka orang jahat. jom kawen.

fazura berkata...

akak mmg garang la...hahaha..tp blog anda mmg best..bgs gk ade benda2 best untuk dibaca...tq2...tp jgn perasan lebih2 ye...