Merapu

Ada banyak benda yang aku nak tulis tapi tatau nak mula dari mana. Aku salahkan Twitter sebab bila dah tulis semua kat Twitter, adalah sangat payah nak menulis semula di blog sebab aku bukan jenis yang suka menulis perkara yang sama 2 kali. Tapi tadi aku terima satu emel yang aku rasa perlu dijawab secara terbuka melalui belog ini. Maka inilah dia:-

Aku rasa kebanyakkan pembaca belog ni ialah pelajar undang-undang. Correct me if I'm wrong, tapi ni ialah penilaian yang aku buat sendiri berdasarkan emel-emel yang aku terima daripada bebudak law yang minta pendapat aku bila diorang nak buat esaimen. Korang sangat comel.

Golongan pembaca kedua ialah bebudak yang terlibat dalam aktivism, tak kiralah aktivis hak mahasiswa atau hak asasi atau politik sekalipun. Ni pulak berdasarkan artikel-artikel di dalam belog ni yang dimuat naik semula oleh bebudak ni di dalam Facebook page masing-masing. Bebudak ni pun nampak kiut-miut je bila emel aku bagitau nak buat demo la apa la pastu minta pendapat.

Golongan ketiga ialah kawan-kawan sendiri. Mereka baca belog aku lepas tu jadikan bahan gurau masa lepak. Aku taknak kata korang kiut sebab nanti korang perasan.

Golongan-golongan lain pun ada, tapi susah aku nak tahu sapa korang kalau komunikasi kita hanya komunikasi satu hala saja, iaitu pembaca tanpa respon. Tapi itupun membuatkan korang nampak comel gak, sebab orang pendiam ni misteri.

Tapi itu cerita lain.

Yang aku nak jadikan bahan kali ni ialah golongan lelaki gersang. Weh walaupun aku letak status 'single' dalam Facebook dan aku nampak seperti ada banyak masa nak buat benda-benda lain, tapi toksahlah beri respon dengan menghantar emel-emel yang tah apa-apa, terutamanya emel ajak kawen. Geli dan tak comel langsung.

Aku tak kisah add kawan-kawan baru dalam FB bila mereka kata mereka baca belog ni atau artikel di MKini, seronok juga borak-borak pasal isu semasa atau bergossip tapi bila dah nak ajak chatting ala-ala 'a/s/l please', itu ialah geli ye.

Adalah agak mudah nak detect mereka-mereka ni. Ayat-ayat taipan mereka selalu diakhiri dengan noktah lebih daripada satu '.....' konon-konon romantik la tu. Weekk uweekkk.

Susahnya nak buat ayat penutup untuk posting yang semacam ini. Dan aku salahkan Twitter sekali lagi.

5 komen:

mae berkata...

aku penanam cili dan aku bace blog ni...profession aku sikit pun tak di mention dalam entri ni...respon aku kat bawah tu ialah
(huh)

Sasha Lyna berkata...

mungkin ayat2 anda seperti;
"apakah perasaan anda apabila berjalan dgn loyar hawt?" telah menular dgn begitu pesat menagkibatkan anda dpt emel2 sedemikian?

mungkin...

p/s:ckp aku kiut cepat! ;p

OrangGilak berkata...

mae: ohai penanam cili. kira aktivis la tu. aktivis pertanian

sasha: *pandang dengan muka tegak*

rawsktar berkata...

jom kawen.

zul mohd berkata...

cerita merapu plg cemerlang thn ini.terima kaseh.