LaFoLi

Minggu lalu pada 12hb Februari 2011, Lawyers for Liberty telah secara rasminya melancarkan bilik gerakannya di Petaling Jaya. Ianya dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Encik Ragunath Kesavan.


Ragu yang hensem sedang memberi ucapan perasmian

Siapa itu Lawyers for Liberty? Kalau nak tahu, klik sini

Pendek kata, Lawyers for Liberty ni ialah sekumpulan aktivis peguam dan aktivis bukan peguam Malaysia yang buat kes-kes hak asasi manusia dan bergerak secara berkumpulan.

Sebelum pelancaran bilik gerakan tersebut, dan sebelum nama LFL direka, LFL sudahpun beroperasi secara tidak rasmi selama lebih setahun tetapi hanyalah sebagai geng-geng sahaja. Ada juga beberapa orang manusia yang bertanya kepada saya samada LFL ini ialah serpihan kumpulan peguam yang tidak berpuas hati dengan Pusat Bantuan Guaman. Jawapannya tidak. Kami masih lagi melakukan kerja-kerja sukarela di Pusat Bantuan Guaman. LFL bukan alternatif kepada Pusat Bantuan Guaman. Kes-kes yang dikendalikan dan cara kerja ialah berbeza.

Pusat Bantuan Guaman ialah anak cabang kepada Majlis Peguam yang mana semua peguam termasuk kami ialah ahlinya. Ia memberi tumpuan kepada orang awam yang berpendapatan rendah dan tidak mampu melantik peguam. LFL pula ialah NGO yang terdiri daripada peguam dan aktivis yang menumpukan terhadap perjuangan hak-hak asasi manusia melalui saluran lain selain daripada mahkamah. Oleh itu sila jangan berspekulasi dan bergossip. Berdosa.

Buat masa kini, LFL hanya memberi tumpuan kepada kes-kes yang melibatkan penyalahgunaan kuasa polis dan pihak berkuasa serta kes-kes imigran dan pelarian.

Majlis pelancaran pada 12.2.2011 tersebut adalah sangat meriah kerana ia dihadiri oleh rakan-rakan aktivis hak asasi manusia, peguam-peguam daripada Majlis Peguam, Pusat Bantuan Guaman, Loyar Burok dan juga ahli keluarga mangsa-mangsa penyalahgunaan polis seperti keluarga Aminul Rasyid dan Azam. Ia juga diserikan dengan persembahan daripada kumpulan 23:59 dan juga deklamasi puisi daripada abang Pyanhabib (yang menghabiskan 15 minit pertamanya mengutuk aku sebab memandu sangat perlahan. bwek). Abang Pyan juga mencadangkan supaya singkatan Lawyers for Liberty iaitu LFL diubah kepada LaFoLi sebab lebih senang untuk disebut :p


Antara tetamu yang hadir


Abang Pyan sedang mengutuk aku


Bergambar dengan aktivis-aktivis mahasiswa


Zunar sedang memberikan 'hint' di manakah terletaknya bilik gerakan


Kek pelancaran yang sangat sayang hendak dimakan

Sekali-sekala bila sedang melayari internet tu, jangan lupa jenguk-jenguk ke sini untuk isu-isu semasa dan perkembangan terbaru LFL/LaFoli, ya?

2 komen:

kulupSakah berkata...

baru nak ngutuk blog ni dah sebulan tak diapdet..


TAPI AKU BERBANGGA DENGAN korang, LaFoLi..LFL atau Lots Of Loud!
"di dalam sejarah reformasi, kamu wujud!"

notamerah berkata...

http://notamerah.wordpress.com/2011/03/01/wartawan-dipanggil-polis-lagi-kerana-sentuh-rosmah-mansor/