Penjodoh Bilangan dan Cerita Bahasa

"Kawan. Apa kata bilangan untuk cekak? :-S"

Mula-mula, aku tergelak bila baca sms Juana tu, sambil nak balas "itupon tak tau ke?". Tapi selepas beberapa ketika, baru aku tersedar.

Aku pun tak tahu jawapannya.

Selepas mencari jawapan di merata-rata tempat, akhirnya aku mengambil jalan mudah- FB la apa lagi. Soalan yang bunyinya lebih kurang begini "apa penjodoh bilangan untuk cekak?" disambut oleh beberapa orang rakan yang mencadangkan secekak, sepuspa cekak, seutas cekak atau setangkai cekak. Sufian Abas pula mencadangkan supaya aku mencari jawapannya di sini.

Dalam pada aku cuba-cuba mencari jawapan, Juana sudah pun menghabiskan cerut (cerita mengarut)nya tentang 3 sekawan cekak. Menurut beliau dengan adanya cerut tersebut, membuktikan bahawa beliau ialah seorang minah rempit dan meminta aku mengiktiraf kerempitan beliau. Tahniah.

Untuk meng'cover' malu sebab tidak dapat menjawab soalan, aku pon bertanya kepada Juana apakah penjodoh bilangan untuk 'remote control'? Jawabnya, "pucuk. sebab you aim the damn thing at the TV/Astro and then fire". Enough said.

Penting sangatkah meletakkan penjodoh bilangan ni? Pentingkah mengikut peraturan bahasa yang ditetapkan sejak dahulu kala? "PENTINGLAH!" jawab beberapa orang pejuang bahasa kepada aku (nanti) kalau-kalau soalan ini diajukan. Mungkin sama penting dengan kata sambungan 'ke'. Aku pernah ditegur oleh Pak Seno (Gumira Ajidarma) seorang penulis dari Indonesia, kerana hanya menjawab "pergi hospital" apabila ditanya kenapa aku lewat tiba. "Mana KE kamu?" tanyanya.

Tapi tak sepedih bila diceramah oleh Pak Samad ketika majlis makan malam SUARAM, kerana keseluruhan acara tersebut dijalankan di dalam bahasa Inggeris. "Kenapa nak guna bahasa Inggeris hanya kerana ada 2 orang putih dalam majlis ini?" Ok itu cerita lain. Yang itu, memang padan dengan muka aku.

Aku juga pernah ditegur oleh si dia kerana kata "minum sup" dan bukannya "hirup sup". Apa beza?


Percubaan mengambil hati selepas diceramah

Tiada kata secantik bahasa. Yang indah itu bahasa. Orang berbudi kita berbahasa. Kesimpulannya, kalau tak mampu berbudi, kita berbahasa-lah. Jadi kalau tak reti berbahasa, haruslah kita berbudi. Tak tau penjodoh bilangan untuk cekak pon takpe.

Eh, betul ke maksud peribahasa tu?




10 komen:

kulupSakah berkata...

kau juga kena ingat apa itu "sawo" dan "bidara"

juanajaafar berkata...

Puspa ... kau tak payah nak tonyoh self-esteem aku lagi la. sedar la diri dan iktiraf kerempitan aku.

by the way, i think there's a typo in your article. it's not ceRUT, it's cerPEN! :T

Did berkata...

kahkahkah!!!
ok,saya suka entri awak ini.
sudah lama bahasa kita terabai.
itulah pentingnya pejuang bahasa.

Tanpa Nama berkata...

aku nampak post ko kat FB..tapi kan nak jawab aku nak tanya dulu tapi segan..

cekak tu yg cekak rambut tu ye?yg aku terpikir time tu..cuma cekak musang, baju melayu tu. aku pon tertanya..ada ke penjodoh bilangan utk tu?haha.

Mas

OrangGilak berkata...

kulup: sawo tu buah cikuuu
juana: bukan typo, mmg cerut
did: itulah. contoh kegagalan- aku :/
mas: ye.. cekak rambut. kau ada jawapannya?

kulupSakah berkata...

bukan duku?

rawsktar berkata...

seulas cekak.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

yang kurik itu kendi kata si ct

OrangGilak berkata...

kulup: bukan. kulit sawo matang ialah seperti buah ciku yg dah masak.
rawkstar:seulas durian la
brutal: er. mungkin ct banyak budi kot?

kulupSakah berkata...

tepat lagi menepatkan.
Sawa sebenarnya tapi ia loghat Kedah jadi sebutannya 'sawo'