Daddy Cool

Kalau ada pemenang anugerah ayah paling pelik dalam dunia, maka ayah aku lah orangnya.

Sebagai orang Minang sejati, ayah selalu mengajar anak-anaknya berdikari dan guna duit sendiri kalau nak apa-apa. Kalau nak harapkan ayah belikan sesuatu tanpa membodek sekurang2nya seratus hari, lupakan.

Imbuhan sebab dapat nombor satu dalam kelas? Takde. PMR cemerlang? Ayah senyum je. SPM gred 1? "Ramai orang boleh dapat" katanya. Dapat masuk U? "Ambil course yang senang dapat kerja" reaksinya. Hari konvokesyen aku minta bunga, aku hanya dapat bingkai gambar, untuk gantung gambar terima ijazah.

Seminggu sebelum masuk kampus, ayah suruh mohon pinjaman. Tapi entah kenapa, pinjaman aku sangkut sampai 2 tahun. 2 tahun! Maka ayah aku kata "takpe pakai duit ayah". Selalunya ayah akan bagi duit ngam-ngam untuk yuran belajar. Yang selebihnya, aku kena pandang mata ayah lama-lama sambil buat mata bersinar-sinar macam mata anak kucing. Jadi sementara nak dapat duit pinjaman, aku keje 7-eleven. Lepas tu sebab tak larat, aku buka "7-eleven" sendiri dalam bilik asrama di kampus (bilik aku macam-macam ada... sewa cd, sewa buku cerita, nak beli megi/roti/minuman 3 dlm 1 silalah datang ke tingkat 1 Blok D) pastu hujung minggu aku naik bas ke pekan Gombak mengajar budak2 SPM dari rumah ke rumah. Hari-hari biasa, aku jadi assistant researcher untuk pensyarah. Masuk tahun ketiga... baru aku dapat pinjaman pendidikan. Dan yang bestnya, aku dapat sekali duit yang sepatutnya aku dapat masa tahun pertama dan kedua. Aku beritahu ayah. "Baguslah, boleh bayar balik duit ayah", katanya. Ok. Sob.

Masa tengah chambering, ramai kawan2 mula pakai kereta. Aku pon bagilah 'hint' kat ayah. "Tu elaun chambering tu kan ada, pegi guna duit tu bayar yuran belajar memandu". Ok. Sob.

Lepas dapat lesen, aku tunjuk kat ayah. "Hmm... nanti bila dah mula kerja, pergilah buat pinjaman bank, beli kereta sendiri". Ok. Sob.

Sekarang ni, walaupun dah tinggal berasingan dan aku jarang balik rumah ayah (padahal dekat je kat Subang) aku akan cuba luangkan sekali dua sebulan jumpa bapa aku dan belanja dia makan. Itupun ayah ungkit juga, sebab "asyik-asyik kodai mamak. kombang tokak den". (Nak buek camno yah, anak daro ayah ni loyar rakyat...bukannyo loyar korporat).

Tapi...

Setiap kali aku kena tangkap sebab bergaduh dengan polis, ayah akan bagi hadiah.

Masa kena tangkap depan balai polis Brickfields Mei lalu, ayah aku tak tau. Memang aku sengaja taknak beritahu ayah pun. Takut kena marah. Sebab, seingat aku masa muka aku keluar tv kerajaan beberapa tahun lalu ketika berdemo dengan sarikata di bawah tertulis "Ini Bukan Budaya Kita", ayah aku kasi ceramah selama 40 minit kaw2 punya. Inikan pula kena tangkap. Aku siap ugut abang aku, jangan beritahu ayah. Tapi akhirnya abang pecah lobang gak. Sampai sekarang, abang aku akan repot segala kegiatan aku kat ayah, lebih2 lagi dia rajin baca belog aku (tak aci tau abang... adik tak penah repot aktiviti abang kat ayah :p)

Seminggu lepas tu, aku takut gila bila ayah aku call, kata nak jumpa. Selalunya ayah hanya akan call aku bila nak beritahu aku yang nenek aku buat kenduri kat kampung (kampung kat Gombak je), suruh balik. Nenek aku punya hobi ialah membuat kenduri tanpa apa-apa sebab yang spesifik. Selalunya nenek akan gelar kenduri tu kenduri doa selamat. Tapi itu lain cerita. Berbalik kepada panggilan ayah aku yang secara tiba-tiba tu. Gigil beb.

"Apasal tak call masa tu?" "Err... hp habis bateri." "Apasal tak caj awal-awal kalau dah tahu bateri weak?" "Err... bateri hp tu mmg problem. Tiba-tiba je hp akan mati". "Apasal tak beli bateri baru?" "Err.. takde masa". "Pegi buat kerja2 tu ada masa plak!" "Err.. err"

Esoknya, ayah call lagi, kata nak jumpa. Gigil lagi. Ayah bagi hp baru. Hp Samsung yang edisi terhad punya, warna ungu. Pelik gak. Selalunya benda2 yang tak melibatkan keperluan asas ni, ayah akan suruh beli sendiri. Aku ambil masa selama sebulan untuk adjust diri aku dengan hp berteknologi canggih ni. Wah boleh buat video conference (ceh macamlah aku nak berkonferens dengan sapa2). Bila hp orang lain berbunyi pon, aku sibuk-sibuk nak periksa hp aku. Shallow gila.

1hb Ogos lepas, aku kena tangkap depan Masjid Jamek. Tapi sekejap je, lebih kurang 10-15 minit je. Waktu tu aku ingat selamat, sebab ayah aku outstation ke Indonesia selama lebih sebulan. Dia takkan tau punya heheheheh. Tapi aku lupa, abang aku baca belog aku. Cis.

Minggu lepas aku dapat tahu ayah dah kembali ke Malaysia. Aku cuba buat macam biasa. Tiba-tiba satu hari lepas baru balik dari Mahkamah, aku periksa hp ada satu misscall dari ayah. Oops. Aku call abang. Abang suruh aku call ayah. "Ada kenduri ke?" "Takde. Call je lah ayah". "Ni mesti abang repot lagi ni!!!" Abang aku cepat2 letak hp. Grrr

Esoknya seperti yang dijangka, ayah aku call lagi. "Balik Subang sekarang". Baiklah. Dan, seperti yang dijangka, kena ceramah lagi. Kali ni ayah aku guna taktik lain. Dia kata, Najib sengaja kosongkan kem Kamunting tu sebab nak letak orang2 macam aku kat dalam. Aku kata, taklah, dia kosongkan sebab nak renovate dengan Fella Design, kasi tempat tu mesra rakyat sikit. Kan sekarang ni rakyat didahulukan. Hahaha! Tapi, ayah tak ketawa. Err...

"Hp Samsung tu rosak juga ke?" "Err.. taklah. Cuma skrin dia ada goyang sikit sebab haritu terjatuh." "Jatuh masa berdemo ke masa bergaduh dengan polis?" Aku diam. "Jum, ikut ayah!" "Pegi mana?" "Repair skrin tu!"

Masa di KL, tukang repair hp kata akan ambil masa sejam, suruh kami pegi jalan-jalan dulu. Maka kami pon pegi jalan-jalan. Aku belek-belek hp dan IPhone yang aku tak mampu beli kalau guna duit sendiri. Aku nampak satu pocket PC, jenama Acer. Smart gila body dia. Aku tengok. Lepas tu, aku pegang. Lama-lama.

"Nak ke?" ayah tanya. "Err.. nak. Tapi sekarang takde duit. Kedai ni terima ansuran ke?" Tanya aku secara bona fide. Tiba-tiba, ayah panggil tuan punya kedai. Dia suruh brader tu terangkan kat aku cemana nak guna pocket PC tersebut, pastu ayah keluarkan dompet dia. Terkejut gua. Tapi otak loyarku bergerak dengan pantas. "Err.. daripada beli pocket PC ni, lebih baik beli Blackberry kan ayah".

"Setakat kena tangkap 10 minit, itupun hanya sebab edar risalah, ada hati nak minta Blackberry" kata ayah selamba.

Oh, macam tu rupanya. Baiklah.

Lepas ni, aku akan 'berusaha' dengan 'lebih gigih' lagi. Dan akan ku tulis semua dalam belog supaya abang boleh repot kat ayah.

Aku nak tv besar yang leper tu.

19 komen:

el berkata...

err... kalau mat sabu ngan gobala adik beradik ngan kamu... teruk gak dia nak bagi hadiah nih... :P

zulhardy berkata...

pergh, daddy anda memang cool. big daddy cool :D

tahniah lah.

so aku kena keep track lah kalau puspa kena tangkap lagi ke, demo lagi nak tgk apa daddy bagi :D

Tanpa Nama berkata...

Oh,inilah dan tu...

Cool..


Mas

sang kegelapan berkata...

menarik beb! gua suke cite nih! harap berusaha lebih gigih lagi untuk tolong hamba marhaen macam gua ni..

rawsktar berkata...

mintak umah la puspa + tv leper + maid.

OrangGilak berkata...

el: kalau jadi macam tu, mesti bapak aku duk je kat Indonesia tak balik2. hahaha
Zul: sila!
mas dan sang kegelapan: baiklah.
Anies: yang itu kena cari bapa gula la.

kulupSakah berkata...

tulah jati diri org minang..maghi kito merantau poie morantau..lagu tu aje menunjukkan semangat minang tu..anak lelaki 7 tahun dh tidor di pesantren berdekatan, tak balik rumah campur dgn adikberadik pompuan..

Tanpa Nama berkata...

Setolah den baco balik post ni dongan mato hati,jalan tgh jem,mako nyatolah bpk ko bangga dgn ko kerana menjadi loyar rakyat.x sio2 dio ajar independent.

Apa yg dia x tlg byr dulu,skrg ar ko dpt.cool

Kojo baru,best?

Mas

Hanggokan berkata...

pergh...
daddy anda betol2 cool!
jeles la aku..

Manjungmari berkata...

Salam,
Beruntung kamu memperolehi seorang ayah semacam itu.. saya sendiri pun tak sanggup begitu dengan anak-anak.. walaupun saya ada juga nak mendisplin anak-anak sebegituy,, tetapi tak sampai macam daddy you...

Pyanhabib berkata...

tabik sama itu bos!

OrangGilak berkata...

kulup: betul3x
mas: best
did: heheheh
manjung: ayah takdelah strict sgt, cuma dekut sikit je.. hahaha
pyanhabib: ...dan tabik juga untuk encik pyan! (histeria kejap, sebab otai lalu blog aaarghh!)

Grizzly snowy panda bear berkata...

mmg gila penulisan anda ni

fazura berkata...

hebat2..kalo alang tau akak tulis cite pasal dier,maybe die bg Tv leper itu..hu3...gud luck...

amicus curiae berkata...

encik suria, sila kenalpasti "method" memerangkap encik Rosman oleh cik puspa :P

hehe

OrangGilak berkata...

wakata: aku pon rasa macam tu
fazura: woii jangan cerita kat orang kampung apa akak tulis haaa (ugut)
amicus: aku rasa abg aku dah tau, cuma dia buat dekk ajer

Amin Ahmad berkata...

dia suka kau jadi independent tu...

fazura berkata...

yela..xcite pn..dunt wory...org kampung je kn..tp da tercerita kisah klakar ni dkt ibu ayah..hu3...diorg tergelak terbahak2...hu3...sory

OrangGilak berkata...

adusss