Menjelang Hari Malaysia

Zaman dulu-dulu, ketika pencemaran udara adalah kurang dari 0.1%, basikal ialah alat pengangkutan utama. Pergi kerja naik basikal, pergi sekolah naik basikal, pergi pasar, pergi clubbing (pesta muda-mudi) pon naik basikal.

Tapi sekarang, basikal ni hanya sekadar alat untuk beriadah je (baca: alat untuk menguruskan badan).

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir orang @ aktivis alam sekitar yang sudah mula mempopularkan kembali basikal. Bagi membuktikan yang mereka bukan cakap2 kosong je, mereka sudah mula pergi kerja naik basikal.

Ini ialah cerita pasal kawan aku, Chi Too:-



Ini pula ialah basikal Chi Too:-



Basikal Chi Too boleh dilipat:-



Chi Too sudah mula pergi kerja naik basikal sejak setahun yang lepas. Bagi memudahkan perjalanan, Chi Too akan melipat basikalnya dan menaiki LRT sehingga sampai ke stesen yang hampir dengan tempat kerjanya, kemudian dia akan berbasikal kembali.

Walaupun menaiki LRT dengan basikal adalah dilarang sebab ia memakan ruang, tapi oleh kerana basikal Chi Too boleh dilipat, pihak pengurusan LRT telah membenarkan Chi Too dan basikalnya naik :)

...sehinggalah minggu lepas.


Sila klik gambar untuk baca dengan lebih jelas

Tak faham betul aku dengan motif 'gangster' dan polis bantuan tersebut. (aku tak rasa mereka gangster... korang?) Bukankah kita sepatutnya menggalakkan gaya hidup yang seperti ini? Nak paksa semua orang berkereta dan bermotor kah? Tak cukup ke untung minyak berbilion-bilion yang korang sorok selama ni?

Selamat Hari Malaysia semua.

4 komen:

Did berkata...

kahkahkah...
aku rasalah, diorang ingat LRT ni macam rumah diorang lah! mane bolih bawak masuk basikal dalam rumah.

jadi, solusi kepada permasalahan ini ialah...sila buka slipar/sepatu/kasut anda apabila menaiki LRT. baru penuh dgn adat-adat ketimuran. Kahkahkah!

Cerialah.

wakata berkata...

kesin chi too
tak pasal2..

el berkata...

nurul atika tu sekolah derjah berapa?

ayat 3 baris terakhir repot tu memang tak bleh blah la... ekekeke...

saya tidak puas hati dengna tindakan mereka sehingga SAYA BASIKAL DAN TELIFON BIMBIT mengalami kerosakan bla bla bla....

Sasha Lyna berkata...

SAMAN...SAMAN...SAMAN!!!

INQUIRY..LALALALA...