Antara Belia dan 'Cool'

Beberapa hari yang lalu, aku telah dijemput oleh Exco Belia dan Sukan kerajaan negeri Selangor bagi satu mesyuarat tertutup sesi percambahan idea perkembangan belia Selangor. Sesi yang berbunyi sangat skema itu membawa maksud bahawa mereka mahukan kami yang hadir ke sesi tersebut memberikan idea2 bagi program2 belia Selangor sepanjang tahun depan.

Sesi ni berlangsung agak lama... adalah dalam lebih kurang 4-5 jam. Tapi itu belakang ceritalah. Apa yang aku nak cerita kat korang ni sebenarnya ialah... perkataan BELIA itu sendiri.

Belia.

Semasa sesi percambahan idea, aku terkena kejutan budaya selama lebih 10 minit terawal kerana banyaknya perkataan 'belia' digunakan. Itu belum lagi perkataan2 lain yang aku agak elergik seperti 'nyawa ideologi', 'liberalisasi' dan yang seangkatan dengannya.

Jadi, bagi mengelakkan telinga aku mencair, aku pun mencelah dan berterus terang "YB, kalau lah saya ni tinggal berhampiran di mana program dijalankan, dan ada poster terbentang sebut perkataan BELIA, nescaya saya tidak akan datang. Sebab bunyinya adalah sangat skema dan bosan".

Sejak dahulu kala lagi, kita hanya akan menggunakan perkataan belia atau mat belia untuk menggambarkan orang yang skema dan poyo. Yang berambut pendek dan sikat ke tepi. Yang 'tuck in' dan pakai baju berkolar. Yang tidak percaya pada konsep 'dilarang melarang'. Eissh tak 'cool' langsung.

Aku mencadangkan supaya perkataan 'anak muda' atau 'muda' digunapakai menggantikan perkataan belia. Aku harap, ia dipertimbangkan. (Atau korang ada cadangan lain?)

Satu lagi isu pada aku ialah umur belia.

Dalam undang-undang Malaysia, belia adalah seseorang yang berusia di dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Ini bermakna, kalau seseorang itu berkahwin pada umur 24 tahun dan mendapat anak pada umur 25 tahun, beliau dan anaknya akan sempat mem-belia bersama2 selama setahun.

Aku berasakan bahawa perlu ada rujukan semula berkenaan perkara ini. Atau sekurang2ya, pentadbiran dan pengurusan bagi belia ini perlu dibahagikan kepada dua. Satu untuk yang berumur dalam lingkungan 15-25, satu lagi yang berumur 26-40 tahun.

Ini adalah kerana isu dan permasalahan yang dihadapi oleh belia dalam kedua2 lingkungan tersebut agak berbeza. Isu pendidikan, sukan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kepimpinan kan lebih elok difokuskan kepada kepada lingkungan yang pertama. Entahlah. ini cuma pandangan aku saja.

Aku harap, segala idea yang elok dan praktikal yang telah dibentangkan semasa sesi itu akan mula dilaksanakan secepat mungkin bagi pembangunan anak muda di Selangor. Mana tahu, sekiranya berjaya, ia boleh juga digunapakai di negeri2 yang lain.

Amin.

12 komen:

danny berkata...

Memang aku sokong saranan YB OrangGilak. Tapi menggunakan istilah "anak muda" atau "muda" juga ada unsur2 skema.

Tak kira pengunaan istilah apa pun, janji kalau ada perkataan "anjuran kerajaan negeri..." atau "anjuran exco belia..." ia tetap akan skema.

Apalagi kalau aktiviti2 tu di bawah arahan pegawai2 kerajaan.

Jika nak berinteraksi dgn kaum muda dgn efektif, apa yg perlu dibuat oleh kerajaan negeri ialah menyediakan platform dan ruang utk aktiviti2 yg dijalankan oleh org2 muda sendiri.

Program2nya harus ditentukan oleh org2 muda saja, bukan pegawai2 kerajaan (mahupun org2 parti). Dan cuba kurangkan (boleh gunakan font kecik) terteranya kata2 "Anjuran kerajaan negeri..", "anjuran exco...", dsb. Lagi bes, jangan sekali2 sebut.

Pekan Frinjan satu contoh yg bagus. Walaupun ada ehsan kerajaan dan diadakan di ruang kerajaan, tetapi dia tidak berbau "satu lagi projek kerajaan" sebab konsep dan brandingnye terbit dari org2 muda bukan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Haha. puspa, kau cadangkan gugurkan terus belia dalam kamus.

anyway, patut dibahagikan, antara belia dan remaja.

kalau remaja bawah 25 kan? So kalau dicadangkan umur belia atas 25, aku akan kurang bercampur warga yang lebih tua. Haha.

banyakan aktiviti untuk remaja. Biro remaja dalam kerajaan harus wujud.

Yeah betul pandangan danny. Kurangkan program yang berunsur kekerajaan.

eh anyway, kovensyen belia bape ramai plak datang?

OrangGilak berkata...

danny: aku bukan YB la *piap*. Memang isu mengkerajaankan program belia tu ada dibincangkan. Jgn bimbang.
tanpanama: mmg ada isu remaja/belia ni. tapi budak2 sekolah ni kadang2 adalah diluar bidang kuasa exco. contohnya bila kita mahu masuk sekolah atau kampus untuk buat program untuk remaja, akan ditahan oleh pihak sekolah atau kementerian pendidikan. ini dokrin pengasingan kuasa yang melecehkan tapi terpaksalah kt akui hakikat ini. jadi aku rasa biro remaja ni kalau diwujudkan tak akan byk berfungsi pon. Cuma, yg perlu kita tekankan dalam exco belia ialah kesesuaian program muda bagi lingkungan usia ini lah. Pasal konvensyen belia tu, aku tak tahu sebab aku tak hadir.

Unknown berkata...

..teringat belia 4B..yang datang semua pakcik-pakcik..kadang-kadang confuse jugak definisi belia ni..

rawsktar berkata...

BELIA BENCI DADAH!

adakah lebih cool kalau digantikan dengan "anak muda benci dadah?".

hmm, aku takde idea tp nk mengomen jua. belia tu lelaki je ke? hahahhaa.

btw, aku tanak laki aku membelia bersama anak-anak beliau.

aku ada laki ke? hahaha.

Tanpa Nama berkata...

This blog post confirmed that I made the right choice - Puspa for PM!

- Andrew

Tanpa Nama berkata...

asal belia je adalah sangat skema.bagus pun ko cakap kalo leh jgn guna perkataan belia

tapi beb, kalo dah ada duit kerajaan dalam tu, mesti nak menyibuk2 nama dorang lekat kat banner n bunting program.

anak muda pun cam skema gak..takpun orang ingat anjuran Pemuda Umno ke pebenda.

pembahagian antara belia ikut lingkungan umor juga sangat bagus,pasal isu2 dan masalah semua lain-lain.

camana nak tackle belia, kenala wat website ke forum yg takde bias kat memana pihak. sekarang dorang sumer suker online jek...jadi kalo orang suka online, start la tarik perhatian pun melalui medium internet gak..

mas

OrangGilak berkata...

sherrie: tu la pasal. eh. yang ko pegi miting belia 4b tu nape? haha
anis: belia sememangnya membenci dadah sebab mereka budak skema. faham tak? kalau guna slogan macam tu, mesej hanya sampai pada kelompok yang sudah di'converted'. kena cuba cari ayat yang lebih catchy... tak semestinya perkataan 'anak muda' je.
andrew: *piap*
mas: idea penyebaran melalui internet tu aku setuju. tapi sedarkah anda bahawa perkataan 'forum' itu juga adalah seskema 'belia'? *menguap*

Pemuda Kahfi berkata...

Puspa, bila nak berumahtangga? Kalau dh ready, umumkanlah, aku nk masuk meminang, boleh? (ayat skema mcm ni xpe kot..'-')

admin berkata...

huh bagi aku belia umpama muda belia walopon yg dtg skalik bapak2 daa..

anak muda lak aku rasa mcm 'pemuda' (umno, pkr, bla2..)

pada aku projek govt yg berjaya sket pancing budak2 muda 'rakan muda'..ada gak nmpak hasil walopon sket...tp tu lah...macam biasa..program2 mcm tuh hangat2 tahik ayam je...beberapa 'rakan' je yg hidup..selebihnya...retorik je lebih ;p

Dari Jalan Kopi berkata...

belia? terbayang dalam kepala naju batek...
langsung hampeh tidak cool.
belia? terbayang pakai topi cap wawasan 2020
langsung hampeh tidak cool
belia?
baju lengan panjang masuk dalam seluar trek - kasot sukan.
juga hampeh dan tidak cool

LeeSlimShady berkata...

kalau orang gilak jai YB aku pon mampoii...wooo!!!!!!!