ISA, undang-undang yang poyo

Sabtu lepas, aku ke EGM Majlis Peguam. EGM ni adalah ekoran daripada penahanan mengejut 3 orang- Teresa Kok, Tan Hoon Cheng dan Raja Petra Kamaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih glemer dengan nama ISA. Sejak aku menjadi loyar, ini adalah kali kedua Majlis Peguam menggerakkan 'motion' untuk memansuhkan ISA di muka bumi Malaysia ni. Selain daripada itu, ia juga adalah bagi menyeru pembebasan kesemua tahanan-tahanan ISA yang lain (kira2 66 orang) termasuklah 4 orang peguam yang ditahan selepas perhimpunan HINDRAF tak lama dulu.

Melihat kehadiran para loyars yang agak ramai pada hari itu (kira2 700 orang, okaylah tu) aku gembira kerana mereka2 ini sanggup bangun awal di pagi Sabtu supaya EGM kali ni cukup korum dan satu resolusi dapat dicapai demi kesejahteraan manusia sejagat. cewah.

EGM dimulakan dengan ucapan 5 minit oleh pembesar2 suara (speakers, hahah!) jemputan iaitu Teresa Kok, Pushpa (isteri Manoharan a/l Malayalam) dan Kak Laila (isteri Mat Sah Satray) yang menceritakan tentang pengalaman sebagai tahanan dan isteri2 tahanan ISA. Secara peribadi, aku kagum habis dengan Kak Laila yang sangat cekal dan berani memperjuangkan nasib suaminya yang telah ditahan selama lebih dari 6 tahun.

Seperti biasa, bila ada mesyuarat loyars, ia akan menjadi panjang berjela kerana banyak sangat hujahan. Tapi, berbeza dengan mesyuarat yang lepas, kali ni tak ada hujahan ala Plaintif-Defendan, bantahan awal mahupun hujahan balas. Kali ini semua orang sebulat suara dalam hujahan masing2- semua tahanan ISA mesti dilepaskan, dan ISA mesti dimansuhkan.

Ah. Kalaulah EGM itu adalah persidangan Parlimen, kan best?


Loyars dan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA @ GMI (berdiri dari kiri usha, yanti, siti,kak nashita (terlindung), kak laila, kak lat, nalini, fad, tina, duduk dari kiri kak renuka, aku, abg amer)
-Gambar oleh Moh Kok Wai


1 komen:

Fiquelicious berkata...

poyo kan giler?

usulkan undi x percaya, kau cadangkan Amiga dilantik senator