Jum 'swop', nak?

Masa aku sekolah rendah dulu, aku cuma dua beradik- abang dan aku. kadang2, ayah akan belikan kami hadiah lepas balik kerja. kadang2 buku, kadang2 tabung, kadang2 alat tulis. kalau barang2 tu dalam bentuk alat tulis atau tabung atau yang sealiran dengannya, ayah akan beli dua yang hampir serupa tapi tak sama warna. lepas tu dia akan letak atas meja dan suruh kami pilih. sebab, kalau dia bagi terus kat kami sorang satu, kadang2 aku atau abang aku tak berkenan dengan apa yang kami dapat dan akan men'sistembarter'kan barang tersebut sesama sendiri.

Masa zaman sekolah menengah pula, ada satu majalah hiburan yang ada ruangan yang dinamakan 'swop!' untuk para pembaca bertukar-tukar barang sesama mereka. Aku selalu guna khidmat tu untuk tukar poster2 artis barat dengan pembaca remaja yang lain. Poster2 tu aku dapat dari majalah2 yang aku beli secara terus dari luar negara dengan bantuan seorang kawan sekelas (waktu tu aku masih di zaman gelap, belum alami zaman pencerahan lagi). walaupun kedengarannya agak membuang masa dan takde faedah, tapi itu adalah salah satu cara untuk aku menambah kawan2 baru.

Bila aku dah mula tinggal secara bujang, perihal 'swop' ni datang lagi, tapi dalam keadaan separuh sedar. contoh: aku beli beras dan minyak, osmet lain boleh guna, tapi dorang pun mesti bagi aku guna cili2, bawang2, gula dan garam secukup rasa. begitulah adanya.

Dalam proses 'swop' atau sistem barter atau yang seangkatan dengannya ni, selalunya org akan bertukar-tukar sesuatu yang mempunyai nilai yang hampir serupa atau yang mempunyai kepentingan yang sama penting dengan barang yang hendak ditukar itu.

Hari ini, Pak Lak dan Pak Najib juga mengamalkan sistem barter, iaitu dengan menukarkan portfolio masing2 sebagai menteri kewangan dan menteri pertahanan. kedua-dua jawatan ini adalah sangat penting untuk kestabilan politik negara kita. tapi yang buat aku sedih, dorang buat pertukaran ni seolah-olah kedudukan dorang tu dihadiahkan oleh bapak dorang. bila rasa tak suka, boleh tukar-tukar. mungkin dorang rasa ada satu kepentingan untuk negara di situ, yang aku tak nampak. yang aku nampak sekarang, kedua2 mereka dah hilang arah dan sedang mencuba dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan buntut masing2.

Sekarang ni, Pak Lah merupakan Menteri Pertahanan (daruratkah?). Pak Najib pulak Menteri Kewangan (ya Tuhan... i'm speechless!).

Aku harap, Malaysia akan sempat berhari raya dengan kerajaan baru tahun ni.

2 komen:

Anster berkata...

nak nak nak..nak 'swop'..kite tukar boipren nak??aku pun xde boipren.hehehe.nak tak?
chis..kegiatan durjana dua org menteri itu..kenapa dgn mereka?!apakah muslihatnya??aku tak harap dpt raya dgn kerajaan baru, dpt beraya dgn aman tanpa pertelingkahan antara kaum pun dh cukup.
(sgt tidak racist aku pd ketika ini).

OrangGilak berkata...

kalo takde boifren, cemana nak swop?! meh sini dahi tu! dekat sikit... dekat lagi...*piap*