Antara Kopi, Teh Botol dan Reza Salleh


Kulit album Reza Salleh

Pertama kali aku mendapat tahu mengenai Reza Salleh ini ialah melalui bekas rakan sekolah, Juana. Mengenali Juana, beliau mempunyai citarasa yang agak 'pelbagai' di dalam musik. Seingat aku, beliau pernah melobi kelas kami ketika tingkatan 4 supaya mempersembahkan lagu Greenday ketika minggu Bahasa Melayu. Juana juga merupakan 'kepala' yang beria-ia menyuruh kami mengundi supaya lagu 'I Shot the Sheriff' dimainkan di majlis alumni kami, iaitu pada 10 tahun akan datang. Kegemaran beliau kini ialah mendengar lagu rock kapak Melayu ketika malam menjelang.

Jadi, apabila Juana meminta aku mendengar album sulung Reza Salleh berjudul Realize, aku tidak tahu apakah yang perlu aku jangka. Tambahan pula, aku tidak pernah mendengar beliau sebelum ini. Walaupun sebenarnya, ada di antara lagu-lagu di dalam album Realize ini sudah pun berusia 10 tahun. Reza sudah punya peminat dan pengikut tersendiri, sedangkan aku ialah pendengar kali pertama.

Setelah mendengar keseluruhan album tersebut, maka beginilah pandangan daripada Orang Gilak:-

Lagu track pertama album ini berjudul Kasih. Lagu ini agak 'catchy', tetapi aku seperti sudah jangka lagu berentak demikian akan disenaraikan sebagai lagu pertama album seperti ini. Pada aku, suara yang bagus seperti ini tidak baik disia-siakan dengan musik yang ringkas dan lirik yang ringan seperti itu. Nasib baik aku tidak dihampakan oleh lagu kedua yang ternyata lebih baik, iaitu Stracciatella. Seterusnya, di sepanjang perjalanan album ini aku dibawa melalui pelbagai genre muzik- dari 'bosanova' ke 'funky rock' hinggalah ke 'solid rock'.

Antara lagu-lagu pilihan Orang Gilak di dalam album ini ialah Soultune, Angan-angan Permata dan Smoke City. Lagu-lagu ini tidak bosan didengar walaupun diulang-ulang. Malah, semalam Orang Gilak telah ter-menyanyi lagu Soultune di dalam kereta ketika sedang keluar dengan encik ehem. Hmm...

Suara Reza agak seksi dan dalam, lebih enak lagi kalau Reza menyanyikan lagu yang menekan jiwa dan musik yang 'complicated'. Lagu cinta tu tak usah cakaplah. Heish. Walaubagaimanapun, aku rasa jumlah 16 lagu di dalam sebuah album ialah agak banyak dan panjang. Mungkin Reza berniat untuk menjadikan album pertamanya ini sebuah album kompilasi lagu-lagu ciptaannya selama 10 tahun, sebelum beliau 'move on' dengan lagu-lagu baru di dalam album yang seterusnya.

Walaupun aku tidak begitu menggemari beberapa lagu yang agak santai dan ringkas di dalam album ini, aku dapati lagu-lagu tersebut agak sedap jika Reza mendendangkannya secara langsung. Aku berkesempatan melihat persembahan Reza pada acara 'Urbanscapes' Sabtu lalu, walaupun tampak bersahaja, tapi aku sukakannya. Ternyata Reza ialah seorang penghibur yang berpengalaman walaupun usianya yang masih 20-an.


Reza Salleh

Menurut Reza, album Realize ini didedikasikan kepada mereka yang cintakan muzik tetapi tidak mampu untuk melepaskan kerja tetap mereka untuk berkecimpung di dalam bidang muzik. Barangkali kerana ruang yang diberikan untuk pemuzik indipenden sepertinya tidak banyak dan mereka risau tidak dapat 'survive'. Reza sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan album ini. Para pemuzik yang membantu Reza di dalam album ini juga mencuri-curi masa di antara waktu kerja harian mereka demi merekodkan kesemua 16 lagu di dalam Realize.

Menerusi album ini dan lagu-lagunya, Reza bersikap jujur terhadap dirinya sendiri dan juga kepada peminat-peminatnya. Lagu-lagunya yang berunsurkan urban, dan sasaran audiens di sekitar Lembah Klang sebagai pendengar dan pembeli album majoriti adalah refleksi dirinya yang sebenar. Akan tetapi, pada pendapat aku Reza sebenarnya boleh keluar dari kelompok Lembah Klang jika beliau betul-betul mahukannya. Golongan muda terutamanya boleh dengan pantas mengekor alunan muzik yang dihasilkan Reza kerana seperti yang aku katakan tadi, ia agak 'catchy'. Bahasa Inggeris, pada aku bukanlah satu isu lagi. Musik itu universal, kan? Apapun, pujian dan tahniah harus diberikan kepada Reza kerana keseluruhan lagu-lagu di dalam album ini dicipta, disusun dan ditulis oleh beliau sendiri.

Reza mendakwa bahawa lagunya lebih enak jika dihidangkan dengan kopi. Tapi aku dengar sambil minum teh botol dan makan sate minang, okay je.

Pilihan Orang Gilak
Soultune
Sunsets With You

Angan-angan Permata

Ocean Spanning Sorrow
Smoke City
The Dotted Line

Lagu-lagu lain
Kasih
Stracciatella
What The Hell Just Happened I'm Not Really Sure
A Relic Is What I Live In
Rest & Relax
For Her
Need
50 Down The Way
Battery
For Her (Solo Acoustic)



Eh ada kerusi kosong. Boleh OrangGilak duduk situ?

Untuk mendapatkan album Reza Salleh, sila klik sini. Anda juga boleh mendengar lagunya dan info terbaru Reza di sini.

3 komen:

rawsktar berkata...

Wahhhhhh

Selama ini saya hanya mengetahui nama beliau sahaja. Mungkin selepas ni saya patut cuba mendengar alunan muzik beliau.

harus terus membuka laman web Reza salleh!

p/s: bila show terdekat anda ye Reza salleh? hik hik.

Juana Jaafar berkata...

ahahaha. aku stuju dengan list kegemaran kau. but my emo-bersejarah tune is "For Her".

lagu dia boleh dengar kat rezasalleh.net. atau boleh beli album kat Rock Corner :]

OrangGilak berkata...

rawk: sila lihat link yg diberikan di artikel.
juana: apasal asyik emo ni? kembalilah.