Bila Ia Datang Memanggil...

Bulan Julai ini ialah bulan yang menyesakkan. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam satu bulan. Perjuangan demokrasi, penahanan pejuang demokrasi...

...dan kematian susuk-susuk yang mengesankan.

Takziah aku ucapkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Raja Aziz Addruse (Raja Abdul Aziz bin Raja Addruse), bekas Presiden Majlis Peguam dan peguam yang sangat terkenal dan dihormati kerana etikanya, Avroco (Nasir), seorang penggiat seni tampak dan sahabat yang menyenangkan dan Yang Berhormat Dr Lo' Lo', ahli Parlimen dan Muslimat PAS yang dihormati serta disayangi rakyat jelata.

Ketiga-tiga mereka datang dari berlainan latar belakang, sumbangan mereka juga datang dari bentuk yang berlainan, tetapi pemergian ketiga-tiganya tetap memberikan kesan di dalam hati ramai orang.

Semoga jasa-jasa yang ditaburkan mereka menjadi ingatan dan teladan untuk generasi depan sehingga ke akhir zaman.

Al-Fatihah.

0 komen: