Panik

Ada banyak perkara, terutamanya kerja yang aku suka buat sendiri. Sendiri maknanya aku tak suka buat kerja dengan ramai orang. Selalunya kerja ramai-ramai ni akan lambat siap. Selalunya lah.

Jadi, bila kerja di opis aku akan tutup pintu. Aku tak kisah kalau staf nak borak-borak kat luar, aku akan cover telinga dengan earphone, takde masalah. Janji, kau jangan kacau aku sampai kau nampak aku bangun dari kerusi. Rasa dunia ini ana yang punya.

Tapi cerita di atas tu hanya separuh benar- aku memang tak suka kena kacau, tapi aku suka kacau orang. ahahahah.... best gila kacau orang tengah buat kerja terutamanya sekretari sendiri. Aku suka pergi tempat sekretari aku pastu kacau dia. Kadang-kadang aku usik dia, aku kata dia amik pen aku padahal aku yang sebenarnya amik pen dia... sampai ke satu tahap dia kena labelkan pen dia dengan liquid paper sebab takut aku amik :p

Sekretari aku namanya Uma. Umur beberapa tahun je beza daripada aku, jadi boleh lah geng. Selalunya dia banyak cover line untuk aku kalau aku tetiba 'ada meeting' kat luar. Tapi kadang-kadang aku merungut jugalah- sebab dia ni suka suruh aku sain surat banyak-banyak sekali gus. Dalam satu hari tu ada dekat 50 kot. Rajin betul dia taip surat.

Kadang-kadang aku saja je bagi dia kerja lain- pegi tostet ke binding bundle ke.. janji jangan suruh aku sain surat. Tapi akhirnya dia akan datang juga ke tempat aku dengan surat-surat. Sebenarnya, ada je loyar-loyar lain yang boleh sainkan surat-surat tu. Tapi dia takut dengan loyar tu. Mentang-mentang lah aku tak banyak songeh. Kadang-kadang aku ugut dia, kata aku taknak sain surat-surat tu. Tapi pastu dia ugut aku balik, kata dia akan minta bos sain. Cis.

Uma ada satu kepakaran. Dia ni 'files detector'. Kau sorok la files tu kat ceruk mana pun, dia mesti jumpa punya. Kadang-kadang, files tu kat tepi aku je, tapi aku tak nampak. Ini adalah kerana bilik aku penuh dengan files. Dah macam setor. Jadi Uma kena masuk bilik aku, tarik files tu pastu letak depan aku. Tak guna punya OrangGilak.

Hujung minggu, aku rajin pegi ofis (sebenarnya KENA pegi ofis sebab kerja tak siap masa office hour akibat selalu 'ada meeting kat luar'). Jadi Uma kena on hp dia. Ini kerana aku selalu tak jumpa files. Jadi Uma akan bagi instruction "ok puspa... dari kerusi kau, 2 langkah ke depan, pastu pusing 90 darjah ke kiri, files tu di bahagian bawah" lebih kurang camtulah. Lepas tu mesti files tu ada kat situ punya. Terer betul Uma.

Lagi satu, oleh sebab terlalu banyak kerja, aku selalu buat kerja last minute selepas berjaya mengejar deadline kerja yang lain. Kalau deadline kerja tu esok atau lusa, baru aku mula buat. Selalunya aku akan catat tarikh akhir tu di atas sehelai kertas yang kemudiannya aku kepil di bahagian atas files. Tapi, oleh sebab tempoh yang selalu singkat, kadang-kadang tak siap. Bila tak siap kena minta extension. Tah ape-ape tah.

Jadi, untuk mengelak perkara itu berlaku, Uma akan tipu aku. Dia akan kata deadline ialah lusa, padahal deadline lagi sepuluh hari. Bila aku melompat-lompat sebab kepanikkan, baru dia akan beritahu yang deadline ialah minggu depan. Kalau sempat siap, dia akan diam je. Tapi bukan semua files dia akan letak tarikh cenggitu, sampai aku pun dah confuse yang mana satu betul atau tak. Jadi, akhirnya aku kena ikut tarikh yang Uma bagi. Cis.

Tadi, Uma beritahu aku dia akan cuti mulai dari esok selama beberapa minggu. Aku tanya kenapa dan dia jawab kena pegi hospital. Dia kena jalani pembedahan kecil esok, sebab ada ketumbuhan dalam perut. Aku panik sekejap, sebab sebelum ni dia takde masalah kesihatan, kecuali dalam sebulan tu ada beberapa hari dia tak datang sebab sakit perut katanya. Aku ingat senggugut.

Muka aku cuak semacam tadi. Satu sebab risaukan Uma, satu sebab lagi ialah sebab.... aku takut nanti tak jumpa files. Tapi aku diam je. Pastu tetiba Uma cakap "nanti esok lepas pukul 10pagi, aku kena off hp dan akan tak sedarkan diri mungkin sampai malam. Kalau kau nak cari files, kau tunggu sampai hari Ahad la nanti aku on hp semula yer".

Bila Uma cakap macam tu, aku terdiam kejap. Aduh la kesian dia dah la sakit nak kena risaukan pasal aku yang tak jumpa files pulak. Aku rasa segan dan sedih pula bila terbayangkan Uma yang tengah sakit perut pastu sibuk fikirkan samada aku dapat jumpa files atau tidak.

Oleh itu, selepas berfikir sampai ke malam, aku bertekad untuk mencari jalan supaya aku tak perlu call Uma langsung selama dia bercuti sakit ni. Biar dia berehat. Aku akan melabel segala kabinet dan dinding bilik aku esok dengan nama files. Files akan disusun ikut alphabetical order untuk memudahkan pencarian. Aku akan gunakan chambering student untuk bantu aku melabel. Yes... idea yang bagus. Tapi... takkan aku takde deadline kerja esok?



Aku akan call Uma sebelum pukul 10pg esok untuk tanya.


p/s: Get well soon Uma! Dan Selamat Menyambut Tahun Baru Tamil kepada yang meraikannya :)


2 komen:

rawsktar berkata...

Sian Uma kena layan Puspa.

kulupSakah berkata...

okeylah semoga uma sehat....
bab orang gilak suka kacau orang tu memang betul....
tengah dok layan fb tiba2 minah ni akan....
toing toing (bunyi chat masuk) - ada seekor kucing comel, dia nak lintas jalaan...bla bla!

kacau aku dgn teka-teki..tak layan kang dia sue lak...