Manila oh Manila

Minggu lepas, aku ke Manila untuk Forum Pejuang Hak Asasi Serantau yang Ke-4. Agak menarik kerana selama ini kita memperjuangkan nasib mangsa pelanggaran hak asasi, tetapi lupa untuk memikirkan tentang hak dan keselamatan pejuang hak asasi itu sendiri. Antara yang menghadiri forum tersebut ialah wakil-wakil daripada badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak asasi, serta individu-individu yang terlibat secara langsung di dalam perjuangan ini termasuklah wartawan dan peguam.

Aku akan bercerita tentang isi kandungan forum tersebut nanti. Tapi sekarang, aku nak bercerita sikit tentang pengalaman berada di Manila. Maklumlah, ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana.

Sebelum pergi, aku diceramah dan disekolahkan oleh kawan-kawan yang pernah pergi ke Manila. Macam-macam cerita yang aku dengar. Ini termasuklah bahawa orang Manila tak makan pedas.

Tipu.

Banyak je kedai yang jual lauk pedas, aku siap minta cili potong lagi :p

Nampak tak 3 ulas cili padi di atas?

Daripada lapangan kapal terbang ke hotel, aku naik teksi. Nama pemandu teksi tu Ali. Beliau pernah kerja di Arab Saudi, di salah sebuah kedai makanan segera di situ. Walaupun bukan beragama Islam, tapi Ali cukup baik untuk kongsi dengan aku maklumat tentang kedai-kedai halal yang terdapat di sekitar hotel.

Satu yang aku tak suka dengan Manila ialah kesesakan lalulintasnya. Yang lain, sama je macam KL. Aku perhatikan, salah satu punca jalan sesak ialah di kawasan 'u-turn'. Selalunya, kalau di negara kita, di kawasan 'u-turn' tu akan ada petak kuning kan... supaya kereta dari sebelah bertentangan beri laluan kepada orang yang nak 'u-turn'. Tapi kat jalan yang aku pergi di Manila, takde. Jadi bila ko nak u-turn, kena ambil masa yang saaaangat lama (lebih 30 min) sebab kereta dari arah bertentangn takkan bagi laluan punya.

Malam pertama Forum, kami dijamu makan malam dan juga perlancaran kempen hak asasi wanita oleh sebuah NGO di sana. Ada persembahan nyanyian.


Meor versi Filipina

Malam kedua, pejuang-pejuang dari Manila bawa kami jalan-jalan. Makan makanan laut. Kami kena pergi pasar sendiri. Seorang pekerja dari warung kedai makan akan ikut kami pergi pasar. Kami pilih lauk-pauk yang kami mahu, kemudian mereka akan masak ikut cara yang kita suruh.



Kemudian, kami pergi jalan-jalan di tepi laut. Tak banyak beza dengan di Malaysia.








Malam terakhir paling best. Acara tahunan hari AIDS dan HIV Positif peringkat Filipina, yang disambut serentak dengan LGBT/Gay Pride March. Yup, Datuk Bandar di sini bagi permit supaya jalan ditutup dan golongan LGBT mempunyai acara sehari khas untuk mereka.

Aku berdiri dan melihat dari jauh. Taknak banyak komen, tapi... KENAPA LELAKI GAY RAMAI YANG KACAK DAN HANGAT? Dunia ini sungguh tidak adil. Bagi mengelak kontroversi, aku taknak letak apa-apa gambar atau bagi komen yang seterusnya. Cukuplah dengan satu gambar di bawah.




Okay, nak sambung buat kerja sambil merungut tentang ketidakadilan dunia. Bye.

1 komen:

rawsktar berkata...

bbm aku gmbr gay. yg paling kacak di mata kau